MP 16

AIR mata yang mengalir ke pipiku diseka oleh Julian. Perlahan-lahan dia menarik aku ke dalam dakapannya. Erat. Seolah-olah menyalurkan sedikit semangat ke dalam tubuhku. Tangan aku naik membalas pelukannya. Mata aku pejam rapat. Semakin deras air mataku mengalir. Aku tak silap meletakkan kepercayaan pada Julian dan Melina. Sehingga kini mereka masih dengan aku. Saat aku memerlukan seseorang untuk mempercayaiku.

"Julian minta maaf. Semua ni salah Julian sebab tak jaga Aara. Julian tinggalkan Aara seorang diri sehingga menyebabkan perkara yang tak diingini berlaku pada Aara."

Aku dengar nada suara Julian sedikit bergetar. Sepertinya dia menahan sebak. Aku tak bermaksud untuk menyalahkan dia. Aku cuma meluahkan apa yang aku rasa patut diluahkan. Melina di sebelah hanya mendiamkan diri. Mungkin simpati dengan apa yang terjadi pada aku.

"Julian tak salah. Julian dah baik sangat dengan Aara. Walaupun Aara kotor..."

"Shuh... Julian tak suka Aara cakap macam tu. Aara tak kotor. Ni semua terjadi bukan kerelaan Aara. Julian yang bersalah. Biarkan Aara keseorangan." Bahuku ditolak oleh Julian supaya mata kami bertatapan. Aku nampak air mata Julian mengalir jatuh ke atas kekura tanganku. Aku terkedu melihat air matanya.

"I am sorry. So sorry." Julian mengusap pipiku. Aku mengemamkan bibir cuba menahan esakan. Kenapa... kenapa aku rasakan sesuatu pada Julian? Aku rasa yang dia dekat sangat dengan aku. Sedangkan aku dengan dia baru saja berkenalan tak sampai setahun. Tapi, dia layan aku seolah-olah sudah lama kenal.

"Aara setuju untuk berkahwin dengan Ivan?"

Aku menganggukkan kepala. Aku buat semua ni kerana mak. Kalau bukan kerana dia, aku sudah lama melarikan diri. Mak satu-satunya keluarga aku. Seburuk-buruk dia, dialah wanita yang telah bersusah-payah membesarkan aku. Tak terbalas jasaku padanya. Tak apalah. Biarlah aku yang mengalah. Mengalah bukan bermaksud aku lemah. Kerana maklah aku lakukan semua ni.

"Julian hormat keputusan Aara. Ivan patut bertanggungjawab dengan apa yang dia buat. Aara tak seorang. Aara ada Julian. Kalau Julian sekalipun, Aara memang tak keseorangan. Ingatlah Sang Pencipta."

Ayat dia menyentuh hatiku. Sungguh aku bertuah memiliki kawan seperti Julian dan Melina.

"Saya pun ada selalu dengan awak, Aara. Awak sahabat yang baik pernah saya ada." Melina memeluk tubuhku.

Aku menganggukkan kepala. Pelukannya aku balas erat. Julian pandang dengan sebuah senyuman kecil. Dia mengusap bahuku perlahan.

Seperti yang mereka mahu, aku akan berkahwin dengan Ivander. Semua kerana mak. Aku sayang mak. Mak saja yang aku ada sekarang. Tak tergamak aku mahu menghancurkan lagi hatinya. Walaupun dia tak percayakan aku, suatu hari nanti aku tahu yang dia akan nampak siapa yang bersalah. Aku cuma mampu berdoa supaya aku terus tabah dan kuat untuk berdepan dengan ujian demi ujian yang akan mendatang.

AKU mengucup tangan Ivander sebaik saja dia menyarungkan cincin pada jari manisku. Terasa satu kucupan dilabuhkan pada dahiku. Aku hanya mampu mematung. Tak tahu reaksi apa yang harus aku berikan.

"Come, sayang." Ivander menghulurkan tangannya. Lambat-lambat aku menyambut huluran tangannya. Kalau ikutkan hati, aku mampu bangun sendiri tanpa bantuan dia. Tapi masalahnya sekarang, ada ramai orang dalam masjid ni sekarang. Tak akan aku nak buat kecoh. Sejahil aku pun, aku masih ada adab ketika di dalam masjid. Terpaksalah aku akur saja rentak Ivander.

Tak jauh dari situ, kelihatan Jessica sedang memandang sayu ke arah kami. Pandangan dia mengundang seribu satu perasaan di dalam hati aku. Serba salah. Aku tak nak pun semua ni. Berkahwin dengan Ivander? Langsung tak pernah aku terfikir. Julian yang berada tidak jauh dari aku hanya tersenyum tipis. Melina di sebelah turut tersenyum. Aku membalas senyuman mereka. Aku tak nak mereka tahu kesedihan aku lagi. Cukuplah aku dah buat dia orang risau dengan aku.

Rae? Dia tak datang walaupun Julian sudah beritahunya tentang pernikahan aku dan Ivander. Rery, langsung aku tak tahu khabar beritanya. Julian beritahu aku yang Rery sekarang berada di Itali sepertinya menguruskan sesuatu. Mungkin pekerjaannya.

"Kita bergambar." Ivander menarik tangan aku lembut. Aku ekori saja langkahnya dengan rasa penuh keterpaksaan.

Aku terfikir. Selepas tamatnya majlis pernikahan ini, apa yang akan terjadi pada aku? Ivander akan tidur sekatil dengan aku ke? Dia suami aku sekarang dan semestinya dia akan tidur sebilik dengan aku mengikut giliran. Dia sekarang mempunyai dua orang isteri. Tapi aku langsung tak kisah kalau dia nak lebihkan Jessica dari aku. Dipersilakan.

"Sa... saya nak pergi tandas," beritahu aku dengan nada berbisik pada Ivander sebaik sesi bergambar tamat.

"Lepas tu, jumpa aku dekat sini. Jangan nak pergi mana-mana."

Aku sekadar mengangguk lalu langkah aku bawa ke tandas berdekatan. Cermin yang berada di dalam tandas itu aku tenung sedalam-dalamnya. Penampilan aku. Pakaian ini mengingatkan aku pada peristiwa lepas. Sepatutnya aku berkahwin dengan Arif. Tapi tak kesampaian kerana cinta pertamanya sudah mendapatkan hatinya semula.

Semua benda tu dah lepas. Kenapa susah sangat aku nak lupakan? Semakin aku mahu lupakan semakin kerap aku mengingati peristiwa itu.

Nafas aku hela perlahan sebelum langkah aku bawa keluar dari tandas.

"Aara..." Pergelangan tanganku ditarik oleh seseorang dari belakang.

"Arif...," gumam aku perlahan. Kenapa dia ada dekat sini? Dia tahu ke yang aku berkahwin dengan Ivander?

"Lepas." Aku menarik semula tanganku. Sesuka hati dia saja memegang aku.

"Aara, Aara okey?" soal Arif.

"Aku okey. Kenapa kau ada dekat sini?"

Dia tersenyum tipis.

"Arif rindukan Aara. Arif sentiasa perhatikan Aara. Arif tak boleh lupakan Aara."

Aku terdiam. Ayat dia membuatkan aku terasa ingin muntah. Semua ungkapan ayatnya tak mampu memujuk hati aku lagi. Lagipun aku sudah berkahwin walaupun tak rela.

"Simpan saja ayat kau tu. Dah tak laku dekat aku. Carilah perempuan lain yang boleh bahagiakan kau. Aku dah berkahwin dan berhenti perhatikan aku."

Arif memandang aku sayu. Tak lama itu, aku nampak air matanya jatuh dari tubir mata. Tergamam aku dibuatnya. Dah kenapa dia nak menangis? Dia fikir dia boleh pujuk aku dengan tangisan?

"Saya tahu saya salah, Aara. Tapi tolong jangan layan saya macam ni. Saya rindukan awak. Saya rindukan kenangan kita dulu."

Aku menggeleng perlahan. Kenangan aku dengan dia sudah lama terlupus dari memori aku. Tiada yang perlu aku ingatkan lagi.

"Lupakan aku, Arif. Aku bukan lagi Aara yang kau kenal. Aku dah kahwin. Pergi dan jangan kacau hidup aku lagi," pinta aku dengan nada kosong. Sekosong hatiku kini.

"Aara..."

Terbuntang mataku melihat Arif yang sudah jatuh melutut di hadapanku. Apa... apa yang dia cuba buat?

"Maafkan Arif, Aara. Tolong, saya merayu. Terima saya semula. Saya tahu perkahwinan ini bukan kerelaan awak sendiri. Saya janji yang saya akan bahagiakan awak."

Aku menggeleng beberapa kali. Jangan harap semua itu terjadi. Jangan bermimpi. Walaupun aku dah berkahwin atau belum, hati aku dah tertutup untuk lelaki bernama Arif Halfi. Aku anggap yang dia dah mati selepas peristiwa itu.

"Lupakan aku, Arif. Jangan buat kerja gila macam ni."

Arif teresak-esak menangis. Dia ingin memeluk kakiku tetapi sepantas kilat aku mengelak.

"Aara Malika."

Aku mendongak begitu juga dengan Arif. Ivander mendekati aku dengan wajah ketatnya. Aku tak pasti sejak bila dia ada dekat situ. Ataupun baru saja muncul.

"Apa kau buat?" Ivander menggenggam tangan aku sehingga berkerut dahiku menahan sakit. Dia ni dah kenapa?

"Kau siapa?" soal Ivander kepada Arif yang baru berdiri semula. Arif merenung tajam ke arah Ivander.

"Lepaskan Aara. Aku tahu yang kau sengaja buat semua ni. Aara tak layak bersama dengan kau!" tengking Arif.

Ivander tersinggung sebuah senyuman. Dia masih lagi menggenggam tangan aku tetapi tidak sekuat tadi. Dia menunjal-nunjal dada Arif.

"Jangan masuk campur urusan aku. Kau siapa? Tak ada kena mengena dengan isteri aku. Blah atau aku panggil sekuriti."

Arif menepis tangan Ivander kasar. Dadanya berombak laju. Aku berdoa janganlah dia orang bergaduh dekat sini.

"Blah!" tengking Ivander. Terkejut aku dibuatnya. Arif memandang ke arah aku seketika sebelum dia melangkah pergi.

"Berapa banyak laki lagi yang kau nak? Kau ni memang perempuan murahan. Tak cukup kau goda aku. Kau nak goda lelaki lain? Huh?"

Aku mengetap bibir menahan esakan. Kenapa aku dihina sebegini sekali? Apa salah aku? Aku tak pernah goda sesiapa pun. Tak ada...

"Tak payah tayang wajah simpati kau tu. Aku tak akan termakan. Apa yang aku nak sekarang ni, kita balik. Majlis dah tamat. Semua orang dah balik. Kau boleh pula berjejak kasih dengan lelaki tadi. Kau tunggu nasib kau!"

Aku menggeleng perlahan, cuba merayu pada Ivander supaya jangan apa-apakan aku. Namun hanya sia-sia. Dia menarik aku kasar sehingga ke keretanya. Di dalam kereta itu, kelihatan Jessica bersama mak sedang termenung jauh.

"Masuk!" tempik Ivander. Aku membuka pintu kereta dan menghenyakkan tubuh masuk ke dalam perut keretanya.

Mak langsung tak pandang aku. Sepertinya jijik sangat nak pandang anak perempuan dia ni. Aku sedar yang aku dah tak suci. Tapi tolong jangan layan aku macam ni. Aku rindukan mak yang dulu.

"LEPASLAH, Ivan. Sakit. Tolonglah..." Merayu-rayu aku pada Ivander yang sedang mengheret aku masuk ke dalam bilik. Sampai-sampai saja dia terus heret aku keluar dari kereta dan masuk ke dalam rumah. Jessica biarkan saja. Mak pula sepertinya tidak ambil peduli.

"Aduh..." Aku berdecit sakit kala tubuhku ditolak kasar ke katil. Aku nampak Ivander mengunci pintu bilik. Jantung aku sudah tak keruan. Dia nak buat apa lagi?

"Aku rindu permainan kita hari tu. Aku nak kita buat sekali lagi sampai aku puas. Lagipun kau dah rasminya jadi isteri aku. Tak salahkan?"

Aku mengundur ke belakang sehingga belikat aku tersandar pada kepala katil. Aku terperangkap. Ivander sudah pun menanggalkan pakaian pengantinnya.

"Ivan, tolong saya merayu. Jangan apa-apakan saya. Saya tak nak..." Aku menangis teresak-esak. Cukuplah sekali. Aku dah tak sanggup nak tanggung semua ni.

"Let's play dear. As wife and husband."

Aku menggigit bibirku sambil menggelengkan kepala. Air mata yang berjuraian lebat tak mampu menarik simpati Ivander. Sedikit pun tak mampu.

"Ivander!" jerit aku sepuas hati apabila Ivander mula menghempap tubuuku. Aku meronta-ronta minta dilepaskan tapi langsung tidak berpeluang mahu melepaskan diri.

Pang!

Rontaan aku serta-merta terhenti. Pipiku terasa pijar ditampar oleh Ivander. Dia menanggalkan tali pinggangnya kemudian...

Zap!

"Argh!"

"Kau memang suka naikkan angin aku. Aku minta baik-baik kau melawan, kan? Rasakan!" amuk Ivander.

Tubuhku menjadi mangsa libasan tali pinggang Ivander secara bertubi-tubi. Sakitnya tak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata.

"Puas aku libas kau. Sekarang ni, kau layan aku!"

Aku memejamkan mata. Lemah. Sakit. Air mata saja yang mampu mengalir. Terbayang wajah Julian yang selalu memberi semangat kepadaku.

Julian....


Previous: MP 15
Next: MP 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.