MP 50

"SAKITNYA..." Turun naik nafasku cuba mengawal sakit yang semakin lama semakin mencucuk-cucuk ganas. Aku mencengkam lengan Rery yang sedang fokus memandu ke hospital. Kali terakhir, aku merasakan sakit seperti ini ketika mahu melahirkan Noah Al-Qadr. Dan, sekali lagi aku kena menghadapi sakit ini. Entah kenapa aku dapat rasakan yang sakit kali ini lebih kuat daripada Noah.

"Biy, jauh lagi ke? Dah tak tahan ni. Air ketuban dah pecah. Sakit sangat, biyErgh..." Aku menyandarkan belikatku kasar lalu memejamkan mata sambil mengepal kedua-dua belah tanganku.

"Eh, honey. Jangan beranak dalam kereta ni. Biy tak tahu apa-apa ni. Kejap-kejap. Nak sampai dah. Please..." Rery turut panik sama seperti aku. Sudahlah ini kali pertama dia menghadapi situasi seperti ini. Semasa aku menjerit kesakitan di dalam bilik, mahu bergegar rumah dia mendaki tangga.

"Please, biy. I can't stand it anymore. Baby dah tak sabar nak keluar ni. Auwhh!" Aku melepaskan jeritan sekuat hati.

Ngam-ngam, Rery memberhentikan keretanya betul-betul di hadapan pintu masuk utama. Segera dia membawa diri keluar lalu berlari laju masuk ke dalam hospital. Aku hanya mampu memejamkan mata sesekali meneran tanpa sengaja. Tubuh aku sudah bermandi peluh. Lencun dibuatnya.

"Come, sayang." Rery mencempung tubuhku keluar dari kereta sebelum dibaringkan di atas katil beroda.

"Biy nak park kereta dulu. Honey tunggu biy dekat dalam. I will be there for you. Just give me a second."

Aku sekadar menganggukkan kepala. Dah tak boleh nak mengeluarkan suara. Apa yang aku mampu buat sekarang ni hanya berdoa semoga semuanya berjalan dengan lancar. Wajah ceria Eusoff dan Noah menerpa dalam kotak ingatan aku. Aku kena kuat. Juliana Adra kena kuat untuk keluarganya.

"UWEKKK!" Tangisan bayi menampar-nampar gegendang telingaku. Akhirnya aku selamat melahirkan seorang puteri yang sungguh comel. Kelihatan jururawat sedang membersihkan anak kedua aku. Terbit sebuah senyuman pada bibirku sebelum aku memejamkan mata buat seketika. Lelah.

"Honey, comelnya anak kita. Cantik sangat," ujar Rery dengan nada suaranya sedikit bergetar. Mungkin menahan sebak kerana terharu.

"Ryana Alessia..."

"Kejap ya, puan. Saya nak periksa puan." Doktor bernama Nazir itu menghampiriku. Sebelum sempat dia memeriksa aku, sekali lagi aku mahu meneran. Perutku kembali sakit. Kali ini lebih mengganas. Aku mengiring ke kanan dan kiri beberapa kali kerana tidak mampu menahan sakit untuk kali ini.

"Ya Allah, puan. Ada seorang lagi bayi nak keluar puan. Puan bawa bertenang. Take a deep breath."

Aku terkedu buat seketika. Ada lagi seorang? Bukan selama ini aku buat pemeriksaan kandungan, hanya ada satu bayi saja yang hidup di dalam perut aku. Kenapa ketika aku melahirkan, tiba-tiba ada dua? Adakah ini satu keajaiban? Ya Allah...

"Ho... honey... calm down. Take a deep breath..." Rery menggenggam kembali tangan aku. Ubun-ubunku diusap-usapnya lembut.

Air mata aku jatuh mengalir ke pipi. Menangis kerana tidak dapat menanggung rasa sakit yang semakin memancar-mancar. Aku kena teran buat kali kedua. Untuk bayi yang selama ini aku tak sedar akan kewujudannya.

"Uwekkkk!"

Aku memanjat syukur kerana hanya sekali teran saja, kembar Ryana Alessia selamat dikeluarkan. Tubuh aku semakin lemah. Kosong. Seperti tiada apa-apa. Pandangan aku juga semakin kabur. Tetapi, suara tangisan bayi yang baru saja aku lahirkan tadi kuat menampar gegendang telingaku.

"It's a boy," ujar Doktor Nazir dengan sebuah senyuman lebar pada bibirnya.

Rery meraup wajahnya beberapa kali. Dia juga mungkin terkejut besar dengan kejadian yang berlaku pada hari ini. Aku mengandung kembar selama ini. Sungguh tak aku sangka-sangkakan.

"Sayang, it's twins. Biy tak sangka." Rery tertawa kecil dan aku perasan matanya berkaca-kaca menahan tangisannya dari mengalir.

"Thank you, sayang. Thank you so much. Honey sanggup tarungkan nyawa honey sekali lagi untuk anak kembar kita. Biy tak tahu macam mana nak balas jasa honey. I just can't..."

Aku hanya tersenyum kecil. Menggunakan kekuatan yang masih tersisa, aku menyeka air mata Rery yang sudah menitis ke pipi. Inilah kali pertama, aku melihat dia menangis di hadapan aku. Menangis kerana dia berada di dalam situasi saat aku melahirkan anak kembarnya. Aku juga seolah-olah tidak percaya dengan apa yang terjadi hari ini.

"Biy, you looks cute when you cry." Aku tersenyum lemah sambil mengusap pipinya.

Rery tertawa kecil sambil menggenggam tanganku lalu dikucupnya lembut beberapa kali. "Thank you."

Selepas bayi kembar aku dibersihkan, sekali lagi Doktor Nazir memeriksa keadaan aku sebelum dipindahkan ke wad biasa. Rery sudah keluar bersama jururawat untuk menguruskan anak kembar kami. Baru aku teringat, yang kembar Ryana Alessia masih belum ada nama. Aku tersenyum kecil sebelum mata dibawa pejam untuk menghilang kepenatan yang luar biasa.

"Mama!"

Aku mencelikkan kembali mataku saat terdengar suara kecil yang menjerit sebaik saja berlari masuk ke dalam wad aku. Siapa lagi kalau bukan anak sulung aku. Noah Al-Qadr yang sudah besar dan menjadi seorang abang kepada adik kembarnya.

"Where is my sister, mama?" soalnya sambil memanjat katil wad aku. Tak lama itu, muncul Julian, Melina, Eusoff dan Rae yang baru saja melangkah masuk ke dalam wad.

"Nanti papa ambil, ya. Mama ada suprise untuk Noah. Noah bukan dapat adik perempuan aje. Noah dapat adik lelaki sekali tau," ujar aku dengan nada perlahan.

Masing-masing melongo saat aku memaklumkan berita kejutan itu kepada mereka. Lebih-lebih lagi Melina. Daripada hendak duduk terus terbantut lalu segera mendekati aku. Julian dan Rae saling berbalas pandangan dengan senyuman lebar.

"Serius, Adra? Ya Allah, selama ni awak buat pemeriksaan hanya ada seorang bayi saja, kan?"

Aku menganggukkan kepala sambil tersenyum kecil. Melina sendiri pun terkejut, apatah lagi aku yang melahirkan mereka.

"Abang Eusoff dan Abang Noah, adik-adik dah sampai nak jumpa korang," ujar Rery yang sedang menolak dua katil bayi masuk ke dalam wad aku.

Sepantas kilat, Julian dan Rae bangun mendekati mereka. Noah bersorak penuh keterujaan sambil bertepuk tangan diikuti Eusoff. Suasana menjadi meriah dengan sorakan suara mereka. Mujur saja si kembar tidak terjaga. Masih lena memejam mata. Mungkin masih tidak sedar yang mereka sudah dilahirkan ke dunia.

"Honey nak dengar biy azankan?"

Laju aku menganggukkan kepala. Aku memang tak akan pernah lepaskan peluang setiap kali Rery melaungkan azan. Suara dia begitu lunak di pendengaran aku. Sampai terbuai-buai di dalam mimpi. Dengan slang italian dia, membuatkan aku gemar mendengar setiap kali dia mengalunkan kalimah-kalimah Allah.

"Fuh! Terujanya aku dapat anak buah kembar. Padahal kita tak ada genetik kembar pun. Sungguh menakjubkan!" ujar Rery sambil tersengih lebar. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menangkap momen-momen indah yang berlaku sekarang ini.

"Allahuakhbar... Allahuakhbar..." Rery mengalunkan azan dengan suara yang cukup lunak di pendengaran aku seperti biasa. Lama pandangan aku melekat ke arahnya yang sedang mengendong si kembar di sebelah kanan dan kiri.

Rae pula menangkap video Rery yang sedang mengazankan anak kembarnya. Julian, Melina, Eusoff dan Noah hanya membisu memerhatikan Rery. Aku dapat agak yang mereka mesti terbuai dengan suara Rery. Sama seperti aku. Rasa tenang sangat.

SUDAH beberapa hari berlalu, aku dan si kembar dibenarkan keluar dari hospital. Syukur ke hadrat Ilahi kerana si kembar langsung tidak mempunyai apa-apa masalah. Penyakit kuning mereka pun sekejap saja dah pulih. Berat badan mereka pun bersesuaian. Mungkin disebabkan aku ketika mengandung memang kuat makan. Dalam sehari empat ke lima kali mahu mengisi perut saja.

"Honey, Noah dengan twins dah tidur. Boleh kita luangkan masa bersama? I miss you."

Aku tertawa kecil sambil menganggukkan kepala. Sudah lama kami tidak meluangkan masa sejak si kembar dilahirkan. Mana taknya, si kembar tu asyik nak berkepit dengan aku saja. Lagi-lagi bila breast feeding. Lepas menyusu, bukannya mahu terus diletakkan di dalam baby cot. Mesti nak kena aku tidurkan sehingga mereka betul-betul lena. Kalau tidak, kenalah tadahkan telinga mendengar tangisan mereka yang sungguh lunak itu. Noah pun tak ketinggalan membantu aku dan Rery menjaga si kembar. Sampai tertidur di atas sofa bilik aku tanpa sedar. Penat sungguh menjaga adik-adiknya itu.

"I miss you more, biy." Aku memeluk pinggangnya sebaik saja dia menyandarkan belikatnya pada kepala katil. Noah pula tidur di tengah-tengah katil. Jadi adalah sedikit ruang untuk aku dan Rery meluangkan masa bersama.

"Biy tak tahu nak cakap apa. Biy gembira sangat yang biy dah jadi seorang papa kepada anak-anak biy sendiri. Sebab selama ni biy fikir yang umur biy semakin meningkat biy tak dapat rasa untuk ada anak sendiri. Tapi, betul apa yang honey cakap. Allah Maha Adil. PerancanganNya langsung tidak kita tahu. Biy bersyukur sangat. Bukan setakat itu saja, biy masih berpeluang untuk mendalami agama biy sendiri dengan bantuan honey dan juga orang lain yang lebih berpengalaman."

Aku menganggukkan kepala. Rambut lebat Rery aku usap penuh kasih dan sayang sebelum melabuhkan kucupan hangat pada pipinya. Dia tersenyum lalu mengucup dahiku dengan kadar masa yang agak lama.

"Biy harap kita boleh didik Noah Al-Qadr, Ryana Alessia dan Ryan Alexander dengan didikan agama yang lebih baik."

"Insya-Allah, biy. Kita pun sama-sama belajar agama walaupun merangkak sekalipun."

Rery menganggukkan kepalanya. Dia menarik tubuhku ke dalam dakapannya yang erat. Belakang badanku diusap-usapnya lembut. Kepalanya disandarkan pada pada dahiku.

"Ti amo. I love you, honey. So much."

"I love you too, biy."

For the Rest of My Life,
I'll be with you,
I'll stay by your side honest and true,
Till the end of my time,
I'll be loving you. loving you...

For the Rest of My Life,
Through days and nights,
I'll thank Allah for opening my eyes,
Now and forever I, I'll be there for you...

Aku tersenyum lebar tatkala mendengar nyanyian lunak daripada Rery yang menyanyikan lagu For the Rest of My Life nyanyian Maher Zain. Tubuh tegapnya aku peluk erat lalu menyandarkan kepalaku pada bidang dadanya. Terpejam mataku dibuatnya. Seakan-akan dia sedang mendodoikan aku untuk tidur.

Di dalam hati, aku berdoa agar kebahagiaan aku ini berkekalan sepanjang kami hidup dan untuk selamanya. Tak lupa juga, pada ketiga-tiga orang anakku. Semoga mereka membesar menjadi seorang yang berakhlak. Jauhkan dari segala tamak harta dan sedengannya. Tak akan ada sesi memilih kasih di antara mereka. Semuanya aku dan Rery akan layan sama rata semampu yang boleh.

Tamak harta tidak membawa apa-apa manfaat. Sebaliknya, mendatangkan risiko pada diri sendiri. Tambahan lagi, hati akan menjadi gelap kerana penuh dengan hasad dengki dan ketidakpuasan hati. Usir segala perasaan negatif itu dan sambutlah semua perasaan positif agar hidup kita tenang.

Allah Maha Melihat. Apa yang kita buat semuanya diperhatikan setiap detik. Kifarah itu wujud. Jadi fikirlah sebelum berbuat apa-apa keputusan agar kita tidak terjunam di dalam lembah kemaksiatan.


Previous: MP 49
Next: MP 51

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.