Home Buku Fantasi The New King
Bab 88
Kaca

Seperti kaca yang di hempas ke lantai, hancurnya berkecai, begitu lah suasana hati Tama ketika diberitahu tentang kematian Bunda nya yang sangat rapat. Satu-satunya orang yang melayaninya dengan baik tanpa diskriminasi berbeza sama saudaranya yang lain. Ibu tetaplah ibu, sayang kepada anak tiada batas penghujung. Namun....


Tama : lepas kan aku!! Lepaskan!!! Buka pagar ni!! Izinkan aku berjumpa Bunda!! Abang tipu! Tipu... Tipu...


Tama mengamuk seperti orang kerasukan di dalam penjara itu. Delirin pergi meninggalkan Tama yang meraung kesedihan.


Tama : Bunda!!!! 


Sel penjara itu di tendang berkali-kali oleh Tama walaupun sesekali dia meraung kesakitan, masih tiada orang yang datang melepaskannya keluar. Tama merasa pilu dan terkilan kerana tidak dapat melihat wajah Bunda untuk kali terakhir. Sungguh kejam perilaku keluarga Rin terhadap Tama yang ketika itu masih tidak memiliki Core.


Sebulan kemudian, Tama di bebaskan oleh pembantu istana tersebut. Dengan tubuh yang lemah dia bergerak keluar dari tempat itu.


Tama : dimanakah makam ibunda?

Pembantu : nanti saya tunjuk kan.

Tama : jangan! Biar aku sendiri!


Dari sini, sifat Tama mula berubah. Dia menjadi orang yang kasar dan dingin terhadap orang lain. Kini, ejekan orang kepada Tama sebelum ini mula menjadi nyata. Dia bukan lelaki yang peramah dan baik hati seperti dahulu.


Ketika berjalan menuju ke makam bundanya, Tama melihat bunga salji yang mekar lalu dia memetik bunga itu. Matanya berkaca-kaca mengingat kenangan bersama Bunda sambil menahan perasaan sedih. Tibanya dia di makam bundanya itu, dia sudah tidak mampu menahan kesedihan yang tersimpan selama ini.


Tama : maafkan Tama bunda!! Tama belum sempat buat bunda tersenyum!! Maafkan Tama! Kalaulah Tama ada Core penyembuhan yang kuat.. bunda!!!


Salji yang turun itu seakan-akan menemani Tama dalam tangisan. Matanya menjadi bengkak akibat menangis terlalu lama. Saudara-saudara nya yang lain melihat Tama cuba mengejek tetapi dia terus menatap tajam ke arah saudaranya tu. Mereka menjadi kaku melihat sikap Tama.


Bagaikan sudah terbiasa, Tama menuju ke bilik penjara semula dan tidur di sana. Dunia luar sudah tidak bererti baginya. Apa yang ada di fikiran hanya memikirkan cara untuk membalas dendam atas ayahnya kerana tidak membenarkan Tama bertemu bundanya.


Hari demi hari, begitulah kehidupan Tama. Nurin sebagai adik kandung nya merasa bimbang akan Tama. Dia teringat akan pesan bunda untuk menjaga Tama. Sedang di memikirkan tentang Tama, dia melihat Tama yang menuju ke dapur.


Nurin : Abang!

Tama : .......


Tama memberikan jelingan tajam ke arah Nurin sehingga membuatkan Nurin merasa takut. Tetapi, pesan Bunda harus di jaga! Dia cuba beranikan diri.


Nurin : abang nak kemana?

Tama : makan.

Patarin : lah dah 10 pagi baru nak makan.


Patarin yang melewati jalan itu terus berkata begitu. Tetapi dia hanya berjalan tanpa berhenti di kawasan dapur tersebut. Entah kenapa, semenjak kebelakangan ini mereka semua merasa gerun untuk menatap wajah Tama.


Beberapa hari kemudian, Raja Bahrin terpana melihat Tama duduk di atas tahta nya dengan senyuman yang aneh. Matanya memandang Raja Bahrin dengan wajah yang jahat.


Bahrin : pengawal!! Tangkap dia!


Pengawal terus menangkap Tama dan memasukkan ke penjara. Delirin yang melihat kejadian itu berasa risau lalu bertemu dengan Nurin.


Delirin : abang kau kenapa? Kenapa sikap dia berbeza?

Nurin : entah, semenjak bunda tiada.. dia ... 


Nurin kehilangan kata-kata. Sejujurnya dia tidak tahu harus menjelaskan bagaimana.


Delirin : bahaya kalau terus begini.

Nurin : kenapa?


Delirin : pernah dengar tak tentang dark Core?


Nurin : tak. Apa tu?


Delirin : Core itu adalah kegelapan yang memakan jiwa penggunanya. Abang takut dengan perasaan sedih Tama dapat menghasilkan Dark Core.


Nurin : apa?!


Mendengar jawapan dari abang tirinya itu, dia menjadi bingung dan ketakutan.


Nurin : apa kita nak buat?

Delirin : abang tahu nak buat apa..


Lantas dengan itu, delirin pergi ke bilik penjara Tama. 


Delirin : Tama! Aku nak bebaskan kau.


Tama : bebaskan? Hahaha sejak awal aku tak pernah merasa bebas.

Delirin : kali ini kau akan bebas.


Delirin membuka kunci sel penjara dan memapah Tama sehingga keluar dari istana.


Tama : apa kau nak buat?


Delirin : lari dari sini. Hidup lah 

seperti yang kau mahukan.


Tama : kau cuba nak halau aku? Ohh jadi ini muslihat kau ya? Dengan membuang adik kau !!!


Delirin : bukan macam tu..


"Tama melarikan diri!!!"


Jeritan dari pengawal istana yang menyedari keberadaan Tama itu mula membuat heboh satu istana.


Delirin : lari! Aku cuba selamatkan kau dari keadaan ini. Kau nak selamanya hidup macam ni?


Tama : biarkan aku seperti ini. Tak ada orang yang peduli dengan aku!


Delirin : Tama! Sedarlah.. pasti di suatu saat akan ada orang yang akan terima kau apa ada nya. Pasti! Aku yakin itu. Pergi Tama..


Tama masih belum merasa yakin tentang hal itu tetapi kakinya mula melangkah seolah-olah mahu pergi dari situ.


Raja Bahrin : mana budak tu!?


Tanya Raja Bahrin kepada pengawal istana. Dia berasa marah akan Tama.


Raja Bahrin : macam mana kalau dia datang masa beta dalam keadaan lengah? Kemudian bunuh beta!


Delirin : ayahanda!


Raja Bahrin : haa anakanda.. kenapa?


Delirin : Tama sudah melarikan diri. Saya cuba menghalang nya tetapi dia memukul kepala saya dengan kuat..


Raja Bahrin : betul ke? Dia melarikan diri? Jauh dari sini?


Delirin : begitu lah. Dia tak akan kembali ke sini untuk di penjarakan lagi.


Raja Bahrin : wah lagi bagus. Lagi pun, dia tiada Core. Bila-bila masa dia boleh mati. Hahaha..


Delirin memandang ayahnya itu dengan tatapan tajam. Ayahnya itu memang kejam terhadap anaknya dan isteri-isterinya.  Selama ini dia terus menyiasat tentang kematian ibunya tetapi apa yang dia temui semua itu berpunca dari ayahnya sendiri.


Berlari dan rehat.

Berlari dan rehat.

Berlari dan rehat.


Tama terus menyelusuri jalan dan hutan yang dia lalui tanpa henti dan tanpa tujuan. Dia bukannya sesat tetapi mencari tempat yang sesuai untuk hidup. Untuk mencari makanan dalam benua yang dingin ini agak sulit. Salji pula terlalu tebal. Untunglah dia orang benua Oasis yang mempunyai ketebalan kulit terhadap suhu dingin. Namun dia tetap seorang manusia, jika terlalu lama dalam kesejukan ini, dia boleh mati.


Kenapa aku harus hidup? Aku bukannya ada sesiapa lagi?


Kata Tama di dalam hati. Tubuhnya merasa lemah kerana sudah tiga hari tidak menyantap makanan. Akibat dari itu, dia jatuh pengsan di jalanan.


Bandit 1 : bos, ada budak pengsan dekat sini.


Bos bandit : kacau lah.


Dia menendang tubuh Tama yang terbaring itu. Tama merengek kesakitan.


Bandit 2 : dia masih hidup!


Bos : haa angkat dia. Kita boleh jual dia buat hamba sahaya.


Bandit 30 : kemana hala tuju kita?


Bos : kita curi kapal. Lepas tu kita ke benua ulala.


Bandit 22 : kenapa pergi sana?


Bos : aku dengar kat sana banyak emas. Warga benua di sana pun lemah.


Bandit 4 : senanglah kita nanti.


Bos : hahahaha! Jom!


Begitulah awal kisah Tama menjadi seorang bandit dan di jaga oleh seorang bandit. Kerana wajahnya itu, tidak ada orang yang mahu membeli Tama sebagai budak.


Bos : mulai sekarang, kau seorang bandit. Sebab muka kau ganas boleh takut kan orang. Hahaha..

Tama : .........


Dari situ lah Tama belajar cara menggunakan senjata dan bertarung. Malahan membunuh orang kota dan desa. Sehinggalah dia cedera parah di salah satu hutan di Kota Lahar dan ditinggalkan oleh perkumpulan bandit itu. Tok Gama yang menemui Tama mula menjaganya dengan kasih sayang sehingga lama kelamaan hati Tama terbuka kembali.


Ketika dipenjara, Badar menghancurkan sel besi itu dan terus mengajak Tama untuk ikut serta dalam peperangan pemberontakan. Hanya Badar satu-satunya orang yang menghulurkan tangan kepada Tama. Itu membuat Tama memutuskan untuk mengikut dan mengakui Badar sebagai Raja.


Bersambung.....



Previous: Bab 87
Next: Bab 89

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy
© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham