Seawal pagi sudah keluar jalan-jalan ke ladang teh, kebun
bunga dan kebun sayur-sayuran sambil menghirup udara yang dingin. Teringat
ketika pergi bercuti di Kundasang bersama dengan Emma. Sepanjang perjalanan
untuk sampai ke Gunung Kundasang, kereta yang mereka naiki di temani oleh awan
yang putih di kiri dan kanan. Seolah kita berjalan tinggi di awan.
Semua ini alam semulajadi yang ALLAH berikan kepada kita,
sayangnya kita tak menghargai dan menjaganya. Kata penduduk di Kundasang, 20
tahun yang lalu, keadaan di Kundasang lagi sejuk dari sekarang. Begitu juga
dengan genting yang sudah tidak berapa sejuk dari 20 tahun yang lalu.
Ketika sedang menghirup teh segar di sebuah restoran,
Khalida terpandang pasangan suami isteri yang sedang berjalan melintasi
restoran tempat mereka duduk. Spontan Khalida bangun dan mengejar pasangan
tersebut untuk mendapatkan kepastian sama ada betul atau tak tekaannya.
Perempuan yang memakai purdah seperti dalam mimpinya dan
lelaki itu dia kenal sangat. Sah mereka suami isteri kerana sejak dari tadi
berpegangan tangan dan dia tahu lelaki itu pula tidak ada adik perempuan.
“Lida kenapa ni?” soal Ilham yang mengejar Khalida dari
belakang.
“Nampak tak tu..,” kata Khalida sambil menunjukkan ke
arah pasangan suami isteri tersebut.
“Nampak. Macam Datuk Is!” ujar Ilham. Khalida mengangguk.
Alhamdulillah dah dapat datin pun, dan datin itu memang impian Datuk Iskandar
sejak dari dulu lagi.
“Datuk Is dan isteri dia tu,” kata Khalida.
“Jom, kita pergi tegur dia orang!” ajak Ilham.
“Tak nak lah!” jangan diganggu mereka, yang penting kita
tahu mereka sedang meniti alam bahagia, seperti kita juga.
“Bekas kekasih Lida tu, Lida dulukan ramai peminat!” usik
Ilham. Tangan kanan Khalida dipegangnya kemas.
“Dia nie sebab kita orang pernah tinggal sekali di asrama
anak-anak yatim, sebab tu kenal dia, tapi tak tertulis jodoh Lida dengan dia,
tetapi dengan abang!”
OO, kami belum bincang lagi kes mak dan papa. Balik kat
bilik nanti baru nak berbincang. Sebelum tu nak pergi kebun bunga, nak beli
bunga nak bawa balik tanam kat rumah. Semangat nih.
Pukul 10.30 pagi mereka pulang ke hotel. Ariff sedang
menunggunya di depan hotel. Terus di ajak masuk ke bilik tetapi Ariff
menolaknya.
“Nah, simpan balik kat tempat yang kau ambil!” kata Khalida.
Diari tu ada dalam beg Khalida sejak dari tadi.
“Baik, puan!” jawab Ariff sambil mengangguk. Ilham
tersenyum saja.
“Ini rahsia kita berdua, Abang Am kau dia tak tahu
apa-apa pun!” gurau Khalida sambil menjeling ke arah Ilham. Orang suruh baca
dia tak nak baca.
“Ini akak setuju tak lamaran Abang Am?”
“Lamaran abang am untuk akak dah lama akak setuju,”
“Kak ni, bukan itu lah maksud saya, mak dengan Datuk
Razali lah!”
“Itu kena tanya mak, akak bukannya boleh buat apa-apa
pun!”
“Hari tu yang meroyan kenapa? Tahu lah tak pernah rasa
manisnya malam pertama pun, tapi tak perlu lah meroyan dan mengamuk. Betul tak
Ariff?” sampuk Ilham membuatkan Khalida tidak jadi tersenyum. Oo, ungkit. Bukan
ke dia yang tak sabar.
“Entah kak nie, saya balik dulu lah!” pinta Ariff, dari
aku dengar mereka berdua bergaduh lebih baik aku balik. Dia orang tu kalau tak
bergaduh, memang tak sah.
“Bawak kereta elok-elok!” pesan Khalida kepada adiknya.
“Keluarga abang memang tak ada masalah ke kalau papa
berkahwin dengan mak?” soal Khalida ketika masuk ke dalam bilik.
“Tak ada pun, semua okey saja?”
“Mama abang macam mana?” tanya siap-siap. Mana kita tahu
sebelah sana pun ada yang tidak setuju seperti keluarga kami juga.
“Bercerai talak tiga, mana boleh nak rujuk, lagipun mak
tu bekas kekasih papa, biarlah dia orang kahwin, kita anak-anak doakan mereka
bahagia, cukup lah!” ringkasnya cara dia berfikir. Tidak seperti aku dan
adik-adik aku?
“Kalau mak tak setuju macam mana?” seingat aku sejak
aruah ayah pergi, bukan tak ada orang masuk meminang mak, tetapi mak yang tak
nak, mak yang tidak mahu. Mungkin kah mak menunggu kekasih hatinya.
“Mak tu mudah dari Lida, kalau Lida setuju, semua orang
akan setuju!” kata Ilham sambil memeluk Khalida dengan erat.
“Jom kita balik. Abang balik rumah papa dan saya balik
rumah mak, banyak benda lagi nak kena buat. Lida nak balik pujuk mak supaya
terima papa, nanti bila semua dah okey abang bawa rombongan meminang ke rumah
Lida,” ajak Khalida. Bila-bila boleh datang
lagi bercuti ke sini, yang penting sekarang adalah hubungan mak dan papa.
“Ha, jangan mengatal. Abang tempah seminggu bilik ini.
Baru sehari semalam dah nak balik. Tunggu 3 atau 4 hari baru kita balik!”
bantah Ilham sambil melepaskan Khalida dari pelukannya. Marah Ilham.
“nanti kita datang lagi..,” pujuk Khalida perlahan sambil
menarik tangan Ilham tetapi Ilham melarikan tangannya. Amboi, sombong!
“Abang!” panggil Khalida. Selepas baca diari mak sejak
semalam, hati asyik teringat mak saja. Tak sangka mak ada cerita yang sedih
sangat. Andainya aku di tempat tentu hari-hari aku makan ayer mata.
“ini bulan madu kitalah, Lida!” pintas Ilham.
“Hmm, susah cakap dengan abang nie, yang abang gatal bagi
tempoh seminggu kat mak tu kenapa?”
“Risau apanya, boleh tangguh hal tu!”
“OO, hal papa dengan mak boleh tangguh, hal abang tak
boleh,” jawab Khalida. Dia bukan faham
perasaan perempuan.
“Okey lah, lusa kita balik tetapi kena balik rumah abang
dulu, sebab nenek pesan suruh bawak Lida balik rumah. Nanti baru Lida balik
rumah mak!” kata Ilham terpaksa mengalah.
“Sayang pun abang kat Lida!”
“Bukan sebab tu, sebab tak kuasa abang nak bergaduh
dengan Lida!”
“He he he..,”
“Pergi bersiap, kita keluar, mana tahu boleh jumpa Rifky
pula ke?” usik Ilham. Aku terpaksa
bekerja keras untuk mendapatkan Khalida dulu. Maka, aku kena hargai Khalida
dengan sepenuh hati aku.
“Abang!” panggil Khalida kuat.
“Apa lagi?”
“sayang abang sangat-sangat!”
“Baru sekarang nak ucap, abang nie separuh mati tunggu
ucapan macam tu dari Lida!”
Ilham menghampiri Khalida dan dirangkulnya pinggang
Khalida dari belakang. Terus dikucupnya pipi kanan Khalida dengan sepenuh kasih
sayang.
“I LUV U!” ucap Ilham. Khalida tersenyum.