Melihat
orang kesayangan kita terlantar di atas katil dan tidak boleh bergerak
membuatkan hati kita menjadi sendu. Bayangkan dia sudah tidak selincah
hari-hari semalam. Dia hanya mampu mengerakkan tangan dan separuh badan saja.
Andainya semua orang bersedih dan menangis, dari mana akan datang kekuatan
untuk dirinya?
Hati Ilham
luluh setiap kali melihat keadaan Khalida yang terbaring di atas katil. Jadi
dia sengaja cari pasal, sengaja buat Khalida mengamuk dan marah kepadanya untuk
menaikkan semangat dan kekuatan diri Khalida semula. Sekuat mana pun Khalida, tentu Khalida lemah
juga untuk berhadapan dengan takdir kali ini. Lelaki atau pun perempuan, bila
berkeadaan seperti ini, tentu hati mereka bersedih yang amat sangat. Walang!
Tiba-tiba
tidak boleh jalan dalam sekelip mata. Lumpuh. Dan tiada jaminan untuk Khalida
pulih semula. Itu kebenaran. Hanya kami berdua saja yang tahu tentang itu.
Kalau Khalida perlu kuat, aku lagi lah kena lebih kuat dari Khalida. Kalau
Khalida menangis di dalam hati, aku sebenarnya meraung melihat insan yang aku puja
sudah tidak boleh bergerak lagi. Kakinya kaku dan Khalida hanya berpura-pura
menjadi kuat saat ini di hadapan mak dan ahli keluarganya. Kuat di hadapan
Rifky dan Datuk Iskandar kerana tidak mahu mereka susah hati kepadanya.
Khalida
memandang ke arah Ilham yang sedang mengemas segala pakaian dan keperluannya.
Tiga minggu di hospital hari ini dia dibenarkan pulang atas kehendak Ilham yang
mahu merawatnya di rumah saja. Khalida tidak berani bersuara kerana mak dan
nenek turut di jemput ke rumah Datuk Razali. Dan mak tentunya mahu memastikan
keadaan Khalida terlebih dahulu. Bimbang teramat sangat untuk lepaskan Khalida
kepada Ilham. Itu yang sebenarnya.
Khalida
pula jadi patung bernyawa mengikut saja kehendak musuh tradisinya kerana tidak
mahu semua orang susah hati kepadanya. Harap mak dan nenek cepat balik kampung
supaya dia boleh pergi dari rumah Ilham.
Ketika dia
sampai di rumah Ilham, Ilham terus bawa Khalida ke bilik mereka dulu. Ilham
yang mendukungnya menaiki tangga satu persatu. Ilham perbetulkan bantal apabila
Khalida dibaringkan di atas katil. Dibiarkan Khalida bersandar saja.
Andainya
aku sempurna pun dia tidak sanggup menerima aku menjadi isterinya, apa tah lagi
dengan keadaan cacat begini? Tentu Ilham simpati dengan keadaan ku sekarang?
Atau apa yer?
“saya nie tak ada apa-apa
pun, dah lah cacat, yang awak sengaja nak kahwin dengan saya tu apa hal?"
marah Khalida. Tadi nak marah tak boleh. Sedangkan aku marahkan dia tahap
dewa-dewi tetapi di tahan saja di dalam hati.
"Lida, mak dengar macam mana? Nak ke mak Lida susah hati??" soal
Ilham tenang saja. Mak dan Nenek sedang
berbual bersama Ku Salbiah dan papa di ruang tamu tadi.
“Saya tak nak kahwin dengan
awak!” luah Khalida. Kahwin dalam keadaan begini lagi lah sengsara hidupku.
“La, tadi tak cakap!” gurau
Ilham, tahu Khalida tertekan ketika ini. Kita tidak berada di tempat dia yang
sedang diuji dengan begitu berat. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu
orang yang memikulnya.
“Dah lah masa kita sihat walafiat
pun kena hina dengan awak, sekarang jadi macam ini lagi teruk kena perleceh
nanti,” rungut Khalida. Apa yang aku nak dalam hidup sekarang semuanya hancur
berkecai. Musnah segala harapan!
“Sahih lah tu!” balas
Ilham.
Bantal kusyen dibaling ke
arah Ilham. Mujur Ilham sempat mengelak.
"Lida tak ingat ke Lida cacat nie sebab suka tendang kaki abang dulu. Tu
tinggal tangan saja tau," kata ilham sambil mengambil bantal kusyen lalu
diletakkan di atas ribaan Khalida. Bila masa lah aku tendang dia.
“Merapu!” balas Khalida.
“Lida kena tolong diri Lida
sendiri, kalau mak tahu abang tak boleh diharapkan untuk menjaga anak
kesayangan dia, tentu mak susah hati nanti. Lida tak ingat ke Lida tak nak mak,
adik-adik, buah hati Lida tu susah hati?” pancing Ilham sambil memegang tangan
kanan Khalida. Dia duduk di hadapan Khalida. Lembutnya tangan dia. Rugi dulu
tak pegang, sekarang dah boleh pegang tangan Khalida. Pegang kali ini tak akan
dilepaskan sampai akhir hayat.
Terus mulut Khalida
terkunci. Itu yang betulnya. Bertahan lah selagi terdaya.
“Nak tolong kan? Tolong
ambil kan air, haus lah!” pinta Khalida. Sebelum dia buli aku, aku buli dia
siap-siap.
“Tak ada maknanya tu.. Kak
Jah..” jerit Ilham terus Khalida memekup mulut Ilham.
“Mak ada kat bawah tu, kata
nak dapatkan kepercayaan mak tadi,” kata Khalida. Terus Ilham pegang tangan
Khalida dari mulutnya dan terus bangun dari situ.
Sepuluh minit berlalu Ilham
datang semula, bersama minuman dan roti sardin.
“Lida, kalau lelaki lain,
dia dah cari perempuan lain kalau isteri dalam keadaan macam nie, tengok abang
baik kan? Tinggal Lida dalam keadaan Lida sempurna, sekarang tengok abang yang
jaga Lida. Jadi mulai hari ini, tak usah lah fikirkan Rifky dan Datuk Is tu,
setakat nak dapat gelaran datin tu, abang boleh usahakan nanti,” ucap Ilham,
membuatkan Khalida tersedak air yang diminumnya. Mujur tidak makan roti, kalau
tidak sahih lekat roti.
“Terpaksa saja nie, kalau
tidak jangan harap Lida nak kahwin dengan awak..,”
“Awak??” terus Ilham datang
dekat dengan Khalida. Dipulasnya telinga kanan Khalida. Khalida mengaduh
kesakitan.
“Berapa kali dah abang
pesan?”
“Arrg, lepas lah!”
ditariknya tangan Ilham yang memegang telinga kanannya.
“Panggil apa Lida?”
“Aaaa.. abang!”
“Panggil suami dengan
sebutan yang indah, mana tau kuasa dan doa suami Lida nie, ALLAH makbul dan
Lida boleh jalan semula!” kata Ilham terus masuk ke bilik air. Ambil air solat
dan datang semula.
Ilham mengambil sejadah dan
menghamparnya di hadapan Khalida. Semasa Khalida tidak sedarkan diri, di dalam
matanya, dia melihat Ilham solat di hadapannya seperti sekarang juga. Semasa
tinggal di hospital, suaminya ini melakukan perkara yang sama. Dulu semasa mereka suami isteri, Ilham solat
di bilik lain, bukan dihadapan matanya seperti sekarang.
Kadang-kadang kita tidak
tahu, orang yang kita benci selama ini akan menjaga kita.
“Nak solat juga!” kata
Khalida. Aku mahu berdoa kepada ALLAH setiap waktu.
“Abang panggilkan Kak Jah
tolong Lida ambil air solat!” kata Ilham perlaham. Di hospital Wawa yang
menolongnya.
“Lida!” panggil Puan Naimah
yang baru masuk ke dalam bilik mereka berdua.
“Nak solat, mak!” beritahu
Khalida dengan senyuman.
“Mak bantu Lida yer!” pinta
Puan Naimah. Khalida mengangguk. Dengan bantuan Mak dan Kak Jah Khalida yang
duduk di atas kerusi roda ditolak ke bilik air untuk mengambil air solat.
Terdengar esak tangisan mak di cuping telinga
Khalida membuatkan air mata Khalida bersatu dengan air solat ketika membasuh
muka. Mak masih lagi bersedih dengan keadaan anak kebanggaannya yang seorang ini.
Khalida pura-pura tidak
mendengar esak tangisan maknya. Dan dia tidak akan menangis di hadapan sesiapa
pun.
“Ya ALLAH, sembuhkan aku
kerana KAU saja yang berhak menyembuh aku yang sedang kesakitan ini. Redakan
kesedihan dihati ibuku, kerana aku tidak berdaya untuk melihat ibuku dalam
kesedihan. YA ALLAH, berikan aku kekuatan, berikan aku ketabahan, berikan aku
keberkatan dan kerahmatan dari MU ya ALLAH, supaya aku boleh meneruskan
kehidupan ini, sesungguhnya ENGKAU LAH maha pengasih dan maha penyayang ke atas
sekalian hamba-hambanya. AMIN.”
Ilham yang sedang
menunggunya di hadapan mata, terus mengaminkan tangannya ke mukanya sendiri.
“Lida, mak dan nenek ada
tu,” pesan Ilham perlahan kerana dia tahu Khalida hampir menangis kala ini.
Pernah menjadi suami isteri hampir dua tahun dia mengenali hati isterinya ini. Teramat
sangat!
Jangan menangis waktu ini,
andainya Lida menangis, semua orang di sisi Lida akan turut menangis.