MP 48

HENING.

Masing-masing merenung sesama sendiri. Aku masih lagi berfikir ketika ini. Macam mana dia boleh hidup lagi? Bukan ke Rery sendiri cakap yang dia dah mati? Aku yang tembak dia selepas menembak si tua tu! 

"Kau terkejut ke, Adra? Terkejut yang aku masih hidup lagi?" 

Aku hanya membisu. Darah aku berderau panas. Aku tak boleh terima hakikat yang dia masih hidup. Macam mana benda macam ni boleh terjadi?

"Jess..." Perlahan Ivander memanggil isterinya itu. Aku pun tak pasti sama ada mereka sah lagi menjadi sepasang suami dan isteri atau tidak. 

"Kenapa? Terkejut I masih hidup, Ivan? You memang lelaki tak guna, kan? Menyesal I jadi isteri you selama ni..."

Ivander tersenyum kecil seraya kepala digelengkan sekali. "I tak rugi apa-apa pun kalau you cakap I macam tu. I tak sangka you boleh survive. Jadi, you umumkan kematian you yang palsu tu. Memang patut pun, bila I tanya kubur you ramai yang tak tahu." 

Terkekeh-kekeh Jessica ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Mungkin terlalu lucu baginya. Kita semua kena tipu dengan dia. 

"Kau nak apa lagi, Jess? Tak serik lagi ke? Aku dah tak nak kotorkan tangan aku, Jess. Baik kau hentikan semua ni. Kau nak harta? Dengan cara kau macam ni, kau yakin kau akan dapat harta tu? Silap-silap hari bulan, kau ke dalam Jess," ujar aku dengan suara aku mula mendatar. Kepala aku yang semakin mencucuk-cucuk, sedaya-upaya aku cuba abaikan. Kenapalah kepala aku ni sakit sangat? Tekak pula terasa payau. Aduh...

"Aku memang nakkan harta. Pada masa yang sama, aku nak kau mati Juliana Adra. Disebabkan kau, semua orang yang dulunya sayangkan aku pergi tinggalkan aku."

Beberapa kali aku menggelengkan kepala. Dia silap. Julian sehingga sekarang masih sayangkan dia sebagai seorang adik kandung. Cuma dia saja yang buang Julian daripada hidup dia. Dia yang buat Julian seperti orang asing. 

"Abang sayangkan kau, kak." Entah kenapa mudah pula mulut aku hendak mengungkapkan panggilan kakak pada dia. Cukuplah dulu, aku dah tembak dia. Tak akan sekarang ni pun, aku nak kena tembak dia sampai mati? Aku bukan seorang yang kejam. 

"Kau yang buang dia, kak. Dia sayangkan kau sama macam dia sayangkan aku. Kalau dia benci kau, kak. Dia langsung tak ambil tahu pasal kau. Sudah-sudahlah. Tak penat ke? Hidup dalam keadaan macam ni, huh?"

Jessica tidak menjawab soalan-soalan aku. Aku tahu yang dia tak ada jawapan untuk menjawab soalan aku tadi. Tak serik ke dah kena tembak dengan aku dulu? Rezeki dialah dapat lagi bernafas dekat muka bumi ni. Tak akan nak sia-siakan lagi? 

"Sudahlah, kak. Pasal harta, kalau kau memang nak sekalipun. Aku boleh bagi. Kita orang tak kisah langsung dengan harta yang kita orang ada. Ambillah sebanyak mana yang kakak nak ambil. Aku akan bagi. Sudahlah. Tak akan kau nak sia-siakan peluang yang kau ada lagi ni, kak."

Jessica diam tidak berkutik. Langsung tak bersuara. Mungkin tengah mencerna semua ayat yang aku keutarakan sebentar tadi. Aku tak nak tembak kakak aku sendiri lagi, walaupun dia bukan kakak kandung aku. Tapi, dia pernah masuk dalam keluarga aku. 

"Aku buat kau macam-macam, Adra. Aku suruh Ivander rosakkan kau untuk dapatkan anak. Tapi, aku tak sangka yang aku sebodoh ini." Jessica melepaskan tawanya. Dia jatuh melutut di atas lantai dengan air mata yang berjuraian.

"Adamo dah janji dekat aku, kalau aku dapat lahirkan waris untuk dia. Dia akan bagi sebahagian harta dia dekat aku. Aku dah penat hidup susah macam ni. Aku dah penat hidup dalam keadaan huru-hara macam ni, Adra. Kau fikir, aku duduk dekat rumah agam kepunyaan mak kau tu. Aku bahagia? Kau silap, Adra. Hari-hari aku sering dikacau oleh Adamo. Aku tak aman."

Aku menghelakan nafas panjang. Perlahan aku mendekatinya. Teringin sekali aku mahu mendakap tubuhnya. Sepanjang hari aku terfikirkan peristiwa tempoh hari, tak sepatutnya aku tembak dia. Ingatan aku masih segar lagi. Tembakan aku tepat mengenai dadanya. Dan, aku tak sangka dia masih hidup lagi. Ada peluang untuk aku memeluk dia sebagai seorang kakak dan aku sebagai seorang adik.

"Kak, aku minta maaf." Air mata aku jatuh setelah sekian lama aku menahannya. Hati aku dihurung dengan perasan sebak. Sebak yang mampu menyesakkan dada aku. 

Jessica mendongakkan wajahnya. Wajahnya habis dibasahi air matanya sendiri. Aku jatuh melutut di hadapannya. Tubuhnya aku tarik masuk ke dalam dakapan. Lambat-lambat dia membalas pelukan aku.

"Adra minta maaf, kak."

"Maafkan... maafkan kakak juga," balasnya dengan nada perlahan. Hanya aku saja yang mendengarnya. 

Bang! Bang!

"Jessica!"

"Juliana!" 

Aku tergamam seribu bahasa. Tubuh Jessica sudah terkulai di dalam dakapan aku. Sekali gus, tubuhku menggeletar hebat. Siapa yang tembak dia?

"Dasar penipu!" tempik Arif seperti orang hilang kewarasan saja. Dia meniup asap yang keluar dari mulut pistol.

"Kak, bertahan kak. Please, Adra merayu." Aku memangku kepalanya sambil wajahnya aku usap lembut. 

"Maaf..." 

"Adra dah maafkan kakak. Tolong, kak. Bertahan, ya? Adra janji akan selamatkan daripada sebarang hukuman. Cumanya kakak kena stay dengan Adra."

Nafas Jessica tersekat-sekat. Darah membasahi tubuhnya. Dua das peluru berjaya menembusi belakang tubuhnya. Arif Halfi memang dah gila!

"Kakak!" jerit aku sekuat hati tatkala kelopak mata Jessica mula layu sebelum terkatup rapat.

"Kau memang dah gila, Arif! Kau dah hilang akal! Kau dah lama hidup dekat luar ni ke, Arif?" Aku berlari ke Arif lalu mengangkat kaki tinggi sebelum melepaskan tendangan kuat pada tangan Arif yang masih lagi menggenggam pistol. Tubuh Arif aku tolak kuat sehingga terhentak pada dinding. Aku sempat lagi mengerling ke arah Chen yang sudah berlari keluar dari gudang selepas membebaskan Ivander, Rery dan Rae. Mungkin ada sesuatu yang nak dibuatnya.

"Kau memang nak mati!" herdik aku. Nafas aku naik turun dengan laju. Kepala yang tadinya mencucuk-cucuk serta-merta hilang. 

"Honey, stop it!" Rery menarik tubuh aku masuk ke dalam dakapannya.

"Ju, sudah!" tengking Rae. 

Aku menangis teresak-esak. "Dia bunuh kakaklah! Dia bunuh kakak..." Kepala aku geleng beberapa kali.

"Jess... maafkan I sayang..." Ivander duduk melutut di hadapan jasad Jessica yang sudah tidak bernyawa. Tubuh kakak aku dibawa ke dalam pelukannya.

"Biy, please save my sister," ngongoi aku.

"Calm down, sayang. Please..." Rery meleraikan pelukan kami sebelum melangkah mendekati Ivander yang masih memeluk Jessica.

Bebola mata aku beralih ke arah Arif yang sudah bangkit berdiri. Tangannya tangkas mencapai pistol tadi. Bodohnya aku! Aku tak ambil senjata tu tadi!

"Arif, no!" jerit aku sekuat hati sebelum berlari ke arah Rery kerana Arif menghalakan muncung pistol ke arah Rery. Aku tahu kenapa dia sasarkan Rery. Kerana aku...

Bang! Bang! Bang!

Larian aku terhenti tatkala mendengar bunyi tembakan yang dilepaskan sebanyak tiga kali. Jantung aku bagaikan berhenti berdetak. Rae laju menangkap tubuh aku dari jatuh terjelepok di atas lantai.

"Biy!" jerit aku dengan pandangan aku mula berbalam-balam.

"Biy!" tangis aku teresak-esak. Aku menolak-nolak Rae lalu merangkak menghampiri suami aku yang terbaring di atas lantai bersama Ivander.

"Adra..." 

Aku menoleh ke arah Ivander. Kelihatan dia juga sedang berbaring di sebelah Rery. Tangannya diangkat lalu melambai perlahan ke arah aku. 

"Ivan?" Aku merangkak ke arah Ivan lalu tangannya aku genggam perlahan.

"Ivander!" jerit aku tatkala melihat kesan darah pada tubuhnya. Ada tiga das peluru yang berjaya menembusi bahagian perut dan dadanya. Ini bermakna, Rery tak terkena tembakan tadi. Sebaliknya, Ivander. Ivander taruhkan nyawa dia untuk selamatkan Rery. Adakah itu satu pengorbanan dia untuk aku?

"Ivan, please. Jangan tinggalkan aku juga. Kita boleh jadi sebuah keluarga." Air mata aku mengalir deras. Kenapa seharian ini aku kena hadap peristiwa seperti ini? 

"Maafkan aku, Adra..." Tersekat-sekat Ivander menutur katanya. 

"Aku tak layak untuk terima ucapan kau tu. Aku harap kau dapat maafkan aku. Mungkin ini kali terakhir kita berjumpa. Kalau kita berjumpa sekali lagi, aku harap aku dapat kemaafan daripada kau." Ketika itu juga, aku teringat akan kata-katanya tempoh hari di mana dia menyelamatkan Noah daripada jatuh ke dalam parit besar. 

"Ivan, aku... aku dah maafkan kau." 

Ivander mengukirkan senyuman tipis. Lemah. "Terima... kasih, Adra." Kelopak mata Ivander sudah tertutup rapat selepas dia mengucapkan terima kasih kepada aku. Aku menggoncang-goncangkan tangannya. Pipinya aku tepuk-tepuk kasar. 

"Ivan... Ivander!" 

"Honey, calm down sayang." Rery menarik aku ke dalam pelukannya. Aku melepaskan tangisanku teresak-esak. Dalam masa sehari, aku kehilangan orang yang pernah ada dalam sebahagian hidup aku. Jessica, kakak tiri aku. Ivander, bekas suami aku. Kedua-duanya, aku pernah meletakkan perasaan sayang pada mereka.

"Biy... hisk... hisk..." 

"I'm here, honey. I'm always with you," bisik Rery sebelum mengucup dahiku lama.

"Arif!" Jeritan Rae membuatkan aku dan Rery serentak memandang ke arah mereka.

"Puas? Dah bunuh ahli keluarga aku? Aku memang tak boleh maafkan kau! Aku akan pastikan kau mati, Arif!" 

Bang!

"Rae!" jerit aku. Pergerakan aku terkunci di dalam dakapan Rery. Dia langsung tak beri aku peluang untuk mendekati Rae yang sudah terkena tembakan Arif.

"Oh, kau nak bunuh aku juga ke?" soal Rae sinis sambil memegang bahunya yang terkena tembakan. Dia terus melompat tinggi lalu menyepak muka Arif sehingga darah tersembur keluar dari mulut Arif. Rae tidak berhenti setakat itu. Dia meneruskan lagi dengan menumbuk wajah Arif bertubi-tubi. Tiada tanda-tanda dia mahu berhenti.

"Rae!" jerit Julian lalu menarik Rae menjauhi dari terus membelasah Arif sehingga lunyai. 

Beberapa orang anggota polis melangkah masuk ke dalam gudang dan memulakan tugas mereka. Kedua-dua belah tangan Arif digari. Jasad Jessica dan Ivander yang tidak lagi bernyawa dibawa keluar. Aku tidak nampak kelibat Chen dan anak-anak buahnya. Mungkin sedang bersembunyi supaya tidak diketahui pihak polis.

"Honey, tenang sayang. Shh... everything will be okay. It's ended now. I'm here with you. Always." Rery mengusap-usap belakang tubuhku lembut.

"Uwerk!" Dek tidak dapat menahan lagi rasa loya, aku terus memuntahkan isi perutku di atas lantai gudang tersebut. Terbatuk-batuk aku dibuatnya.

"Biy, sakit kepala..." Aku memegang kepalaku. Peningnya bagaikan aku terikut sekali bumi yang sedang berputar.

"We go to hospital. Come..." Tubuhku dicempungnya sebelum melangkah keluar dari gudang ini. 

Aku memaut leher Rery. Satu cahaya besar dari lampu kereta polis menambahkan lagi pening pada kepalaku. 

"Biy..." Perlahan-lahan aku menutup mataku sekali gus terdengar suara Rery memanggil aku berkali-kali. Namun aku lemah, tak mampu hendak menyahut panggilannya.


Previous: MP 47
Next: MP 49

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.