MP 44

SENYUMAN lebar melekung pada bibir si suamiku. Dia merenung dalam sepasang anak mataku dengan pandangan yang redup. Aku ligat meleraikan tali lehernya. Dia baru saja pulang dari pejabat. Biasanya tali leher ni dia yang buka sendiri. Tapi, hari ini entah angin mana yang merasuki dia, menyuruh aku untuk menanggalkan tali lehernya itu. Lain macam saja perangai Rery hari ni. 

"Biy ni dah kenapa? Tersenyum-senyum," tegurku. Mata masih lagi terpaku pada tali lehernya.

"Kenapa? Salah ke biy nak pandang muka honey yang cantik ni?" Daguku didongakkan ke atas supaya anak mata kami bertatapan antara satu sama lain. 

"Weird." 

"Niente di strano. (Tak ada yang pelik.)" jawab Rery sambil tersungging sebuah senyuman nakal.

"Biy, jangan nak menggatal okey. Noah nanti dia main masuk saja dalam bilik kita. Jangan cari pasal." 

Rery melepaskan tawanya seraya menggelengkan kepala. "Eh, kenapanya? Nanti cakap jelah yang kita nak bagi dia adik. Mesti dia suka. Ada juga kawan. Tak adalah sunyi." 

Pap!

"Aduh!" Rery mengusap-usap dadanya yang ditampar oleh aku sebentar tadi. Geram tau!

"Hah, tahu pun sakit. Nakal sangat. Tersenyum-senyum ada makna rupanya. Sudahlah biy buka baju sendiri. Tak kuasa..." Aku berura-ura mahu membuka langkah meninggalkan dia sendirian di dalam bilik. Sengaja sebenarnya...

"No... no... you can't go anywhere without me, honey." Tangan aku ditariknya dari belakang sehingga aku termasuk ke dalam dakapannya. Aku mencemik.

"Biy, busuk. Ada hati nak peluk orang. Pergi mandi sana!" 

"Alah, mana ada busuk. Tak baik tau. Wangi lagi ni. Masih terlekat bau wangian yang honey suka biy pakai tu."

Aku menahan senyum. Rery sememangnya pandai menarik perhatian aku. Wangian yang dia pakai sudah menjadi kesukaan aku. Setiap pagi sebelum dia pergi kerja, mesti aku akan semburkan minyak wangi tu dekat sekeliling badan dia. Sekali dua kali semburan saja. Kalau satu botol, mahu nanti ada yang mengikut balik rumah. Tergoda dengan bau wangian Rery. Memang makan kaki aku nanti.

"Yelah, yelah. Memang suka usik honey dengan wangian biy tu. Biy pergilah mandi dulu. Kesian Noah tunggu nak makan sama-sama." 

Rery membelai rambutku lembut sebelum melabuhkan kucupan hangat pada dahiku sehingga terpejam mataku dibuatnya. Refleks setiap kali Rery buat macam tu dekat aku. 

"Ti amo tanto..., (I love you so much)" ucap Rery dengan nada suaranya berbisik.

Aku tersipu-sipu malu saat dia mengucapkan ucapan sayang itu. Sweet betul Rery El-Sharif sekarang ni sejak berkahwin. Hilang sudah dingin dia. Tapi, bila dengan aku sajalah. Dengan orang lain, dia tetap Rery yang lama. Tegas dan beku. Tak tahulah beku tahap apa.

"I love..."

"Papa! Mama!" jerit Noah. Dia berlari masuk ke dalam bilik lalu memeluk kaki Rery sambil mendongakkan kepalanya ke atas. 

Aku menggelengkan kepala. Dah agak dah mesti Noah kacau punya. Dia memang tak boleh kalau kita orang tinggalkan sekejap dekat ruang tamu tu. Mesti dia akan cari sampai dapat! Dalam lubang cacing sekalipun! Tak sempat aku nak balas ucapan sayang Rery tadi. Aduh...

"Anak papa! Rindu papalah tu!" Tubuh kecil Noah diangkat ke dukungannya. Pipi dan dahi Noah dikucup beberapa kali. 

