MP 4

Will you love me when my heartbeat stops?
When my heartbeat stops, will you stay mine?
Will you promise me you'll search for us?
Will you find me afterlife?

DENGAN senang hati aku menyanyi sambil menggelek punggung ke kiri dan ke kanan. Mujur saja aku terselamat semalam daripada bebelan mak. Ivander langsung tak bagi Jessica mengadu apa-apa dengan mak aku. Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan kepada dia. Tak sangka aku majikan aku ni baik juga rupanya.

"Amboi...senangnya hati kau ya, perempuan..."

Gelekan aku terhenti saat terdengar suara Jessica menegurku dari belakang. Aku mengelap tangan kemudian menutup paip singki sebelum menoleh ke arahnya.

"Ya, puan?" soal aku dengan senyuman tipis. Masih hormat dia lagi sebagai majikan aku. Kalau kawan? Jangan haraplah aku nak berlembut hati lagi.

"Hei, kau jangan nak pura-pura baiklah. Dari hari pertama kau muncul depan aku. Aku dah tak suka kau. Hati aku kuat mengatakan yang kau ni ada aura yang tak baik."

Aku terdiam. Jahat sangat ke muka aku sampai dia boleh fikir aku macam tu? Aura tak baik?

"Apa maksud, puan? Saya tak faham. Saya datang sini cuma nak..."

"Aku tau kau syok dengan suami aku, kan? Tambah-tambah lagi suami aku selalu backup kau, kan? Makin syoklah kau."

Tak sempat aku nak habiskan ayat aku. Laju aje dia mencelah ayat aku. Dia boleh tuduh aku macam tu? Tak terniat langsung aku nak syok dengan suami dia.

"Puan, kenapa puan cakap macam tu? Saya datang sini ikut mak saya. Niat saya nak bekerja."

Jessica tertawa sinis. Dia ni memang dengki dengan aku ke? Dari awal lagi cara dia memang tak berkenan dengan aku. Tapi, apa salah aku?

"Hei, perempuan. Aku tengok kau pun aku tahulah. Kau tu muda. Tak silap aku baru 23 tahun, kan? Biasanya orang muda ni ada aje niat dia nak menghancurkan rumah tangga orang. Lagi-lagi suami aku ni orang kaya. Handsome."

Eh?Dia puji suami dia depan aku ke? Fikir aku kisah suami dia handsome ke gigi jongang ke? Masalahnya sekarang dia nak apa sebenarnya? Kenapa nak tuduh aku macam tu? Aku memang pantanglah kalau orang main tuduh-tuduh ni.

"Kenapa kau senyap? Betullah kan apa aku cakap?"

Aku mengetap bibirku. Perlahan aku menggelengkan kepala. Memang taklah aku nak mengaku. Sebab aku memang tak ada perasaan langsung dekat Tuan Ivander tu.

"Tak, puan. Puan silap menilai saya. Saya datang sini nak bekerja. Bukan nak menggoda suami puan. Saya masih ada maruah dan masih waras lagi," jawab aku dengan nada tenang. Kalau tak salah, buat apa nak kalut, kan? Tenang saja...

"Yelah tu kau. Jangan haraplah aku nak berbaik dengan kau. Sekarang ni aku nak kau kemas satu rumah. Mak kau, aku suruh dia pergi ikut Hanz keluar. Biar kau kemas satu rumah ni. Pastikan licin."

Aku terkesima. Satu rumah ni aku kemas? Biar betul? Dia ingat aku robot ke? Rumah dia dahlah besar. Dah serupa istana. Ya Allah, mana aku mampu...

"Tapi, puan saya..."

"Kau juga cakapkan yang kau nak kerja sini? Bukan nak menggoda suami aku. So, do your work please."

Selamba saja dia meludah chewing gum ke atas lantai yang baru saja aku mop sebentar tadi sebelum dia berlalu keluar dari rumah. Tak tahulah pergi mana. Memang tak reti nak melekat duduk dekat rumah ni. Sakitnya hati aku melihat kelakuan dia. Kenapa dia dengki sangat dengan aku? Aku tak ada salah apa-apa dengan dia pun.

"Aara..."

Aku menoleh perlahan. Air mata yang mengalir ke pipi, aku kesat perlahan.

"Are you crying?" soal Rae yang sedang bersandar pada sisi bingkai pintu. Haih... ni lagi sorang makhluk Tuhan. Entah bila masa lah dia muncul dekat pintu tu. Nasib baik aku tak hambat dia dengan batang penyapu ni.

"Taklah, saya tengah menyanyi ni," sindir aku pedas. 

Rae ketawa. Kelakarlah sangat, kan? Memang aku tengah buat lawak pun. Sudahlah hati aku ni sakit lepas kena tuduh bukan-bukan dengan Jessica tu. Ni kalau mak tahu, bertambah-tambah sakit hati aku. Mak sekarang dah sebelahkan pihak dia orang. Atas alasan, mereka orang kaya. Sebagai seorang pekerja, kita kena hormat majikan. Hormatlah sangat...

"Janganlah marah. Aku datang ni tepat pada waktunya, kan? Aku tahu kau perlukan seseorang. Jess tu buat apa lagi dekat kau?" 

Aku menggeleng perlahan seraya menapak ke singki semula. Sehelai kain aku ambil kemudian mula mengelap pinggan-pinggan yang sudah siap aku cuci tadi.

"Aara, janganlah pendam sendiri. Aku tahu Jess ada cakap benda bukan-bukan dekat kau. Aku kenal Jess dengan Ivander dah lama. Bukan semalam. Kau nak share apa-apa dengan aku share lah. Jangan pendam macam ni. Sakit, weh."

Aku terdiam. Entah kenapa hari ini hati aku menjadi senipis tisu. Lagi-lagi lepas dengar Rae pujuk aku macam tu. Tersentuh hati rasanya. Tak pernah lagi lelaki prihatin pasal aku. Arif dulu pun asyik sibuk dengan kerja dia saja. Rupanya main kayu tiga belakang aku. Bodoh punya lelaki! Geramnya!

"Entahlah, Rae. Saya tak tahu apa salah saya sampai Jess tuduh saya macam tu. Niat saya cuma nak bekerja. Tapi, dia tuduh saya yang saya nak mengorat suami dia. Tak terniat langsung pun. Jauh sekali...," luah aku dengan nada sedih. Cukup perit hati aku dituduh sebegitu. Hati sesiapa pun sakit kalau kena tuduh macam tu tanpa bukti yang kukuh.

"Aara, sabarlah. Dugaan kau bekerja. Jess tu memang macam tu. Dia cemburu buta. Dia takut Ivander cari perempuan lain sebab dia tu mandul. Dah berapa tahun dia orang kahwin sampai sekarang tak ada anak. Sebab tu perangai dia macam tu..."

Aku sekadar menganggukkan kepala sekali. Kut ya pun. Janganlah nak tuduh aku macam tu. Kalau ada bukti tak apalah juga. Ni tidak. Main tuduh aje melulu. Siapa yang tak sakit hati?

"Aara..."

Aku menoleh sedikit ke kanan. Setiap kali Rae panggil aku dengan nada perlahan dan meleret membuatkan jantung aku berdegup kencang. Kenapalah jantung ni?

"Ya? Awak nak makan ke?" soal aku. Cuba untuk menukar topik perbualan kami. Malas dah aku nak bercakap pasal tadi, menyakitkan hati aje.

"Tak apalah. Aku tahu kau banyak kerja. Hari ni, kau tak payah masak untuk aku. Sebab malam ni, aku ada dinner dengan keluarga aku. Karang kenyang satu hal pulak. Tak pasal-pasal kena berleter nanti."

Aku menganggukkan kepala. Faham. Bagus juga dia tak suruh masak. Banyak lagi kerja aku yang tergendala. Sudahlah aku kena kemas rumah ni seorang diri.

"Kau nak aku tolong kau kemas ke?" soal Rae dengan senyuman. Aku tak tahulah. Senyuman dia tu, nampak ikhlas. 

"Boleh ke? Tak menyusahkan awak?"

Rae sekadar menganggukkan kepala. Dia menyinsing kedua-dua belah lengan baju t-shirtnya sehingga ke paras siku.

"Tingkat atas tak payah?"

Laju aku menggeleng. Tingkat atas memang Ivander dengan Jessica tak bagi aku jejak situ. Mak aje yang boleh. Tak tahulah kenapa. Lagipun tingkat atas tu tak adalah luas mana. Tingkat bawah ni aje yang luas mengalahkan padang bola sepak.

"Kalau macam tu, aku kemas bahagian ruang tamu sana. Aku menyapu. Kau mop, okey?"

Aku tersenyum seraya menganggukkan kepala.

"Terima kasih, Rae. Sorry susahkan awak."

"Nessun problema, amore. (Tiada masalah, sayang.)"

Terpinga-pinga aku memandang ke arah Rae yang sudah melangkah ke ruang tamu bersama sebatang penyapu. Dia panggil aku apa tadi? Amore? Maksudnya sayang, kan? Ke aku salah dengar? Kena korek telinga agaknya aku ni. Haih... macam-macam hal.

DUA jam berlalu dengan pantas, tak sangka Rae ni tak kekok langsung buat kerja rumah. Laju aje dia tolong aku tadi. Sempat lagi kami bergurau senda sampai basah lencun aku dibuatnya. Orang mengemop lantai, lantai saja yang basah. Tapi, disebabkan Rae, aku dengan dia basah lencun main dengan air. Dah serupa budak tadika.

Baldi dipenuhi dengan air sabun tadi aku jinjit ke belakang rumah. Pili air yang sememangnya berada di luar rumah, aku pusing perlahan. Baldi itu aku basuh sehingga hilang sisa sabunnya.

Siap! Fuh... boleh tahan letih juga. Biasanya aku mengemop ruang tamu aje. Ni semua bahagian dekat tingkat bawah aku dan Rae mop.

"Bah! Rae, saya dah siap. Awak termenung apa, hah?" sergah aku dari belakang. Dan, ketika itu juga aku perasan. Sejak bila Rae tukar baju? Dia ada bawa baju lebih ke?

"Mana Rae?"

Aku tergamam. Ini bukan Rae. Tapi, suara lebih kurang sama. Nak cakap muka sama, macam lain sikit. Rae rambut dia warna perang coklat. Yang depan aku ni pulak warna blonde coklat. Siapa pulak dia ni?

"Awak siapa? Rae, dia..."

"Perché sei qui vicino? (Kenapa kau dekat sini?)" soal Rae yang tiba-tiba saja muncul dari pintu dapur.

"Mamma e papĂ  ti stanno cercando. (Mama dengan papa cari kau.)"

Rae memutarkan bebola matanya 180 darjah. Nasib baik tak juling.

"Aku tolong kawan akulah sekejap. Baru hilang dua jam dah kecoh. Tak tenang langsung. Aku bukan kecil lagi. Dah besar dah," rungut Rae.

"Aku pun tak inginlah cari kau. Buang masa aku aje. Sejak bila kau ada kawan ni?"

Rae mengerling ke arah aku membuatkan lelaki yang berada di hadapan aku itu turut memandang aku.

"Cantik tak? Nama dia Aara Malika. Ivan ada beritahu dalam group WhatsApp. Kau lupalah tu." Rae tertawa kecil.

"Aara, ni lah abang aku. Nama dia Rery. Bukan Jerry tau. Rery El-Sharif."

Lelaki bernama Rery itu merenung aku dengar kadar yang agak lama sehingga membuatkan aku rasa tak selesa.

"Ha... hai. Saya Aara. Selamat berkenalan," ucap aku kekok.

Rery hanya mendiamkan diri. Pandangannya cukup dingin. Muka dia tu buat aku rasa nak hempuk aje dengan baldi ni. Aku beri salam perkenalan bukan nak jawab. Sombong!

"Rery, dia memang macam ni. Suka tenung orang tak tentu pasal. Hoi! Sudahlah tu tenung anak dara orang. Tak selesa dia." Rae menepuk kasar bahu si abangnya.

"Ammalati, pazzo! (Sakit, gila!)" Rery meringis kesakitan. Berkerut dahinya. Kuat betul Rae pukul dia. Dahsyat.

"Dahlah. Layan kau ni sampai kering dah pakaian aku. Sudahlah aku balik dulu. Aara, jumpa nanti. Bye!"

Aku membalas lambaian Rae yang sudah semakin jauh dari pandanganku. Yang Rery ni pula masih lagi tercegat berdiri sebelah aku. Dia tenung aku macam nak makan orang. Seram!

"Awak... nak apa?" soal aku dengan senyuman tipis. Kononnya nak bermesra sebagai saudara majikan aku, kan?

Tanpa menjawab soalan aku, Rery terus melangkah pergi meninggalkan aku dalam keadaan terpinga-pinga. Hello? Dia tinggalkan aku macam tu aje? Tak balas apa-apa pun. Ni boleh mendatangkan kemarahan. Suka-suka dia aje. Dahlah tenung aku macam aku ada hutang aje dengan dia. Benci betul manusia macam ni!

Buat baik salah. Buat jahat? Lagilah kecoh sedunia. Menyampah!


Previous: MP 3
Next: MP 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.