Home Buku Fantasi The New King
Bab 66

Dunia Mimpi 


Kelompok Badarien telah berada di Kota Tidur di Negeri Khayalan. Nama nya memang kelihatan pelik dan menyimpan pelbagai misteri. Sewaktu mereka sedang berehat di dewan kosong, satu persatu dari mereka tertidur dengan sendiri. Badar yang ikut tertidur akhir nya sedar bahawa mereka mengalami mimpi yang tidak nyata.


Kuda Badar yang memberitahunya cara untuk mengawal mimpi atau dalam erti kata yang lain 'Lucid Dream'. Di dalam dunia mimpi itu Kuda Badar boleh berkata-kata layaknya manusia. Mungkin di sebabkan inilah negeri ini di beri nama Negeri Khayalan. Dalam dunia ini, semuanya tidak nyata namun terasa nyata. Setiap orang yang bermimpi akan memiliki kehidupan yang berbeza dengan kehidupan sebenar mereka.


Mungkin orang-orang kota Tidur ini menyangka bahawa kehadiran sebenar mereka hanya mainan tidur. Badar yang sedang berangkat untuk mencari pengikut-pengikut nya berhenti di suatu jalan.


Badar : kenapa berhenti?

Kuda : aku tak tahu kat mana pengikut kau... Kau ada caranya ke?

Badar : jangan risau. Kami semua sudah terikat dengan janji setia. Benang cahaya.


Terlihat lah aura satu benang yang menunjukkan arah salah satu pengikut nya yang keluar dari jari nya.


Badar : ini yang dekat... Jom kita cari...


Mereka org dan ekor pun.... ❌


Mereka pun terus bergerak dari situ. Terlihatlah kelibat Crisa di salah satu perpustakaan yang besar.


Badar : aduh.. perpustakaan lagi.. macam maze book ni..

Kuda : kenapa? Bukan kah manusia suka membaca?

Badar : ya tapi dia terlalu taksub.. 


Bangunan itu terbuat dari kayu jati seperti perabot yang baru di chalet. Ruangannya juga besar. Entah apa buku yang tersimpan di dalam itu. Sejurus mereka masuk, Badar rasa bersyukur kerana Crisa berada di kaunter penjaga.


Badar : Crisa..

Crisa : encik! Encik tak boleh bawa haiwan peliharaan dalam perpustakaan...

Badar : ehh kau lupa ke aku?

Crisa : tentu lah aku kenal. Kita kan kawan?

Badar : tapi kau macam lupa apa tujuan kita?

Crisa : apa maksud kau? Kan kita dah pasrah untuk mencari Reinland tu. Kita semua dah berputus-asa. Ingat tak?

Badar : haaaa?

Kuda : ingatan mereka semua telah di ubah kepada ingatan palsu... Jadi mungkin mereka semua ingat pengembaraan kita sudah selesai dan berakhir dengan kegagalan..

Badar : oh macam tu. Siapa pun orang yang mengawal mimpi ini, tentu orang ini memiliki Core Raja...

Kuda : itu sudah tentu..

Crisa : apa kau orang merepek ni?

Kuda : kau tengok dia tak terkejut yang aku boleh cakap... 

Badar : kita kena kejut kan dia. Haa silakan..

Kuda : eh kenapa aku?

Badar : kan kau tau cara nya?

Kuda : itu tadi kebetulan... Aku juga tak sangka kau akan terus bangun..


Badar memikirkan cara untuk mengejutkan Crisa yang sedang bermimpi. Dia harus kembali dalam keadaan lucid dream. Lucid dream ialah mimpi yang pemimpinya sedar dia sedang bermimpi. Inilah satu keadaan sedar ketika bermimpi yang menghasilkan pengalaman yang lebih jelas dan yang biasanya membolehkan seseorang mengawal kandungan mimpinya secara langsung. Pengalaman lengkap dari mula hingga akhir dikenali sebagai mimpi waras.


Crisa : encik, sila bawa keluar kuda anda...

Badar : baiklah..


Badar pun keluar dari perpustakaan itu. 


Kuda : kenapa pula ni?

Badar : aku rasa aku ada idea tapi agak kasar.

Kuda : apa tu?

Badar : tampar muka dia laju-laju.. tapi aku tak pernah memukul wanita. Apa kata kau saja yang buat?

Kuda : eh ?!!! Aku pula..

Badar : kau sondol je dia macam lembu selalu buat.

Kuda : tapi aku kuda!

Badar : ini kan dunia mimpi.. bayangkan saja kau lembu..

Kuda : ahhh aku kuda..

Badar : ya.. kuda yang boleh menyondol macam lembu... Moooo..


Badar menggayakan bunyi lembu. Kuda itu mula berada di posisi. Jauh sedikit di depan pintu perpustakaan. Dia menggeselkan kaki nya untuk memulakan larian yang kencang.


Kuda : yahhh!!! Aku datang menyondol!!!

Badar : itu pun nak bagi tau..


Kuda itu menempuh pintu perpustakaan itu dan terus menyondol Crisa yang betul-betul berada di depan pintu itu. Crisa terus terpelanting jauh dan menghilang dari dunia mimpi itu.


Badar : wah!!


Perpustakaan itu juga turut menghilang...


Kuda : nampak nya dia dah bangun..

Badar : bagus kerja kau. Hahaha..


Kuda itu menyeringai melihat Badar ketawa.


Kuda : cakap boleh, buat tak nak.

Badar : tak kan lah aku nak melukai rakyat aku. Kan?


Badar pun terus mencari yang lain. Benang cahaya menunjuk kan suatu tempat lain.


Badar : baiklah, larian penuh kelajuan!!


Mereka terus bergerak ke arah yang di pancarkan oleh aura benang cahaya itu. Setelah sampai, ada sebuah rumah yang sebelahnya penuh dengan tanaman segar dan subur.


Badar : simple je rumah ni..

Kuda : yaa.. hanya beberapa orang saja yang harus kita kejutkan.

Badar : lah bukan semua ke?

Kuda : sebab ada yang tidur mengiring ke arah kanan. Jadi sudah tentu mereka berada dalam lucid dream. Cuma di mana mereka kita tak tahu.


Seseorang membuka pintu.


Man : eh Badar?! Mana kau pergi? Lama tak singgah..

Badar : dia kenal aku ke?

Kuda : kenal lah. Cuma ingatan mereka di palsukan.

Man : dah 10 tahun ya.

Badar : hah ?!


Man mengajak mereka duduk di beranda depan rumah. Datang seseorang yang membawakan sedulang air teh.


Badar : eh Crisa ?

Man : kenapa terkejut ? Kan kau ada masa perkahwinan kami.

Crisa : betul tu..

Badar : apa?! Kahwin?

Man : ya lah.

Kuda : mungkin ini mimpi Man. Nak berkahwin dengan Crisa.

Badar : aku tahu...

Man : sayang. Masuk lah ke dalam.. kami nak berbual dulu.


Crisa terus masuk ke dalam rumah.


Badar : bangun Man. Ini semua hanya mimpi..kau belum kahwin dengan dia.

Man : hahaha apa kau mengarut ni? Kita semua dah menyerah dalam pengembaraan kita.

Badar : aku tak akan menyerah begitu saja...

Man : aku rasa otak kau dah tak betul semenjak gagal cari Reinland.... kan? Badar....terima lah hakikatnya yang kita...


Badar terus bangun dan menumbuk Man sekuat hati. Man terus hilang...


Badar : berani betul.. bila masa pula aku jadi gila...

Kuda : terkejut aku tiba-tiba kau tumbuk dia... 

Badar : siapa yang masih waras dalam dunia mimpi ni?

Kuda : pengikut kau ke?

Badar : ya..

Kuda : cuma Zafar, Tama dan Ozen..

Badar : kalau macam tu kita cari Zafar dulu. Sebab aku nak suruh dia bangun dan bagitahu yang lain untuk tidur mengiring kanan.

Kuda : bagus idea tu...


Mereka berdua terus bergerak mencari Zafar... Tetapi bertemu dengan Werza. Keperibadian Werza sungguh berbeza. Dia nampak lebih cantik dari biasa.


Kuda : bukan ke itu budak yang kau selamat kan?

Badar : ya betul . Tak sangka orangnya cantik kalau berdandan .

Kuda : aku tahu kau sudah berusia 18 tahun. Tahun yang layak berkahwin. Tapi... Kita ada misi.. 

Badar : oh ye lah. Habis dia macamana?

Kuda : tinggal kan dia di sini dulu. Nanti kita cari...


Bersambung....



Previous: Bab 65
Next: Bab 67

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy