MP 12

LAMA anak matanya merenung ke arah aku. Dagunya diusap lembut. Entah apa dia fikir pun aku tak tahu. Lepas aku ceritakan yang Ivander ugut aku, dia sepertinya pelik melihat aku. Baru hari ni aku tergerak hati nak cerita dekat dia pasal Ivander ugut aku tu.

"Aku hairanlah macam mana Ivander boleh jatuh hati dengan kau. Sedangkan dia tu selama aku kenal, susah nak rapat dengan mana-mana perempuan," ujar Rae sepertinya tidak percaya dengan cerita aku. Okey, aku jujur. Ayat dia buat aku terasa hati.

"Habis tu awak nak cakap saya yang goda dia? Awak percaya cakap Jess dengan Ivan tu? Awak sendiri cakap yang dia orang tu memang jenis macam tu. Saya pun tak tahu jenis macam mana yang awak maksudkan," balas aku sambil menyilangkan tangan ke dada.

Rae melepaskan keluhan berat. Aku tahu yang dia susah nak percayakan aku. Lagi-lagi aku ni orang luar dan baru saja kenal. Aku faham...

"Tak apalah, Rae. Saya tak paksa pun untuk awak faham. Saya cuma beritahu saja. Tak ada niat nak suruh awak buat apa-apa." Nak cakap aku merajuk? Ya, aku memang tengah merajuk. Sedih bila orang yang aku percayai tak percayakan aku. Ingat aku tak ada kerja lain ke nak goda suami orang?

"Aara, sorry. I didn't mean too. Saya cuma pelik dengan Ivan. Tak ada niat nak cakap awak macam tu."

Aku hanya tersenyum. Kepala aku anggukkan beberapa kali. Aku cuba untuk faham yang tak semua orang boleh percayakan aku. Tapi, aku yakin. Julian satu-satunya yang mampu mempercayai aku kerana dia yang nampak segala perbuatan Ivander dekat aku tempoh hari.

"Tak apalah. Maaf ganggu awak bekerja. Ada apa-apa lagi yang saya kena siapkan?" soal aku sambil memeluk fail ke dada. Aku sekarang bekerja di Princeville Holdings. Entah kenapa aku pilih syarikat ni pun, aku sendiri tak tahu. Macam ada aura menyuruh aku bekerja di sini.

"Tak ada. Cuma letakkan fail ni kat meja Re. Lepas tu, kau boleh berehat. Hari ni aku tak dapat nak teman kau. Aku ada klien nak kena jumpa. Kalau nak ajak Ian, aku rasa dia free sekarang ni."

Aku menganggukkan kepala sebelum meminta diri untuk ke bilik Rery. Rery ni memang jarang ada dekat pejabat. Tak panas lagi kerusi dia tu, tengok-tengok dia dah tak ada. Selalu betul jumpa klien. Tak berhenti-henti.

Pintu bilik Rery aku tolak sebelum sebelah kakiku melangkah masuk ke dalam bilik itu. Inilah kali pertama aku masuk ke dalam bilik dia setelah dua minggu aku bekerja di sini. Dan selama dua minggu itulah, Ivander tak berhenti kacau aku. Lebih-lebih lagi waktu malam. Kadang-kadang sampai tahap aku kena padamkan telefon tu daripada terus berbunyi.

Cantik dan nyaman suasana bilik Rery. Di atas mejanya ada beberapa fail yang tersusun rapi. Fail yang diberikan oleh Rae, aku letak bersebelahan dengan fail yang lain. Saat aku memerhatikan suasana sekeliling, mataku terpaku pada satu bingkai gambar besar sederhana yang terletak di atas meja kerja Rery.

Bingkai gambar itu aku ambil sebelum anak mata aku merenung setiap orang yang ada di dalam gambar itu. Besarnya keluarga Rery. Semuanya ada 16 orang. Ada seorang kanak-kanak sepertinya dalam lingkungan tiga tahun didukung oleh seorang lelaki. Mungkin ayahnya. Anak matanya sangat cantik. Bibirnya mengoyak senyuman besar menambahkan lagi kecomelannya.

Mana satu Rery dengan Rae? Dan-dan aku perasan ada seorang budak perempuan dan lelaki wajahnya seperti Julian dan Jessica. Mungkinlah. Iras-iras macam mereka berdua. Comelnya budak perempuan ni. Siapalah dia, kan? Tak pernah lagi aku nampak dia dekat rumah Ivander atau Rery. Patut ke aku tanya siapa budak perempuan ni? Dah besar ni mesti dia cantik. Al maklumlah ada kacukan Italian. Semestinya cantik. Dengan anak mata dia yang memukau.

"Aara...," suara garau seseorang menyentakkan aku dari lamunan. Mujur saja tak jatuh bingkai gambar itu ke atas lantai.

"What are you doing?" soal Rery dengan nada dingin sambil menanggalkan jaketnya sebelum disangkutkan pada bibir kerusi kerjanya. Apa aku nak jawab? Tangan ni pun gatal sangat nak usik barang orang. Janganlah dia marah aku.

"Erm... saya letak fail ni tadi. Saya ingatkan awak tak masuk," jawab aku dengan nada perlahan. Dalam hati, dah cuak rasanya.

"Kenapa tengok gambar tu? Ada sesuatu yang menarik?" soal Rery lagi sambil menyandarkan belikatnya ke kusyen kerusi. Kedua-dua belah tangannya dicantumkan sekali gus sikunya ditahan pada pemegang kerusi. Kaki kanan dibawa naik silang ke kaki kiri. Betul-betul gaya seorang bos. Seram aku tengok auranya.

"Ada budak kecil tu. Comel. Saya tak pernah nampak dia lagi."

Rery mengalihkan pandangannya ke arah bingkai gambar yang masih berada di tangan aku.

"Oh. Nama dia Juliana Adra. Masa tu umur dia tiga tahun. Dia tu adik kepada Julian dan Jessica tapi tiri je. Bukan kandung."

Aku menganggukkan kepala. Oh, adik Julian dengan Jessica. Baru aku tahu. Adik ni ke yang dia orang maksudkan tempoh hari semasa mereka bertekak?

"Cantik adik Julian. Dah besar mesti cantik, kan?" puji aku. Aku tak tipu. Memang betul, anak kecil ini cantik. Memiliki rupa paras yang jelita dan kulit putih yang melepak.

"Dia dah tak ada."

Aku terkedu. Dah tak ada? Maksudnya meninggal dunia atau ada maksud lain?

"Maksudnya, dia dah..."

Rery menganggukkan kepalanya sebelum aku sempat menghabiskan ayat aku.

"Ya Allah, kesiannya. Sebab apa?"

Rery mengangkat bahunya.

"Masa tu aku tak tahu cerita sangat. Tapi, aku dengar family aku cerita disebabkan kemalangan waktu tu masih dekat Itali."

Aku menganggukkan kepala. Kesiannya. Memang patut pun, aku ada dengar hari tu yang Jessica cakap dekat Julian yang adik dia orang dah tak ada.

"Kau dah tak ada kerja?" Dia mula membelek fail-fail yang tersusun di atas mejanya itu.

"Erm... ya. Kerja dah siap semuanya. Rae suruh saya rehat."

Rery diam seketika. Matanya masih lagi memaku ke arah isi kandungan fail.

"Aku ada belikan kau makanan. Dekat pantri aku letak. Makan lepas tu masuk sini balik. Ada kerja kau kena buat. Kalau kerja dekat sini tak boleh rehat lama-lama."

Aku mencebik. Berkira sangat. Tahulah aku. Hesy!

"Ye, tuan. Saya faham." Sengaja aku menggunakan gelaran tuan. Dah masih lagi waktu bekerja, kan?

"Kalau kau terasa nak rehat lama sikit, boleh. Tapi kau kena kahwin dengan akulah kalau nak merasa," ujarnya cukup selamba sambil mendongakkan kepalanya dengan pandangan beku. Memang tiada perasaan langsung.

"Erk. Jangan merepek, ya tuan. Semata-mata saja nak rehat lama dengan syarat kena kahwin dengan tuan. Apa punya syaratlah tuan letak ni?" soal aku menggelengkan kepala.

Rery mengangkat keningnya. Fail di tangan diletak kasar di atas mejanya semula. Terperanjat aku dibuatnya.

"Kalau tak nak, boleh keluar. Sana tu pintu. Jangan guna tingkap pula."

Wah! Pedasnya sindiran dia. Macam nak perli yang aku ni bodoh sangat, tak tahu mana satu pintu mana satu tingkap? Ya Allah, sabar Aara. Sabar....

"Baiklah. Saya keluar ikut dinding sajalah kalau begitu. Saya minta diri dulu." Fikir dia seorang aje boleh perli aku. Aku pun bolehlah.

"Ah!" Kus semangat! Sejak bila dia bangun ni? Tup-tup aje dia tahan aku dari buka pintu biliknya.

"Dinding sana. Ni pintu." Nada suara Rery berubah. Kenapa dia berbisik?

"Erm... saya... nak guna pintu." Tergagap-gagap aku dibuatnya.

"Kalau nak guna pintu, lepasi aku dulu." Cabar Rery.

Aku terdiam. Aigo... badan dia tinggi dan tegap. Macam mana aku nak lepasi dia? Aku dahlah kecil.

"Erm... tu..."

Rery menahan kedua-dua belah tangannya pada dedaun pintu sekali gus membuatkan aku terperangkap. Pergerakan aku terkunci disebabkan tindakan dia. Apa dia nak buat dengan aku ni? Janganlah dia buat benda yang bukan-bukan. Ada karang kena viral. Majikan ada affair dengan pekerja bawahan. Aku juga yang kena nanti.

"Lain kali jangan loyar buruk dengan aku, Aara. Aku tak suka," bisiknya. Waktu itu, wajah dia dan aku sangat dekat sehinggakan aku dapat rasakan deruan nafas kasarnya menampar kulit wajahku. Ni kalau aku bergerak, aku yakin sangat yang aku boleh bagi dia kiss percuma. Jauhkan!

"Dah pergi makan sana. Jangan nak kuat sangat berangan. Apa kau ingat cerita Hollywood ke?" Rery melabuhkan punggungnya di atas kerusi kerjanya semula. Terkulat-kulat aku memandang dia. Lama.

"Hoi, apa tunggu lagi?" sergah Rery.

Cepat-cepat aku keluar dari biliknya. Sumpah aku rasa menyesal masuk dalam bilik dia. Apa yang dia cuba nak buat dekat aku tadi? Saja nak gertak aku ke apa? Sungguhlah, jantung aku rasa nak tertanggal dah tadi. Penangan Rery El-Sharif Princeslon ni sangat membahayakan. Dia boleh cakap aku berangan macam dalam cerita Hollywood tu? Mesti dia fikir yang aku terbayang dia kiss aku?

Ya Allah. Otak aku! Tolong fikir yang bersih-bersih. Jauhkan...


Previous: MP 11
Next: MP 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.