Kota Tidur
Perjalanan menuju ke kota seterusnya tidak mengambil masa yang lama. Hanya dalam beberapa jam perjalanan. Tetapi Tama yang terluka membuatkan mereka berjalan dengan perlahan dan selalu berhenti di tepi jalan untuk berehat. Badar beberapa kali menawarkan untuk menaiki kuda yang sedang dia tunggang tetapi di tolak oleh Tama. Werza juga ikut dalam pengembaraan mereka kerana kebetulan sekali jalan untuk ke kota Bluetal nanti nya.
Zafar : kita hampir sampai.
Heigo : ya lah. Aku dah nampak bangunan-bangunan kota tidur.
Crisa : Hmm pelik nama kota nya.. nama negerinya pun pelik.. kenapa negeri Khayalan?
Man : entah lah.. tapi aku dah rasa tak sedap hati ni...
Mereka tetap meneruskan perjalanan. Setelah sampai di depan kota itu, mereka semua memandang permandangan kota itu. Tak ubah seperti pasar ikan, sayur dan ayam. Lumut hijau banyak terdapat di dinding bangunan kota itu. Akar-akar menjalar hingga ke jalan raya tempat mereka lalu.
Gelana : kota ni tak terjaga...
Heigo : betul tu. Bau kota ni macam kat empangan.
Ozen : hmm tak ada apa yang menarik dekat sini.
Werza : tu lah.. Badar? Macamana?
Badar : aku memang nak teruskan perjalanan je.. sebab yang penting kena dapatkan restu raja benua.
Delima : ni mesti ada tapi...
Badar : tapi Tama tengah sakit.. hehehe...
Zafar : cih baiklah. Kita akan tinggal sementara di sini sampai Tama pulih.
Tama : tak perlu . Kita teruskan..
Crisa : teruskan kepala hotak kau.. kau jadi beban tau tak?
Man : uhh kasar nya...
Crisa : aku tak suka tengok darah..
Badar : hahaha.. patutlah..
Kemudian, mereka sampai di tengah kota. Di situ ada pasar dan orang-orang yang sedang berniaga.
Ozen : kebetulan aku lapar. Tama, kau ada duit tak?
Tama : aku mana ada duit...
Zafar : tak apa.. aku belanja.
Badar : duit aku tu..
Zafar : tak apa.. Badar belanja..
Badar : baru betul.. hahahah...
Mereka pun singgah di kedai buah..
Gelana : bang berapa satu ni?
Orang kota 1 : 1 ikat.
Gelana : maksud saya harganya..
O. K 1 : 2
Mereka merasa pelik tetapi cuba untuk berkelakuan seperti biasa.
Heigo : buah anggur hijau.. masam manis..
Gelana : habis dia kita tanya jawab sepatah je.. berniaga apa gitu...
Crisa : kejap. Cuba kau orang tengok..
Mereka pun melihat semua orang yang ada di kota itu.
Zafar : bang... Kat mana tempat sewa bilik?
O. K 2 : tak ada bilik.
Zafar : habis tu? Mana kami nak tidur?
O. k 2 : sana .
Orang itu terus pergi meninggalkan mereka. Penduduk kota itu hampir semua nya seperti orang tak berdaya dan lemah tubuh mereka. Cara mereka bercakap juga sekata.
Delima : kota apa ni?
Werza : jangan-jangan orang kota kat sini tak cukup tidur.
Zafar : mungkin juga.
Tekaan Werza meleset setelah 2 jam mereka berjalan-jalan di kota itu, semua orang terus masuk ke rumah masing-masing.
Heigo : mak cik... Nak pergi mana?
O. K 3 : tidur..
Semakin peliklah perasaan mereka. Apa yang terjadi sebenarnya?
Man : patut ke kita tidur sekali?
Ozen : tidur apa siang-siang buta macam ni?
Werza : hmmm.. mungkin mereka terlalu kerap tidur. Sebab itu mereka kelihatan lemah tak berdaya.
Crisa : kalau macam tu. Siapa yang melindungi mereka kalau dalam bahaya?
Zafar : ya betul juga. Mesti ada pemimpin atau raja di sesebuah kota.
Badar : hei tengok sana. Ada dewan kosong...
Mereka pun terus ke dewan itu. Badar menambat kudanya di pagar kayu berdekatan dengan dewan kosong itu.
Crisa : kena buat dinding ni...
Gelana : ya. Pakai kain je..
Heigo : aku nak pergi ke...
Gelana : ahhh tak ada... Pergi ikat tali kat tingkap tu ... Kami nak baring-baring..
Man : tak apa.. aku baring dengan Crisa je ..
Crisa terus menepuk kepala Man.
Man : aduh!
