Home Buku Fantasi The New King
Bab 9

Badar vs Ozen


Negeri Hainc di Kota Lahar terjadi nya peperangan antara pemberontak dan Raja yang berkuasa di situ. Seperti mana di bab yang lepas, Raja Naff menyeleweng air bersih dari Kota Lahar dan menjualnya untuk kepentingan diri sendiri. Bukan itu sahaja, dia juga membuat peraturan yang tidak masuk akal sehinggakan warga tempatan di kenakan hukuman penjara. Kini ramai orang masih di penjarakan dan hanya menunggu seseorang menyelamatkan mereka.....

Ozen mengejar Badar sehingga ke luar istana. Tempat nya luas dari pokok-pokok mahupun tembok yang menghalangi pandangan Ozen.

Ozen : bagus tempat kau pilih.. hahaha!!

Badar berhenti berlari setelah sedar dia sudah pun jauh dari istana. Peperangan masih berlaku di dalam tanah istana tersebut.

Laksamana : Kalah kan mereka semua dan sumbat mereka ke penjara bawah tanah!!
Tentera : baik! Laksamana!

Para pemberontak itu juga tidak mahu mengalah. Memandangkan ada dua orang kuat di antara mereka. Pengikut Badar dan Anak buah Tok Gama.

Pemberontak 1 : jangan putus asa!! Kita ada orang kuat!!
Semua Pemberontak : Yeahhhh!!!!!

Mereka menjerit tanda semangat.

Pemberontak 3 : oii budak Badar... Sana ramai tentera. Tolong selesaikan mereka.
Zafar : aku bukan budak lah!!!!

Zafar marah tetapi dia tetap pergi ke sana membantu mereka.

Tama : orang pun dah mula berkurang.. Earth smash!!

Seru Tama akan Core nya. Tama memiliki Core Five Element. Salah satu nya bentuk tanah. Teknik pedangnya dengan cara menghempaskan tanah dengan pedang lalu tanah akan menjadi naik ke atas menuju ke pihak lawan. Dan musuh nya akan mendapat dampak dari tanah yang keras sehingga terlempar ke atas udara.

Berbalik kepada Badar yang sedang dihadapkan oleh Ozen yang pantas. Core Ozen ialah Angin. Jadi dia agak pantas dan pandai memanah.

Badar : jangan ganggu aku.. atau tidak kau akan menerima padahnya.
Ozen : hahaha kau ingat aku takut..

Ozen memanah tepat ke arah Badar berulangkali. Badar terpaksa mengelak serangan itu dengan pantas. Dia hampir tidak sempat buat apa-apa kerana anak panah itu ada angin yang membawanya menuju ke arah Badar. Badar berfikir mungkin dengan cara mengelak ini dia akan kehabisan anak panah.

Ozen : hahaha.. sungguh kesian tengok kau yang tak berdaya.

Ozen kembali memanah Badar seperti tadi tetapi kali ini Badar menahan dengan tatapannya lagi. Semua anak panah itu jatuh terpacak di tanah.

Ozen : huh Core yang pelik.. tapi !! Tak akan dapat menandingi kehebatan Core aku!!

Ozen mengguna kan Core angin nya untuk mengambil kembali semua anak panah nya itu. Seolah-olah ada lohong hitam yang menyedut anah panah itu dan bergerak menuju ke Ozen. Badar terpegun melihat itu.

Ozen : aku akan kalahkan kau dengan satu anak panah saja..

Ketika itu, Badar melihat Soy yang tergesa-gesa berlari pun menyapa Soy.

Badar : Soy!! Lari tak ajak!!

Soy dari jauh berteriak kepada Badar.

Soy : jadah kau!! Diorang target anak bini aku. Aku kena selamatkan mereka!!
Badar : ohh macam tu..

Baru sahaja mahu melarikan diri...

Ozen : Tornado Point!!

Ozen pun melepaskan anak panah ke arah badar dengan teknik terkuatnya iaitu Tornado Point yang membuatkan sekeliling anak panah itu menjadi angin beliung yang besar..

Ozen : mati lah kau!! Hahaha..

Badar dengan pantas menyedari serangan itu terus menangkap anak panah itu dengan tangan. Kuasa dari Core itu hilang seperti di tiup angin.

Ozen : apa?! Dia tahan...

Badar terus melarikan diri bersama Soy...

Soy : badar! Kau kan laju. Tolong sampai dengan cepat kat rumah aku.
Badar : baik pak cik..

Badar terus melompat dengan pantas. Dengan melompat laju seperti itu dia mampu berlari dengan lebih laju.

Soy : aku muda lagi lah!!!

.................................

Sarq telah tiba di depan rumah atau kedai daging milik Soy. Dia memegang kapak besar nya itu. Badan Sarq besar dan gemuk.

Sarq : Target on...

Dia menggunakan Core target untuk mencari kelemahan rumah itu. Dengan itu dia dapat dengan mudahnya meroboh bahagian depan kedai itu menggunakan kapaknya..

Sarq : keluar!! Aku tahu kau kat dalam. Kalau kau tak nak aku pecah kan lagi rumah kau ni...

Sara yang tiba-tiba keluar menghalang Sarq untuk melindungi rumah itu.

Sara : jangan !! Ini ayah punya.
Sera : Sara sembunyi cepat...
Sara : seseorang akan kalah kan kamu!!

Soy tiba di rumahnya sendiri.

Soy : tak guna badar! Aku suruh dia pergi dulu, aku yang sampai.. dia sesat ke apa?

Sara melihat kedatangan ayahnya. Ayahnya terus memeluk sara.

Soy : tolong jangan apa-apa kan keluarga aku.
Sarq : engkau yang menabur garam, manakan manis yang kau dapat! Target on...

Sekali lagi dia cuba untuk menebas, tetapi kali ini dia ingin menebas mereka berdua.

Sara : kau akan menerima padahnya nanti.. dasar gajah!!

Sarq terdiam mendengar perkataan sara.

Soy : berhenti sara! Diamkan mulut kamu tu!
Sara : gajah pun lagi baik lah!!
Sarq : berani betul budak ni!! Ambil ni.. haaaaaaa!!!
Soy : tidakkkkkk!!

Sarq menebas dan Badar datang menendang tubuh Sarq sehingga terlempar jauh.

Badar : tak guna.. rumah semua nampak sama..

Soy yang melihat Badar menendang Sarq tadi merasakan sesuatu aura. Aura itu adalah aura dari Raja yang melindungi rakyat nya!
Namun, dia bersyukur dan bernafas lega kerana di selamatkan.

Badar : nasib baik aku sampai awal.
Soy : awal tengkorak kau.. aku yang sampai dulu.
Sara : mungkin maksud abang ni, dia datang tepat waktu..
Sera : pandai anak mak.. sini masuk sembunyi bawah tanah..
Sara : alaaa panas lah..
Soy : Sara, kamu sembunyi dulu. Lepas selesai semua ni.. kita pergi jalan-jalan berapa lama pun kamu nak..

Akhirnya sara mengalah dan menurut kehendak ibunya... Soy memandang Badar dengan tajam.

Soy : Badar,....
Badar : ya?
Soy : betul ke core kau tatapan mata...
Badar : ...........
Soy : tak mungkin dengan Core itu kau boleh menendang dia dengan kuat seperti itu.. tak mungkin juga kau boleh melompat dengan laju seperti tadi..
Badar : ........ Hahahaha.. tak betul tapi tak salah kan..

Badar cuba mengalihkan pembicaraan. Soy dapat memahami dari riak wajah Badar. Dia tahu badar tak boleh memberi tahu sesiapa apa Core nya... Kerana itu dia berbohong dan cuba menyembunyikan sesuatu. Datang anak panah ke arah Soy.. Badar menangkap anak panah itu...

Badar : kau lagi!!
Ozen : jangan ingat aku akan lepaskan kau begitu saja!!!

Badar yang geram dengan karenah budak Ozen itu pun terus melompat terus kedepan Ozen. Ozen terkejut tiba-tiba badar berada di depan mata nya. Badar terus mencengkam wajah Ozen dan menghempas kan ke tanah.

Badar : jangan ... Pernah ... Menghalangi jalan aku!!!!

Ozen terus pengsan di tempat kejadian. Soy yang melihat itu agak terkejut.. lagi-lagi orang kota yang sedang melihat mereka dari tadi..

Orang Kota : budak tu kuat...
O.k 3 : yaa.. tapi dapat ke dia kalah kan raja naff tu..
O. K 9 : raja naff tu kuat.. itu baru salah satu dari pasukan raja...
Badar : diam!!!

Badar menjerit...

Badar : dengar sini semua.. siapa mahu hidup bebas, ikut aku bertempur!!

Orang-orang kota tidak berkata-kata. Saling berpandangan antara satu sama lain.

Badar : jika kamu sihat tubuh badan.. mari kita mencipta kebebasan kita semua!!! Oh.. Aku tak akan menunggu..

Badar berjalan kaki dengan perlahan.. bersama soy menuju ke arah istana semula.. Satu demi satu para lelaki di kota lahar itu mengikuti badar dari belakang.. Soy yang sebak melihat itu cuba menahan rasa haru di hati.. semakin lama semakin ramai mengikuti Badar. Mereka semua adalah orang-orang yang berani mencapai kebebasan!

Bersambung......

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy