Home Buku Fantasi The New King
Bab 14

Desa Bahtera


Pengikut Badar sekarang berada berdekatan dengan pintu masuk Desa Bahtera. Namun perjalanan untuk Desa itu masihlah jauh. Mereka tetap juga sambung perjalanan tetapi masih bekum sampai sehingga mereka terpaksa berkhemah sekali lagi.

Gelana : macam biasa.. Tama pula, pergi cari kayu api.. hari ini kita masak sup!!
Badar : wah sup, baik lah.. malam-malam nantikan sejuk. Sedap tu...
Zafar : Gelana, pastikan masak yang banyak. Sebab Raja kita kuat makan.
Gelana : baik bos!
Delima : saya teman Tama lah.. bye!!

Delima terus mengejar Tama dari belakang...

Gelana : woii siapa tolong aku siapkan bahan-bahan nya..

Gelana geram. Kemudian dia melihat Heigo dengan wajah yang penuh harapan...

Heigo : erggh aduh. Ya lah..

Heigo pun membantu Gelana untuk menyiapkan bahan-bahan nya sementara menunggu kayu api.. badar pula duduk dengan Zafar setelah khemah yang mereka buat siap di pasang.

Badar : gunung dah nampak, sampainya belum.. huuuhu..
Zafar : Sabar.. mana ada jalan pintas nak capai sesuatu.. nampak nya esok lah kita sampai...

Akhirnya, makanan pun siap. Mereka menjamu selera waktu malam itu. Suasana nya memang sesuai untuk makan sup.

Gelana : Badar, stok makanan dah nak habis.
Badar : apaaaa?!! Kau biar betul?
Gelana : yaa.
Zafar : betul la tu.. dulu kita berdua sekarang dah ramai sikit.
Heigo : siapa lah yang makan banyak sangat, padahal orang kota hari tu bagi banyak stok makanan..

Semua orang memandang Badar...

Delima : saya cemburu dengan Badar yang makan banyak tapi badan tak naik...
Badar : eh biasa la. Hahaha..
Zafar : ceh.. apa-apa pun kita akan cari bahan makanan dan stok makanan.. susah ni.. nak kira target berapa lama perjalanan kita..
Tama : kalau dari kota lahar sampai sini ambil masa 3 hari..
Zafar : kalau macam tu kena buat pengiraan untuk 3-4 hari..
Badar : baiklah!! Aku sudah memutuskan untuk mencari seseorang yang berilmu pengetahuan.
Zafar : bagus juga tu. Sebab kita semua kesulitan membaca peta.. mungkin dengan ada nya orang ini, kita lebih senang memilih jalan mana yang kena ambil.
Delima : bukan ke patut Raja yang harus memilih?
Zafar : ya, tapi tak mungkin main pilih je... Sebab Badar inginkan pengembaraan yang menarik..

Badar telah memutuskan untuk mencari seseorang yang mempunyai ilmu pengetahuan agar senang memilih jalan dan berkongsi maklumat sekiranya mereka ada persoalan untuk di tanyakan. Kemudian mereka pun beradu untuk meneruskan perjalanan esok hari...

Keesokan harinya, mereka pun terus melakukan perjalanan untuk menuju ke Desa Bahtera dan akhirnya mereka sampai juga.

Badar : eh kata gunung, tapi kita jalan tegak je ni..

Mereka baru sedar ternyata gunung itu ada bahagian belah tengahnya. Seperti di belah oleh pedang gergasi. Belahan di tengah gunung itu agak besar sehingga mereka boleh melihat permandangan di atas..

Heigo : itu gunung nya. Tinggi nya.. siapa yang korek tanah gunung sampai nampak macam terbelah ni .
Delima : ha ah la..
Zafar : tak mungkin manusia sanggup korek tanah gunung sebesar ini..
Badar : tapi segar lah udaranya.
Heigo : Badar tengok tu.. ada tingkap la kt dinding gunung tu...

Sebenarnya Desa Bahtera di penempatan gunung. Di sebabkan gunung itu ada bahagian tengahnya yang terbelah, penduduk di siti membuat rumah di dinding-dinding gunung. 

Zafar : cantik lah tempat ni Badar. Tak sangka kau pilih tempat yang bagus kali ni Badar.. eh mana badar ?
Delima : tu dia.  Dah sampai pos dulu..

Pos Bahtera berada di pintu masuk Desa itu. Ianya untuk mendapatkan Kad pengunjung yang datang ke desa itu. Senang untuk mengenal pasti sama ada penduduk kota atau bukan. Mereka juga membuat gelang berwarna merah tanda seseorang itu adalah pengunjung. Zafar kemudian teringat akan bahan makanan yang akan di beli nanti, jadi dia pun menyuruh Gelana dan Delima untuk membeli bahan makanan.

Zafar : nah ini duitnya.. kata badar lah, 1 syiling emas boleh beli 10 daging besar.. pandai-pandai kau lah nanti .

Emas syiling yang pernah di dapatkan Badar dari kota Tempil di berikannya kepada Zafar untuk simpan.
Sistem wang yang di gunakan di dunia ini adalah Emas, Perak dan Gangsa..

Heigo : Zafar? Tengok tu Badar macam marah je tu..
Zafar : ya lah. Jom

Zafar meluru ke arah Badar..

Badar : takkan sampai seorang 200 emas!! Biar betul. Gelang je pun!!
Zafar : kenapa ni Badar?
Badar : abang pos ni cakap satu kad dan gelang harga 200 emas seorang.. kita mana cukup nak bayar untuk semua.
Abang pos : kalau tak nak bayar takpa. Kamu semua boleh masuk.. tapi tanggung sendiri akibatnya...
Tama : haa boleh masuk rupanya.. sengaja nak ambil duit orang..

Mereka pun masuk bersama..

Badar : memang cantik tempat ni...

Ramai orang-orang memandang ke arah mereka...

Heigo : memang orang sini suka pandang-pandang ke?
Zafar : kau akan terbiasa nanti . Hahaha ...

Delima dan Gelana berpisah dengan mereka untuk mencari bahan-bahan makanan..

Badar : kita cari makan dulu ...
Heigo : kedai puding? Wahh jom rasa ni..
Badar : jomm!!!
Zafar : haishh..

Tama hanya mengikut mereka.. sambil melihat suasana desa. Tama cuma tak biasa dengan tempat yang cantik seperti ini.. Mereka pun makan Puding, kemudian minum air kelapa.. mereka terus mencari kedai makan...

Heigo : eh itu kedai burger lah!
Badar : hahaha mesti sedap ni..

Mereka pun pergi makan di kedai burger itu.. kemudian,

Heigo : badar!! Ikan ...
Badar : yeah makan ikan pulak!!!

Dan Kemudian,...

Heigo : eh kedai buku!
Badar : yeah makan bu... Buku mana boleh makan!!
Zafar : perut korang tak kenyang-kenyang ke apa?
Tama : selama itu percuma, aku boleh makan.
Badar : ya betul tu Tama. Tapi yang bayarkan semua tu duit aku..
Tama : raja haruslah bagi rakyat makan..
Badar : haaa ye lah..
Pak maon : buku memang tak boleh makan tapi buku bagi kita ilmu yang baik!

Tiba-tiba di tengah-tengah mereka ada seseorang menyampuk yang sebenar telah lama di tengah jalan itu..

Heigo : pengemis ke?
Zafar : haip tak baik.. pak cik nak apa ?
Pak maon : aku tak nak apa-apa..
Badar : pak cik siapa ?
Pak Maon : panggil saja pak maon.
Tama : pak maon nak kena tebas ke?
Zafar : Bukan!!

Pak maon itu ternyata penjaga kedai buku itu.

Badar : ohh dah alang-alang, kita tanya lah siapa orang paling bijak dalam kota ni.. kalau boleh yang muda...
Zafar : pak maon.. ada tak..
Pak Maon : aku dah dengar dia cakap tadi! Tak payah ulang.
Zafar : jadi ada tak ?
Pak Maon : pergi la cari dekat akademik..

Heigo : Tama, kau tengok tu.. orang tu tarik kereta untuk orang itu..
Tama : ya lah. Macam kereta kuda. Tapi pakai orang..
Badar : apa?!

Mereka baru perasan sesuatu.. orang-orang di sana di jadikan budak kepada penduduk desa yang kaya.

Zafar : kenapa boleh jadi macam ni?
Pak Maon : huh.. ini lah desa perbudakan..
Badar : betul ke?
Pak Maon : di sini siapa yang miskin atau tak ada kerja akan di jual untuk menjadi hamba/budak kepada orang-orang kaya.
Badar : bukan ke itu tidak berperikemanusiaan?
Pak Maon : Raja Negeri Hainc ini pun tak nak datang kat sini sebab jauh.. apatah lagi dia nak ambil tahu tentang hal ini..
Badar : ini buat aku marah ni..

Badar pergi ke orang kaya yang naik kereta itu..

Badar : woi, inikan manusia! Bagi kerja yang layak lah untuk manusia.
Orang Kaya : apa masalah kau? Dia ni aku beli kot..
Badar : kau ni betul-betul buat aku marah..

Zafar menahan Badar..

Zafar : cukup Badar.. jangan buat hal lagi kat sini. Mungkin ini budaya mereka..
Tama : ohh kejutan budaya..
Badar : mana ada budaya memperbudak manusia...

Badar pergi ke pak maon...

Badar : pak maon! Adakah mereka di bayar untuk melakukan itu?
Pak maon : tidak.. para hamba sudah di beli.. jadi mereka tidak di gaji.. hanya di berikan tempat tinggal dan makan..
Tama : mereka merendahkan para manusia yang kekurangan...
Zafar : kita pergi cepat-cepat dari sini..

Badar terus pergi ke akademik untuk mencari seseorang yang berilmu. Mereka mengejar Badar..

Bersambung.....

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy