PROLOG

"MAK! Aara tak salah mak. Aara tak buat kerja terkutuk macam ni. Ni semua salah faham. Semuanya berlaku sekelip mata. Mak tak boleh percaya sebelah pihak macam ni. Aara anak mak. Mak kena percaya Aara!" rayu aku bersungguh-sungguh. Mana boleh macam ni! Aku tak buat. Bermakna aku betul-betul tak buat. Aku masih ada akal dan fikiran. Tak tergamak aku nak tolak diri aku ke lembah maksiat macam tu!

Pang! Pipiku terteleng ke kanan. Air mata aku deras mengalir. Mak... kenapa mak begitu cepat percayakan mereka daripada anak mak sendiri? Apa salah Aara? Aara tak pernah hampakan mak sebelum ni. Aara kena fitnah mak.

"Kau tu datang daripada keluarga yang miskin. Aku sedar yang aku tak dapat nak besarkan kau dengan kemewahan. Tapi, jangan kau sanggup malukan diri kau dengan cara macam ni. Maruah aku, kau pijak-pijak macam tu je! Kau nak jadi apa, Aara?"

Aku menggelengkan kepala laju. Berkali-kali tanpa henti dengan air mata yang mengalir bagaikan air terjun. Sungguh hatiku sangat pilu. Kenapa mak percayakan mereka? Tak akan disebabkan mereka orang kaya, mak pilih untuk mempercayai mereka daripada aku? Ya Allah...

"Kau dah malukan aku, Aara. Kau dah pijak maruah aku. Aku tak boleh terima apa yang jadi sekarang ni..."

Lihat air mata mak yang mengalir berjuraian membuatkan dada aku semakin ketat. Mak, sumpah mak. Aara tak buat semua tu, mak. Ya Allah... percayakan Aara, mak...

"Tuan, puan, saya betul-betul minta maaf. Saya tak sangka anak saya sanggup buat macam ni. Saya betul-betul minta maaf."

Aku terkesima. Mak minta maaf pada mereka? Kenapa? Kenapa sedikit pun mak tak nak percaya pengakuan aku? Ni semua salah faham. Aku tak buat apa-apa. Dia yang mulakan semua ni!

"Calm down, Mak Azi. Kita boleh selesaikan masalah ini. Saya cuba untuk terima keadaan yang telah terjadi ini," ujar Jessica, isteri kepada Ivander. Majikan mak dan merupakan majikan aku juga. Lelaki itu yang telah memfitnah aku. Aku tak pasti isteri dia tahu atau tidak sebenarnya. Aku tahu, mereka sengaja perangkap aku!

"Tapi, macam mana? Apa perlu saya dan anak saya buat?"

"Untuk tutup kes ini, saya rasa lebih baik saja Aara berkahwin dengan suami saya. Mereka pun telah bersama. Saya dah tak boleh nak kata apa. Semua ni jadi sekelip mata. Saya sendiri pun tak tahu apa yang sebenarnya terjadi."

Membulat mata aku mendengar kata-kata Jessica. Gila ke apa? Aku dengan suami dia berkahwin? Dan, aku dengan dia jadi madu? What the...

"No way! Aku tak naklah!" tempik aku sekuat hati. Kenapa semua orang senang-senang aje buat keputusan tanpa minta pendapat aku? Tanpa dengar luahan aku? Kenapa?

"Aara Malika! Aku tak pernah ajar kau biadab macam ni. Apa nak jadi dengan kau ni, Aara? Mak ingat kau makin besar makin cerdik. Tapi, makin bodoh! Kau sedar tak kau dah malukan, mak?"

Zup! Hati aku bagaikan ditusuk dengan anak panah beracun. Mak merendah-rendahkan aku di hadapan orang ramai? Aku sedar yang aku sekolah pun tak habis. Tapi, aku bukan saja-saja tak habis sekolah. Aku daripada keluarga yang susah! Bukan berkepuk-kepuk duit dalam bank macam mereka ni! Aku berhenti sekolah sebab aku tak sanggup tengok mak susah. Sakit. Siang dan malam tak habis-habis bekerja. Adun tepung. Uli tepung. Untuk buat kuih dan jual. Aku nak tolong mak jual kuih sebelum mak dapat kerja dekat rumah orang hartawan ni.

"Mak, sampai hati mak cakap Aara macam tu? Sikit pun Aara tak buat semua ni, mak. Aara kena perangkap, mak!"

"Sudah, Aara! Kau jangan nak buat cerita. Kau dengar apa yang Puan Jessica cakap tadi? Kalau kau nak tengok muka aku lagi. Kau dengar cakap dia! Dengar cakap aku. Kau jangan nak jadi anak derhaka!"

Aku membungkam. Ya Allah... apa yang harus aku lakukan sekarang ni? Aku tak nak kahwin dengan dia, Ya Allah. Tolonglah! Aku tak nak...

"Mak... Aara merayu mak. Jangan paksa Aara untuk kahwin dengan dia. Aara tak nak, mak. Tolong mak..." Aku memeluk kaki mak sambil menangis teresak-esak.

"Ya Allah, Aara. Kau dah kenapa? Tak cukup lagi ke kau dah malukan, mak! Kahwin dengan dia atau aku tak mengaku kau anak aku lagi." Mak menepis aku sehingga pelukan aku pada kakinya terlerai. Dia berlalu meninggalkan aku menuju ke dapur.

"Aara, don't cry. Everything will be fine. Please..." Ivander memegang kedua-dua belah bahu aku. Pantas aku menepis tangannya kuat.

"Kau jangan sentuh aku. Puas hati kau, kan? Dapat lepaskan nafsu serakah kau dekat aku? Aku jijik dengan kau!"

"Watch your words, Aara. Kau yang goda laki aku. Kalau tak, laki aku tak akan tewas dengan kau," ujar Jessica penuh selamba. Siap bersilang tangan lagi. Kau fikir aku takut ke dengan korang berdua?

"Aku goda laki kau? Excuse me, aku tak pernah terniat langsung nak goda laki kau yang miang keladi ni. Dasar lelaki prevert! Aku duduk dalam rumah ni hanya menjalankan tugas aku sebagai pembantu rumah! Bukan sebagai seorang penggoda. Kalau aku nak jadi penggoda, buat apa aku kerja sini? Kaya-raya pun tapi bodoh juga. Bebal..." Sinis aku membalas balik. Suka-suka aje tuduh aku yang goda suami dia. Tak ingin punlah aku nak goda laki dia. Kalau muka macam Tom Holland ke, Chris Evans ke tak apa juga? Ini muka macam bangunan tak siap aje. Tak ada hati aku nak goda dia!

"Nak tak nak, kau kena kahwin dengan dia. Kalau tak, kau dengan mak kau merana seumur hidup. Kau jangan main-main dengan kita orang..."

Cis! Mengugut. Tak apa. Silakan dengan ugutan korang tu. Jangan haraplah aku akan bertahan dalam perkahwinan dengan lelaki kau tu. Aku akan lepaskan diri aku juga.

Walaupun bukan sekarang. Tapi, akan datang. Tunggu aje!


Next: MP 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.