MP 37

Lima bulan kemudian,

AKU menghentikan keretaku tepat ke dalam kotak parkir yang disediakan. Aku mengerling ke arah jam tangan yang terlilit pada pergelangan tanganku. Sudah jam 5:00 petang. Cepat betul masa berlalu. Ada baki dua jam lagi sebelum masuk jam 7:00 petang. Dapatlah budak-budak ni berseronok sekejap selepas balik dari pusat asuhan. Aku pun baru aje balik dari pejabat. Sudah tiga bulan aku bekerja di syarikat keluarga Julian. Nak kerja dekat Princeville Holdings, ada Si Rae tu pula. Malas aku nak hadap dia. Takut sejarah lama berulang kembali.

"Mama, jom main!" sorak Eusoff dengan penuh keterujaan sebaik saja aku membuka pintu kereta di bahagian belakang. Tubuh Noah aku bawa ke dukunganku. Eusoff berdiri di sisiku sambil memerhatikan keadaan sekeliling. Tak sabarlah tu nak main.

"Ingat ya, sebelum jam 7:00 petang kita kena balik. Nanti dady marah," pesan aku kepada Eusoff dan Noah.

Serentak mereka menganggukkan kepala. Aku memimpin tangan Eusoff lalu melangkah bersama-sama ke taman permainan yang terletak bersebelahan dengan tasik. Pemandangan pada waktu petang ketika itu, sangat cantik dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Setiap kali menghirup oksigen sekitar situ, rasa tenang saja. Dan-dan, aku teringat dekat Rery. Sudah lima bulan, aku tinggal di Malaysia. Masih lagi tak dapat khabar daripada dia. Cuma Chen ada cakap yang kemungkinan besar, Rery masih ada lagi di Itali. Kenapa dia tak balik ke sini lagi? Urusan apalah yang dia buat tu sampai ambil masa berbulan-bulan. Ada lagi ke yang tak selesai?

"Mama, I want to play on a swing please...," pinta Eusoff sambil menarik-narik hujung bajuku.

Aku sekadar menganggukkan kepala lalu menghampiri dua buah buaian yang tidak berpenghuni. Aku turunkan tubuh Noah lalu membantu Eusoff duduk di atas buaian. Noah pula aku dudukkan buaian bersebelahan dengan Eusoff.

"Laju, mama. Laju!" jerit Eusoff.

Aku tertawa kecil sambil menganggukkan kepala. Aku menghayun buaian mereka dengan sedikit laju. Kalau laju-laju karang, ada ke niaya tercampak anak aku dibuatnya.

"Mama, lepas ni nak pergi mana?" soal Eusoff kepada aku.

"Kita balik rumah, sayang. Dah nak dekat malam. Nanti dady risau. Nanti sebelum sampai rumah, kita bungkus makanan okey?"

Eusoff menganggukkan kepalanya. Aku hanya tersenyum. Hari ini, tak ramai pula penghujung yang hadir ke taman ini. Boleh dikatakan sunyi juga.

"Mama, Uncle Berry..." Noah menudingkan jarinya ke arah sebuah pokok. Satu-satunya pokok yang paling besar di taman itu berbanding dengan pokok-pokok yang lain.

"Huh?" Terkejut beruk aku dibuatnya. Entah macam manalah rupa aku masa tu.

"Who, sayang?"

"I saw Uncle Berry standing behind that big tree, mama..."

Terkebil-kebil aku memandang ke arah pokok yang dimaksudkan oleh Noah. Tapi malangnya, tiada sesiapa pun. Tak akanlah Noah nak bercakap bohong? Biasanya budak yang terlebih jujur daripada orang tua.

"Sayang salah nampak tak? Uncle tak ada dekat sini. Dia dekat Itali lagi," ujar aku sambil tersenyum nipis. Baru kelmarin, Chen beritahu aku mengenai Rery. Tak akanlah, tiba-tiba ada dekat Malaysia. Lain macam pula...

"But I really saw him, mama..." Noah masih tidak mahu mengalah.

"Okay, let see behind that big tree," ajak aku sambil mendukung tubuh Noah. Tangan sebelah memimpin tangan Eusoff.

"Aara... awak kan tu?"

Langkah aku serta-merta terhenti. Suara itu, aku kenal sangat. Kenapa dia dengan aku boleh berjumpa dengan taman ni? Kalau boleh aku dah tak nak langsung berjumpa dengan dia. Hesy!

"Sorry... siapa?" Aku memusingkan tubuhku seraya memandang Arif dengan dahiku sedikit berkerut. Konon-kononnya tak kenallah. Begitu...

"Aara. Aara Malika, right?" Arif perlahan menapak menghampiri aku. Penampilannya masih sama. Tak pernah berubah. Aku tak pasti sama ada dia ni masih lagi bersama dengan Laila atau sudah bercerai. Fuh! Ayat aku macam minta sangat dia bercerai.

Aku menggelengkan perlahan. "Saya rasa awak salah orang. Saya bukan Aara Malika."

Arif melepaskan tawanya. "Aara, kalau nak berlakon pun. Janganlah buat saya ni macam bodoh sangat. Penampilan awak saja yang berubah tapi suara awak tetap sama, Aara."

Aku terdiam seketika. "Nak apa?" Tak usah nak berbasa-basi lagi. Tak akan aku nak kena bedah suara aku supaya dia tak cam suara aku yang sebenar. Memang tak ada kerjalah.

"Kasarnya. Saya tak sangka yang kita boleh berjumpa. Dah dua tahun lebih, kita tak bertemu. Awak tak rindukan saya ke, Aara?"

Aku tersenyum senget. "Apa maksud rindu, ya? Aku dah lupalah." Sengaja aku menyindirnya. Tak ada kerja aku nak rindukan orang yang dah buang aku macam sampah. Dulu, bolehlah dia buat aku macam tu. Sekarang? Memang taklah.

"Aara, awak lari mana? Merata tempat saya cari awak, Aara. Hidup saya tak tenteram selama dua tahun ni."

"Eh, suka hati akulah. Aku nak ke mana sekalipun. Kaukan dah ada isteri. Sedar diri tu sikit."

Arif merenung anak mata aku dengan kadar lama. Tapi, aku cepat-cepat mengalihkan pandangan aku ke tempat lain. Tak ada masa aku nak main bertatapan mata dekat tengah-tengah taman ni.

"Benci sangatkah awak pada saya? Saya tak boleh dapatkan secebis kemaafan daripada awak? Saya masih cinta dan sayangkan awak, Aara. Saya..."

"Stop, Arif. Kau tak ingat ke? Apa yang aku dah pesan dekat kau masa dekat dewan dulu. Lupa dah? Aku rasa kita ni muda lagi." Sindiran aku semakin lama semakin pedas. Memang taklah aku nak bagi muka dekat lelaki macam dia ni. Sekali dia dah sakitkan hati aku, boleh jadi dia buat aku lagi kalau aku dah bagi peluang dekat dia. Lagipun hati aku bukan dekat dia lagi. Dia dah mati dalam hati aku.

"Aara, please. Maafkan saya. Slow-slow kita berhubung semula. I really miss you." Air mata Arif jatuh membasahi pipinya. Tapi, aku minta maaf awal-awal. Air mata dia langsung tak buat hati aku tersentuh. Seolah-olah tiada apa-apa perasaan sewaktu melihat air matanya menitis.

"Tak malu ke menangis depan budak-budak? Sudahlah Arif. Lupakan saja niat kau tu. Buang masa tahu tak?" ujar aku dengan nada sedikit mendatar. Tak boleh melayan sangat Arif ni. Makin naik lemak nanti.

"Aara..."

Aku baru saja mahu mengangkat kaki, pergi meninggalkannya. Tapi, dengan berani-berani dia sentuh aku. Dia tarik pergelangan tangan aku, menghalang aku daripada pergi.

"Jangan sentuhlah!" Aku cuba merentap kembali tanganku tetapi gagal. Dia semakin kuat mencengkam pergelangan tanganku.

"Jangan sakitkan mamalah!" marah Eusoff sambil memukul-mukul tangan Arif.

"Jangan masuk campurlah!" Arif menolak tubuh Eusoff.

"Eusoff!" Aku menjerit tatkala Eusoff tidak dapat mengimbangi dirinya. Sudahlah belakang dia, ada tasik.

"I got you." Seorang lelaki berbadan tegap, pantas menarik tangan Eusoff lalu ditarik ke dukungannya.

Berkerut dahi aku melihat lelaki itu. Siapa dia ni? Tiba-tiba saja muncul. Sudahlah semuanya serba-serbi hitam. Menakutkan aku saja. Aku ingatkan dia nak culik anak aku tadi. Noah memeluk leher aku erat. Sepertinya dia sedang ketakutan melihat insiden tadi. Jantung aku pun berdetak hebat. Sesak nafas aku dibuatnya.

"Kau nak bunuh budak ni ke?" soal lelaki itu dengan nada suaranya sungguh serius. Dia menarik kolar baju Arif lalu dilepas kasar.

Aku cuba nak cam suara lelaki itu tadi. Sayangnya, dia pakai topeng mulut. Jadinya, aku kurang cam suara siapa. Sebab hati aku kuat mengatakan yang lelaki di sebelah aku ini adalah Rery. Kalau betullah sebelah aku ni Rery, apa reaksi yang aku kena buat? Menangis? Ketawa? Marah? Hah! Yes, aku kena tunjuk yang aku sedang marah. Acah-acah saja.

"Kau siapa nak masuk campur? Ni hal aku dengan dia!" tempik Arif tidak puas hati. Eh, mamat ni kalau aku ketuk muka dia dengan kasut aku. Berlubang juga karang. Tak faham bahasa agaknya. Karang aku cakap dalam Bahasa Itali, dia pula yang melopong nanti.

"Urusan dia, urusan aku juga. Kalau urusan kau tu penting sangat, kau boleh berurusan dengan aku. Datang ke Princeville. Kau tahu kan syarikat tu?"

Aku terpinga-pinga. Jantung aku kembali berdetak laju. Dia mention Princeville. Tak akanlah Rae pula yang ada dekat sebelah aku ni. Macam bukan. Ketinggian pun lain. Bentuk badan pun lain. Ya Allah, kenapa otak aku tiba-tiba tak berfungsi ni?

"Kau apa hal nak sangat masuk campur?" Arif masih tidak mahu mengalah. Tak lama lagi, kasut aku terbang dekat muka dia ni. Haish!

"Blah!" jerkah lelaki di sebelah aku kepada Arif. Terkejut Arif dibuatnya. Dah kena sergah, baru nak tercengang.

"Aku tak teragak-agak nak lapor pada polis, kalau kau kacau dia lagi. Baik kau pergi sementara aku lepaskan kau lagi..."

Arif melepaskan dengusan kasar lalu melangkah pergi dengan perasaan marah yang membuak-buak. Jelas sangat pada air mukanya. Macam aku tak tahu. Walaupun aku dah lupakan Arif, sikap dia masih lagi aku ingat sehingga sekarang.

"Kau okey?" soal si dia sambil menurunkan hoodienya ke belakang.

Aku merenung ke arahnya. Warna rambut dia memang sebiji Rery. Tinggal tunggu dia tanggalkan topeng mulut saja. "Tak payah banyak tanya. Baik abang tanggalkan sekarang topeng tu. Tak payah nak menyamar sangat," ujar aku dengan selamba. Hati aku panas ni. Dahlah kena tinggal dengan dia selama lima bulan. Baru lima bulan. Aku tinggalkan dia dah 20 tahun. Alamak...

"Ya, sayang. Jangan marah sangat muka tu. Bergaris-garis dah muka tu. Nak cepat tua ke? Aku rasa aku yang lagi tua daripada kau," ujar Rery tidak berperasaan.

Aku mencemik. "Tahulah pula mengaku dah tua. Mana abang pergi? Ni nak marah ni!" Aku menayangkan wajah marahku kepadanya. Tak tahulah dia takut ke tak dengan wajah marah aku ni. Macam tak jadi je.

Rery tersenyum senget sambil menggelengkan kepalanya. "Sayang, kau ni nak marah aku ke? Nak goda aku? Tak nampak macam marah langsung," sindir Rery.

Aku dah agak dah mesti dia cakap macam tu punya. Haish! Sabar sajalah dapat bakal suami macam ni. Eh...

"Uncle Berry, Noah miss you!" Noah mendepakan tangannya ke arah Rery.

Rery tersenyum lalu mengambil Noah dari dukunganku. Dia mengucup pipi Eusoff dan Noah bersilih ganti. Tanpa sedar, aku mengukirkan senyuman kecil. Perlahan aku mendekatinya sebelum memeluk tubuh tegapnya itu.

"Your mama also miss me, Noah." Rery tertawa kecil.

"Mama selalu menangis sebab rindukan uncle."

Ya Allah, jujurnya anak aku ni. Aku nak sorok mana muka aku sekarang ni? Noah Al-Qadr ni memang seorang anak yang jujur. Terlebih jujur! Malunya aku!

"Betul ke, Ju?"

Nak tak nak, kenalah jawab soalan dia tu. Perlahan aku mengangkat wajahku, memandang ke arahnya lalu mengangguk.

"Kan aku dah cakap. Jangan menangis. Aku akan balik. Kau jangan risau. Kau ni, Ju. Memang degil, kan?"

"Nak buat macam mana? Dah rindu. Habis dulu, abang tak menangis ke bila rindukan, Ju?" soal aku semula kepadanya. Biar dia tercengang sikit. Aku nak tahu juga, lelaki beku macam dia ni pernah menangis ke? Entah-entah kali terakhir dia menangis sewaktu dia dilahirkan saja. Haha!

"Ju, soalan kau tu lain kali aku jawab. Aku baru je sampai dari airport ni. Terus ke sini. Nasib baik Rae angkat call aku tadi. Kita balik dulu. Aku penat..."

Aku mencebik. Tengoklah tu. Pandai mengelat daripada menjawab soalan aku. Aku hempuk juga Uncle Berry ni karang! Menyakitkan hati betul!

"Yelah. Jomlah balik. Soalan tu jangan tak jawab pula. Nak tahu juga jawapan dari mulut Tuan Rery sendiri," sindir aku.

"Yelah, yelah. Dah jom. Aku drive."

Aku sekadar menganggukkan kepala lalu mengekor langkah Rery dari sisi. Aku tak sangka Mr. Princeslon aku dah balik! Dia tunaikan janji dia walaupun lima bulan aku terpaksa menahan rindu dekat dia. Macam lagu Wany Hasrita. Menahan rindu....


Previous: MP 36
Next: MP 38

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.