Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 3

Bangun awal pagi ini sebab nak pergi kerja dengan teksi. Kereta ada di rumah Emma, petang nanti baru nak ambil. Khalida tersenyum melihat penampilannya pagi ini. Puas hati sangat dengan pakaian dan tudung yang digayakannya.

Waktu turun dari tangga selisih dengan Datuk Razali, dia hanya melihat ke arah Khalida sekali saja dan terus tersenyum. Datuk Razali tidak pernah marah kepada Khalida, tetapi mereka hanya berbual hal yang penting saja. Hal yang berkaitan dengan kerja kerana Khalida bekerja sekali dengan keluarga mentuanya. Jangan terkejut pula, kalau nak tahu, Azura pun kerja sekali di situ. Sejak dari dulu dia sudah tahu hubungan ilham – Azura dan semua orang tahu akan hal ini. Begitu juga, orang semua tahu, Ilham kahwin paksa dengan Khalida disebabkan permintaan datuknya. Semua orang jelas akan hubungan mereka. Tiada satu pun rahsia.

“Lida, tengah hari nanti temankan nenek pergi tengok cincin tunang Ilham yer,” jerit Ku Salbiah tanpa melihat wajah Khalida. Tetapi Ilham Hakimi sempat memandang wajah Khalida yang sekadar lalu saja di meja makan. Jarang sarapan dengan dia orang.

“Boleh, tak ada masalah tu!” balas Khalida sambil mengenyitkan mata ke arah suaminya. Dia tengok aku sampai mulut ternganga pagi ini. Biarkan dia!

“kita pergi awal sikit, dalam pukul 12.00 tengah hari,” sambung Ku Salbiah lagi.

“Beres, nenek jemput saya!”

“Kereta kau mana?”

“Rosak!”

“Habis nak pergi kerja dengan siapa?”

“Teksi, nek!” terus berlalu. Nak kena jalan kaki keluar ke simpang jalan lagi.

Rupanya Ilham mengekorinya dari belakang. Siap bunyikan hon lagi. Khalida mengalihnya tetapi tetap meneruskan langkah kakinya.

“Lida, kita pergi sekali hari ni.” Ujar Ilham Hakimi. Khalida mengelengkan kepalanya. Setiap hari Ilham pergi ke ofis bersama kekasihnya bukan bersama isterinya. Tak best lah naik kereta dengan bakal isteri dudanya nanti.

“Mari lah!” ajak Ilham Hakimi lagi.

“Tak nak!” balas Khalida. Aku nak naik teksi juga.

“Lida!” jerit Ilham Hakimi lagi. Khalida mempercepatkan langkah supaya cepat sampai di perhentian bas. Baru sampai tetapi kereta berwarna biru terang ini membuatkan jantung Khalida mahu berhenti saja. Lari dari mulut buaya masuk mulut singa pula pagi ini. Mana teksinya.

Lelaki di dalam kereta itu keluar dan bukakan pintu keretanya untuk Khalida. Di belakang sana Ilham Hakimi sedang melihat dengan hati yang panas.

“Jemput lah Lida!” ajak Rafael Rifky membuatkan Khalida hilang arah. Macam mana nie?

“Saya naik teksi saja, Encik Rifky!!”

“Saya janji saya jaga batas saya hari ini,” janji Rafael Rifky. Dia suka nak pegang tangan perempuan sebab dia bukan islam, jadi dia ingat perempuan islam semua boleh dipegang tangan. Hari itu dia makan penampar Khalida kerana cuba memegang tangan Khalida.

“Tetap tak nak. Satu, Encik Rifky bukan saudara mara saya pun!” Matanya melihat teksi dari jauh. Dia sudah melambaikan tangan untuk menahan teksi.

“Tetapi saya boleh jadi bakal suami awak!” jerit Rafael Rifky tidak dipedulikan oleh Khalida kerana teksi sudah berhenti di hadapannya. Dia terus naik. Ilham Hakimi mengekorinya dari arah belakang. Begitu juga dengan Rafael Rifky. Lantak kau orang berdua, aku tak kisah, asalkan aku boleh sampai ke ofis sebelum pukul lapan. Itu saja!

Rafael Rifky tidak kerja sekali, jadi dia sudah tak ada di pejabatnya tetapi yang peliknya kenapa Ilham Hakimi masih berjalan di sebelahnya.

“Encik Ilham terlupa sesuatu saya rasa!”

“Apa?”

“Kekasih hati mana?”

“Ya ALLAH, lupa!”

“Pergi jemput dia, nanti dia menangis pulak!” kata Khalida sambil ketawa kecil. Terus Ilham gelabah. Tetapi tidak berganjak pun.

“Saya call lah suruh dia datang sendiri!”

“Itu masalah Encik Ilham bukan masalah saya pun!

Satu pejabat tengok perubahan Khalida hari ini, dan ramai yang terpegun. Tidak sangka Khalida isteri Ilham itu menawan orangnya. Khalida bukan saja staf yang bijak, malah cantik kalau hendak dibandingkan dengan Zura. Zura sendiri naik cemburu melihat wajah Khalida yang sebenar.

“Awak nak pikat suami awak ke apa ni? Dengar saja Ilham nak ceraikan awak, terus bersolek sakan. Ingat, Ilham tu hak saya!” tegur Zura ketika Khalida sedang menyiapkan kerjanya.

“Terbalik ayat Cik Zura tu, saya bersolek sebab saya dah nak merdeka,”

“Hah?”

“Kita orang dah nak berpisah, Cik Zura. Saya dah tak sabar nak hidup bujang!” sambung Khalida seikhlas hati.

“Pelik, awak menangis dalam hati kut. Mana perempuan yang sanggup bercerai dengan suami?”

“Aik, Cik Zura, tadi takut saya pikat Encik Ilham, sekarang nak suruh saya mengorat Encik Ilham ke?”

Tadi riuh satu pejabat sebab Encik Ilham dan Cik Zura ini bergaduh kerana Encik Ilham tidak menjemputnya seperti setiap hari. Bergaduh sakan. Tak malu ke buat perangai macam budak-budak saja.

Tengah hari ini ada tiga temu janji. Ada janji dengan Ku Salbiah. Rafael Rifky ajak makan, tetapi dia sudah menolaknya. Satu lagi dengan Emma, dengan Emma yang menarik hati sebab kita orang ada dinner dengan kawan-kawan sekolah malam esok. Jadi, nak pergi beli baju kononnya.

“Encik Ilham pergi dengan nenek saja, boleh tak? Ajak Zura pergi sekali!” cadang Khalida. Nenek sedang berbual dengan ayah mentuanya di dalam bilik. Dia orang saja sedang berjalan menuju ke kereta.

“Awak nak ke mana? Keluar makan dengan Rifky?” suara nampak macam marah saja. Kau nak kahwin dengan Zura kan? Sepatutnya ajak Zura bukan ajak aku. Tetapi dia mengangguk juga sebab nak tunjuk aku pun ada peminat tersendiri. Ada orang berkenan kat aku.

“Encik Ilham nak bertunang dengan Zura kan? Seeloknya ajak Zura, bukan ajak saya!” balas Khalida kembali.

“Nenek nak awak yang pilihkan, kata nenek awak pandai bab-bab fesyen, bab-bab barang kemas ini,” jeling tajam nampak.

“Kalau saya suka, Zura tak suka macam mana?” kau macam nak sakitkan hati aku saja. Atau kau orang semua sudah berpakat nak buatkan hati aku sedih. Tak usah bermimpi.

“Kalau gitu saya ajak Zura lah senang, susah cakap dengan awak!” putus Ilham membuatkan Khalida puas hati. Aku ada hal.

“Tu, Cik Zura dah sampai!” tunjuk Khalida. Dan sekarang Encik Rafael Rifky pun dah sampai di depan matanya. Aik, dah tolak tadi.

“Saya datang jemput awak!” ucap Rafael Rifky sambil menghulurkan sejambak bunga mawar berwarna merah kepada Khalida. Dia nie lerrr.

Terus Ilham tarik tangan Khalida dekat dengannya. Terkejut Khalida dengan tindakan spontan dari Ilham. Begitu juga dengan Zura yang sedang melihat. Rafael Rifky bengang dengan tindakan Ilham Hakimi sebentar tadi.

“Aik, apa main pegang-pegang?” soal Khalida nyaring.

Oo, tak suka aku, tak cinta aku tetapi cemburu boleh tahan jugak yer. Aku macam nak tergelak terguling-guling sekarang nih.

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.