Selamatkan Diri
Malek sangat terpukul dengan kejadian yang berlaku di depan matanya. Orang-orang kota termasuk kedua ibu-bapa nya mati kerana Core nya tersebut. Matanya terbeliak menyesali perbuatannya. Entah dari mana ada seseorang yang menyapanya.
Raja Benua Surama : hish busuknya kota ni.. patut di hilang kan dari peta.
Malek : abang siapa? Abang masih hidup?
R. B. Surama : hehehe ini mesti kerja kau.
Malek : ya. Ini sebab Core mimpi saya. Type Raja.
R. B. Surama : hmm kau dah mempermudahkan aku. Jadi gembira lah. Hahaha.. aku memang sudah lama nak bunuh semua orang di sini.
Malek : apa maksud abang?
Raja Benua Surama itu mendiamkan diri.
R. B. Surama : macam ni lah. Apa kata kau ikut aku? Aku akan jadikan kau raja benua di suatu tempat.
Malek : saya tak faham...
R. B. Surama : (Senyum) jangan risau. Kalau kau ikut aku, aku akan ajar kau cara mengawal Core mimpi kau.
Malek mahu tidak mahu harus ikut lelaki yang tidak di kenali nya itu. Kemana lagi dia harus pergi? Raja Benua Surama nampaknya memiliki satu rancangan...
Kita kembali pada waktu 3 bulan lepas.... Di dunia mimpi...
Ana : saya nak jadi kaya...
Munculnya segunung emas di depan matanya. Lalu Ana terus baring di atas gunung emas itu.
Ana : kalau lah duit ni boleh guna kat dunia nyata. Hahaha...
Ana pun menggelongsor ke bawah semua.
Ana : tengok apa tu?!
Malek : ehh tak tengok apa..
Ana : hmmph .. jangan berfikiran kotor ya..
Malek : silakan minta apa saja.
Ana : hmm memang gaun ni pendek. Saya nak baju mewah.
Pakaian Ana berubah menjadi cantik. Malek seolah-olah sedang menonton rancangan fesyen di situ. Dia juga terpana dengan kecantikan Ana.
Ana : kenapa awak diam je dari tadi?
Malek : hah? Eerr cantik!
Ana : .......... Ye la tu....
Malek : awak layak jadi seorang permaisuri raja.
Kata Malek sambil mengangguk-angguk..
Ana : dah lama kat sini. Saya nak bangun lah..
Malek : alaa tinggal lah lama sikit..
Ana : lapar lah..
Malek : ya lah..
Ana pun hilang dari dunia mimpi itu kerana sudah terjaga dari tidurnya. Maka Malek pun merasa sunyi. Dia keseorangan lagi.
Malek : aku tahu.. aku nak bayangan Ana..
Suasana menjadi beralun lalu muncullah Ana dari situ. Sedang di dunia nyata.
Naz : Ana! Apa dah jadi? Dah dua hari kamu tak bangun ? Malek pun tak bangun.
Ana : kenapa ni?
Baru bangun dari tidur sahaja, dia mengalami masalah yang lain. Naz menceritakan semuanya....
Ana : tak mungkin! Tuan bohong. Saya baru sehari dengan dia...
Naz : kamu lihat ke luar kota. Semua orang tertidur.
Ana : jangan-jangan Core Malek ni...
Naz : pengaruh dari Core itu sudah menjadi sangat kuat dan Malek belum mampi mengawal kekuatan yang sebesar itu...
Ana : Malek bangun!
Ana cuba mengejutkan Malek namun tidak berjaya.
Ana : kenapa tuan tak tertidur seperti yang lain?
Naz : aku dah tidur hari tu. Dan pengaruh Core nya belum kena lagi dekat aku. Tapi tentu nanti aku tetap akan mengantuk.
Ana : jadi saya pun akan tertidur seperti mereka semua?
Naz : ya, muna juga dah tertidur di meja makan. Pembantu lain juga..
Ana : tak boleh jadi...
Ana dan Naz cuba mengejutkan Malek. Dia sudah tertidur mati... Padahal Malek sedang bermain-main dengan Ana yang dia ciptakan di dunia mimpi.
Naz : aku memang ayah yang tak berguna... Aku tidak pernah melayan dia..
Ana : tak mungkin lah. Malek suka tuan sebab tak pernah marah dia..
Naz : betul ke?
Ana : ya...
Naz : .............. Aku akan pastikan anak aku terus hidup .. mari kita bagi dia makan.
Ana : tapi dia tengah tidur..
Naz : tak apa..kita suapkan...
Dari situlah mereka berdua memberi makan kepada Malek agar tidak lapar. Sebulan berlalu.....
Naz : a-ku dah tak larat nak tahan tidur.. hari - hari kita tidur ayam..
Ana : betul tu.. macamana ni? Bengkak dah mata tuan tu...
Naz : kamu juga sama. Sudah lemah tak berdaya...
Ana : apa yang perlu kita buat tuan?
Terdengar suara Malek yang sedang tidur menyebut nama Ana... Naz melihat itu menyedari bahawa sosok Ana ini orang penting dalam kehidupan Malek....
Naz : aku sarankan kau selamatkan diri...
Ana : tuan nak saya tinggal kan malek? Tuan pula macamana?
Naz : tak apa. Biar aku tunaikan tanggungjawab sebagai ayah.. biar aku yang bagi dia makan sampai dia sedar. Nanti kalau dia bangun.. kami akan cari kamu Ana.. bukan... Lebih tepat nya lagi DIA YANG AKAN MENCARI KAMU!
Ana : .........
Ana dengan lemah berpegang pada satu tongkat kayu.. dia cuba untuk bangun..
Ana : baiklah tuan. Saya juga akan cuba minta bantuan dari luar.. untuk selamatkan orang-orang kota ini..
Naz : harap perjalanan kamu baik-baik saja.
Ana terus bergerak dengan perlahan-lahan. Badan nya juga sudah lemah. Walaupun sudah makan tetapi matanya telah penat.. badan nya lemah longlai menuju ke pintu keluar.
Ana : Malek.. cari saya nanti..
Setelah jauh perjalanan nya dari kota itu, dia tertidur lama di sebatang pokok seorang diri. Dia pun bangun....
Ana : aaaahhhhhh segar nya badan aku....
Cuaca ketika itu sudah mendung... Ana melihat sekeliling nya.. dia berada di tebing laut..
Ana : fuh tinggi nya.. pertama cari makan dulu...
Kilat berdentum kuat sehingga menyebabkan Ana terkejut lalu jatuh dari tebing laut itu..
3 bulan kemudian, Naz yang masih berusaha bertahan hidup memberi makan kepada Malek.
Naz : nampak nya sampai di sini saja lah. Ayah dah tak larat nak...
Naz terus menuju ke ruangan makan lalu duduk di meja makan. Kelihatan dari matanya yang sudah mencair sedikit akibat dari tahan mengantuk. Di depannya, ada Puan Muna yang sedang tidur. Tubuhnya sudah kering kerana tidak makan.
Naz : sayang, walaupun awak selalu marah saya, sindir saya tapi saya tetap sayang. Saya menipu kerana ingin menjadi suami awak bukan kerana duit. Tapi kerana saya benar-benar jatuh cinta dengan awak. Kalau lah awak tahu....
Naz terus rebahkan dirnya dan tertidur sehingga 6 bulan kemudian... Malek sedar dari tidur panjang nya...
........................................................................
Di Kafe Manis itu, mereka semua sudah merasa bosan menunggu Badar.
Tama : haish, dah lama aku tak tebas orang ni..
Man : kau ni, sesekali tebas lah daging ke apa?
Crisa : kuda tadi kau tambat kat mana?
Ozen : tu kat depan tu je.. kuda tetap kuda. Dia pantang tengok rumput...
Farin : kita ni minum air kat sini tetap tak hilang dahaga nya.
Datang lah seorang lelaki ingin mengambil pesanan..
Heigo : nak makan apa? Dari tadi minum je? Makan lah.
Zafar : eh Heigo?! Kau buat apa kat sini?
Heigo : hihi inilah Kafe aku.. semenjak kita tak jumpa Reinland, aku buka la Kafe. Tu Delima jadi pembantu aku.
Delima : hai semua!!
Man : kau ? Bila masa pula kita tak jumpa. Cari pun belum .
Heigo : apa kau merepek ni. Kan kita semua dah berpecah..
Delima : saya tau.. ini perjumpaan semula kan? Mengenang zaman-zaman kita mengembara dulu.
Crisa : patut ke aku kejutkan mereka?
Ozen : silakan..
Crisa menghantukkan kepala mereka berdua.
Zafar : kejap, mereka tak tahu cara nak lucid dream...
Crisa : biarkan.. kalau mereka pandai cari jawapannya, mereka akan datang semula....
Sementara itu di dunia mimpi dalam mimpi... Mereka berdua masih bertarung...
Malek : terima lah batu besar ni.
Badar : cih, senang je ni.. tumbuk saja!!!
Hancur berkecai batu yang di buat oleh Malek itu. Malek cuba mengubah tempat mereka..
Malek : hutan ...
Suasana menjadi hutan..
Badar : eh kita kat hutan pula?!
Malek : lorong!
Tempat itu berubah menjadi lorong yang tak berpenghujung.. Malek terus menendang Badar dengan kuat sehingga Badar terpental jauh.
Badar : mak ai, tak ada penghujungnya ni!!! Nak pegang apa ni!!
Tangan nya di sambut oleh seseorang...
Badar : haaa nasib baik. Terima kasih budak...
Ana : sama-sama...
Bsrsambung....