“ Syam berikan masalah pada Nadia ke?” Iqmal Hisyam berkata sambil wajahnya terus memandang
jalan.
Apa hal pulak mamat ni tanya aku macam tu? Macam-macam!
Nadia Asyila rimas dengan lelaki yang berada di sebelahnya. Dia sudah penat
untuk berlembut. Dulu semasa zaman persekolahan, dia selalu berlembut dan kemas
mengingati janji yang pernah dibuat oleh Iqmal Hisyam.
Tetapi, sejak pertemuan semula yang wujud antara mereka,
lelaki itu memungkiri janjinya. Itu yang dia malas mahu melayan Iqmal Hisyam
dengan baik. Asalkan dia menyedari yang layanannya kepada lelaki itu tidaklah
terlampau teruk dan tidak juga terlalu mesra. Dia mahu lelaki itu faham yang di antara mereka takkan
pernah ada hubungan kasih yang akan tercipta. Dia tidak mahu memberikan
sebarang harapan. Nanti keadaan akan menjadi lebih rumit.
“ Nadia tak rasa
macam tu pun. Kenapa?” Ringkas. Iqmal Hisyam tenang dengan pemanduannya.
“ Tapi mata Nadia menunjukkan semua tu. Mata tak pernah
menipu.” Hai nak berfalsafah pulak. Kalau dah tahu buat-buat reti
jelah.
Wanita itu hanya membisu. Geram. Entah kenapa dia merasa
tidak senang apabila berduaan dengan lelaki itu.
“ Nadia, Syam…” Kata-katanya terhenti apabila Nadia Asyila memotong.
“ Syam please… Syam tengah memandu. Nadia tak nak
berlaku perkara yang tak diingini.” Lelaki itu senyum. Tak mungkin kalau hanya sekadar
bercakap dia akan hilang fokus dalam pemanduan. Wanita itu hanya sengaja
mencari alasan. Iqmal Hisyam sedar.
“ Syam takkan biarkan perkara tu berlaku kerana Nadia
adalah nyawa Syam.” Nadia Asyila mengeluh. Sudah acap kali dia mengeluh selama
berada di atas muka bumi ini. Sebahagian besarnya adalah kerana lelaki yang
bernama Iqmal Hisyam.
“ Syam please lepaskan Nadia. Nadia tersepit dengan keadaan
ini.”
“ Syam akan terus biarkan Nadia tersepit. Sebab Syam
tahu bila Nadia berada dalam keadaan tu, Syam ada dalam hati Nadia.” Eee geram betul aku dengan mamat ni. Aku cakap macam ni
dia bangkang macam tu. Tak faham betul!
Tanpa disedari wanita itu menghentakkan sedikit kakinya
di lantai kereta. Iqmal Hisyam sedikit menjeling dan tersenyum. Nadia Asyila
mencuka. Baginya, tidak ada lagi yang lebih layak dari reaksi itu.
“ Esok Syam datang ambil.” Nadia Asyila pantas menggeleng.
“ Tak payahlah Syam. Menyusahkan je. Nadia tumpang
Mierah je.”
“ Syam rela disusahkan Nadia. Selalu pun tak apa. Tak
payahlah susahkan Mierah. Jalan dengan dia kan tak sama. Nanti lewat pulak dia
sampai sekolah.” Nadia Asyila mati kutu.
“ Nadia boleh naik teksi.” Nadia Asyila pantas menutup pintu kereta.
“ Esok pukul lapan.” Lelaki itu bersuara sedikit tegas dan pantas memecut
keretanya. Satu perkara yang paling disenangi dengan perempuan yang
dicintainya, Nadia Asyila selalu membahasakan dirinya dengan nama walau dia
marah sekalipun. Itu yang membuatkan Iqmal Hisyam semakin jatuh hati
dengan permpuan itu. Dia tidak pernah boleh untuk merasa marah dengan wanita
yang dicintainya.
*****************************************************************************************************
“ Pandai-pandai je nak mengarah aku. Bila la mamat tu
nak faham agaknya. Cakap elok-elok dia buat tak reti. Kalau tegas sikit dia
buat muka seposen. Kalau buat serius tayang muka macam tak ada perasaan. Eee…
geramnya.” Nadia Asyila menghempaskan briefcase di tangannya ke
atas sofa. Sedikit ganas.
“ Apa yang kau bebelkan tu Nadia?” Amierah menyapanya sambil menghulurkan mug yang berisi
air kepada wanita itu. Nadia Asyila menjeling sekilas. Minah ni pun satu. Nak cakap tu main redah je. Nak tegur
tu sekurang-kurangnya bagilah salam dulu. Makin naik adalah geram aku ni. Dia membebel di dalam hati kerana Amierah tiba-tiba
sahaja bersuara di belakangnya. Dia sedikit terperanjat. Tapi tidak
ditunjukkan.
“ Tak nak ke?” Amierah mengangkat keningnya yang cantik terbentuk.
Nadia Asyila tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Akhirnya Amierah meletakkannya
di atas meja sofa yang berdekatan. Adalah tu yang tak kena. Apa lagilah bala yang datang.
Amierah bersahaja memandang kawannya itu sambil
merapatkan mug ke bibirnya. Nadia Asyila menjeling Amierah yang tidak jemu
memandangnya. Amierah malas mahu bertanya. Bukan dia tidak kenal Nadia
Asyila. Kalau maslahnya susah sangat nak berkongsi. Sia-sia saja dia tanya.
Kalau dia tak nak cakap bagi emas bertongkol pun dia takkan cakap. Itulah Nadia
Asyila.
Nadia Asyila melepaskan keluhan berat. Diambil mug yang
berisi air tadi dan diminumnya. Habis! Nafasnya ditarik dua tiga kali.
Dipandang muka Amierah tepat. Minum pulak. Amierah senyum dalam hati.
“ Aku nak minta tolong boleh?” Disuarakannya pada gadis itu. Amierah mengangguk.
Bersedia menghulurkan bantuan.
“ Kau tolong beritahu Hisyam supaya jauhkan diri dia
daripada aku. Aku dah give up. Dah berbuih mulut aku beritahu. Tak ada hasil
langsung.” Emm pasal Hisyam rupanya.
“ Apa yang dia dah buat pada kau?” Amierah menyoal. Nadia Asyila mendengus.
“ Tak kisahlah dia buat apa pun, apa yang pasti hidup
aku akan aman kalau dia tak muncul.” Kali ini Amierah pula yang mendengus.
“ Boleh aku cakap
sikit?” Nadia Asyila membatu. Nak cakap,cakap
ajelah! Nak mintak-mintak izin pulak.
“ Sebenarnya,apa yang kurangnya Syam, aku tengok dia
okey. Baik, cinta dan sayang kan kau separuh nyawa. Entah-entah sekarang ni dah
seluruh nyawa. Aku pun tak tahu, kalau nak dibandingkan dengan Fazar, aku
tengok Syam lagi handsome. Aku tahu yang kau tak buta untuk tengok semua tu. Kerja
dia pun okey. Tak bertentangan dengan undang-undang. Caring, selalu tanya
tentang kebajikan kau. Bagi aku tak ada sebab untuk dia jauhkan diri daripada
kau, Kalaulah aku, bahagia hidup, kalau kahwin dah beranak pinak dah pun. Tapi
kau degil! Tetap jugak nak tunggu si Fazar yang entah apa-apa tu! Dalam hal
cinta, kau memang buta. Tak tahu menilai mana yang lebih baik. Kalau aku jadi
kau, dah lama aku sambar Hisyam. Takkan kecewakan dia seumur hidup, apatah lagi
setiap saat!”
Nadia Asyila terasa disindir. Dia mahu Amierah
menyebelahinya tapi sebaliknya berlaku.
“ Kalau tak nak
tolong, cakap ajelah! Tak payah nak bagi ceramah.” Nadia Asyila terus berlalu ke tingkat atas. Hatinya
sedikit terusik. Merajuk! Kawan-kawan yang lain hanya memerhati. Tak berani masuk campur. Mereka sedar yang mulut Amierah
hari ini sedikit laser.
“ Biarlah dia bertenang dulu.” Azrin menepuk perlahan
bahu Amierah. Wanita itu memandang sepi anak tangga yang baru dipijak oleh Nadia
Asyila.
Dah puas aku berlembut tapi tetap juga macam tu. Hisyam
terus datang dengan huluran cintanya. Fazar pula kembali menambah luka dihati
kau. Dan kau, mengapa masih menunggu cinta jantan tak guna tu? Aku pening
dengan kau Nadia. Maafkan aku kerana berkasar. Niat aku suci.
Amierah meletakkan dagunya diantara kedua-dua belakang
tangan. Paha Azrin dijadikan alas. Terus melayan karenah fikirannya yang
terlekat pada kaca televisyen.
Hai nampaknya bala kali ni datang daripada aku. Amierah terus bermonolog.
***************************************************************************************************
Nadia Asyila merebahkan badannya di atas katil.
Kepalanya pusing dengan telatah pelbagai watak hamba Allah yang dikenalinya. Ah! Kalau fikir tak mandi aku. Dia pantas mencapai tuala yang tersangkut di kepala katil.
Setelah hampir setengah jam, Nadia Asyila melangkah
keluar dari bilik mandi. Di pandang sekilas Amierah yang sedang memandangnya.
Nadia Asyila terus menyarung pakaian ke badannya tanpa menghiraukan wanita yang
tidak jemu memandangnya.
Nak minta maaflah tu! Malas aku nak layan.
“ Maafkan aku. Aku tak bermaksud nak kecilkan hati kau.
Buat kau terasa.” Nadia Asyila membelek wajahnya dihadapan cermin. Amierah mendekati
wanita itu.
“ Nadia, kau dengar tak? Aku minta maaf.”
Nadia Asyila tidak menunjukkan apa-apa reaksi pada
bicara Amierah. Dia semakin galak menyapu bedak pada wajahnya. Meratakan kiri
dan kanan. Amierah berlalu meninggalkannya dan duduk di birai katil.
“ Kau dah tak macam dulu Nadia. Dulu, sebesar
mana pun salah aku, bila aku minta maaf kau terus angguk. Aku sedar memang
silap aku kerana cakap macam tu pada kau. Tapi besar sangat ke salah aku? Aku
tak bermaksud langsung untuk sindir kau. Apatah lagi nak hina kau.” Nadia Asyila menjeling kawannya melalui cermin.
“ Kau tak payah nak berfalsafah kat sini pulak. Aku tak
nak dengar.” Sinis balasan daripada Nadia Asyila.
“ Terpulanglah. Aku cuma sindir sikit je tapi kau dah
bagi reaksi macam ni. Aku bukan menghina kau macam Fazar. Berjuta kali lelaki
tu hina kau tapi kau tak pernah bencikan dia. Ya,! Kau ada hak untuk marah atau
benci aku. Sebab aku hanya Amierah. Seorang kawan yang langsung tak penting. Bukan
Fazar Azameer. Seorang lelaki yang tak pernah berhenti untuk kau cintai.
Terlalu besar perbezaannya.” Amierah berkata tajam. Nadia Asyila berpaling dan
mengadap kawannya itu. Masih nak cari fasal lagi ke?
“ Kau tak payah cakap. Kali ni aku tak buta. Aku tahu kau Amierah bukan Fazar.” Nadia Asyila memberi reaksi. Positif! Melayan kata-kata
tajam Amierah. Azrin dan Shahrina yang berada diluar bilik saling berpandangan.
Memasang telinga! Mahu mendengar bicara seterusnya.
“ Tahniah! Aku tabik sebab mata kau masih elok. Pandang
aku! Aku hanya Amierah yang tak berikan apa-apa makna dalam hidup kau. Tak
macam Fazar yang kau letak dia di tempat yang paling dalam dan paling indah
dalam hati kau.”
“ Habis kenapa? Kau jelouse?” Perang mulut terus berlaku.
“ Hei sorrylah. Aku tak ada masa nak jelouse. Aku
kasihan sangat kat Hisyam sebab mencintai perempuan macam kau ni.”
“ Kau jangan melampau Mierah. Jaga sikit mulut kau tu.
Aku tak pernah minta Hisyam cintakan aku.”
“ Kenapa? Kau nak gari aku? Nak bawa aku masuk lokap?
Kesalahan aku belum cukup berat kalau nak dibandingkan dengan Fazar.” Nadia Asyila hilang bicara. Bagai mahu di telan Amierah
hidup-hidup.
“ Kau tak payah nak pandang aku macam tu. Aku langsung
tak takut.” Nadia Asyila bertambah berang. Kemarahannya sukar di
kawal.
“ Kalau sepatah lagi kau cakap, tahulah apa nasib kau.”
“ Kau nak buat apa?” Nadia Asyila pantas meluru ke arah Amierah namun
langkahnya terhenti apabila mendengar jeritan Azrin yang sedang menguak daun
pintu.
“ Apa yang berlaku ni? Mierah? Nadia? Selama ini korang
takde nak gaduh-gaduh maca ni. Aku tengok macam isi dengan kuku bagai.
Berkongsi suka dan duka. Susah nak bertekak. Kenapa sebab lelaki kamu perlu
bergaduh?” Azrin sedikt menjerit dengan kata-katanya.
“ Bukan aku tapi dia.” Kedua-duanya berkata serentak dan saling menunjuk sesama
sendiri.
“ Ah, dua-dua sama.”
Azrin bersuara kuat. Bengang dengan apa yang berlaku.
Dia menghentakkan kakinya persis anak kecil dan terus berlalu. Shahrina yang
berada di muka pintu sedikit mengaduh apabila bahunya di langgar. Amierah dan Nadia Asyila saling berpandangan. Seketika
kemudian kedua-duanya menghadiahkan jelingan.
“ Kau yang mulakan.”Amierah masih lagi mahu memanjangkan rasa geramnya.
“ Aku pulak. Kau lah yang start dulu.”
“ Kau takkan pernah sedar diri melainkan kau lupakan
tentang lelaki yang tak pernah mencintai kau. Jangan pernah jadi macam orang
yang tak ada maruah. Memperhambakan diri dengan rasa cinta yang entah apa-apa.”
“ Apa yang kau cakap ni? Kau yang tak sedar sebenarnya.”
“ Okey. Memang aku tak sedar. Dan orang yang tak sedar
diri ni nak sedarkan kau. Aku tahu macam mana caranya.” Shahrina dan Aini yang berada di pintu bilik berdebar
dalam menunggu apa yang akan berlaku. Ingin masuk campur tapi takut tersalah
cakap. Mereka menjadi kalut apabila langkah Amierah melangkah
ke arah potret yang tergantung kemas di sudut bilik itu.
“ Apa yang kau nak buat ni Mierah?”
Nadia Asyila gagal menghalang apabila tangan Amierah
sudahpun mencapai potret yang dilukis tangan itu dan menghempaskannya ke lantai
bilik. Bingit kedengaran bunyi kaca yang berderai. Kesemua yang ada terpempan. Azrin yang menghilangkan
diri seketika tadi kembali menapak di dalam bilik. Kesemua yang ada juga sudah
menapakkan kaki mereka di dalam ruang bilik.
Nadia Asyila terduduk. Setitik air matanya gugur juga.
Terkilan dengan apa yang berlaku. Ketiga-tiga yang lain memandang muka Amierah
dengan perasaan yang terkejut. Wajah itu selamba. Seakan tiada perasaan
bersalah.
“ Sampai hati kau buat aku macam ni.”
Nadia Asyila berkata dengan nada yang sebak. Dia tidak
menyangka akan tindakan kawan yang disayanginya.
“ Aku nak kau sedar. Bangun dari tidur kau yang dah
terlalu panjang. Takkan ada orang dalam dunia ni yang akan buat kerja bodoh
macam kau.”
“ Tak ada salahnya aku biarkan dia hidup dalam hati
aku.”
“ Salah. Sangat-sangat salah kalau kau nak tahu. Diri
kau sendiri tak boleh nak hidup dengan keadaan kau macam ni. Ada dia kisah
tentang kau? Tak ada kan? Ada dia ambik tahu fasal kau? Tak pernah sekali pun
kan? Ada dia rindu dan cintakan kau? Tak pernah dan tak mungkin pun kan? Jadi
apa yang kau tunggu dan kau nak buktikan? Pada siapa? Pada kami? Pada Syam?
Pada semua orang? Kau nak ceritakan pada semua orang tentang apa yang kau alami
selama ni? Tak akan ada yang kisah dengan kau. Kecuali kami yang sayangkan kau.
Kecuali Syam yang tak pernah berhenti mencintai kau. Sedarlah Nadia. Tolong
sedar.”
“ Kau takkan pernah faham hati aku.” Kesayuan kata-kata yang lembut itu meniti di bibir Nadia
Asyila.
“ Sudahlah! Tolonglah! Aku benci dengan ayat kau. Aku
benci dengan pengulangan ayat kau tu. Dah jemu aku dengar. Dah nak naik cair
tahi telinga aku ni dengar.” Amierah masih dengan nada yang tadi. Sedikit tinggi. Dia
terlalu geram dengan kawannya seorang itu. Azrin bersimpuh di sebelah Nadia Asyila yang masih setia
dengan duduknya. Mengusap perlahan-lahan belakang badan perempuan itu. Cuba
memujuk. Aini memberi isyarat mata kepada Shahrina supaya turut
sama menenangkan Amierah.
“ Sudahlah. Tak payahlah nak bincang fasal ni malam ni.
Nanti tak fasal-fasal korang yang gaduh”
Aini menepuk dahinya perlahan dengan apa yang dicakapkan
Shahrina. Adoi! Bukankah sekarang ni mereka tengah hangat
bergaduh? Bukan setakat bergaduh. Boleh jadi nak berperang besar. Kenapalah
minah ni boleh cakap macam tu pulak. Shahrina menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Menyedari
yang dia tersalah cakap.
“ Shahrina malam ni aku tidur kat bilik kau.”
“ Haa….” Shahrina terpinga-pinga. Dia seakan masih tidak percaya
dengan apa yang baru berlaku.
“ Baguslah!” Nadia Asyila
bersuara dalam nada yang masih lembut. Hatinya begitu terkilan dengan apa yang
dilakukan Amierah. Dia pantas
mencapai bantal dan selimutnya. Selepas itu terus memanjangkan langkahnya
keluar dari bilik . Sekali lagi bahu Shahrina di rempuh.
Ya Allah, apa nak jadi ni? Perang dunia ketiga ke apa
ni? Shahrina memanjangkan lehernya memandang Amierah yang
menuju kebiliknya. Sekilas kemudian di pandang pula Nadia Asyila di birai katil
dengan kesedihan yang masih bersisa. Dia bingung. Tidak tahu apa yang patut
dilakukan.
******************************************************************************************************
Fazar Azameer memungut kaca yang berderai dari gelas
yang terlepas di tangannya seketika tadi. Secara tidak sengaja tangannya
terlepas gelas yang berisi jus oren. Entah macam mana dia boleh menjadi selalai
itu. Salama ini jarang dia memecahkan barang-barang. Cuma tadi mungkin tangannya licin akibat dari kesan
sabun yang masih melekat di tangannya semasa membasuh tangan.
“ Kata orang akan ada petanda yang tak baik.”
Dia bermonolog sendiri. Selepas itu dia menjuihkan
bibirnya. Tidak mahu percaya dengan firasat yang sebegitu. Beberapa minit kemudian, dia mengisi jus yang baru di
dalam gelas. Membawa ke meja kerjanya. Kembali menghadap laptop yang terbuka
dengan memaparkan proposal yang masih tidak lengkap.
Dipandang seketika jam di dinding apartmennya.
Menunjukkan sepuluh minit menghampiri ke angka dua belas malam. Sekejap tadi
rasa mengantuk menyinggah di matanya. Namun, dia perlu menyiapkan proposal yang perlu
dibentangkan dengan sebuah syarikat yang akan berkongsi bajet dalam
menghasilkan barangan elektrik terbaru. Dia tidak mempunyai banyak masa kerana
proposal akan dibentangkan dalam masa tiga hari lagi.
Dia membawa langkahnya memandang keindahan malam di
beranda luar. Beberapa hari kebelakangan ini, entah mengapa dia merasakan ada
yang tidak kena dengan dirinya. Ada sesuatu yang mengganggu fikirannya.
Sesuatu yang paling tidak diduganya. Hatinya membantah
keras dengan apa yang fikirannya mahukan. Entah kenapa wajah Nadia Asyila
seringkali bermain-main di ruang fikirannya. Hatinya puas menepis segala kemungkinan. Tidak mungkin
dia akan menjilat ludahnya sendiri dengan menyimpan perasaan selain perasaan
benci kepada perempuan itu.
Sudah hampir sebulan dia tidak mendengar khabar atau
bertemu dengan Nadia Asyila. Sejak kes kecurian di syarikatnya selesai, dia
tidak lagi mengganggu perempuan itu.
“ Kenapa aku rasa macam rindu bila aku tak kacau dia?” Diteguk perlahan jus oren yang berada di tangannya.
“ Apakah semua ni ada maksud yang tersirat?”
-Kau dah mula jatuh hati dengan dia Fazar. Fazar Azameer mencari suara yang muncul dengan
tiba-tiba. Sedikit tersentak.
-Aku adalah suara hati kau. Betul kan apa yang aku
cakap? Kau dah mula jatuh hati dengan dia?
“ Kau siapa nak cakap macam tu? Aku tak mungkin akan
mencintai dia. Dengan alasan apa untuk aku mencintai dia?”
-Kau mula rasa rindu. Perasaan benci kau yang selama ni
kau suburkan akan disirami pula dengan rasa cinta pada dia.
“ Diam!”
-Aku takkan pernah diam. Aku cuma cakap apa yang kau
akan hadapi.
“ Kau tak layak nak cakap apa-apa”
- Aku suara hati kau lah bodoh. Aku lebih layak dari
segala-galanya.
“ Aku cakap diam.”
-Kau akan kalah. Suatu hari nanti kau akan mengaku yang
kau mencintai dia.
“ Ah! Tak mungkin!”
-Kau akan merampas orang yang kawan kau cintai. Kau akan
membuatkan hati Syam tercalar. Kau akan menjadi seorang yang kejam.
“ Diam! Aku cakap diam.”
Fazar Azameer menjerit kuat. Dibaling gelas yang berada
di tangannya ke arah dinding. Berderai.
“ Ah! Semua ni kerja gila. Aku tak mungkin akan
mencintai dia. Siapa dia untuk aku cintai? Dia hanyalah seseorang yang selalu
menyusahkan hidup aku.” Dia mendengus kasar.