Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 22

“Jom lah, aku nak tumpang rumah kau malam nie, nak buat solat istikharah sekali lagi,” putus Khalida. Wajib buat tiga malam turut-turut. Baru okey kan. Lagi pun tak sanggup nak melihat Datin Rinie di saat ini.

“Pulak, tak nak masuk ke rumah?”

“Tak nak!”

“Fikir banyak-banyak sebelum buat keputusan, buat solat hajat sama!” pesan Emma sambil menghidupkan enjin kereta.

“Tak mampu dah nak hidup dengan Ilham. Hari ini mungkin Ilham pilih aku, tetapi esok, lusa belum tentu lagi kan? Hubungan yang tak direstui oleh mak, ayah ni susah, Emma,” luah Khalida. Teringat mak teh atirah. Adik mak di kampung. Mak teh kahwin dengan anak orang kaya, sampai anak tiga dah pun, keluarga pak teh masih tidak dapat menerima mak teh dan anak-anak mak teh kerana mak teh orang miskin. Pak teh pula tersisih dari keluarga kandungnya sendiri. Mahu kah hidup macam itu Khalida? Indah orang miskin kahwin orang kaya nie, hanya dalam novel dan drama saja. Hakikatnya, bukanlah seperti apa yang kita nampak. Realitinya dalam 20 orang, mungkin ada kut seorang yang kahwin dengan orang kaya dan hidupnya senang. Itu pun susah nak jumpa.

Di rumah Emma, Khalida mencari ketenangan, dan ketenangan membawanya ke satu jawapan. Hatinya nekad kali ini.

Pagi ini di ke pejabat seperti selalu. Jumpa Ilham dan hanya mampu tersenyum saja.

“Ju, saya nak jumpa datuk, datuk ada!” soalnya kepada Juhana, adik bongsu Ilham.

“Ada!” jawab Juhana. Khalida terus menuju ke bilik Datuk Razali. Diketuknya pintu dengan perlahan.

“Masuk!” pelawa Datuk Razali. Terus Khalida menolak pintu dan masuk menghampiri ayah mentuanya.

“Duduk, Khalida!” jemput Datuk Razali.

“Terima kasih, datuk!” ucap Khalida sambil duduk di kerusi dan bersenang diri. Maaf, atuk, Lida gagal dengan amanah atuk kali ini. Khalida menghulurkan surat perletakan jawatannya kepada Datuk Razali. Datuk Razali mengambil dan membacanya perlahan-lahan. Satu keluhan yang berat dilepaskan.

“Dah tak sanggup melawan ombak, Khalida?” tanya Datuk Razali. Kalau aku jadi dia, sudah lama aku mengalah. Mana tahan dicaci dan dikeji. Kalau ada cinta dan kasih sayang dari sang suami lain juga ceritanya. Ini Ilham tak ada pendirian.

“Andainya ombak itu untuk saya seorang saja, saya sanggup datuk. Malangnya ombak itu memusnahkan pantai dan anak-anak ikan di dalamnya. Itu yang membuatkan saya undur diri,” luah Khalida. Mendalam maksudnya kali ini. Teringat mak di kampung, hati semakin kuat. Aku memang miskin, tetapi aku masih ada harga diri dan maruah hidup. Aku tak mahu berkorban lagi. Pesan Atuk Ibrahim, andainya sudah tidak mampu, aku boleh mencari kebahagiaan aku sendiri. Itu yang aku pegang.

“Kerja lah di sini, Lida seorang pekerja yang amat saya harapkan!” pujuk Datuk Razali. Khalida mengelengkan kepalanya.

“Cukup lah sampai di sini,” ucap Khalida. Tiba-tiba masuk Datin Rinie bersama Ku Salbiah. Hati Khalida menjadi panas tiba-tiba apabila memandang wajah Datin Rinie. Hari itu aku sabar sangat dengan Datin Rinie.

“Ooo dah berhenti kerja yer? Bagus! Kau boleh berambus dari syarikat aku dan rumah aku, Khalida,” kata Datin Rinie tanda kemenangan dan kepuasan di dalam hati.

“Atuk Ibrahim tu baik sangat dan berhati mulia, malangnya dia dapat anak menantu dan cucu-cucu yang buruk lakunya. Kasihan pada Atuk Ibrahim, kerana kemuliaannya tidak dapat diwarisi oleh ahli keluarganya,” luah Khalida membuatkan Ku Salbiah terkejut. Terpaku dengan kata-kata Khalida yang menusuk tangkai hatinya. Terus Khalida pergi dari situ.

“Saya nak jumpa awak di rumah,” ucap Khalida sewaktu berselisih dengan Ilham di pertengahan jalan. Ilham mengangguk. Harap-harap Ilham ikut dia sampai ke rumah sekarang jugak.

Tetapi angguk saja lah, petang baru balik. Habis waktu pejabat baru Ilham sampai. Ketika itu Khalida sudah pun siap mengemas segala barang-barangnya.

Rasanya Ilham sudah tahu apa yang berlaku, kerana selepas Khalida keluar dari pejabat, Ilham pergi berjumpa dengan Emma. Dari Emma tahu lah dia segala cerita yang telah menimpa diri Khalida dan keluarga Khalida. Tak sangka ibunya bertindak sampai begitu sekali.

“Abang bebaskan Lida!” ucap Ilham dengan membelakangkan dirinya.

“Hah?” baru nak cakap supaya Ilham melepaskannya hari ini.

“Saya ceraikan awak, Nurul Khalida bt Mohd Kamal dengan talak satu,” lafaz Ilham dengan jelas sekali. Tidak guna dia merebut kasih Khalida lagi andainya hidup Khalida sengsara dan derita. Tidak ada gunanya dia memujuk kasih, merayu rindu, andainya hati Khalida sering dilukainya. Ini saja jalan yang ada dengan membebaskan Khalida dari hidupnya. Dan dia tahu itu yang Khalida harapkan.

“Halalkan makan dan minum saya selama saya di sini!” pinta Khalida sambil datang ke arah Ilham. Ini jalan yang terbaik untuk kami berdua. Ilham mengangguk.

“Maafkan saya atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah saya lakukan selama ini,” ucap Khalida lagi. Ilham mengangguk lemah.

“Semuga awak bahagia dengan keputusan ini,” balas Ilham. Khalida tidak bersuara.

“Begitu juga dengan Encik Ilham, semuga Encik Ilham bahagia di samping kekasih hati Encik Ilham nanti,” ucap Khalida jujur.

Diambilnya segala barang-barang dan pakaiannya lalu Khalida meninggalkan rumah banglo ini.

Khalida mahu pulang ke kampung, menatap wajah mak dan mahu uruskan taska kepunyaan mak di kampung saja. Itu yang ada di dalam fikiran Khalida saat ini.

Apa yang berlaku di beritahu kepada seluruh ahli keluarganya, ramai yang menyokong dengan keputusan Khalida kali ini. Ramai yang memihak kepadanya.

“Aku nak balik kampung juga!” kata Emma ketika Khalida sedang bersiap mahu bertolak ke kampung.

“Kau kan kerja!”

“Dah berhenti tadi!”

“La, tak sayang ke?”

“Sayang lagi kau. Lagipun dah nak kahwin, jadi tak nak fikir lagi tentang kerja!”

“gaji mahal tu!”

“Jom, jom kita balik ke kampung!” ajak Emma. Dia pula yang terlebih.

Ah, lega. Tidak perlu lagi fikir tentang Ilham. Kosong, kosong. Dalam kepala otak ini rasa kosong sangat. Rasa terlepas hutang satu juta.

Balik kali ini tidak singgah di mana-mana perhentian. Balik terus ke rumah. Sampai di selekoh di hadapan rumahnya, kereta mewah berwarna hitam selisih perlahan dengan keretanya. Dua-dua terpandang ke arah orang yang sedang memandu.

Dia?? Yang hadir dalam mimpi ku setiap tiga malam berturut-turut.

“Iskandar Zulkarnain!” jerit Khalida,

“Ha, ah Datuk Iskandar Zulkarnain!” perbetul Emma. Ah, dia kan baru dapat gelaran atas jasanya selama ini.

“Yup, datuk, muda-muda dah dapat gelaran datuk!” balas Khalida. Apa lah kena mengena mimpi aku dengan dia.

“Lida, berhenti, berhenti.. tu dia berhenti kereta tu!” teruja sangat si Emma nie. Itu lah aku cakap, kau pun kenal dia.

Sama-sama berhenti kereta. Dan lelaki itu datang ke arah Khalida.

“Assalamualaikum!”

“Waalaikummussalam!”

“saya harap awak boleh tunggu saya selepas empat bulan nanti, dan saya tetap setia untuk menunggu awak sepanjang tempoh itu,” ucap Datuk Iskandar Zulkarnain dan terus pergi meningalkan Khalida dan Emma dalam keadaan terpinga-pinga.

Tiba-tiba teringat pantun lama ini. Pantun ketika dia tinggal di asrama anak-anak yatim kiriman Datuk Iskandar Zulkarnain tadi.

“Apa di harap padi seberang

Entah kan jadi, entah kan tidak

Apa di harap kasihnya orang

Entah kan sudi entah kan tidak”

Previous: BAB 21
Next: BAB 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.