Si Berlian
Kita kembali di bahagian selepas mereka berpisah dengan Gelana dan Delima.
Gelana : Bye bye. Nanti jumpa lagi dekat tengah kota ya.
Badar dan pengikutnya pun pergi. Tinggal lah mereka berdua untuk mencari bahan-bahan masakan.
Delima : sekarang apa yang kita kena cari?
Gelana : hmm Zafar bagi 3 emas dekat aku. Mungkin kita kena cari tempat untuk tukar duit emas ni.
Delima : bagus juga. Jom..
Setelah mencari beberapa minit kemudian, mereka jumpa akan sebuah kedai penukaran duit di bahagian dinding kiri gunung.
Delima : penukaran syiling dan barang berharga. Sini kan?
Gelana : ye la kot. Cuba kita tengok-tengok..
Ketika masuk...
Pengurus : haahhh? Kau nak tukar barang sampah tu jadi duit ?!
Pemuda : tolonglah.. isteri saya sakit.. saya perlukan ubat!
Pemuda itu bajunya agak lusuh. Wajahnya berjambang dan tidak rapi orangnya. Dia ingin menukar sesuatu untuk duit sambil melutut. Pengurus itu tiba-tiba menendang pemuda itu dan memijak tubuhnya.
Gelana : apa yang terjadi?!
Pengurus : kau siapa? Kalau nak tukar barang tak berharga sila keluar atau kau mahu di pijak juga.
Delima : kejamnya..
Gelana : kami nak tukar emas..
Keperibadian pengurus itu berubah menjadi orang yang ramah.
Pengurus : tukar emas? Orang kaya lah.. silakan cik. Mari kita ke ruangan pejabat saya..
Mereka berdua hanya diam dan mengikut pengurus itu dari belakang. Kemudian pemuda itu memegang kaki Gelana. Gelana tersentak menjerit.
Pengurus : kau lagi!!!
Lantas pengurus itu memijak-mijak tubuh lelaki itu dengan kuat.
Gelana : tuan biarkan dia..
Pengurus : ah betul tu.. mari ke pejabat...
Delima : kenapa buat dia begitu?
Pengurus : cik tak tau ke? Dia ni hamba abdi..
Mereka terkejut mendengar itu. Namun mereka hanya mendiamkan diri daripada membahasnya lagi. Setelah membuat penukaran, sekarang mereka sudah ada 2000 Perak dan 200 Gangsa. Gelana hanya menukar 2 emas. 1 emas lagi dia simpan untuk hal kecemasan.
Gelana : tak sangka sebanyak ini kita dapat..
Delima : penuh uncang kita. Hehehe..
Setelah itu mereka pergi membeli bahan-bahan makanan, tak lupa daging kerana Badar sangat menyukainya. Badar bukanlah hanya suka Daging, dia juga suka Puding, buah-buahan dan ikan. Ikan kesukaan nya adalah ikan bawal hitam, siakap dan semua jenis spesis ikan pari.
Gelana : ok dah beli daging. Sekarang ni beli ayam pula. Tak kan kita nak makan daging je.
Delima : ikan tak ke?
Gelana : ikan bila-bila kita boleh cari.
"Wah itu penolong ketua desa la"
"Ada orang bawahan nya yang kuat"
Gelana : apa ramai sangat dekat situ?
Delima : jom tengok..
Mereka pun pergi ke kerumunan orang ramai.
Nrun : hai cik adik?
Orang melambai-lambai kepada Nrun, orang bawahan ketua desa. Hari ini dia mengawal penolong ketua desa yang bernama Lambak.
Gadis 1 : Nrun!! Kamu sangat segak..
Nrun : oh terima kasih.. kau nak kaya tak?
Nrun memegang bahu gadis yang memuja nya tadi.
Lambak : Nrun, jangan buat orang biasa jadi kaya..
Nrun : oh baik lah.. kalau macam tu, kita kurangkan ! Hahaha..
Tangan Nrun berubah menjadi berlian tajam dan menusuk perut gadis itu. Seketika gadis itu mati di tempat kejadian. Orang-orang di situ terus terdiam..
Nrun : eh apa senyap ni? Mari bersorak!! Hahaha.. jangan risau.. mak aku sayang aku.. aku anak mak tau.. mak aku tak akan marah..
Lalu dia memegang tubuh gadis yang telah mati itu dan mengubah tubuh gadis itu jadi berlian.
Nrun : kalau nak, hancurkan sendiri..
Nrun dan rombongan itu terus pergi.. Gelana dan Delima terpananmelihat itu. Mereka jadi takut...
Delima : kalau Badar nampak ni...
Gelana : jangan bagitahu apa-apa pun. Kita kena hormati keputusan badar untuk berehat-rehat sementara.
Kata Gelana sambil memandang tajam Nrun dari jauh.
Lambak : lagi-lagi kau buat orang jadi kaya.
Nrun : jangan risau. Mereka tu kaya sekejap.. orang biasa selalu cepat menghabiskan hartanya. Hehehehhahahahaha..
Lambak : lantak kau lah.. cepat sikit budak!!
Marah Lambak kepada budak yang menarik kereta nya itu. Dia mencambuk budak itu agar cepat..
Lambak : budak ni dah lemah.. kita kena cari yang baru.
Nrun : ya. Nanti lah..
Sementara itu, di Akademik Bahtera..
Clara : ada apa cari saya?
Badar : kita akan mengembara seluruh dunia!!
Pustakawan : syuhh.. sini perpustakaan tak boleh bising..
Zafar : baik kita sembang luar saja.
Mereka pun pergi ke suatu pondok...
Clara : hah?!! Kau nak aku jadi pengikut kau?
Badar : ya Clara.. kau kan banyak ilmu pengetahuan...
Clara : tak mungkin.. aku tak boleh. Aku penat-penat belajar berhempas pulas macam ni. Kau tiba-tiba nak ajak aku keluar dari desa ni?
Zafar : kenapa kena belajar sampai macam tu?
Clara : sebab semakin banyak ilmu pengetahuan, semakin mahal harga diri aku. Di sini, kau tak akan di perhambakan sekiranya kau banyak ilmu. Kau cuma akan duduk di pejabat sambil menunggu pertanyaan dari orang-orang desa. Itu saja tugas kami.
Badar : harga diri tak boleh diukur dengan itu. Jika kau masih harga diri, kau sepatutnya berusaha membebaskan diri.
Clara : apa?!! Habis apa yang aku buat? Sekurang-kurangnya aku belajar supaya aku tidak di perhambakan, di perbudakan!
Clara menjadi murah kerana Badar menganggap perjuangan nya selama ini remeh-temeh.
Badar : huh.. padahal aku dah pilih kau.
Pengetua : Clara ? Apa kau buat situ?
Clara hanya membisu.
Pengetua : sini kejap Clara...
Clara pun pergi bertemu pengetua di sudut lain. Mereka kelihatan sedang membicarakan sesuatu. Clara datang semula ke badar...
Clara : aku tak boleh ikut.. tapi aku boleh bawa kau jumpa seseorang...
Badar : wah betul ke? Rupa-rupanya kau baik juga..
Clara : ya. Marilah ikut saya...
Mereka pun ikut Clara dari belakang..
Heigo : Zafar, cuba kau tanya dia nak bawa kita ke mana?
Zafar : Clara ? Kita nak ke mana?
Clara : di tengah belahan gunung ini, ada suatu tempat yang mistik.
Badar : hah kat mana tu ? Tadi kami jalan tak ada apa-apa pun?
Clara : ada di tengah-tengah jalan tu..
Tama : rasa kat situ ada tandas je?
Clara : bukan.. itu bukan tandas. Itu adalah pintu untuk masuk ke tempat mistik itu. Tempatnya di bawah tanah gunung ini.
Badar : wah!! Hebatlah.. apa ada kat situ?
Clara : buku..
Badar terus kecewa..
Badar : buku tak boleh makan.. huwaaahuuuu..
Zafar : apa kau cakap ni?
Clara : tapi tempat mistik itu di penuhi buku dari zaman awal dunia ini terbentuk semula oleh manusia. Semua sejarah zaman banjir dulu masih di bukukan di sana.
Zafar : wah menarik ni..
Badar : huwahhhuhuhu hu hu wa ca ca..
Zafar : apa kau merepek ? Aku tak faham apa kau cakap..
Tama : badar agak kecewa.. hahaa..
Semua orang memandang Tama. Ini pertama kalinya mereka melihat Tama ketawa.
Tama : apa? Nak kena tebas?
Zafar : teruskan... Cik clara ..
Clara : tempat itu penuh dengan buku. Seluas lautan.. tempat itu di panggil 'the Maze Book'.
Zafar : menarik.. aku tak sabar nak pergi sana..
Heigo : tapi untuk apa kita ke sana?
Clara : kau nak cari orang yang ada ilmu pengetahuan kan? Mesti ada seseorang di sana yang ada pengetahuan lebih hebat.. itu pun kalau ada orang yang baca semua buku dekat situ...
Sesampai nya mereka di tempat itu, ada kotak yang menyerupai tandas di tengah-tengah desa itu.. Clara membuka pintu itu dan menarik salah satu suis di situ.. dan...
Zafar : apa ni?!
Lantai di dalam kotak itu turun ke bawah dan membentuk tangga..
Heigo : gelapnya.
Clara : aku tak tahu lah sana gelap ke tak. Tapi dengan cerita sana ada lampu yang menyerupai fatamorgana.
Mereka tidak faham akan maksud Clara itu, tapi mereka akan tengok sendiri. Badar pun turun menggunakan tangga itu dengan di ikuti Zafar dan Tama.
Zafar : kau tak ikut ke?
Heigo : err aku takut Gelana dan Delima cari kita je nanti. Baik aku tunggu sini..
Badar : betul juga. Kau tunggu je situ.
Zafar : ya lah. Jaga diri..
Mereka pun turun. Sedangkan pintu itu tertutup oleh Clara. Clara terus pergi ke akademik.
Pengetua : macam mana? Sudah?
Clara : dah.
Pengetua : bagus Clara. Kamu memang pelajar contoh. Nanti habis belajar, saya akan rekomendasi kan kamu menjadi Jabatan pelajaran tertinggi di Desa ini.
Clara : terima kasih.
Pengetua : hahaha. Mereka akan terperangkap di situ selama-lamanya..
Bersambung...