Home Buku Fantasi The New King
Bab 57
Hilang Ingatan



Keanehan berlaku di dalam Hotel misteri itu. Hampir semua orang yang Man kenal hilang ingatan. Hanya saja Man yang masih ingat. Dia bertemu dengan Crisa di tangga hotel berdekatan dengan Tingkat 2.


Man : sudah lah. Mari kita pergi mencari yang lain.

Crisa : ya.

Man : mungkin ada orang yang macam kau.


Sewaktu berjalan ke atas untuk menuju ke tingkat 2, Man berfikir dengan dalam apa yang telah terjadi.


Man : pelik, kenapa hanya aku seorang je ingat? Oh ya, cuba aku telefon Lacus.


Sayang nya tinefon Man tidak berfungsi. Sampai di tingkat dua, mereka berjalan lurus sehingga ada lorong ke kiri...


Man : Delima?

Delima : ahhhh!!


Delima terus lari. Man pula mengejarnya dan ketika melihat ke belakang, Crisa hilang.


Man : hah? Crisa?!


Di belakang nya tiba-tiba menjadi dinding.


Man : jangan-jangan hotel ni bergerak sendiri. Patut lah tiba-tiba ada lorong, ada tak ..


Lorong di situ berubah lagi. Lantai di tempat Man berpijak bergerak ke atas.


Man : haaa tingkat 3 ke ni?

Ozen : siapa kau?!


Ozen membuat busur panah dalam bentuk angin lalu menembak anak panah ke arah Man.


Man : Cover ru-...


Seseorang melompat ke arah Man untuk menyelamatkan Man.


Werza : kau ok?

Man : ok. Siapa kau?

Werza : aku orang yang sama terperangkap dalam hotel ni..

Man : apa?

Ozen : berhenti lari... Terima angin beliung ni!!

Werza : nanti kita cerita . Sekarang baik kita cari tempat selamat 


Werza memegang salah satu dinding dan masuk ke dalam satu bilik besar.


Man : arffggghhh!!


Mereka berdua seperti terjatuh dalam lubang... Tapi sebenarnya tidak.


Man : apa benda ni?


Tanya Man setelah selamat masuk di dalam ruangan tersebut.


Werza : Core tembus dimensi.

Man : apa ? Kenapa kau tak guna Core kau untuk keluar dari sini...

Werza : itulah masalahnya.. Core aku cuma dapat membuat lubang dimensi pada dinding saja.

Man : ohh.. jadi?

Werza : di kawasan hutan ni tak ada dinding... Aku dah cuba tapi tak dapat. Sebab tu aku hanya bertahan hidup di sini..

Man : kenapa tak pakai dinding dari kota lain?

Werza : Core aku cuma berfungsi pada radius yang tertentu..

Man : ohh sama macam aku lah..

Werza : apa core kau?

Man : pelindung... Jadi sekarang ini kita dekat mana ?


Werza ialah seorang lelaki muda yang pernah masuk ke dalam hotel ini. Dia menceritakan bahawa ramai orang yang sudah terperangkap dalam hotel ini mati begitu saja.


Man : apa ? Macamana boleh mati?

Werza : pertama, tak ada makanan. Kedua, ada penjaga patung besar berwarna merah yang bawa pedang besar... Muka patung tu seram!

Man : jadi kita dalam bahaya lah ni?

Werza : tidak. Sebab kita dalam ruangan yang paling selamat.. tempat ini tidak akan pernah berubah sebab ini ada pusat hotel ini..hanya di luar saja tempat nya berubah-ubah...


Man pun menyedari bahawa ruangan itu tiada pintu masuk dan keluar. Kemudian seramai 4 orang memuncul kan diri di ruangan itu.


Man : eh kamu semua muncul dari mana?

Fad : hahaha.. aku mempunyai Core halimunan.. aku boleh menghilangkan diri aku dan orang yang bersentuhan dengan aku.

Man : aduh .. kau memiliki core yang sangat di ingin kan oleh para lelaki di luar sana..

Juli : kau nak mengintip ke apa?!!


Mereka semua mengenalkan diri masing-masing.


Fad - orang yang berbadan besar, sasa dan berkepala botak. Core : halimunan.

Werza - lelaki muda yang memakai baju hitam , hijau. Core : tembus dimensi.

Juli - perempuan yang sekitar 30an. Berambut panjang dan perang.

Fifi - anak perempuan kepada Fad yang ikut terperangkap dalam hotel. Di lihat dari badan nya, mungkin baru 14-15 tahun.

Dew - lelaki yang berwajah ganas. Dia memakai kain di kepala nya. 


Semua nya ada 5 orang termasuk Werza yang menyelamatkan Man tadi.


Man : oh cuma dua orang je lah yang boleh guna Core?

Dew : ya. Tapi kami ahli dalam bertarung. Kecuali budak ni.

Fifi : tak apa. Ayah saya ada.

Man : apa yang dah jadi sebenarnya.


Mereka pun menceritakan bahawa sudah 3 tahun mereka tidak keluar dari hotel itu. Mereka juga tidak saling mengenali antara satu sama lain.


Man : aik? Macamana kau boleh tahu tu anak kau kalau kau tak kenal ?

Fad : errrr aku tak tahu. Tapi firasat sebagai ayah tu ada...

Man : mana boleh main firasat...

Fad : eh boleh lah. Please...

Dew : jangan jatuh kan harga diri kau...

Werza : jadi kau datang sini dengan siapa?


Man pun mula menceritakan dari mula dia masuk ke hotel ini.


Fad : apa? Kau tak hilang ingatan?

Man : ya, cuma kawan aku je yang lupa tentang aku. Termasuk dengan wanita aku cintai.. huhuhu..

Juli : bersabar lah . Kami ni tinggal berlima saja. Masih bertahan hidup.

Man : bila patung merah yang menyeramkan tu keluar?

Fifi : waktu di malam hariiiii...

Man : buat masa ni aku nak selamatkan kawan aku.


Dew memberitahu Man bahawa masih ramai mangsa lain cuma mereka tak tahu di mana mereka. Hotel ini di luar nampak kecil, tapi di dalam besar dan luas.


Werza : jadi macamana?

Man : kau ikut aku...


.............................................


Tama bertemu dengan Gelana. Baru sahaja Tama mahu mengeluarkan pedang nya, Gelana menunduk ketakutan..


Tama : cis.. aku tak tebas perempuan...

Gelana : terima kasih... Kau... Siapa ?

Tama : aku Tama . Kau siapa?

Gelana : errr Gelana...

Tama : macamana aku boleh ada dekat sini?

Gelana : aku pun pelik.. aku tengah masak dekat rumah aku tadi.. untuk abang aku makan bila dia balik nanti ..

Tama : siapa Abang kau?

Gelana : haa Gibar.. dia anak buah tok ..

Tama : tok gama. Cis, dia lagi. Budak sombong. Tak sangka kau adik nya!

Gelana : erghh maafkan aku! Jangan bunuh aku.

Tama : aku tak tebas perempuan...


Tama terus pergi meninggalkan Gelana tetapi Gelana ikut dia dari belakang...


Tama : kenapa kau ikut aku?

Gelana : aku takut..

Tama : haaa.. baiklah. Kau ikut aku asalkan jangan ganggu aku....


Man muncul di sebalik dinding..


Man : cover rush!

Tama : kau lagi!

Man : berhenti Tama. Dengar penjelasan aku dulu.


Tama pun berhenti dari menebas Man. Man pun mencerita kan apa yang terjadi.


Tama : aku ? Ikut orang? Siapa ? Badar? Setia ? Hahahaha.. kau buat lawak ke?

Gelana : entah kau buat lawak ke?

Tama : aku ni bandit, mana mungkin ikut orang jadi pengikut..

Man : tak ,.. ini cerita betul ... Pelik, setiap orang lain-lain ingatan ya?

Werza : ya . Ada orang ingatan nya kembali ke masa kecil nya, ada yang masa remaja .. ada yang bertahun dulu...

Man : macam tu ya?

Tama : jadi kalau tak ada apa-apa.. lebih baik kamu semua mati di sini..


Tama mengeluarkan pedangnya..


Tama : fire smash!!

Man : berhenti Tama!

Werza : kalau kau bunuh kami, macam mana kau nak keluar dari sini?


Tama pun berhenti...


Tama : kau tahu cara nya?

Werza : sekarang tak..... Tapi kalau kita bekerjasama.. kita pasti jumpa jalan keluar nya...


Tama memandang ke arah mereka berdua untuk memastikan kepercayaan nya terhadap mereka.


Tama : baiklah. Gencatan senjata!

Man : kalau macam tu. Masuk lah. Ini saja tempat selamat... 


Mereka pun masuk ke ruangan tersebut.


Man : Werza, masih ada orang yang ingin selamatkan.

Werza : kalau mereka tak jauh dari sini. Cepat lah kita jumpa mereka.


Man pun terus mencari yang lain bersama Werza... Di mulai dengan Heigo, Delima, Ozen, Zafar, dan Crisa.


Werza : bagus . Hari dah hampir malam.

Man : tunggu, ada lagi seorang. Badar.

Werza : ahh lupakan je la..

Juli : kami ada jumpa seseorang pagi tadi.

Man : mana?


Man pun melihat orang itu menyorok bawah meja 


Man : Badar?!


Bersambung....



Previous: Bab 56
Next: Bab 58

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy