Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 23

Kenal dia lama sangat. Sama-sama tinggal di rumah anak-anak yatim. Dia kehilangan kedua orang tua, jadi pembantu ayahnya hantar dia ke rumah anak-anak yatim. Dia ketua asrama, merangkap iman solat setiap kali masuk waktu solat. Sesekali dia menjadi bilal di surau di tempat kami. Nabi Muhammad S.A.W jadikan Bilal pengalun Azan kerana suara Bilal lunak dan merdu ketika mengalunkan suara Azan. Dan nama Bilal kekal di digunakan sampai ke umat nabi hari ini. Azan ini sebab kita mahu menarik orang supaya datang solat. Nabi Muhammad S.A.W memilih Bilal dari sahabat-sahabat yang lain kerana suara Bilal sedap, lunak dan merdu. Azan itu kan supaya orang bersolat.

Jadi suara Iskandar memang menjadi tarikan kami di rumah anak-anak yatim supaya datang bersolat di surau kami tu. Orang cakap dia keturunan arab sebab rambutnya yang kemerahan-merahan dan mukanya yang putih kemerahan itu tetapi dia sebenarnya anak melayu jati, tak ada kacukan mana-mana pun.

Selepas tamat SPM kami terpisah. Dia dengan laluan hidupnya, dan aku dengan laluan hidup aku. Tetapi segala perkembangan tentang dia aku ambil peduli sebab dia merupakan idola kekuatan bagi kami semua sewaktu di yayasan dulu. Dia ada karisma, dia ada semangat suka membantu, dia ada tanggungjawab yang tinggi dan sebagainya lagi. Dia adalah contoh, seorang anak melayu yang berjaya, walaupun dia sebatang kara.

Orang selalu kaitkan dengan permasalahan apabila diuji menjadi anak yatim atau sebatang kara. Betul tak? Orang selalu cakap dia jahat kerana dia miskin. Dia jadi pencuri kerana dia kekurangan kasih sayang. Dia jadi penagih sebab tak ada orang yang ambil peduli tentang diri dia, dan macam-macam lagi. Tetapi bukan lelaki melayu yang bernama Iskandar Zulkarnain. Pandai ayah dan mak dia beri nama, itukan nama pahlawan islam. Walaupun ada juga budak-budak nakal memanggilnya mamak nasi kandar kerana Iskandarnya di belakang. Katanya hinalah dia sekarang, dia berhak menerima penghinaan itu, tetapi bukan hari ini, berani ke kita menghina orang yang ada pangkat begitu? Siapa berani???

Kita kan suka main-mainkan nama orang, kadang-kadang gurauan kita itu menyentuh hati dan perasaan orang. Kita hanya fikir diri kita, kepentingan diri kita, walhal kalau kena kat batang hidung sendiri, boleh pula kita melompat atas meja yer. Aku dulu marah kalau ada orang mengejek namanya, sedangkan dia tenang saja. Sebab dia bukan sebarangan orang. Maksud aku, kita tak sekuat dia untuk berhadapan dengan ujian ALLAH. Aku kan ada mak, ada adik beradik, ada saudara mara, tetapi dia benar-benar sebatang kara, tiada sesiapa di dunia ini.

Akhirnya kami dapat tahu dia banyak buat kerja-kerja amal, tolong anak-anak yatim, tolong orang yang dalam kesusahan dan macam-macam lagi. Itukan cita-citanya sehinggalah dia mendapat gelaran datuk atas segala sumbangan dan jasanya kepada orang yang memerlukan bantuan dan sokongan. Tahu, dia buat semua itu dengan ikhlas hati. Tetapi orang dah beri tak kan nak tolak pula.

Orang selalu cakap kami ada jodoh, tetapi bagi ku, dia bukan jodoh aku, sebab aku jenis perempuan kasar, lasak dan degil. Orang seperti dia, mesti mahukan perempuan yang bersopan santun dan lemah lembut. Aku mana ada ciri-ciri semua itu.

Tetapi dalam hati, tanya lah mana-mana perempuan pun, semua orang suka dia. Kita pun mesti nak lelaki yang boleh membimbing kita ke jalan ALLAH untuk dunia dan akhirat. Betul tak? Jadi, aku pun begitu, menyimpan dia di dalam hati. Cewah, itu dulu lah.

Semua perempuan sama, mesti nak lelaki yang baik kan? Siapa nak lelaki yang kaki pukul, kaki arak dan tak bertanggungjawab? Ada ke yang nak? Aku yang keras hati ini pun tak nak lah lelaki macam tu?

He he he...,

“Awak kena kuat, macam saya. Sebab ALLAH uji kita dengan semua ini sebab ALLAH tahu kita kuat dan mampu menjalaninya. Ganjarannya tentu lah pahala yang ALLAH janjikan kepada kita, betul tak?” soalnya kepada aku yang datang ditemani oleh Emma. Ayat ini aku dapat ketika atuk meninggal, sedihnya aku kerana kehilangan atuk di saat-saat aku memerlukan kekuatan.

“Hmmm...,” keluh juga aku walaupun diberi kata nasihat begitu.

“Takdir kita tak seperti orang lain, sebab ALLAH sayangkan kita sebenarnya. Jangan mengeluh, tak baik tu. Awak sepatutnya bersyukur, sebab masih ada mak, masih ada adik-beradik dan saudara mara. Ada orang lain hidupnya tak ada sesiapa selain mengharapkan redha ALLAH semata-mata,” pujuknya lagi. Kali ini aku baru dapat rasakan sepenuh kekuatan. Dia tak cakap dia, tetapi dia beri orang lain. Sebab dia dah kuat untuk menghadapi segala dugaan.

