Home Buku Fantasi The New King
Bab 30
Mesyuarat



Setelah meninggalkan Desa Bahtera, mereka merancang ingin berehat dulu di suatu tempat dalam hutan. Untungnya mereka menemui tempat di hutan yang di dalamnya terdapat sebatang sungai. Mudah lah mereka menangkap ikan atau mahu mandi manda di situ. Mereka juga siap membuat khemah yang luas untuk setiap orang.


Badar : dalam ni ada ikan bawal tak ?

Man : mana nak ada. Sini kan sungai.

Heigo : entah dia ni..

Badar : ikan siakap?

Heigo : eh macam ni je la . Sini ikan air tawar.  Bukan air laut ..

Man : haa kau ada nampak laut tak kat sini?

Badar : tak de..

Man : maknanya tak ada lah.. aduhh..

Badar : ohh macam tu . Kalau ikan pari ada tak?


Heigo dan Man pergi mendekati Ozen yang sedang memancing ikan ..


Man : Raja apa kau ikut ni?  aduh..

Heigo : aku ikut je sebab nak tengok dunia.. hahaha ..

Man : ozen.. sini ada ikan pari tak?

Ozen : tak ada .. tapi kalau nak kena pijak meh sini ...

Heigo : uhh tak boleh ajak gurau lah.. hahaha...


Sementara itu di tempat perkhemahan.. Crisa, Zafar, gelana dan Delima ada di situ...


Zafar : cantik juga khemah kita. Macam nak tinggal sini terus.

Gelana : tu lah. Tempat yang bagus. Bersih dan indah mata memandang..

Delima : mana Tama ni? Cari kayu api lama betul..

Crisa : dia pergi seorang je?

Delima : dia tak nak sesiapa ikut. Lagipun dia cakap sini senang cari kayu..

Zafar : ya lah.. semua orang kat sini pernah tinggal dalam hutan...

Gelana : ehem.. tolong sikit.. para lelaki je. Perempuan dalam rumah je..


Tama pun sampai... Mereka terus memasak makanan. Heigo, Man dan Badar akhirnya memancing apabila melihat Ozen tidak mendapat seekor pun ikan.


Badar : tekak aku nak makan ikan bakar ni..

Ozen : ikan sungai biasa nya banyak tulang...

Heigo : tapi tak semua lah..

Man : Tama, tolong kami tangkap ikan ni..


Tama yang mendengar itu terus terjun sungai...


Tama : tak apa lah. Aku tangkap guna anak panah je..

Ozen : anak panah?......... Oii anak panah aku!!


Ozen pun terjun juga... Dia jua mencari ikan dengan cara menyelam dan menembak ikan. 1 jam kemudian....


Gelana : makanan dah siap ..


Mereka semua berkumpul di tempat khemah itu. Mereka duduk melingkar.


Badar : sambil makan aku nak berbincang sesuatu...

Heigo : bincang apa ?

Badar : Crisa? Macamana dengan adik kembar kau ?

Crisa : dia ok je.. mula-mula dia berat nak biarkan aku pergi.. tapi aku tetap nak pergi ..

Man : kau duduk sana nak buat apa je?

Crisa : mungkin jadi penyelidik ? Entahlah... Adik aku cuma nak hidup dengan aku. Ayah dan ibu kami dah meninggal dunia. Tinggal dia seorang. 

Zafar : eh tak apa ke tinggalkan dia?

Crisa : aku dah suruh Pak Maon tolong jagakan dia..

Tama : tapi dia lah yang meletakkan kita dalam maze book..

Crisa : oh fasal tu.. dia minta maaf sebab pengetua dia yang paksa... Lagipun pengetua tu orang dekat Kaja. Dia pun dah mati sebab darahnya kena serap..

Badar : ohh macam tu.. Tama, elemen bayu kau hebat lah.. ada teknik dua pedang dengan satu pedang ya?

Tama : ya sebab aku terdesak masa tu. Jadi aku dapat idea untuk menciptakan teknik itu..

Heigo : elemen satu lagi apa ?

Gelana : kalau tak silap, Tama sekarang ada api,air, tanah dan bayu.. 

Delima : satu lagi apa?

Tama : entah. Belum muncul.. aku pun tak tahu ..

Ozen : oh jadi elemen tu muncul bila kau dalam keadaan bahaya lah...

Man : jom kita bahaya kan Tama.. hahaha..

Badar : jangan.. habis kita di tebasnya.. hahaha..


Mereka ketawa mendengar gurauan Badar...


Badar : Ozen ? Terima kasih sebab jadi pengikut aku walaupun kita musuh sebelum ni.. tapi pertolongan kau melawan Lambak sangat membantu.

Ozen : aku cuma ikut orang yang kuat je.. jangan ambil kisah lah..

Badar : ohh memang aku tak kisah pun hahaha.. dan Man? Errr lupakan lah..

Man : ceh macam tu je?

Badar : jangan terasa.. Zafarrrrrr ria.. siapa kau sebenarnya?

Crisa : aku juga nak tahu..


Mereka semua memandang Zafar yang dari tadi diam. Zafar sudah mengagak akan soalan ini....


Badar : Crisa jelaskan..

Crisa : Core Zafar sebenarnya tertumpu kepada masa.. dia cuma menggunakan chance sebagai teknik nya.. Contoh. First Chance, dia lajukan pergerakan masa pada tubuh nya. Sebab tu kita tengok dia tumbuk bertubi-tubi dengan pantas.. dan second chance, mengundur kan masa.. sebab itu lah Zafar hidup balik dengan guna second chance..

Man : patutlah dia tiba-tiba muncul depan Nrun .. dia gunakan masa tu untuk undur semula.

Crisa : ya betul tu, persoalan nya core ini type apa?

Badar : haa jawab lah..

Zafar : ahh aku tak nak jawab selagi kau tak bagitau Core kau..


Badar agak berat ingin mengatakannya..


Badar : baiklah.. aku akan cakap Core aku apa tetapi...

Crisa : wahhh teruja ni...

Badar : kamu semua harus berjanji untuk merahsiakan Core aku kepada sesiapa saja. Jangan bagitau langsung!

Tama : aku setuju ...

Zafar : ok aku pun.


Mereka semua bersetuju...


Badar : lagi-lagi orang yang baru ikut kita . Ozen, Man dan Crisa.. apakah kau benar-benar setuju dengan syarat aku?


Mereka setuju namun Badar masih tidak percaya...


Badar : kalau sesiapa melanggar syarat ini, aku akan pancung orang yang mendengarnya dan memberitahu nya ...


Mereka setuju!


Heigo : cakap lah cepat....

Badar : ok.. Core aku sebenarnya adalah 'All of Us' ...


Mereka tersentak mendengar Core Badar.  Ini bermakna ...


Crisa : Core tu tiada tandingan nya ...

Badar : sebab tu aku tak boleh bagitau.. aku dari kecil ada berjanji dengan seseorang untuk merahsiakan Core aku. Kalau tak orang akan mencari aku untuk membunuh aku.. aku juga berlatih selama 6 tahun untuk mengawal Core ni...

Gelana : tak sangka Badar ada Core sekuat itu. 

Tama : aku memang tak salah pilih orang ..

Ozen : aku juga.. ini bermakna kita selamat dengan Raja baru ni...

Delima : betul tu ..

Crisa : patut lah Badar ada bermacam-macam jenis kekuatan!

Zafar : nampaknya itu menjawab semua persoalan aku sejak dari awal.

Badar : jadi jawab lah soalan aku..

Zafar : ok. Sebenarnya aku tak berapa ingat siapa diri aku yang sebenar.. ingatan aku samar-samar.. aku ingat sedikit masa kena serangan dari Nrun..


Mereka semua mendengar dengar tekun...


Zafar : aku teringat sesuatu tentang asal aku...

Badar : asal mana ?

Zafar : Reinland...


Semua terkejut mendengar penyataan itu..


Crisa : tak mungkin! Reinland hilang 300 tahun dulu. Macamana kau masih muda macam ni?

Ozen : ya tak mungkin.. kau nak cakap kau keturunan Raja Reinland?

Zafar : aku tak pasti....

Badar : aku juga tak percaya.. sebab orang yang janji untuk menjaga rahsia tentang Core aku juga dari Reinland ....

Crisa : apa? Jangan-jangan masih ada orang asal Reinland yang terselamat dari perang besar 300 tahun dulu..

Man : walaupun aku tak faham.. tapi mana ada orang biasa hidup sampai 300 tahun ..

Zafar : ada.. orang desa bahtera boleh hidup sampai 900 tahun..


"Apa?!"


Crisa : betul tu..


Crisa membenarkan kata-kata Zafar.


Crisa : tapi itu berkat untuk orang asli desa bahtera...

Gelana : mungkin ini suatu misteri yang kita kena rungkai untuk sampai ke Reinland nanti ...

Badar : ya mungkin.. tapi apa-apa pun.. aku nak jadi Raja yang bebas dalam kedamaian...

Tama : aku ikut je ..

Badar : bagus! Nanti aku nak tukar nama Rienland tu. Biar orang tak ingat kisah-kisah perang besar itu.

Zafar : nak tukar jadi apa?

Badar : Oasirilandis. 

Delima : Susah nak sebut tu .. hahaha .

Gelana : Reinland je lah..

Badar : Badarland!! Ok ?

Heigo : makin tak ok ..


"hahahaha".. 


Semuanya sudah diluahkan oleh mereka semua... Zafar merasa lega kerana sudah tahu tentang Badar. Kini dia tidak lagi merasa ragu akan Badar...

Malam itu, Badar pergi ke arah bukit tinggi seorang diri..


Man : dia nak pergi mana tu?

Tama : jangan kacau dia.. dia biasa pergi ke tempat-tempat tinggi untuk cakap seorang diri..

Heigo : gila ke cakap seorang - seorang?

Crisa : biar lah dia . Mungkin nak munasabah diri....

Tama : betul tu..

Ozen : lagi pun dah lewat malam ni..


Badar sampai ke atas bukit tinggi itu. Dia duduk bersila kemudian merenung...


Badar : Zafar Raja Reinland? Tapi bukan ke aku?


Bersambung ......



Previous: Bab 29
Next: Info#3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy