Home Buku Fantasi The New King
Bab 29
Selamat Tinggal



Gelana dan Heigo pergi membeli barang. Sementara Delima dan Crisa merawat Tama dan Zafar yang cedera parah...


Badar : Ozen mana?

Crisa : dia kata nak pergi beli ubat. Dia nak rawat sendiri...

Badar : kita kena cepat-cepat pergi dari sini.. aku tak nak makan-makan dekat sini dah ... Sampai sekarang aku masih ingat muka si Kaja tu ..

Delima : sampai macam tu sekali ya.. hahaha..

Badar : ya Delima.. jadi.. Crisa? Kau nak ikut aku tak?

Crisa : hihihi mestilah. Aku tengok kau orang tadi lawan pun menarik. Entah apa pengembaraan yang aku dapat nanti. Tak sabarnya aku...

Badar : hehehe biasa lah. Setiap kota lain-lain cara. Mesti kau dapat kejutan budaya nanti! Hahah..


Tama bangun dan membuatkan mereka menjerit terkejut...


Delima : Tama! Apa awak buat ni?

Tama : dah selesai ke?

Badar : cuba kau tengok aku kat sini..

Tama : ohh.. terbaiklah..


Tama terus kembali tidur...


Delima : eh cepat nya bangun..

Badar : hahaha ...


Badar melihat Zafar dengan tajam....

Sementara itu ....


Gelana : eh Ozen?

Ozen : ya?

Gelana : errrrr ....

Heigo : kau beli ubat ke?

Ozen : ya lah. Kat farmasi kan?


Ozen terus pergi...


Gelana : sombong nya..

Heigo : haha biasalah tu.. tapi macam ada seseorang dengan kita tadi . Aku tak ingat lah siapa..

Gelana : ha ah.. siapa eh?

Heigo : ahh lupakan lah.. lepas ni nak pergi mana?

Gelana : balik lah. Semua dah ada..

Heigo : lapar ni..

Gelana : ya lah. Kita makan sekejap. Badar nak makan tempat lain nanti ..


Mereka pun pergi makan untuk alas perut sebentar... Kemudian mereka pulang ..


Crisa : lama nya kau? Mana ubat?

Gelana : ni haa heigo lapar. Kami alas perut lah sekejap..

Heigo : kau yang makan dua pinggan tadi...

Tama : bising lah..

Gelana : tadi kami jumpa Ozen. Sombong betul dia..

Delima : kenapa eh?


Tama mendengar itu. Orang yang kenal siapa Ozen hanya Badar dan dia.


Tama : oi zafaria! Bangun.. kita nak gerak ni...


Zafar bangun dengan matanya masih mengantuk...


Zafar : bagilah aku rehat sekejap .

Badar : jangan risau. Nanti aku cari tempat-tempat best dalam hutan nanti.. kita berkhemah situ 2 hari. Apa kata kau?

Zafar : wah bagus juga!! Boleh rehat puas-puas..

Tama : aku setuju..

Heigo : betul tu. Kami datang sini ingat nak rehat tapi jadi benda lain pula.

Badar : tak apa lah. Jangan lari kejahatan.. kita lawan je hahaha.. kalau tak kita tak jumpa Crisa ni.. tapi rasa macam ada sesuatu yang aku terlupa lah..

Gelana : haaa tengok tu. Badar pun rasa..

Crisa : yaa la.. macam ada orang lain tadi.. siapa eh?

Delima : jap tadi dengan kita Ozen dan... Tama kot?

Heigo : ahh lupakan je lah.


Heigo cuba untuk melupakan hal itu. Sebenarnya dia malas nak fikirkan sesuatu setelah apa yang terjadi. Dia ingin rehatkan fikirannya..


Badar : aku dengar kau pandai berburu...

Zafar : ya memang aku pandai.. kau nak apa?

Badar : kerbau!! Hahaha.. teringin nak rasa...

Tama : daging nya sedikit liat..


Tama sebagai bekas bandit pernah makan apa saja semasa di hutan, sebab itu dia tahu.


Gelana : jangan risau.. aku pandai masak.. hahaha..

Zafar : kenapa aku rasa seram sejuk pula ni..

Badar : Sama lah...


Mereka teringat akan Gelana apabila memasak. Dia menjadi menakutkan..


Badar, Zafar, Tama, Heigo : ughhhhhisshh..

Gelana : kenapa dengan korang ni?

Delima : hahaha...

Badar : kau berdua boleh berdiri tak? Kita nak bergerak terus kalau boleh...

Tama : boleh je..


Mereka semua bergerak di gerbang pintu keluar desa bahtera... Semua orang mengiringi mereka.. salah seorang melihat Tama..


Lelaki desa : eh pedang kau rosak tu..


Lelaki itu masuk ke kedai nya sebentar dan mengeluarkan pedang baru.


Lelaki Desa : nah ambil lah.

Tama : aku tak ada duit. Simpan je lah.

Lelaki desa : tak , ini percuma.

Tama : aku simpan . Sini...

Perempuan : makanan sini percuma..

Tama : kuih ni 5 .. bungkus ..

Mak cik : ayam goreng percuma..

Tama : ayam goreng seekor teruslah.. alang-alang percuma kan...


Mereka tertawa kecil melihat Tama.


Badar : haha Tama, aku nak peha.

Tama : haa mak cik. Raja saya nak 5 peha. Bungkus saja..

Zafar : cis kata tak nak makan..

Badar : maksud aku pesta makan.. ni kan kita nak jalan dah..


Ozen juga kebetulan berada di pintu gerbang itu..


Ozen : nampaknya kita berpisah dari sini.. sebelum itu, aku nak ucapkan terima kasih sebab selamatkan aku..


Ozen mengangkat beg nya dan ingin berjalan..


Tama: apa kau merepek ni?

Ozen : hah?


Ozen melihat mereka semua yang tersengih-sengih...


Badar : ikutlah kami...

Ozen : hmm terima kasih..


Mata Ozen sempat berkaca-kaca kerana terharu..


Pak maon : Hati-hati Crisa ...

Crisa : ya pak cik..

Pak Maon : nah emas.. sikit je tapi guna lah dengan berhemah..

Crisa : banyak juga..


Pak Maon memberikan beberapa keping duit emas kepada Crisa..

Selepas itu, mereka mengucapkan selamat tinggal kepada semua orang-orang Desa Bahtera itu. Mereka melambai-lambai kan tangan mereka..


Badar : selamat tinggal semua!!!


Pengikut Badar terus berjalan meninggalkan tempat itu bersama Badar.


Raza : esok mesti keluar berita besar nanti..

Dirn : ya mereka penyelamat desa kita.

Raza : Aku akan namakan kelompok mereka sebagai Badarien!


Mereka semkin jauh meninggalkan Desa Bahtera.. sementara itu, di celah hutan..


Man : oiiii kau orang nak pergi mana ?

Badar : Man!! Jom lah ikut kami.

Man : orang dah ajak tak akan aku tolak ya.. hahaha.. eh Crisa.. kau rindu aku ke?

Crisa : hahh?

Heigo : wah sungguh terang-terangan hahaha..

Man : mana tujuan kita ?

Heigo: kau abaikan aku ya?!!

Badar : kita cari hutan tempat berkhemah..

Man : hutan ? Aku tahu pasal hutan.

Ozen : aku pun tahu ..

Tama : ntah dia. Macam kita tak pernah tinggal dalam hutan je..

Man : lah pernah ke? Hahaha..

Zafar : hehe.. aku pun tinggal dalam hutan masa kecil...

Man : wah lagi veteran..

Tama : aku pun dari kecil..

Badar : ahhh aku pun pernah tinggal dalam hutan masa kecil. Haa siapa nak lawan? Aku jentik nanti.

Tama : Aku tolong kau tebas mereka semua..

Delima : sampai hati Tama.....

Crisa : hahaha . Pelik-pelik je kau orang ni..


Bersambung.....



Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy