Namanya Nurfarahin, lebih mesra dipanggil Farah.
Perwatakan Farah lebih kurang sama dengan kakaknya, Nur Khalida. Itu yang
membuatkan dia terpikat sangat. Khalida
tersenyum saja.
“Kita orang belajar sekali di UUM, kak!” jelas Adli lagi. Rupanya sudah ada pilihan
hati sendiri.
“Nanti akak beritahu mak dan papa!” balas Khalida. Tahu,
kau tak rapat dengan papa tetapi dia sudah menjadi ketua keluarga kita, malah
sudah menjadi sebahagian dari keluarga kita.
Semua ahli
keluarga sudah sampai termasuk dengan nenek.
Malah ini semua berkumpul di rumah papa. Mak dah boleh keluar dari
hospital. Mak Cuma tak boleh resah, tak boleh susah hati dan merasa bimbang.
Sekarang, hati mak sudah tenang, tak ada lagi perasaan susah hati atau bimbang.
Adat hidup berumah tangga, tentu ada pasang surutnya.
Dalam sesebuah keluarga tentu ada masam, manis, tawar dan pahit. Itu lumrah
kehidupan, yang pasti, kita kena saling bermaafan dan mahu memperbetulkan
keadaan. Jangan disimpan di dalam hati sehingga menjadi dendam yang memakan
diri. Mak sudah memaafkan kesilapan papa
kerana kasih sayang dan cintanya.
“Orang perempuan nie apabila dia sudah membuat keputusan
untuk berkahwin dengan pilihan hatinya, biar apa pun terjadi pada perkahwinan
dan perhubungan mereka nanti, dia tetap akan teruskan perkahwinan ini, betul tak Khalida,” soal Ku Salbiah selesai makan malam satu
keluarga.
“sorry papa, sebab Lida kurang ajar dengan papa hari tu,”
pinta Khalida. Datuk Razali mengangguk sambil tersenyum.
“Keturunan Kasma, yang perempuan semua garang-garang.
Dari nenek, mak, sampai dekat Kak Lida,Kak Emma dan Shima sendiri, semua
garang-garang dan tegas,” kata Ayien.
“Tengok orang lah!” balas Emma. Khalida dan Shima
tersenyum.
“Abang Am!” panggil Ariff pula.
“Yup!” balas Ilham.
“Kak Lida nie dah banyak berkorban untuk kami, sampai kan
tak sempat nak cari pak we dan bercinta dulu, kami nie dah tak kisah tentang
yang lain-lain tu asalkan abang boleh membahagiakan akak kami nie, cukuplah,”
pesan Ariff.
“Betul tu, kalau abang tak suka kami, papa tak boleh
terima kami, kami tak kisah, sebab kita orang ni anak jantan, cukuplah kalau
abang boleh beri kasih sayang abang untuk Kak Lida, papa boleh bahagiakan mak,
kami dah bahagia sangat,” celah Adli pulak.
“Jangan cakap macam tu, sedih papa dibuatnya!” kata Datuk
Razali.
“Jom kita balik, jangan diganggu papa dan mak kau. Kak
Lida kau tu kena banyak berehat sekarang,” ajak nenek.
“Nek dah nak balik?” soal Emma pula.
“Ha, ah!” jawab nenek.
“Jangan balik lagi nek, si Adli nie dah nak balik lusa,”
beritahu Khalida. Tunggu lah sampai Adli
bertolak ke Dubai dulu, baru balik.
“Dah nak balik Lee?” soal nenek. Ingatkan nak tinggal
terus di sini.
“Ha, ah. Saya tak dapat cuti!” jawab Adli.
“Ana nak minta maaf kat semua orang, terutama kat Adli
dan mak, kerana Ana semua ini terjadi sampai Adli terpaksa pergi dari sini,
terpaksa berpisah dengan mak..,” ucap
Juhana luhur.
“Tak ada apa pun, Kita adik beradik, jangan lah simpan
perasaan lain antara kita. Abang Am dan Kak Lida tu lain cerita, sebab dia
orang berkahwin sebelum mak dan papa berkahwin. Saya anggap kak nita, kak ana
macam kakak-kakak saya juga,” jelas Adli.
Semua pakat ambil keputusan bermalam di rumah Khalida dan
Ilham kerana tidak mahu menganggu mak dan papa. Jadi riuh lah rumah Khalida
malam ini. Sebab adik-adik berkumpul di rumahnya.
“Abang Am mesti tak tahu, Apul dan Shima nie sebenarnya
kembar!” beritahu Shima.
“Betul ke?” tanya Ilham. Baru dia tahu dalam keluarga
Khalida ada anak kembar.
“Rasanya kak Lida mengandung anak kembar kut, sebab
tengok perut Kak lida besar sangat,” kata Shima. Ilham dan Khalida saling
berpandangan.
“Nenek pun ada kembar juga,” beritahu nenek Kasma yang
masih lagi belum lelapkan matanya.
“Kita orang kembar sepasang. Nenek pun kembar sepasang
jugak!” terang shima lagi.
“Kau tak pergi scan anak kau, Ilham?” soal Nenek. Ilham
dan Khalida mengelengkan kepala.
‘Mana tahu dapat baby kembar,” sampuk Emma.
“Kami terima seadanya,” jawab Khalida. Ilham tersenggih.
Berbual di ruang tamu sampai terlena. Kalau berjumpa
selalu macam ini lah. Shima, Emma dan Khalida termasuk nenek berkumpul di dalam
satu bilik. Yang lelaki pula lepak di ruang tamu saja, riuh berbual sampai
terlena di ruang tamu saja.
“Harap-harap selepas ini tak ada dah masalah-masalah
besar dalam keluarga kita,” kata Khalida ketika berkumpul untuk sarapan pagi.
“masalah apa pun yang datang, harap kita boleh atasinya
nanti. Itu yang penting,” sokong Ilham.
“Kadang-kadang ditimpa masalah pun okey juga, contoh kak
lida dengan abang am, dari bergaduh, berpisah dan bersatu semula. Sekarang
tengok kak lida jadi macam ini pun, dulu jual mahal dengan abang am,” usik
Ayien.
“Ayien, akak luku kepala kau nak?” marah Khalida.
“ Ayien, akak kau tak kenal abang am, sekarang mana boleh
berpisah dengan abang, asyik nak berkepit saja,” kata Ilham pula. Khalida
mencubit lengan kanan suaminya.
“Berkepit lah sangat!” balas Khalida.
“Jangan asyik bergaduh Ilham, Khalida. Dah nak ada anak
ni, kena banyak-banyak bersabar. Kau tu Lida kawal sikit amarah kau tu,” tegur
nenek kasma pula.
“Betul tu, sejak mengandung nie okey sikit, dulu asyik
marah saya saja!” adu Ilham. Khalida menjeling tajam ke arah suaminya.
“Am, nenek rasa elok kau bawa Khalida tinggal di kampung
sampai bersalin. Nenek rasa itu lagi baik dari Khalida tinggal di sini,” cadang
nenek tiba-tiba. Sikit hari lagi semua orang akan tahu Khalida sedang
mengandung.
“Okey juga tu, bang!” balas Khalida. Setuju sangat.
“Boleh nenek jaga Lida nanti,” ujar Ilham.
“Kau duduk di rumah tu dengan Lida, nenek tinggal di
sini,”
“Kenapa pulak?” soal Khalida kehairanan.
“Kau orang tu asyik berkepit saja, rimas nenek tengok!”
kata nenek di sambut ketawa semua orang yang ada di situ.
“Orang tengah bercinta, nek. Jadi macam itu lah!” kata
Emma.
“Iyer lah tu, asyik kutuk aku saja kau orang nie,” kata Khalida sambil merangkul lengan Ilham
yang ada di sebelahnya.
Indahnya perkahwinan kami, ditimpa pelbagai onak dan duri
tetapi kasih sayang dan cinta kami tetap berpadu. Tetap utuh.
Sebelum Adli bertolak, mereka sekeluarga turun ke Kedah,
untuk merisik Nurfarahin, Dua minggu lagi baru bertunang. Kali ini Khalida
serahkan kepada Ilham dan kedua ibu bapanya untuk uruskan hal ini. Dua bulan lagi baru adakan majlis kahwin. Lagi pun Ilham tak benarkan dia menyertai
majlis merisik ini, sebab jauh dan tidak mahu kandungan Khalida terjejas.
Mereka sekeluarga menghantar Adli pulang ke Dubai kali
ini. Bukan rahsia lagi pun. Dan yang lebih menarik papa dan mak turut pergi
bersama Adli ke sana, katanya mahu pergi bercuti dan tinggal bersama Adli
seminggu dua di sana. Mak kalau boleh memang tak nak berpisah dengan anak
kesayangannya itu. Dan jangan terkejut, sebab anak Dr. Rahmat, Dr. Haikal sudah
tertarik hati dengan Juhana semasa
Juhana menjaga mak di hospital. Kalau boleh Dr. Haikal nak hantar rombongan meminang
tetapi Juhana mahu berkawan dan mengenali hati masing-masing terlebih dahulu
sebelum mengikat tali pertunangan.
Papa serahkan segala hal kepada Ilham untuk uruskannya.