"Rindu!" jawab Noah petah. 

Aku tersenyum. Tanganku naik mengusap kepala puteraku ini. "Noah, suruh papa mandi. Papa ni tak nak mandi. Noah lapar, kan?"

Noah mencemik. Kepala dibawa angguk beberapa kali. Mengiyakan apa yang aku cakapkan sebentar tadi. Benar-benar lapar anak aku seorang ni.

"Papa, go take a shower!" suruh Noah dengan bahasanya yang sedikit pelat.

"Okey, Noah tunggu dengan mama dekat bawah. Papa pergi mandi sekejap. Tunggu tau!" 

Noah mengangguk-anggukkan kepalanya. Rery menyerahkan Noah kepadaku sebelum dia berlalu masuk ke dalam kamar mandi. Aku membawa langkah menuruni anak tangga sambil mendukung Noah. Pipi labuh Noah aku kucup dengan penuh kasih dan sayang. Noah Al-Qadr ibarat nyawa aku. Jantung hati aku selamanya.

"Yay! Papa dah turun!" Noah bersorak dengan penuh keterujaan. Dia berdiri di atas kerusi meja makan sambil bertepuk tangan.

Rery tersenyum lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi meja makan bersebelahan dengan aku. Noah diribakan di atas pahanya. Aku mencedokkan lauk dan kuah ke dalam pinggan Rery.

"Sedapnya honey masak hari ni. Mesti biy bertambah makan." 

"Dan juga, bertambah berat badan." Terkekeh-kekeh aku mentertawakannya. Memang kalau aku masak, mesti Rery akan tambah nasi dan lauk-pauk. Katanya sedap sangat. Jarang dapat makan masakan Melayu macam ni. Biasanya makan dekat luar tak ada feel katanya. Macam-macam hal suami aku ni.

"Alah, tu boleh diaturkan. Setiap hujung minggukan biy pergi gym." 

Aku mencebik. Betul-betul jaga badan walaupun umur dah banyak. Takut sangat perut dia buncitlah tu.

"Tak payah cebik-cebik mama. Mari makan. Noah tunggu mama suap tu," ujar Rery sambil tertawa kecil. 

Aku menjeling manja ke arahnya sebelum menyuap nasi dengan lauk ayam masak kari ke dalam mulut Noah. Berselera betul Rery dan Noah makan. Gembira aku melihatnya. Semakin lama aku merasai perasaan bahagia yang sangat mendalam setiap kali melihat Rery dan Noah di hadapan mata.

TROLI yang berisi barang aku sorong dengan menggunakan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi mendukung tubuh kecil Noah yang sedang menghisap lolipop. Suka sangat makan lolipop. Rery dah berpesan jangan terlalu banyak bagi Noah manisan. Nanti rosak gigi. Jadi, aku kena disiplinkan Noah. Seminggu hanya dua kali saja dapat makan lolipop. Kalau tak bagi terus, menangis sakan budak kecil ini.

"Mama, lepas ni kita pergi makan. Boyeh tak?" soal Noah sambil menggaru-garu belakang kepalanya.

Aku tersenyum kecil lalu menganggukkan kepala. Anak aku makin kuat makan. Nak membesar katakan. "Boleh sayang. Lepas ni pergi makan, okey?" 

Noah mengangguk-anggukkan kepalanya.

Buk!

Langkah aku terhenti. Tangan kananku yang sedang menyorong troli serta-merta terlepas. Terkejut apabila dilanggar dari sisi. Tak akan aku yang besar macam ni pun tak nampak. Haih...

"Maafkan..."

Percakapan si dia terhenti saat anak mata kami bertembung antara satu sama lain. Bagaikan ada magnet yang susah untuk dipisahkan saat aku merenung anak matanya. Memang dah tak ada orang lain ke? Kenapa aku asyik kena hadap dia? Tak akan istilah jodoh kuat tu ada pada kami berdua. Dia dah berkahwin. Begitu juga dengan aku.

