Elemen Bayu
Lambak telah di kalahkan oleh Ozen yan kebetulan berada di Desa Bahtera. Namun pertarungan masih berlanjutan dimana Badar, Zafar dan Tama masih bertarung dengan musuh mereka yang kuat. Desa Bahtera menjadi kucar-kacir akibat dari rusuhan itu. Ada beberapa tempat terbakar dan ada yang telah musnah. Warga desa ada yang sedang mencari tempat untu berlindung. Orang yang mengawal suasana itu tidak lain dan tidak bukan adalah Pak Maon. Ternyata masih ramai yang percaya dengan Pak Maon.
Tama sememangnya mengalami kesukaran untuk melawan dengan Gul. Dia menggunakan Core nya teknik Air untuk menundukkan musuhnya.
Tama : water fall!!
Dari udara dia terus menjatuh diri nya seperti air terjun ke arah Gul. Gul merasakan kesakitan namun api biru nya yang terlalu panas dapat mengurangkan serangan air dari tama. Tama pula menggunakan teknik air itu berulang kali
Tama : water smooth!!
Gul : blue fire attack!!
Api biru Gul menjadi bentuk naga dan menyerang Tama. Tama terlempar dengan tubuh yang penuh api.
Tama : ahhhhhhhh.. panas!!
Tama menjerit kesakitan dan terus mengeluarkan elemen api nya untuk menyerap api biru itu di tubuhnya.
Crisa : Tama!! Apa core kau?
Tama : Five Element.. kenapa?
Crisa cuba membantu Tama untuk mencari penyelesaian.. Dia memang bijak untuk memikirkan nya.
Crisa : habis tu kenapa kau guna 3 elemen saja ?
Tama : sebab terlalu berat nak kawab 5 elemen sekali gus! Ingat senang ke?
Crisa : cuba kau guna ..
Gul terus menyerang Tama sehingga Tama harus bertahan menggunakan pedang nya.
Tama : alamak!!
Pedang nya mula meleleh cair!
Gul : hentakan api..
Api biru gul menjadi bentuk tukul dan menghempas Tama. Tama merasakan kelelahan.
Gul : hahaha.. inilah akhir kau..
Tama menutup elemennya. Dia sekarang dalam kekosongan... Core nya tidak aktif. Mata nya terpejam dengan perlahan.
Crisa: Tama!!
Zafar : Tama jangan mati!
Nrun : kau tengok mana ah?
Nrun menyerang Zafar dengan berlian tubuhnya. Serangan itu berjaya melukai Zafar.
Kaja yang sedang melawan Badar berhenti seketika.
Kaja : kau dengar tu?
Badar : .........
Kaja : jeritan! Nampaknya salah satu dari orang kau akan mati.. hahaha ..
Tama cuba untuk kuatkan dirinya. Luka nya sudah terlalu banyak namun dia cuba untuk bangun semula.
Gul : oh kau masih nak bangun?
Kelihatan nya agak sukar untuk bangun.
Crisa : Tama.. kalau kau masih boleh guna core kau, guna core angin!!
Tama tersedar! Angin boleh memadam kan api namun boleh membesarkan api.
Tama : elemen angin tak ada tetapi elemen bayu ada.
Man : apa beza nya?!! Cepat lah..
Tama menggunakan satu pedang nya. Dia mengarahkan ke atas dan menghayunkan pedang tepat di hadapan Gul. Api di seluruh badan Gul mengelak dan terpapar tubuh sebenah Gul. Tama senyum sinis
Tama : aku dah tau apa yang aku kena buat.
Tama mengulangi teknik itu tetapi secara pantas terus menggunakan dua pedang untuk menyerang Gul dengan element angin nya.. dia menebas tubuh Gul dengan huruf seperti X di dada nya. Luka itu amat dalam sehingga kelihatan tulang Gul.
Gul : erghhhhh.. apa yang kau buat?!!
Gul terus rebah setelah menanyakan itu. Tama juga mengalami luka lecur yang banyak dari serangan Gul. Dia pun rebah dan pengsan. Ozen pula memanah Gul yang telah pengsan untuk memastikan Gul mati.
Semua orang di dalam Cover Rush itu memandang Ozen.
Ozen : apa ? Kalau dia hidup lagi macamana ?
Man : eh tengok tu. Zafaria pun....
Mereka terpana melihat Zafar yang melawan habis-habisan. Zafar mengalami pendarahan yang banyak dari kepala hingga ke peha nya.
Crisa : Zafar!!
Gelana : tak mungkin dia kalah.
Delima : Zafar jangan mati!! Apa kami nak jawab dekat Badar nanti.
Zafar berhenti.
Zafar : aku tak akan mati. Aku juga ada impian..
Nrun : impian. Aku juga ada. Aku nak mak aku sayang aku selamanya. Hahaha..
Zafar : mengarut.. mak mana tak sayang anak?
Kata zafar dengan nada yang tersekat-sekat dan perlahan.
Nrun : betul juga.. hahaha.. nah rasakan..
Dia menyerang Zafar dengan tumbukan duri nya di tubuh Zafar.
Nrun menjadi kan jari-jari di tangan nya seperti berlian tajam. Dengan itu dia boleh mencucuk dan menumbuk Zafar sehingga berdarah.
Man : Zafar!! Berhenti. Rehat lah dalam ni.. cepat masuk.
Zafar : ka-lau aku ma-suk. Dia akan menyerang Badar. Sudah aku cakap dari awal jangan buat hal dekat sini.. sekarang kita semua dapat susah. Hehehe..
Mereka semua terpana melihat Zafar. Heigo yang bersama dengan Badar dari awal sudah tahu akan peringatan Zafar.
Heigo : betul apa Zafar cakap tu.. tapi Badar tak nak dengar.
Gelana mengetuk kepala Heigo.
Gelana : kalau Badar dengan apa yang Zafar cakap tu.. kita semua jadi hamba abdi.
Delima : semua itu dia buat untuk selamatkan kita.
Nrun terus menyerang Zafar tanpa memberi perlawanan. Zafar hanya mampu menerima semua serangan yang dilontarkan kepada nya.
Crisa : berhenti Nrun! Mak kau tak nak semua ni berlaku! Berhenti!!!
Nrun : apa kau mengarut ni? Mak aku tak akan marah sebab Mak aku benar-benar sayang aku. Hehehe..
Nrun tak mengendahkan Crisa.
Di sisi lain.. Raza dan para hamba yang lain cuba menyelamatkan orang-orang desa di sana bersama Pak Maon.
Raza : semua dah selamat?
Pak Maon : belum... Di gunung kanan masih ada orang...
Dirn : apa?
Vax : sana tak ramai orang yang berhati busuk.. sebab mereka orang biasa...
Raza : peluru aku pun tinggal sikit. Masih ramai ke orang yang memperhambakan budak?
Dirn : ada.. orang yang tukar duit tu belum nampak..
Pak Maon : oh dia.. darah dia dah di sedut oleh Kaja. Dia mati dah.
Sementara itu Badar masih melawan Kaja yang menggunakan Dark Core : Blood. Memang agak susah melawan seseorang dengan kekuatan yang gelap apa lagi orang itu benar-benar jahat.
Badar : tatapan mata!!!
Aura nya itu membuatkan Darah-darah berteraburan di sana.
Kaja : kuat juga kau ya.
Badar : kalau aku tak kuat, macamana aku nak melindungi rakyat aku nanti!
Badar mengeluarkan teknik baru..
Badar : putaran air!!
Dia mengeluarkan air menjadi seperti puting beliung namun Kaja menyerangnya dengan mencampurkan darah di dalam air itu..
Kaja : maaf ya. Kuasa kau sekrang milik aku!
Air itu kembali menyerang Badar.
Badar : tak guna!!
Dia melompat ke udara dan menghentam air tersebut .. lalu dia terus menggunakan teknik lain..
Badar : tsunami!!!!
Air tersebut menjadi tsunami yang siap membaham mangsa nya... Serangan itu berjaya mengenai Kaja.
Kaja : argghh!!
Dia terlempar di dinding.. kemudian dia lantas bangun dan menyerap semula unsur-unsur darah yang berteraburan di lantai dan dinding ..
Di bawah pula, di tengah-tengah desa itu.. Zafar mula keletihan apabila terus menerus dapat serangan yang mematikan itu dari Nrun..
Crisa : Zafar!!! Sudah lah tu...
Nrun pula mengeluarkan besi besar dari tanah.
Nrun : inilah serangan terakhir aku..
Dia menghempap besi besar itu ke tubuh Zafar berulang kali.
Nrun : hmm dah ke?
Nrun berhenti menyerang Zafar. Zafar sudah tidak bernyawa... Badan nya tidak menunjukkan sebarang reaksi lagi..
Mereka semua berteriak memanggil...
"Zafar!!!!!"
Seketika kemudian, Raza dan Dirn membawa Mak Nrun di tempat pertarungan.. Nrun yang melihat itu menjadi marah.
Nrun : kenapa kau bawa mak aku?!!
Tiba-tiba Zafar terjaga. Mata nya di buka kecil. Dia melihat kelibat Mak Nrun dengan samar samar..
Raza : baik kau mengaku kalah sekarang!! Kalau tak aku tembak mak kau!
Nrun : jangan !! Mak!!
Nrun terus menyerang dengan besi nya itu dengan menghempap mereka semua termasuk Mak Nrun. Zafar yang melihat itu memaksakan diri untuk bangun dan pantas menolak mereka semua ke tempat lain. Akibatnya, Zafar terkena serangan itu. Kali ini dia benar-benar tak bernafas.
Raza : Zafar!!!
Nrun : kenapa ? Kau selamatkan mak aku dengan tubuh yang lemah tu?
Dirn : Zafar dah mati!! Tak bernyawa...
Raza : bangun woi!!
Mak Nrun memandang Nrun dengan tatapan sayu.. tetapi Nrun merasa marah kerana wajah mak nya menjadi kecewa..
Crisa : lari!!! Woi!!lari!!
Ternyata Nrun tak puas hati.. dia terus menghempap tubuh Zafar yang tak bernyawa itu dengan bongkah besinya!! Mereka yang lain sempat menghindari serangan itu...
Delima : zafarrrrrr... Huuu...
Delima menangis melihat keadaan Zafar ... Kematian Zafar sangat tragis!!!
Bersambung...