MP 8

"NI siapa, Aara?" soal Arif dengan kerutan pada dahinya. Dan sekarang ni aku tak tahu nak jawab apa untuk soalan dia. Dah kenapa Rery boleh ada dekat sini? Aku fikirkan Rae tadi sebab suara dia dengan adik dia lebih kurang sama. Garau plus serak basah.

"Aku someone special dia. Kau siapa, ya?" ujar Rery dengan cukup selamba. Is he pretend to be my boyfriend? Maknanya dia tahu situasi ni sejak awal lagi. But how can he know? Dia intip aku dari tadi ke?

"Tak mungkin." Arif sepertinya tidak boleh menerima hakikat yang aku ada pasangan baru. Kalau dia boleh, kenapa aku tak boleh? Siapa dia nak tentukan masa depan aku?

"Ya, dia boyfriend aku. Kenapa?" Kalau dah Rery ajak aku berdrama, aku pun apalah lagi. Green light! Supaya Arif menjauhkan dirinya daripada aku. Tak nak aku bersemuka dengan dia lagi. Setiap kali aku tengok muka dia, hati aku rasa sakit. Macam bernanah semula. 

"Semudah itu awak menggantikan saya, Aara. Saya cintakan awak. Saya tahu saya salah. Tapi, awak jangan buat saya macam ni. Saya dengan Laila dalam proses penceraian. Lepas kami bercerai, kita boleh bersama semula, Aara."

Pang! Tak pasal-pasal ringan aje tangan aku hinggap dekat pipi dia. Wah, wah! Cakap ikut sedap mulut saja. Apa dia ingat aku ni alien ke? Anak patung? Yang tak ada perasaan? Dah malukan aku depan orang kampung. Sampaikan orang kampung mula bercakap pasal aku. Buruk-burukkan aku sampai mak aku pun terlibat. Semudah itu aku nak terima dia semula? Memang tidaklah!

"Aara, please. Jangan buat saya macam ni. Saya merayu dekat awak. Saya sanggup saja buat apa dekat awak. Asalkan awak terima saya balik. Itu saja saya minta."

Aku tertawa sinis. Kepala aku gelengkan beberapa kali. Sampai bila-bila pun aku tak akan balik dengan dia semula. 

"Tolong jauhi aku. Jom, Rery." Dengan selambanya aku menarik lengan Rery pergi meninggalkan Arif di situ. 

"Aara! Aara!" 

Aku memekakkan telinga. Air mata yang mengalir segera aku seka. Aku berharap yang Rery tak nampak air mata aku jatuh tadi. 

"Stai piangendo? (Kau menangis?)" soalnya dengan berbahasa ibundanya. Aku sekadar menggelengkan kepala. 

"Are you sure?" soalnya lagi sepertinya tidak puas hati. 

"Yes, I'm so sure Mr. Princeslon." Sengaja aku menggunakan nama keluarganya. Dah dia tak reti faham bahasa. Aku cakap tak tu, taklah. 

"I guess not," ujarnya cukup selamba. 

"Awak kenapa? Nak sakitkan hati saya juga ke?" Aku dahlah tengah panas. Lagi sengaja nak panaskan hati aku. 

"Aku nampak air mata kau jatuh. And you can't lie to me. Don't be a liar. I hate it." 

Aku terdiam. Nak cakap sentap? Macam tak. Tapi, memang aku tengah menipu dia sekarang ni. Ikutkan hati, air mata ni dah laju mengalir. 

"Come, I bring you to some place that can make you feel calm." Dia menarik hujung bajuku supaya aku mengekori langkahnya. 

Dari jauh aku nampak, seseorang berada di dalam kereta Rery. Siapa pula tu?

"Dove sei andato? Ho aspettato molto tempo! (Mana kau pergi? Lama dah aku tunggu!)" soal Rae dengan wajah cemberutnya. Dia belum perasan kewujudan aku disebabkan aku tersorok di belakang tubuh abangnya.

"Sta' zitto. Non fure rumore. (Kau diam. Jangan nak bising.)" Rery membukakan pintu kereta bahagian belakang untuk aku. 

"Eh, Aara? Macam mana kau boleh terlepas ni?" 

Aku mencebik. Selamba aje cakap aku macam tu. Dia fikir, selamanya ke aku nak terperap dalam rumah tu? Ikutkan hati malas aku nak balik. 

