“ Nadia perlahanlah sikit. Macamlah ada putera idaman
kat depan tu.” Syazwan menarik bahu Nadia Asyila dari belakang. Laju gila minah ni jalan.
Lelaki itu mengomel dalam hati. Nadia Asyila mematikan
langkahnya. Syazwan tidak sempat mengelak. Bahu wanita itu dilanggarnya. Shit!
“ Apasal kau brek tiba-tiba pulak?” Syazwan pening dengan tingkah Nadia Asyila.
“ Apa lagi yang kau nak? Tak puas lagi kenakan aku?”
Nadia Asyila bercekak pinggang. Dia sememangnya berang
dengan Syazwan. Pagi tadi dia terpaksa menumpang Iqmal Hisyam. Keluar sahaja daripada banglo yang disewanya, terus
terpandang Iqmal Hisyam yang sudah terpacak menunggunya. Semasa dalam
perjalanan lelaki itu tidak jemu mengajaknya berbual. Namun tiada sepatah pun
yang keluar dari mulutnya. Wrong timing!
“ Nadia, sebenarnya aku kasihan sangat kat kau. Syam…” Percakapan Syazwan terhenti dengan sendirinya apabila
Nadia Asyila memotong.
“ Aku tak ada mood nak bercakap tentang hal yang
remeh-temeh.” Wanita itu pantas berlalu. Syazwan sekadar menjungkitkan
bahu. Syazwan berlari anak mengejar langkah kawannya yang mula menjauh.
“ Okey-okey. Aku mintak maaf. Lain kali aku tak buat
mcam tu dah. Aku tahu aku salah. Aku…”
“ Dah lah. Malas aku nak cakap fasal tu. Banyak perkara
yang lebih penting yang aku kena fikir.” Syazwan mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah
kalah. Mood kawannya itu memang tidak elok pada pandangannya. Entah seratus
peratus kerana kesilapannya ataupun ada perkara lain yang telah mengganggu
emosi perempuan itu. Datang bulan kot. Syazwan senyum dalam hati. Lucu dengan agakan yang
dibuatnya.
“ Jom, aku belanja.” Wanita itu menurut. Dia memang lapar. Pagi tadi
breakfast di rumah langsung tidak di jamahnya. Seleranya hilang apabila
terpandang Amierah di meja makan.
**************************************************************************************************
“ Nadia, sorry! Aku bukan nak jaga tepi kain kau. Betul
aku dengar kau dan Mierah bergaduh? Fasal Fazar dan Syam?” Tanya Syazwan takut-takut. Dia bimbang jika Nadia Asyila melenting
tiba-tiba. Mood wanita itu bukan boleh di jangka. Bila meletup, kalah bom yang
ada atas dunia ni.
Dalam perjalanan tadi dia menerima pesanan ringkas yang
dihantar oleh Azrin. Memberitahu duduk perkara yang telah berlaku semalam. Cuba
meminta pendapat dan jasa baik Syazwan untuk cuba mencari akal bagi meredakan
situasi yang semakin tegang.
Cuba di susun ayat yang dirasakannya terbaik pada
pendengaran wanita itu. Nadia Asyila meneruskan suapan mee goreng yang
dipesannya tanpa menghiraukan soalan Syazwan.
Cepat betul berita tersebar. Entah siapalah yang
sukarela menjadi penyampai berita yang tak bergaji ni. Syazwan turut sama menyuap makanannya. Nak terus bertanya atau diam je? Dipandang wajah Nadia Asyila. Wanita itu rakus menyuap
mee goreng.
“ Kenapa perlu jadi macam ni Nadia?” Syazwan masih cuba menggiat. Nadia Asyila terus membisu.
Setelah habis makanan dan minumannya, Nadia Asyila memeluk tubuhnya dan
belakangnya disandarkan pada kerusi.
“ Sekarang cakap apa yang kau nak cakap.” Nadia Asyila menyuarakannya. Syazwan memandang wanita
itu. Pelik!
“ Aku saja nak habiskan makanan aku. Takut nanti selera
aku hilang bila dengar ceramah kau. Membazir!” Syazwan tergelak kecil. Polis perempuan ni macam-macam. Susah aku nak faham.
“ Apa dah jadi dengan kau dan Mierah?”
“ Tak ada apa yang serius. Dia masih bernafas dan aku
masih bernyawa.” Syazwan melebarkan
senyum.
“ Fasal Fazar dengan Syam?”
“ Tak ada kena mengena dengan nama Syazwan.” Syazwan tersengih. Masih ada hati nak buat lawak minah ni.
“ Sampai bila kau nak tunggu Fazar Nadia?” Syazwan berubah nada. Lembut.
“ Sampai bila-bila pun aku akan mencintai dan akan
tunggu dia.” Nadia Asyila berkata serius.
“ Aku kagum dan terharu mendengarnya. Cinta kau begitu
tulus. Tapi dia tidak pernah menyintai kau Nadia. Ada orang yang sangat
menyayangi kau. Sudahlah! Sedarlah Nadia. Jadikan Fazar sebagai masa silam kau
dan Syam sebagai masa depan kau. Tidak ada yang disakiti dan tidak ada yang
akan menyakiti.” Syazwan cuba memancing. Cuba menyedarkan wanita yang
menjadi sahabat kesayangannya untuk menerima realiti.
“ Aku tak nak berbincang tentang Hisyam.”
“ Tapi kau harus menerima kenyataan. Fazar tak mungkin
menyintai kau.” Syazwan geram.
“ Syazwan, walau apa pun permainan takdir, cinta aku
hanya satu. Hanya untuk Fazar.” Nadia Asyila sedikit sebak.
Ah! Aku betul-betul tak faham dengan perangai perempuan.
Tadi bukan main lagi mainkan aku. Happy. Sekarang bila feeling macam orang mati
laki. Idiot!
“ Jadi kiranya ni sampai tua la kau nak tunggu dia? Menolak
hukum alam seandainya memang tiada takdir yang akan menyatukan kau dengan dia?” Nadia Asyila memandang wajah Syazwan. Ini mengatakan
sesuatu. Namun, pantas dipintas oleh lelaki itu.
“ Aku tak nak dengar kalau kau nak cakap yang aku takkan
faham.”
“ Memang! Hanya yang memahami je akan mengerti tentang
hati aku ni. Salahkah kerana aku mencintai?”
“ Salah tu tak. Cuma cara kau tu salah. Mencintai insan
yang tak mencintai kau.”
“ Dah memang takdir aku macam ni.”
“ Jadi kau nak salahkan takdir?”
“ Memang kau takkan faham.”
“ Aku pun malas nak faham. Kau tu yang tak nak faham
sebenarnya.”
“ Dah lah. Makin berbelit aku cakap dengan kau.”
“ Sebenarnya kalau kau nak buat pilihan, kau terlalu
boleh. Cuma kau jer yang tak nak buat pilihan.”
“ Dah lah Syazwan. Aku bingung.”
“ Baguslah kalau kau bingung. Dengan bingung lah kau
akan mengenal apa itu bingung dan apa itu tak bingung.”
“ Kau tu yang semakin nak bingungkan aku.” Syazwan tersenyum. Kelat.
****************************************************************************************************
Amierah menghempaskan sketch book di atas mejanya
sedikit kuat. Mulutnya mengomel entah apa-apa. Hanya dia yang memahami butir
bicaranya. Ada sesetengah guru yang menggeleng. Malas melayan karenah wanita
itu. Teruk sangat ke muka aku sampai dia tak nak pandang? Ah!
aku pun tak ingin tengok muka kau.
“ Moody je.” Aflah yang mengajar subjek Pendidikan Islam menegur.
“ Apa pandangan kau terhadap aku?”
“ Pandangan apa?” Aflah kembali menyoal.
Hisy bengap betullah dia ni. Tu pun payah nak tangkap.
Ustazah, tapi…
“ Oo… kejap.” Hah bijak pulak.
“ Aku tengok kau okey. Suka ambil berat tentang masalah
kawan-kawan. Cuma perangai kau je, kadang-kadang bila tak ada angin pun suka
melenting. Sebiji macam perangai Nadia.” Amierah pantas berdiri.
“ Kau boleh cakap apa yang kau suka tentang aku tapi
jangan sesekali samakan aku dengan perempuan tu. Aku tak suka.” Pantas dicapai sketch book dan terus berlalu. Aflah
tercengang.
Tadi tanya pandangan aku. Bila aku cakap, dia buat ribut
pulak. Dipandangnya wajah kawan disebelahnya. Ada simpati di wajah itu
untuknya.
“ Mungkin mereka bergaduh.” Kawan itu meneka.
“ Nampaknya breakfast dengan angin taufan aku hari ni.” Wanita itu tersenyum hambar.