Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 13

ILHAM, KHALIDA – BAB 13

Khalida melihat Ilham tanpa berkelip. Betulkah dia? Atau pelanduk dua serupa? Hish, hish, macam tak percaya pula. Dia bukannya suka datang ke sini. Khalida hanya memandang suaminya yang sedang bersalaman dengan nenek, selepas itu salam pula dengan mak.

“Jemput masuk, Ilham!” pelawa nenek mesra. Amboi kita orang yang dari tadi sampai nenek tak jemput pun masuk.

“Tak mengapa, nak berehat kejap!” kata Ilham sambil bersalaman dengan Ayien.

“Lida, bawa masuk beg suami kau tu,” suruh Puan Naimah pula. Khalida memandang ke arah Emma sambil menjungkit bahunya. Tetapi depan mak, mana nak berani hendak membantah.

“Along, pakai jampi apa yang buat Abang Ilham tu ikut along balik hari ini?” tanya Saiful yang lebih mesra dengan panggilan Apul. Saiful ini anak nombor tiga.

Emma memeluk erat adiknya, Shima. Dan adik lelakinya yang bekerja sebagai guru pun turut pulang kali ini. Seronoknya, bukan senang hendak berkumpul ramai-ramai seperti ini.

“Tak main lah, jampi-jampi!” balas Khalida turut memeluk Shima yang dianggap seperti adik sendiri. Kami sekeluarga walaupun berlainan ibu, dan berlainan bapa tetapi nenek dan datuk tetap orang yang sama.

“Lida, mak nak cakap kejap!” panggil mak dari arah dapur. Nenek turut melambai tangan ke arah Khalida. Khalida, Emma dan Shima turut masuk ke ruang dapur.

Mak sekarang buka taska di kampung ini. Mak sudah menjadi pengetua taska. He he he, macam pengetua sekolah pula.

“Rahsia keluar jangan dipecahkan Lida. Mak tahu hubungan Ilham dan Lida tidak bahagia, tetapi biarlah semua itu disimpan di dalam hati. Rahsia suami isteri biar lah kau orang saja yang perlu tahu,” pesan mak. Keluarga kami memang sudah tahu dari dulu lah tentang kisah cinta Ilham dan Zura dan cerita Ilham dipaksa kahwin oleh datuknya, Ku Ibrahim. Tiada rahsia!

Mereka terpaksa lepaskan Khalida di tangan Ilham kerana terhutang budi kepada Ku Ibrahim saja, kalau tidak memang mereka tidak akan lepaskan Khalida ke tangan lelaki seperti itu.

“Betul tu Lida. Esok ahli saudara mara kita nak datang, sebab nenek dan mak kau cadang nak buat majlis tahlil untuk aruah ayah kau dan atuk kau malam besok selepas selesai majlis bertunang, pandai-pandai lah Lida uruskan perkara ini yer,” sambung nenek pula. Khalida hanya mengangguk. Bab berlakon ni, kami memang dah cekap, jadi bukan satu masalah pun.

“Apa pun syukur sangat sebab Ilham sudi datang kali ini, boleh dia jadi ketua keluarga untuk rombongan meminang besok, “ kata Puan Naimah pula. Betul lah kami kan tak ada ayah, tak ada datuk, jadi aku yang sulong, Ilham kena jadi abang sulong lah

“Nah, angkat air ni untuk abang kau!” kata Emma sambil meletakkan air oren bersama kerepok lekor.

“Ilham tetap tetamu rumah kita, dan tetamu perlu diraikan. Kalau keluarga dia melayan kita dengan cara yang buruk, kita wajib melayan anak dia orang dengan cara yang paling baik!” nasihat nenek lagi.

“Baik bos!” sahut Khalida sambil mengambil dulang lalu di bawa ke beranda.

Sampai di sana terdengar suara Ayien yang sedang marah kepada Ilham. Adik aku yang seorang ini pun perangai macam aku juga. Jenis tidak sabar!

“Encik Ilham, kita orang ini sebab terhutang budi saya dengan datuk Encik Ilham kalau tidak kerana perkara itu, dah lama saya bagi penumbuk dekat muka Encik ilham,” marah Ayien.

“Ayien.. ooo pandai-pandai nak tumbuk muka orang pula!” marah Khalida. Ayien tidak endahkan kakak sulongnya.

“Encik Ilham buat macam-macam dekat akak saya, ingat akak saya nie apa? Kalau tak nak dekat akak saya, lepaskan saja, ramai lagi lah yang nak dekat akak saya!” sambung Ayien lagi.

“Woii.. sabar, sabar. Kau tu nak bertunang esok!” tegur Khalida. Kau cakap macam tu kat akak kau nie, nanti Ilham tak kena penumbuk, kau yang makan penumbuk aku dulu.

“Along nie sabar sangat!”

“Pergi mandi, atau belek cincin tunang ke apa ke?” suruh Khalida sambil menepuk bahu Ayien.

“Along!”

“Ayien, adik muda dari Encik Ilham kan, jadi perlu ada rasa hormat kepada orang yang lebih tua. Kita kena jaga maruah keluarga kita,” perlahan saja suara Khalida.

Ayien terpaksa patuh dengan permintaan Khalida. Bila Ayien hilang, baru lah Khalida duduk di sebelah suaminya. Dihulurkan air oren lalu Ilham menyambutnya dan meneguknya perlahan-lahan.

“Tinggal di rumah lagi bagus!” kata Khalida perlahan. Datang menambahkan masalah aku saja.

“Mak call dan suruh datang, jadi saya datang lah, harapkan awak, awak blah tinggalkan saya begitu saja!” ooo, mak yang suruh datang.

“Sebelum ini saya ajak, awak tak sudi pun. Rumah saya nie banyak nyamuk, banyak lipas,” perli Khalida. Dahaga rupanya, habis air oren yang Emma buat.

Ilham menjeling tajam ke arah Khalida.

Previous: BAB 12
Next: BAB 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.