"Saya kena beli barang dapur. Mak tak nak beli. Malas katanya. Lagipun ada kawan-kawan Puan Jess datang. Ramai lelaki. Jadi dia orang tak naklah saya mengorat semua lelaki kat situ." Selamba saja aku bercerita. Kalau dah sakit hati, memang aku lepaskan saja semuanya. Lagi-lagi dengan orang yang aku lebih selesa.

"Senza senso, (Mengarut,)" ujar Rery sambil tangannya menukar gear kereta kepada D dan tak lama itu kereta mula meluncur ke jalan raya. 

Sesekali aku mengerling ke arah cermin pandang sisi sebelah kiri memandangkan aku duduk di belakang Rae. Aku nampak dari ekoran mata yang Rae sedang memerhatikan aku. Dengan reaksi wajahnya sukar untuk aku tafsirkan. Kesian? Marah? Mungkin salah satu daripada itu. Aku tahu. Kalau aku bercakap mengenai Jessica atau Ivander, mesti reaksi dia berubah. 

"Dove I'hai scattata? (Kau nak bawa dia pergi mana?)" soal Rae kepada abangnya.

"Qualcosa di rilassante, (Sesuatu tempat yang menenangkan,)" jawab Rery. Matanya fokus pada jalan raya. Sedikit pun tidak menoleh saat menjawab soalan Rae. 

Rae hanya menganggukkan kepala. Suasana di dalam kereta menjadi sunyi. Masing-masing sepertinya melayan dunia sendiri. Termasuk aku. Aku melemparkan pandangan aku ke luar tingkap kereta. Setiap pemandangan yang aku nampak, aku amati satu per satu. Rasa tenang saat dapat melihat dunia luar setelah tiga bulan terperangkap dalam rumah agam itu. 

AKU tersenyum kecil. Laut yang terbentang luas di hadapanku, aku amati lama tanpa menghiraukan suasana sekelilingku. Punggung aku labuhkan di atas sebiji batu besar yang betul-betul menghadap laut itu. Deruan ombak yang menghempas laut membuatkan aku menjadi tenang. Aku memejamkan mata cuba melepaskan apa yang selama ini aku pendam sendiri. Sedar tak sedar, air mata aku mengalir dengan sendiri. 

Kadangkala kepala aku sarat berfikir. Kenapa mak berubah sampai macam ni sekali? Mana mak yang sentiasa sokong aku? Jessica. Sebaris nama dia membuatkan semakin benci dekat dia. Kenapa dia dengki sangat dengan aku? Setiap hari boleh dikatakan dia mendera fizikal dan mental aku. Tuduh aku macam-macam. Macam mana aku nak melawan? Pengaruh orang kaya lagi hebat daripada aku yang miskin ini. Tiada apa-apa.

Ivander. Aku memang benci dia. Sejak dia berani menyentuh aku, aku dah mula bencikan dia. Aku tak pernah terfikir pun yang dia akan buat macam tu dekat aku. Dia cakap aku goda dia? Tak pernah langsung. Walaupun aku bodoh dan miskin, sikit pun aku tak pernah terfikir nak buat kerja tak berfaedah macam tu. Kalau dari dulu aku dah terfikir, agaknya aku dah bekerja dekat kelab malam. Jauhkanlah, Ya Allah... 

"Lontano pensieroso, (Jauhnya termenung,)" tegur Rae yang baru saja melabuhkan punggung di sebelah aku. Sangat rapat kedudukkan kami memandangkan batu yang aku duduk ini sederhana besar. Muat untuk seorang saja sepatutnya. 

"Wanna share anything with me, Aara?" soal Rae sambil memeluk bahu aku. 

Aku sekadar menggelengkan kepala bagi menjawab soalan Rae. Aku sendiri tak tahu nak jawab apa. Aku tidak punya jawapan apa-apa. Aku tidak tahu bagaimana aku harus memulakan cerita aku. 

I just wanna be the one
But to you we're already done
Tell me, why'd you have to hit and run me?
Now I'm all alone, cryin' ugly
You broke my heart just for fun
Took my love and just left me numb
Now it's eight in the morning
Hate in the morning
All because of you...

Another story that's sad and true
I can feel the pain, can you?
You had to be the one to let me down to color me blue
Hate to see you with someone new
I'll put a curse on her and you
Ain't no looking back, now you're dead and gone
My love is gone too...

Aku menyanyi dengan penuh nada sebak. Terketar-ketar bibir aku menahan perasaan sebak yang semakin terbuku di dada. Sungguh aku tak kuat. Tak kuat untuk menghadapi ujian aku sebagai seorang hamba Allah.

"Aara, aku tahu kau dalam kesakitan. Kesakitan dalaman yang tak akan sesiapa dapat rasa apa yang kau rasa. Termasuk aku sendiri. Tapi, aku janji yang aku akan tetap menjadi kawan kau sampai bila-bila. Kau anggaplah aku teman setia kau," ujar Rae yang cuba untuk menenangkan hati aku.

"Teruk sangat ke saya ni, Rae? Saya tak layak ke bahagia macam orang lain?" Tersedu-sedan aku menangis sehinggakan terhinjut kedua-dua belah bahuku. Aku tak dapat nak menahan tangisan aku lagi. 

Rae menggelengkan kepala. 

"Apa yang aku tahu, Tuhan uji kau sebab Tuhan tau yang kau kuat." 

Aku tersenyum. Pandainya Rae ni nasihat aku. 

"Allah, Rae. Nama Tuhan kita Allah." 

Rae mengusap belakang tengkuknya. Malu pula dah. 

"Kenapa?" soal aku sambil menyeka sisa air mataku. 

Dia sekadar menggelengkan kepala. Anak mata aku beralih ke arah Rery yang sedang berdiri tegak di hadapan laut. Mungkin sedang menikmati angin dan juga bunyi deruan ombak laut. Dia pun ada masalah tersendiri juga ke?

"Aku memang beragama Islam. Tapi, dari kecil aku tak diajar. Jadi, aku malu dengan kau yang pandai dalam agama sendiri," ujar Rae. Jujurnya dia. Tak pernah ada lelaki mengaku yang dia lemah dalam agamanya. Tak semua.

"Rae, saya pun masih cetek lagi ilmu agama. Banyak lagi yang saya belum pelajari. Kita boleh belajar sama-sama, kan?" pujuk aku. Aku lihat muka dia sepertinya sedih. Mungkin sedih kerana diri sendiri tidak mengambil berat tentang agama sendiri.

"Boleh ke, Aara? Aku dengan abang dibesarkan di Itali. Waktu umur kami 17 tahun barulah kami berpindah ke sini. Kami langsung tak mengambil berat tentang agama sendiri. Boleh ke dosa aku diampunkan?" soal Rae dengan reaksi wajahnya sayu.

Aku tersenyum lalu menganggukkan kepala. 

"Boleh, Rae. Allah tu Maha Pengampun. Saya pun banyak juga buat dosa. Semua orang tak lari daripada berbuat dosa. Kita boleh ubah perlahan-lahan. Janji jangan buat perkara yang dilarang olehNya."

Rae tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. 

"Terima kasih, Aara. Kaulah kawan perempuan yang sudi bantu aku. Aku janji yang aku akan ubah perlahan-lahan. Aku heret abang aku sekali." 

Aku tertawa kecil. 

"Hah, mengumpat pasal aku ke?" Selamba saja Rery menerjah kami berdua dari belakang menyebabkan Rae tergolek jatuh di atas pasir pantai. 

Mengekek aku mentertawakannya. 

"Stupido! (Bodoh!)" marah Rae lalu bangkit berdiri sebelum mengejar langkah Rery yang sudah melarikan diri. 

Aku ketawa. Terhibur aku melihat telatah dua beradik itu, tidak ubah seperti kanak-kanak. Alangkah seronoknya aku mempunyai adik-beradik. Bolehlah aku bergurau-senda seperti Rery dan Rae. 

Terima kasih, Rery yang sudi tolong aku saat Arif memaksa aku. Dan, terima kasih pada Rae kerana sudi menjadi teman setia aku saat aku dalam kesusahan. Aku bersyukur kerana Allah hadirkan mereka berdua dalam hidupku. Walaupun aku dalam kesedihan, ada selitnya cahaya kegembiraan dalam hidupku.


Previous: MP 7
Next: MP 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.