Crisa : tak habis-habis..
Werza : kesian...
Tama sudah mula tertidur. Entah kenapa mereka semua jadi mengantuk. Tinggal Badar, Zafar dan Ozen yang masih belum tidur.
Badar : tambah kopi lagi!!
Ozen : Gelana?!
Zafar : senyap je. Tidur dah kot?
Badar : Delima?
Zafar : hmmm.. semua orang dah tidur.
Ozen : panas-panas macam ni boleh ya dia orang tidur.
Zafar : ya tapi.... Kau tak perasan ke?
Badar : ya aku perasan.
Ozen : aku rasa mengantuk...
Badar : padahal kita minum kopi. Sampai kenyang air perut aku ni..
Zafar : bahaya. Takut musuh datang menyerang...
Ozen tiba-tiba merebahkan dirinya kalu tertidur...
Zafar : Ozen?!!
Badar : dia tertidur...
Zafar : kenapa ni?
Badar : aku pun rasa mengantuk...
Zafar : jangan Badar.. nanti kita dapat masalahh..............
Zafar juga berbaring dan terus tertidur.
Badar : alamak mata aku... Mengantuk....
Badar pun tertidur..... Apabila dia membuka matanya, dia berada di sebuah bilik di atas katil bersama Gelana yang sedang tidur di sebelah nya.
Gelana : Badar? Kenapa?
Badar : entah...
Gelana terus memeluk Badar dengan erat..
Di bilik itu terdapat tingkap dekat dengan katil. Tingkap itu dipecah oleh sesuatu...
Kuda : Badar!! Bangun!!!
Badar terus tersentak bangun!
Badar : aaaargghhhh!!!
Badar terkejut melihat kuda nya di depan wajahnya. Kuda itu meringkik setelah Badar menjerit...
Badar : macamana kau boleh terlepas dari ikatan aku?
Kuda itu tak menjawab...
Badar : tadi kau boleh bercakap... Ahhh..
Badar terus bangun lalu menuju ke arah Zafar. Dia cuba membangun kan Zafar.
Badar : Bangun Zafar!
Zafar tidak bangun. Dia cuba membangun kan yang lain... Tetap sama.
Badar : apa dah jadi ni kuda?
Kuda itu meringkik dan memperagakan cara tidur.
Badar : tidur mengiring kanan?
Kuda itu mengangguk...
Badar pun cuba baring dengan mengiring arah kanan. Kuda itu juga sama. Tidak memerlukan masa yang lama, Badar terus tertidur. Apabila dia membuka mata, Badar berada di ladang kuda yang luas di penuhi rumput kering.
Badar : aku dekat mana ni?
Badar di sapa oleh sesuatu...
Kuda : kita berada di dunia mimpi.
Badar : .......
Badar tercengang melihat kuda nya itu boleh berkata-kata.
Kuda : haish.. kita... Dalam.... Dunia.... Mimpi.. faham tak?
Badar mengangguk dan terpinga-pinga..
Badar : dunia mimpi .... Kau boleh bercakap?
Kuda : dunia mimpi adalah dunia tanpa sempadan. Jadi macam-macam boleh berlaku.. sama seperti tadi kau meniduri Gelana.
Badar : tapi masa tu aku tak ada kesedaran...
Kuda : yaaa..
Badar : macamana aku boleh sedar dalam mimpi ni?
Kuda : inilah di namakan lucid dream. Kau boleh mengawal pergerakan mimpi.
Belum habis persoalan yang timbul di fikiran Badar, dia terdengar bunyi riuh rendah di sebelah ladang kuda itu.
Badar : apa tu?
Badar dan Kuda itu pergi ke tempat itu. Dia melihat ramai orang bersuka ria dan bergembira. Tempat itu kedai makan yang ada hiburan.. ada yang ketawa, ada yang berjoget dan ada yang memikat para gadis.
Badar : amboi. Bukan main ya. Tadi semua lemah gemalai.
Kuda : inilah sebab mereka tidur awal. Dunia mimpi itu lebih indah dari realiti..
Seketika datang pemuda membawa gadis cantik...
Pemuda : oii tengok ni. Wanita baru aku!!
O. K 12 : aku pun ada lah. Cantik-cantik... Hahaha..
Badar melihat kudanya itu.
Kuda : apa?
Badar : kita kena cari yang lain.
Kuda : kalau macam tu, jom lah.
Badar : boleh tak aku naik?
Kuda : ...........
Kuda itu melihat Badar dengan tatapan tajam...
Kuda : sebelum ni kau tak pernah minta izin..
Badar : itu lah.. bila kau boleh cakap ni? Segan pula nak main naik je. Hahahaha...
Bersambung....