Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 9

ILHAMKHALIDA (BAB 9)

Alamak, Ilham petang ini beria benar mahu Khalida pulang dengannya. Kalau ikut kata suami, dia kena patuh dengan arahan Ilham, tetapi ikut kata hati, dia lebih rela menipu Ilham. Sebab, tu pelakon ayer mata tu, dah berapa kali menangis di hadapannya. Zura, Zura kau kena yakin dengan diri kau sendiri. Tidak perlu takut dengan aku yang tidak mempunyai apa-apa ini.

“Kau kena tolong aku, tipu Ilham petang ni,” cadang Khalida kepada Emma.

“Nak beritahu apa?”

“Beritahu kau demam ke, sakit gigi ke, apa-apa lah. Dan kau nak minta aku tolong bawa kau ke klinik,”

“amboi, pandai hang no!”

“Mesti arrr!”

“Okey, aku call Ilham kau tu,”

“Bukan Ilham aku ler, Ilham Zura tu!”

“Tapi hak kau kan?” tanya Emma tidak dijawab oleh Khalida.

Hak apa, dia pun tak mahu dengan aku, sekarang hati sudah tawar sangat. Cuma menunggu ikatan ini diputuskan secara rasmi saja. Aku pun hendak orang yang ikhlas menyintai dan menyayangi aku dengan sejujur hatinya. Ingat aku ini leceh sangat ke?

Ilham percaya dan tidak meraguinya. Biar pun ada sedikit keberatan untuk melepaskan Khalida berjumpa dengan Emma. Seperti ada sesuatu ataupun kali ini Ilham sudah syak Khalida membohonginya.

Minta sangat supaya Emma tidak sihat, akibatnya Emma jatuh motorsikal sewaktu keluar dari kawasan pejabatanya. Terlanggar motorsikal kawannya sendiri. Luka di pergelangan tangan dan kedua belah kepala lututnya.

“Jom saya bawa ke hospital!” ujar Rafael Rifky dari arah belakang. Ini datang dari mana pula, tertiba ada di sini. Khalida memandang dengan penuh tanda tanya.

“Terjumpa kereta awak tadi, jadi terus lah ikut awak!” jelas Rafael Rifky sebelum sempat Khalida menyoal.

“Aduhhh,” keluh Emma sewaktu mahu bangun. Rafael Rifky mengangkat motorsikal kepunyaan Emma yang tumbang, manakala Khalida menolong sepupunya untuk bangun.

“Ini padahnya orang yang menipu!” ucap Rafael Rifky, macam marah saja. Dari mana pula tahu kami menipu.

“Tipu apa pulak ni?” dalih Khalida.

“Pergi simpan kereta awak di hadapan ofis Emma, nanti saya hantar awak dan Emma pulang!” suruh Rafael Rifky.

“Saya ikut Encik Rifky dari belakang!” perlahan saja suara Khalida. Dengan Rifky aku takut sangat dia marah aku, tetapi dengan Ilham tu aku tak kisah pula.

“Letak dulu kereta tu di sini, nanti saya suruh anak buah saya datang ambil kereta awak dan hantar di rumah Emma, boleh?” tegasnya suara dia.

“Okey!” ikut saja lah.

Duduk dalam kereta diam-diam, supaya Rafael Rifky tidak mengungkit tentang tadi. Khalida dan Emma tidak berani bersuara. Dua-dua diam.

“Menipu suami itu kan satu kesalahan, lain kali jangan menipu tetapi bercakap dengan tegas!” ungkit juga perkara tadi. Tak puas hati nih.

“Encik Rafael tahu mana saya tipu Ilham?”

“Itu lah cakap tu pandang-pandang, pandang ke depan, pandang ke belakang,pandang kiri dan kanan, nie asyik cakap sambil berjalan sampai tak sedar saya ada di belakang awak, Khalida!” jelas Rafael Rifky. Dia ada di belakang Khalida sewaktu Khalida membuat rancangan dengan Emma.

“saya cakap perlahan apa?”

“Perlahan apanya, kalau Ilham ada di belakang awak pun dia dengar lah!”

“Ha ha ha..,” Khalida dan Emma sama-sama ketawa dan membuatkan Rafael Rifky tersenggih saja. Khalida mana reti cakap perlahan. Sama lah dengan Emma tu.

“Jangan tipu suami salah tu. Saya tak kisah awak taat dan patuh kepada suami awak, sebab itu adalah tanggungjawab seorang isteri kepada suaminya. Saya akan tunggu awak biar apa pun terjadi kat awak nanti..,” suara itu membuatkan Khalida tidak senang duduk. Terasa panas walaupun aircond dalam kereta ini amat sejuk tadi.

“Encik Rifky kita kawan kan?” ucap Khalida mahu mengingatkan Rafael Rifky tentang hubungan mereka berdua. Selama ini dia hanya menganggap Rafael Rifky sahabat baiknya, dan juga salah seorang pelanggan syarikatnya. Tidak lebih dari itu.

“Khalida, awak kena ingat satu perkara jodoh tu di tangan tuhan, dan saya memang berharap jodoh saya dengan awak!” kata Rafael Rifky. Dia ini main-main ke sungguh-sungguh?

Tiba-tiba bergetar jantung Khalida di buatnya. Apa pulak ni? Aku isteri orang!

“Saya masih isteri orang!”

“Dan saya tak suruh awak mengkhianati suami awak pun!” Aduhhh, semakin pelik kata-kata Rafael Rifky petang ini.

“Saya terima Encik Rifky sebab Encik Rifky anggap saya kawan Encik Rifky, kalau macam ini saya tak nak lah berkawan dengan Encik Rifky,” tegas suara Khalida. Aku tidak mahu dituduh isteri yang curang, biar pun suamiku tidak pernah menyintaiku.

“Boleh pun bertegas, lain kali kalau tak suka dengan ajakan Ilham tu, cakap saja perkara yang sebenar, tak usah menipu. Tengok apa dah jadi dengan Emma!” nasihat Rafael Rifky.

Emma memegang lengan Khalida dengan erat.

Khalida tidak menumpang Rafael Rifky untuk pulang kerana tunang Emma datang dan menjemput Emma pulang. Khalida rasa lebih sesuai dia menumpang Emma dan tunangannya itu dari menumpang Rafael Rifky. Sampai di rumah semua orang tiada.

“Datin dan Ku Salbiah pergi rumah Datin Mastura!” beritahu Kak Jah, pembantu rumah. Khalida tersenyum. Tak perlu beritahu saya, Kak Jah! Tetapi dia diam.

“Encik Ilham suruh Puan Lida call dia sebaik saja puan sampai ke rumah!”

“Tak pernah pun suruh call. Kak Jah call Encik Ilham, kata saya dah sampai di rumah!” suruh Khalida. Buang masa aku!

“Hubungan suami isteri ni kena jaga Puan. Saya tengok Encik Ilham dah mula sukakan Puan. Ada masa lagi untuk Puan merampas suami puan dari tangan Zura tu,” tegur Kak Jah membuatkan langkah Khalida terhenti. Lama juga berfikir panjang.

“Lagi pun ini amanah Ku Ibrahim, puan!”

Jangan dikaitkan dengan atuk pula. Nanti tak pasal-pasal aku jadi sedih bila bercakap soal atuk kesayangan ku itu.

“Atuk saya nak saya hidup bahagia, itu pesanan dia dulu!” beritahu Khalida, Memang itu yang dipesan oleh Ku Ibrahim sebelum Ku Ibrahim menghembuskan nafasnya yang terakhir.

“bahagia dengan ilham kan?”

“Tak juga!”

“Ilham tu cucu kesayangan Ku Ibrahim, puan!”

“Tahu, sebab itu saya dipaksa kahwin dengan Ilham walaupun atuk dah tahu Ilham dah ada buah hati!”

“Habis, tak sayang ke nak tinggal Encik Ilham?

“Kak Jah tengok Encik Ilham tu sayang saya ke sayang Zura?” soal Khalida. Kak Jah tidak lagi menyoal dan dia terus meninggalkan Khalida yang berdiri di atas tangga.

Teringat Rafael Rifky, teringat kata-kata Rafael Rifky tadi. Semuanya bersatu di dalam hati dan fikirannya.

Aku hanya perempuan biasa. Dan kata-kata Rifky tadi sedikit sebanyak menjentik tangkai hatiku. Walaupun aku sentiasa mengingatkan diri sendiri, bahawa aku sekarang kepunyaan lelaki lain.

“Lida!” aik aku baru terfikir tentang dia. Dia dah telefon aku.

“Encik Rifky buat saya susah hati saja ler!” beritahu Khalida.

“Ha ha ha..,”

“Betul!”

“Saya terima awak dengan tangan terbuka, tak payah susah hati, biar tuhan yang aturkan perjalanan hidup kita berdua. Andainya bukan jodoh kita di dunia ini, saya tetap tunggu awak di pintu syurga!”

Aduhai sayang,

Seribu kali sayang

Di telan pahit, di buang sayang

Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.