“Orang yang mengharap redha ALLAH, dia sebenarnya paling kuat dari sesiapa pun!” jawab Khalida membuatkan Iskandar Zulkarnain tersenyum.

“Bangun Khalida. Awak bukan bermimpi. Kejar cita-cita awak, kejar impian awak, masih ramai yang mengharapkan bantuan, sokongan dan dorongan dari awak,” katanya lagi.

Itulah yang aku pegang membuatkan aku berjaya sampai sekarang.

Empat bulan Khalida tinggal di kampung. Selesai kenduri Emma, selesai juga kenduri Ayien dan Shima. Sepanjang tempoh empat bulan ini, Datuk Razali yang menghubunginya, mengajaknya bekerja semula di syarikatnya. Ilham dan Rifky ada juga menghubunginya bertanya khabar.

“Assalamualaikum!” sapa Datuk Iskandar Zulkarnain. Dia dan Emma menjawab serentak.

“Waalaikummussalam!” jawab mereka berdua. Datang berjumpa dengannya mesti berteman. Jangan datang seorang diri kerana itu yang dibencinya.

“Khalida!”

“Ya, saya!”

“Kejar cita-cita awak, Khalida. ALLAH dah beri jalan yang terbaik untuk awak, jadi mengapa mengalah sekarang?” soal Datuk Iskandar Zulkarnain tidak mahu membuang masanya. Tahu, dia amat menghargai masa.

“Saya baru...,” nak cakap pun malu. Nanti apa pula tanggapannya ke atas diri ku. Aku memang janda berhias, tetapi siapa tahu aku janda berhias, tak kan aku nak cakap kat semua orang, saya sebenarnya janda berhias. Kerja gila tu.

“ALLAH dah aturkan perjalanan hidup awak. Soal jodoh biar ALLAH yang tentukan. Mana tahu jodoh awak masih dengan Ilham. Ataupun dengan Rifky... atau dengan saya. Tak pun dengan lelaki lain. Kadang-kadang kita hanya berjumpa seseorang itu sekejap saja, atau pun sekali saja, tetapi antara kita dan dia ada ikatan. Ataupun kita berjumpa dan berkawan dengan seseorang itu sekian lama, tetapi tiada apa-apa hubungan antara kita,”nasihatnya panjang dan lebar sekali. Rupanya dia ikut cerita hidup ku. Tentu Emma atau pun mak yang ceritakan semua ini kepadanya.

“Tak fikir lagi tentang itu semua...,” balas Khalida.

“Manisnya kehidupan ini jangan dipahitkan dengan masalah, ujian dan halangan hidup. Masih ingat kata-kata saya dulu?” tanya Datuk Iskandar Zulkarnain. Khalida mengangguk!

“ALLAH memilih kita sebab ALLAH sayangkan kita dan ALLAH tahu kita mampu mengharunginya. Saya tahu Khalida masih sedih dengan apa pun yang berlaku. Tetapi ALLAH nak beri pahala kat Khalida tu,” lembut suaranya membuatkan hati Khalida tersentuh. Itu lah dia, kepada semua orang yang mengenalinya akan diberi kata-kata nasihat, peransang seperti ini. Kerana dia mahu memberi keyakinan dan motivasi kehidupan kepada seorang orang yang ada masalah.

Memang aku sedih dengan dugaan ini tetapi ALLAH mahu aku dekat dengannya.

“ALLAH mahu Khalida dekat dengannya..,” ucapnya seperti kata hati ku sekejap tadi. Dia tersenyum. Aku tersenyum.

“Ayuh bangun, awak perlu menjadi pereka hiasan dalaman yang berjaya. Buktikan anak yatim ini, anak yang dihina ini, boleh berjaya. Biar jadi tauladan kepada anak-anak yatim yang lain, bahawa kita yang yatim piatu ini boleh berjaya. Boleh lagi kuat dari dia orang. Yang penting buktikan kepada keluarga bekas mentua awak, awak tak lemah. Boleh???” kata Datuk Iskandar Zulkarnain lagi.

Orang yang dia sayang, sejak dia mengenali apa itu erti cinta adalah Khalida. Dan nama Khalida masih terpahat di hatinya sampai detik ini, tetapi perjalanan jodoh kita, bukan kita yang merancangnya. Ada jodoh dia dan Khalida, dia terima tetapi andainya jodoh Khalida dengan orang lain, dia tetap menerimanya.

Melihat Datuk Iskandar Zulkarnain berjalan pulang dengan sebuah senyuman. Semuga ada pertemuan antara kami lagi di kemudian hari, kerana aku masih mengharapkan kata-kata peransang darinya.

Tentang jodoh, usah difikirkan. Biar ALLAH yang tentukan. Mungkin betul katanya tadi, mungkin jodohnya dengan Ilham, atau Rifky, atau pun dia. Atau pun jodohnya dengan lelaki lain. Siapa tahu? Dia sendiri pun tidak diminta untuk menemui tiga lelaki ini di dalam hidupnya.

Ilham Hakimi, Rafael Rifky dan Iskandar Zulkarnain, mereka bertiga ada jiwa masing-masing, yang mempunyai cerita yang berlainan. Semuga kami semua boleh berhubung sebagai saudara sesama muslim.

Khalida tersenyum penuh bahagia.

Previous: BAB 22
Next: BAB 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.