"Aara... awak ada dekat sini juga? Ini... ini siapa?" soalnya sambil melirik anak matanya ke arah Noah yang berada di dukunganku.

"Ini anak aku. Habis tu tak akan kau sorang je yang boleh beli barang dekat sini? Aku peliklah. Sedaya-upaya aku cuba nak elak daripada kau. Tapi, jumpa juga. Kau pakai mandrem apa?" 

Arif tersenyum. Kelihatan kelat senyumannya pada pandangan mata aku. Tersentapkah dengan omongan aku? Kau fikir aku peduli?

"Begitu hina sekali awak pandang dekat saya, Aara. Benci betul awak pada saya. Awak tahu tak? Terlalu membencikan seseorang boleh mendatangkan risiko pada diri awak sendiri."

Aku terdiam seketika. Cuba menghadam apa yang disampaikan oleh Arif sebentar tadi. Aku memandang wajahnya. Terdapat segaris senyuman sinis yang terlukis pada wajahnya. Dia pandang sini dekat aku ke?

"Apa maksud kau? Kau nak cakap aku apa sekarang ni? Jangan nak bermadah sangatlah. Kau nak cakap yang, kalau aku benci kau. One day, aku akan sukakan kau? Heh, mimpi sajalah Arif. Kan aku dah cakap. Apa yang kau buat dulu tu bukan senang aku nak lupakan. Dan perangai kau sekarang ni, buat aku makin meluat dengan kau." Aku mencemik menyampah. Entah kenapa, aku tak boleh nak terima dia langsung dalam hidup aku. Walaupun sebagai kawan. Sebab cara dia tu bukan nak berkawan dengan aku. Cara dia nak rampas aku daripada Rery. Macamlah aku nak dekat dia sangat.

"Awak dah cabar saya, sayang. Setiap apa yang awak buat dekat saya. Apa yang awak cakap dekat saya. Buat saya semakin nak mendekatkan diri dengan awak. Kali ni, betul-betul awak dah cabar saya." Dengan beraninya, dia mendekatkan jurang di antara kami. Dia memang tak takut langsung kalau penghujung lain nampak akan perbuatannya.

"Selamanya awak milik saya, Aara Malika. Cinta terakhir saya dan selamanya."

Bibirku tersungging sebuah senyuman sinis. "Habis Laila tu kau nak campak mana? Senang-senang je kau mempermainkan perempuan, kan?" 

Terkekeh-kekeh Arif ketawa sambil menggelengkan kepalanya. "Dia dah tak ada makna dalam hidup saya lagi. Dia tu buat saya macam sampah. Kalau saya cerita pun, awak bukannya percayakan saya. Yelah, awak benci sangat dekat saya. Tapi, tak apa. Saya yakin. Benci-benci awak tu nanti, akan bertukar sayang. Saya jamin punya."

"Jangan dekatlah!" Aku menolak bahunya kasar sehingga terundur beberapa langkah ke belakang.

"Wow, garang Aara Malika sekarang ni. Speechless saya." Arif ketawa. 

"Kau blah sekarang sebelum aku jerit satu supermarket ni," ugut aku kepadanya.

"Okey, baiklah. Hari ini awak terlepas, sayang. Hari-hari lain, kita tengok nanti. Terlepas atau tidak. Ingat, awak dah cabar saya," ujarnya penuh sinis sebelum berlalu pergi meninggalkan aku dan Noah. 

Memang gila! Aku kena beritahu Rery macam ni. Aku dapat rasakan yang kali ni Arif betul-betul tak akan lepaskan aku. Aku tak boleh berdiam diri lagi. Aku kena bincang dengan Rery pasal Arif. Kalau tak, apa-apa terjadi nanti Rery tak tahu. Lagi-lagi keselamatan Noah. Aku takut yang dia sasarkan Noah saja untuk dapatkan aku. Noah langsung tak ada kena mengena dalam hal ini. Memang aku tak akan biarkan dia sentuh Noah. Aku nak tengok sampai mana kau boleh buat, Arif.


Previous: MP 43
Next: MP 45

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.