MP 71

PAGI ini, aku hanya mengenakan dress labuh berwarna baby blue. Sehelai selendang berwarna krim yang aku beli bersama dengan Melina tempoh hari sudah terlilit cantik di kepalaku. Hari ini, aku akan menambahkan lagi kejutan buat si suami yang lagi membersihkan diri di dalam kamar mandi. Aku harap dia gembira akan perubahan aku pada hari ini. Semoga aku terus istiqamah untuk menutup aurat.

"Ho..."

Aku memalingkan tubuh ke belakang apabila terdengar sepertinya Rery mahu memanggil aku tetapi panggilannya terbantut. Mungkin terkejut melihat penampilan aku.

"Ya, biy?" Aku tersenyum.

"Is that really you, honey?" soal Rery dengan riak wajahnya sangat terkejut.

Aku menganggukkan kepala sambil tersenyum lebar. Perlahan aku melangkah mendekatinya. "Wah! Biy pakai sama warna dengan honey la."

Rery merangkul pinggangku lalu dahiku dikucupnya lama. "Yes, honey. And today you looks like an angel."

Aku tertawa kecil sambil menampar dadanya lembut. "Mana adalah. Honey tak layak digelar bidadari. Honey baru saja nak berhjirah. You give me some support, okay?"

"You always be my angel. And of course I will always give you support, my wife."

Aku tersenyum. "Jomlah. Anak-anak, abang dengan Mel dah tunggu dekat bawah. Kita nak pergi breakfast dulu, kan?"

"Laparlah tu." Rery mencuit hidungku lalu telapak tangannya dilekapkan pada perutku yang masih lagi kempis.

Aku tertawa kecil sambil menganggukkan kepala. "Lapar sangat!"

"Okey, jom." Rery menggenggam tanganku lalu kami bersama-sama menuruni anak tangga.

"Amboi... lamanya Tuan Rery bersiap. Kematu dah punggung aku menunggu. Sampai habis aku minum air kopi aku," perli Julian sambil menutup surat khabar yang dibacanya tadi lalu diletakkan di atas meja.

"Ala, aku tahu kau dah tak sabar nak sembur api naga kau tu dekat sekolah. Sabarlah kut ya pun. Baru pukul 8:30 pagi," ujar Rery sambil mendukung tubuh Ryana dan Ryan. Dikucup-kucupnya kedua-dua belah pipi si kembar itu beberapa kali.

"Dah, dah. Jom! Kita makan. Lepas tu, pergi sekolah." Julian mendukung tubuh Noah. Melina dan Eusoff mengikuti langkahnya dari belakang.

"Naik kereta aku ke kau ni?"

"Kereta kau ajelah. Luas sikit tempat duduk belakang tu."

Rery angguk. Dia mengeluarkan kunci kereta dari kocek seluarnya lalu masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan. Tak sampai beberapa saat, selepas memastikan semuanya dalam keadaa selesa. Barulah Rery menukar gear kepada R lalu kereta diundur keluar dari garaj rumah. Destinasi kini menuju ke kedai makan yang berdekatan dengan sekolah untuk mengisi perut yang sudah berlagu-lagu.

TEPAT jam 9:30 pagi, Rery memberhentikan keretanya di dalam pekarangan sekolah setelah mendapat keizinan daripada seorang pengawal keselamatan yang bertugas. Serentak kami menolak tubuh keluar dari dalam kereta kemudian menuju ke pejabat sekolah untuk berjumpa dengan pengetua.

"Assalamualaikum, saya mama kepada Noah Al-Qadr dari kelas 1 Dinamik. Boleh saya berjumpa dengan pengetua?" sapa aku kepada salah seorang kerani yang sedang bertugas di dalam pejabat. Dia pandang aku macam nak makan orang saja. Macam aku pula yang buat salah. Tak sangka pula aku, yang aku hantar anak aku ke sekolah yang sepertinya tiada etika kerja.

"Atas urusan apa, ya?"

Salam pun tak jawab. Dengan muka yang tak berapa nak ceria tu, terus saja dia soal aku dengan soalan begitu. Tak apalah... asalkan dapat jumpa dengan pengetua.

"Saya nak jumpa pengetua atas urusan anak saya. Ada seorang cikgu yang ambil tidak endah tentang anak saya sewaktu dia cedera di padang."

Kerani itu memandang aku dengan pandangan kosong. Macam tak ada perasaan apa-apa bila aku cakap macam tu. Aku ni lembut sangat ke bercakap? Ke dia orang nak Rery yang bersuara baru nak sedar ke dunia nyata?

"Atas sebab tu saja ke? Sebab pengetua dia tengah sibuk sekarang ni. Banyak kerja. Jadi, kalau hal seperti itu sepatutnya puan kena kontak dulu baru kami...."

"Isteri saya dah bercakap dengan cukup lemah-lembut. Macam ni awak sebagai pegawai melayan tetamu? Awak dulu last belajar dekat mana? Tak ada belajar adab dan etika kerja ke?"

Haa... tu dia. Kan aku dah cakap. Aku dah cakap lemah-lembut tak nak layan, kan? Kan suami aku dah buka mulut. Dia dari tadi sepi saja berdiri di belakang aku bersama dengan yang lain.

Kerani memandang gerun ke arah Rery. Riak wajah Rery yang tadinya tersenyum sudah pun bertukar bengis. Dingin. Beku. Dan sedengannya. Tangannya naik bersilang ke dada. Anak matanya tajam merenung si kerani itu.

"Ya, encik. Maafkan saya. Pengetua dia..."

"Saya tak nak terima alasan ni. Saya pun bekerja juga. Tapi hari ini saya sanggup ambil cuti semata-mata nak berjumpa dengan dia. Semua orang tak akan lari dengan kesibukan kerja. Jadi, kalau ada tetamu nak berjumpa untuk menyelesaikan masalah haruslah dilayan dengan baik. Bukan acuh tidak acuh. Kalau ikutkan saya, saya dah saman dah sekolah ni. Keselamatan murid langsung tak dijaga!" Suara Rery sudah mula mendatar. Tahulah yang ketika ini dia sedang menahan marah. Daripada semalam lagi, dia menahan kemarahannya itu.

"Sekejap, encik. Saya beritahu dengan tuan pengetua."

Rery angguk sekali. Masih statik berdiri dan merenung kerani itu sehingga lelaki itu masuk ke dalam bilik pengetua. Tak sampai beberapa saat, kerani itu keluar semula dan menjemput kami masuk ke dalam.

"Assalamualaikum, tuan pengetua," ucapku kepada seorang lelaki yang agak berusia.

"Waalaikumussalam puan, tuan. Silalah duduk." Dia membetulkan spek matanya yang melorot sekali gus menjemput kami untuk duduk.

"Ada urusan apa, ya?"

"Saya tak nak cerita panjang. Saya faham tuan ada kerja yang hendak dibuat. Saya cuma nak minta penjelasan yang kukuh. Kenapa murid-murid dibiarkan tanpa pantauan guru ketika bermain di padang? Anak saya Noah Al-Qadr mengalami kecederaan yang agak teruk akibat dibuli oleh para pelajar ketika bermain padang semalam. Habis badan dan wajahnya lebam serta luka."

Pengetua itu sepertinya terkejut. Terdiam dia dibuatnya.

"Ini Noah. Dan ini abang dia, Eusoff. Abang dia sendiri yang nampak apa yang terjadi dekat padang. Anak saya, Noah baru saja sembuh daripada kemalangan. Kaki dia belum dapat berjalan normal lagi. Dan saya tahu itu salah satu puncanya dia dibuli oleh budak-budak sekelasnya sendiri. Ada juga yang dari kelas lain. Macam mana perkara ini boleh terjadi, ya?" Rery sepertinya tidak sabar mahu menunggu jawapan dari mulut pengetua. Lama dia merenung ke arah pengetua itu.

"Boleh saya nama cikgu yang sepatutnya bertugas pada waktu itu?"

Noah yang duduk di atas ribaku, perlahan aku usap bahunya agar dia menjawab pertanyaan pengetua itu.

"Cikgu Elyana."

Pengetua itu menganggukkan kepalanya. "Maafkan saya, encik dan puan. Sungguh saya tak sangka perkara seperti ini boleh berlaku. Biasanya tiada apa-apa masalah. Cikgu Elyana boleh dikatakan guru yang baru saja dipindahkan ke sini."

Rery menganggukkan kepalanya. "Jadi, apa tindakan pengetua? Boleh saya berjumpa dengan Cikgu Elyana tu sendiri? Saya nak tahu juga kenapa dia boleh lepaskan tanggungjawab macam tu."

Air muka pengetua itu berubah. Mungkin takut Rery akan apa-apakan guru itu. Tapi, Rery tak adalah seteruk itu. Aku tahu yang dia nak berjumpa dengan cikgu itu berbincang. Dan nak tahu sebab kenapa cikgu tu buat macam tu.

"Sekejap ya, encik. Saya minta kerani panggilkan cikgu itu sebentar."

Rery sekadar menganggukkan kepala. Si kembar yang berada di atas ribanya hanya membisu sambil bersandar pada badan Rery. Julian dan Melina juga hanya mendiamkan diri. Menyerahkan semuanya kepada Rery memandangkan yang menjadi mangsa buli adalah Noah.

"Ya, tuan. Ada apa panggil saya?"

Aku menoleh ke arah pintu masuk. Tercengang aku seketika. Aku macam kenal aje cikgu ni. Tapi siapa, ya?

"Ada ibu bapa yang datang nak jumpa dengan kamu. Sila duduk sini," arah pengetua itu kepada Elyana. Terus saja air muka Elyana berubah keruh. Sempat lagi dia mengerling ke arah kami sebelum melabuhkan punggung di atas kerusi bersebelahan dengan Melina.

"Cik bernama Elyana?" tegur Rery.

Noah yang tadinya hanya duduk di atas riba. Kini, dia sudah memusingkan tubuhnya menghadapku lalu pinggangku dipeluknya erat. Mungkin takut melihat Elyana. Sampai fobia anak aku dengan dia. Ya Allah...

"Ya saya, encik." Elyana tersenyum-senyum. Aku yang melihat dia tersenyum seperti itu rasa macam nak hempuk saja meja kopi ni dekat kepala dia. Macam ni rupa boleh terlepas jadi cikgu ke? Pandang suami aku pun, macam ulat bulu naik daun.

"Saya nak minta cik jelaskan apa yang terjadi. Dan kenapa boleh terjadi." Tegas nada suara Rery. Habislah kau... ingat suami aku makan ke dengan muka kau yang nak menggoda dia tu? Minyak wangi sudahlah seharum semerbak. Agaknya pakai dua botol sekali satu hari kut. Sakit hidung aku dibuatnya.

"Pasal apa, ya?"

Polos betul muka dia bertanya. Dia kena amnesia ke apa? Tak ingat apa yang dia cakap dekat Noah ke semalam? Ataupun semalam dia ada terhantuk dekat mana-mana sampai tercicir memori untuk tarikh semalam.

"Tolong serius ya, cik. Saya datang ni nak menyelesaikan masalah anak saya. Anak saya semalam cedera teruk sampai salah urat. Dan macam mana cik boleh lepaskan murid-murid bermain di padang tanpa pengawasan guru? Cik ke mana semalam? Dan kenapa cik langsung tak endah bila anak saya beritahu yang dia sakit?"

"Errr... se... semalam saya..."

Aku nampak Elyana merenung ke arah Noah. Dia macam nak katakan sesuatu pada Noah tapi aku tak dapat nak tangkap apa yang dia nak sampaikan melalui isyarat mata dan reaksi wajah.

"Jangan nak tenung Noah macam tu. Kalau awak tak mampu nak jadi cikgu, jangan jadi cikgu. Banyak profesion lain yang boleh awak buat," tegur Julian dengan nada suara yang cukup serius. Macam nak marah pun ada juga.

"Soalan saya cik belum jawab lagi. Saya sedang menunggu," ujar Rery sambil merenung Elyana.

"Saya ke bilik guru sekejap. Lepas tu, saya siapkan kerja saya yang tertangguh untuk hari ini. Saya lupa nak pesan pada guru yang ada masa terluang untuk pantau budak-budak dekat padang."

Rery meraup wajahnya perlahan. "Dan kenapa bila Noah mengadu dekat cik, cik boleh cakap yang anak lelaki kenalah kuat. Apa motif cik cakap macam tu dekat anak saya? Cik nak perli anak saya ke apa? Sebab kaki dia ke?"

Elyana membisu. Dah tak tahu nak bagi alasan apalah tu. Orang macam dia ni, tak boleh sangat nak percaya. Nak buat kerja tertangguh masa waktu pembelajaran sedang berlangsung? Macam mana tu?

"Saya..."

"Saya boleh saman cik tau. Doktor beritahu isteri yang cedera anak saya sampai efek ke urat. Cik ingat perkara ni boleh buat main-main ke? Kalau cik sendiri ada anak nanti, cik akan cakap benda yang sama dekat anak cik sendiri?"

"Kalau anak cikgu sendiri yang sakit terlantar dekat hospital, cikgu cakap macam tu jugaklah? Anak lelaki kenalah kuat? Cikgu ikut ajaran mana, ya? Dekat mana cikgu dapat ilmu tu?" Julian mencelah. Aku dah boleh nampak yang Rery dan Julian sudah mula hilang sabar. Aku dengan Melina dah tak tahu nak menyampuk apa.

"Saya... minta maaf, encik. Saya..."

"Kalau maaf cikgu tu betul-betul ikhlas, kami boleh bertolak-ansur lagi. Kalau cikgu ulangi semula perkara ni dekat anak murid yang lain. Silap haribulan, cikgu boleh kena saman. Kena pergi balai polis. Perkara macam ni jangan ambil mudah, ya. Cikgu untung dapat kami yang boleh lagi ajak berbincang. Ikutkan hati saya dan Encik Rery dah lama dah nak bawa cikgu ke balai. Senang cerita dekat sana."

Elyana menggelengkan kepalanya. "Tolong, encik. Maafkan saya. Saya janji saya akan betulkan kesalahan saya."

"Ini pengajaran untuk cik sendiri. Cik sepatutnya menjadi contoh kepada pelajar. Disayangi pelajar. Ambil berat. Bukannya cakap macam tu yang boleh menjatuhkan semangat anak murid cikgu sendiri. Lepas tu, tolong nasihat anak-anak murid yang lain supaya jangan nak membuli."

Serentak Elyana dan pengetua itu menganggukkan kepala. Aku harap dia orang ambillah perkara ini sebagai pengajaran. Kalau tak, melaratlah perkara ni sampai bila-bila.

"Eusoff, Noah... cikgu minta maaf, ya?" ucap Elyana. Dia memandang sayu ke arah Eusoff dan Noah. Sepertinya meminta simpati. Tak tahulah apa nasib dia lepas ni dengan pengetua. Mesti pengetua tu akan ajak berbincang dengan dia semula selepas kami balik nanti.

Eusoff dan Noah sekadar menganggukkan kepalanya.

"Saya nak maklumkan kepada pengetua yang saya nak tukarkan anak saya sekolah. Mungkin dengan keadaan anak saya tak seperti orang lain ini agak menguji kesabaran cikgu-cikgu yang nak menjaganya. Saya maafkan kesalahan Cik Elyana, dan saya harap cik sedar apa yang cik buat. Saya rasa itu saja yang nak dibincangkan."

Elyana hanya menganggukkan kepala perlahan. Pengetua pula hanya mendiamkan diri. Nampak dari air mukanya yang sepertinya dia sedang sedih. Salah seorang anak muridnya mahu ditukarkan sekolah disebabkan sikap cikgu sendiri.

"Bukan Noah saja. Eusoff sekali. Kami berdua akan cari sekolah yang boleh memantau anak kami dengan lebih baik." Tambah Julian. Dia mengusap kepala Eusoff yang duduk di sebelahnya.

Aku hanya mampu tersenyum kecil. Baru aku ingat Elyana ni siapa. Dia merupakan budak satu sekolah dengan aku dulu. Tapi kami tak pernah bertegur-sapa. Lagipun aku dengan dia berlainan kelas. Aku kenal dia pun masa tu tingkatan satu. Tak silap aku, Arif pernah bercakap tentang dia yang ada banyak juga buat masalah dekat sekolah dulu. Itu semua cerita lama. Aku pun dah lupakan. Yang penting sekarang ni, kes anak aku dah selesai. Tunggu Rery cari sekolah yang sesuai untuk Noah.

LEPAS saja habis perbincangan di sekolah tadi, Rery terus membawa aku ke klinik untuk pemeriksaan. Julian dengan Melina bersorak habis bila dapat tahu yang aku mengandung. Tak ketinggalan juga, Eusoff, Noah dan si kembar. Kemungkinan besar, anak aku dengan anak Melina nanti hanya beza setahun saja.

"Biy happy sangat. Doktor cakap honey dah mengandung tiga bulan. Nak kena tunggu enam bulan saja lagi. Twins akan jadi kakak dan abang."

Aku tersenyum sambil menganggukkan kepala. Kali ini, baby aku solo. Bukan kembar. Bukan main tadi Rery menyuruh doktor untuk memeriksa dengan penuh teliti. Takut jadi seperti dulu. Fikirkan aku hamil seorang saja. Sekali ketika melahirkan, dua bayi yang keluar!

"Bukan main happy Tuan Rery ni. Tersenyum saja dari tadi," tegur Julian sambil melepaskan tawanya.

Aku turut ketawa. Sekarang ni, kami berada di sebuah taman tasik yang berdekatan dengan klinik tadi. Eusoff, Noah dan si kembar bukan main seronok bermain di taman permainan terletak betul-betul berhadapan dengan kami yang sedang duduk di atas rumput.

"Mestilah. Aku tak sabar nak bau baby. Nak kena sengkang mata jaga tengah-tengah malam. Rindu suasana tu. Kau pun tak lama lagi tu. Tunggu masa."

Julian menganggukkan kepalanya. "Mujur aku ada pengalaman jaga Eusoff dulu. Tak adalah aku janggal sangat nanti."

Rery dan Julian serentak melepaskan tawa.

"Eh, apa cerita dengan Rae dekat sana? Hari tu aku nampak dekat akaun Instagram dia. Dia rapat dengan seorang awek dekat sana."

Rery tersengih. Kepala diangguk sekali. "Kau jangan sangka tu orang Itali tau. Tu orang Melayu. Anak jati Malaysia. Aku tak tahulah macam mana dia boleh sangkut dengan Rae tu."

Berdekah-dekah Julian ketawa sehingga tergeleng-geleng kepalanya. Aku dengan Melina hanya menjadi pendengar sesekali tertawa.

"Serius, ah? Betul-betul dia cari anak jati Malaysia. Macam mana dia orang boleh berkenalan?"

"Budak perempuan tu belajar lagi. Baru semester ketiga tak silap aku. Rae tu kan kaki rayau. Kau tahu-tahu ajelah dia tu macam mana."

Julian menganggukkan kepalanya. "Aduh... semoga berkekalanlah dua orang tu sampai ke pelamin. Tak sabar aku nak makan nasi minyak Rae ni. Dah lama sangat tunggu ni. Kau dengan aku dah anak ramai. Dia belum kahwin lagi. Aku nak ugut dia suruh bagi kita anak buah ramai sikit."

"Haha! Aku setuju sangat idea gila kau tu."

Aku hanya menggelengkan kepala. Ada-ada sajalah mereka berdua ni. Bila berceritakan tentang Rae bukan main seronok. Mesti Rae terasa ada orang sebut-sebut nama dia dekat sini. Tapi baguslah kalau Rae dah jumpa pasangan dia. Bolehlah dia lupakan tentang aku dan dia dulu. Bila dulu aku dapat tahu yang dia menyimpan perasaan dekat aku, masa tu aku rasa macam... apakah? Macam mana dia boleh ada hati dengan aku?

Tapi... sekarang. Aku bersyukur sangat. Semoga Rae berjaya menjumpai kebahagiaan dia selama ini bersama dengan pasangan pilihannya. 


Previous: MP 70
Next: EPILOG

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.