Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 59

Andainya mereka semua tahu siapa yang punya angkara, macam mana nanti. Kami nak jaga kehormanian rumah tangga mak dan papa, itu yang sebenarnya tetapi mak patut tahu, anak bongsunya itu tidak bersalah. Khalida memegang tangan Juhana dengan erat.

“Tak ada apa lah!” kata Juhana terus bangun dari tempat duduknya dan pergi dari situ.

“Ada apa nie, menangis tiba-tiba terus pergi macam tu saja,” rungut Datuk Razali.

“Lida mesti tahu!” teka Ku Salbiah. Khalida mengelengkan kepalanya. Tahu dan tak akan beritahu. Boleh kan?

“macam-macam hal sekarang, Adli dengan cara Adli, Ana pula dengan cara Ana. Dan kau Lida apa yang tak kena?” tegur Datuk Razali.

“Kejap lagi Lida nak balik rumah kita orang!” beritahu Khalida. Ilham yang mendengar pun terkejut sebab Khalida tidak pun berbincang pun dengan dia. Tiba-tiba nak balik saja.

“Kau dengan adik kau sama saja, sama-sama degil dan keras kepala,” tuduh Datuk Razali. Aik, macam tak suka saja dekat kami?

“Papa nie kenapa?” balas Khalida kembali.

“Adik Lida kacau anak papa tahu tak?” marah Datuk Razali. Khalida pandang mata mak. Ringan saja mulut ini mahu menjawab. Kalau jawab lagi panjang cerita.

“Papa nie, entah-entah Ana yang salah, papa kena selidik dulu lah perkara ini,” bela Ilham pula. Kak Jah yang terdengar perbualan antara Khalida dan Juhana tadi telah memanggil Ilham untuk sama-sama mendengar perbualan mereka. Dia turut kesal dengan tindakan melulunya ke atas Adli seminggu yang lalu. Dia salah dan cepat naik angin.

“Apa kau cakap ni, Ilham?” balas Datuk Razali pula.

“Abang, jom arr, lewat dah nie. Kita nak pergi klinik lah!” kata Khalida sambil bangun dan menarik tangan suaminya. Sudah makin kecoh sekarang.

“Kita yang cepat buat tuduhan melulu, papa. Buat hukuman tanpa selidik dulu hal yang sebenarnya. Papa jangan ingat anak-anak kandung papa tu baik-baik, tetapi sebenarnya tak baik pun. Saya sebenarnya menyesal kerana cepat bertindak hari tu,” balas Ilham.

“Dah lah, benda dah jadi. Jom arr, lewat dah nie!” pujuk Khalida sambil menarik tangan suaminya dengan kuat.

“Betul kata Khalida papa, kita tak sayang anak-anak mak seperti mana mak dan anak-anak dia sayang dengan kita sekeluarga. Papa dan saya pilih kasih dalam hal ini..,” kata Ilham semakin menjadi-jadi. Datuk Razali merenung tajam ke arah Ilham.

“Abang!” halang Khalida.

“Abang cakap tak habis lagi..,”bisik Ilham. Menyesal sangat kerana menyakiti hati isteri kesayangannnya dan rasa bersalah kepada Adli.

“Hish, tak payah cakap, lida tetap sayang abang biar pun keluarga kita dah pecah belah macam nie,” bisik Khalida perlahan. Geram tau tak? Benda dah jadi, hari tu tak nak siasat dulu.

Genggaman tangan Khalida semakin erat. Ilham terpaksa menurut langkah kaki khalida meninggalkan papanya terkebil-kebil di situ. Mak lagi lah. Tetapi apa yang Ilham cakap tu benar belaka.

Alhamdulillah, mujur lah tak dapat darah tinggi. Minggu ini kan minggu yang penuh warna warni. Dia memang agak tertekan tetapi bila dapat di atasi dengan baik, hatinya redha saja. Tetapi Doktor Rose pesan suruh banyak berehat di rumah. Rehat kerja dan yang penting rehat minda.

Khalida memandang suaminya di sebelah. Pesanan atuk Ku Ibrahim memang ada kebenarannya. Bila mengandung macam ini, sabar saja lah dengan sikap si suami. Kalau dulu, masa tak mengandung, memang aku bergaduh habis-habisan tetapi sejak mengandung ni, boleh pula bersabar. Dan anak juga pengikat kasih, itu pun tidak boleh dinafikan. Memang hati aku terikat dengan dia pun, walaupun sekarang masalah keluarga kami menimpa-nimpa.

“Macam mana Lida belajar bersabar hah?” soal Ilham. Tadi kami diam saja.

“Sabar apanya?” soal Khalida balik.

“Sabar dengan abang lah!”

“nie kat dalam perut nie, anak abang kan? Jadi, sakit hati macam mana pun Lida kena bersabar jugak lah,” kata Khalida sambil menunjukkan ke arah perutnya. Itu lah, kalau perempuan lain, aku rasa dah lama kami bergaduh.

“Tapi yang tak tahannya kuat merajuk, dah hampir dua minggu, Lida tak sudi bergurau senda dengan abang,” tegur Ilham. Tak ada hati nak bergurau senda saat-saat gentir macam ini.

“mood tak okey!” kata Khalida perlahan. Ilham mengangguk.

“Andainya kemaafan boleh mengubat hati Lida dan Adli, abang mohon kemaafaan dari mu sayang, tetapi abang tahu, sejuta kali pun abang mintak maaf, sakit di hati Lida dan Adli tak mampu terubat. Abang tahu Abang bersalah pada Lida, pada nenek dan yang penting abang Adli,” ujar Ilham.

“Mujur abang tak pukul adik lida tu, kalau tak lagi lah abang menyesal!” balas Khalida. Ilham ambil tangan Khalida dan diletakkan di atas dadanya. Khalida biarkan saja.

Aku pun tak nak lagi dengan pujuk rayu tu, sebab aku perempuan yang berjiwa kental. Dah jemu nak dengar pujukan dia tetapi sesekali nak juga lah orang yang kita sayang memujuk kita. Ahaks.

“sahih Lida pukul abang!” gurau Ilham. Khalida ketawa kecil.

“Cukuplah keluarga kita bergaduh, sekarang kita nak tengok mak dan papa bahagia kan?” balas Khalida. Biar anak-anak mak yang berkorban. Itu yang pasti.

“Yup!”

“Jadi usah kecoh kan keadaan lagi, Adli pun dah terima semua ini dengan senang hati, dah Lida dah maafkan kesalahan abang tu sebab lida sayangkan abang!” jelas Khalida. Biarlah beribu kali ilham lakukan kesalahan, aku sudah bersedia untuk memaafkan segala kesalahannya.

“Rasa nak balik kampung, nak jumpa nenek dan Adli!” cadang Ilham.

“Yang tu Lida tak setuju sebab nenek Lida tengah marah, kalau abang hulurkan muka abang, sahih kena marah. Biarlah hati nenek sejuk dulu!” kata Khalida. Nanti lagi sakit hati.

“Tak kira abang nak balik jugak!”

“Takut abang menangis meraung-raung kena marah dengan nenek nanti!”

“Ha ha ha.. Lida nih!”

Kita yang menjadi suami isteri lain caranya untuk berbaik. Ini soal hati tetapi bukan dengan Adli. Tahu Adli merajuk dan pergi membawa diri, kerana cara penerimaannya tidak akan sama dengan kita yang menjadi isteri orang. Bagi Khalida, macam mana pun Ilham ada suaminya, dan dia tetap sayangkan Ilham. Tak ada di dalam hatinya untuk pergi tinggalkan Ilham apatah lagi dalam keadaan tengah mengandung ini.

Untuk sejukkan keadaan, kami tak balik rumah papa, tetapi Ilham nak sangat jumpa nenek dan Adli. Khalida tak cakap Adli sudah ada di negera orang. Sebaik saja sampai, memang nenek basuh Ilham cukup-cukup. Khalida diam saja.

“Kau ingat kau orang kaya, kau boleh buat macam-macam dekat cucu aku, Ilham?” Aku kenal lah cucu-cucu aku, jadi jangan pandai-pandai nak sentuh cucu aku selagi aku hidup,” amaran nenek sebelum beredar. Tadi sudah pun makan sumpah seranah dari nenek. Dua-dua diam saja.

Khalida sengaja ambil tisu di dalam beg tangannya dan kesat ke pipi Ilham. Pura-pura lap ayer mata suaminya.

“ha ha ha, lida dah cakap, nenek saya tu tengah marah!” kata Khalida sambil tersenyum. Ilham biarkan saja tangan Khalida di atas pipinya.

“Garang lagi dari nenek ku kat rumah tu. Boleh tahan jugak yer. Sah lah keluarga Lida nie keturunan singa,” bisik Ilham. Tadi dah pun minta maaf dan sekarang sudah pun menerima hukuman.

“Kau tu lida, ilham buat apa saja kau turut..,” dari dapur suara itu datang. Tak habis lagi. Mujur lah kami berdua saja yang balik ke kampung. Minggu ini giliran Khalida dan Ilham untuk temankan nenek di kampung.

“Abang Am dah buat perut Lida buncit macam ni, jadi macam mana pun kena hidup dengan abang juga, nek!” jawap Khalida sengal sangat kut. Ilham menjeling ke arah Khalida dan mengigit bibirnya sendiri.

“Kau yang suka sangat kat Ilham tu, tengok apa Ilham buat kat adik kau,” sambung nenek lagi tetapi nenek datang sambil membawa buah nangka madu yang sudah siap dikupas kulitnya. Sedap!. Terliur Khalida tiba-tiba. Hati orang tua, marah macam mana pun tetap diraikan tetamunya ini.

“Suka tu satu pasal, tapi semua orang kan berdoa supaya perut Lida jadi macam ini, nenek pun sama kan?” balas Khalida lagi. Nenek terus tunjal kepala Khalida.

“Nenek dah marah abang am, jadi lah tu,” pujuk Khalida lagi.

“Marah laki kau, buat sakit hati saja!” balas Nenek. Ilham tersenyum.

Previous: BAB 58
Next: BAB 60

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.