Home Novel Cinta Semanis Derita, Sepahit Bahagia
20.1

Sejam setengah kemudian. 

Setelah sampai di rumah, Ammar Najjah melangkah masuk. Bergegas melangkah ke dapur, meletak barang-barang dibeli oleh emak. Mata, memanndang ke arah tudung saji kecil di atas meja. Membulat mata sebaik mengangkat tudung saji. Dia mengeluh. Dayana, langsung tidak mengusik makanan yang disediakan. Tidak laparkah Dayana? 

“Kenapa, Ammar?” 

Terangkat sedikit kedua bahunya. Pantas, menutup kembali makanan tersebut.

“Tak ada apa-apa, mak.” 

“Dia, tak makan?” Puan Munirah mendekati. 

Ammar Najjah hanya mengangguk lemah. 

“Mengada-ngada. Ingat puteri raja? Nak kena layan elok-elok?” Merengus halus.

“Mak, jangan cakap Yana macam tu. Yana, bukan macam yang mak sangka. Dia baik mak. Baik sangat. Mungkin, dia masih tak boleh terima semua ni. Bagi dia masa, mak.”

“Ammar! Kenapa asyik bela dia? Apa dia dah buat kat Ammar, sampai jadi macam ni?” 

“Mak, Yana tak pernah buat apa-apa kat Ammar.”

Senyap.

“Selama ni, Ammar yang tergila-gilakan dia. Yana tak pernah kata, sukakan Ammar. Semua ni, salah Ammar mak. Ammar tak buka mulut, bela dia betul-betul. Apa jadi hari tu, bukan salah Yana. Ammar mak, Ammar yang salah.” Dia menunduk. Tanpa mampu ditahan, jatuh air mata. Tidak mahu berdiam diri lagi, mendengar emak berterusan menyalahkan Dayana.

Puan Munirah memandang anak tunggal. Menarik nafas panjang, dihela perlahan-lahan. Mengaku juga anak bertuah. Memang dinantikan saat ini. Menunggu anaknya mengaku kesalahan. Sengaja berlakon, memarahi Dayana. 

Dia tahu hakikat sebenar setelah memasuki bilik anaknya beberapa minggu lepas. Terbaca diari anaknya tanpa sengaja. Ammar Najjah telah lama menyukai Dayana. Dia jugalah yang memujuk suaminya, menjemput Dayana ke sini.

“Mak, ampunkan Ammar. Jangan terus salahkan Yana. Ammar sayangkan dia, mak. Beri Ammar peluang untuk tebus salah. Untuk bahagiakan, Yana.” Tangan emak, digenggam erat lalu tubuh syurganya didakap. Tanpa rasa malu, dia memangis.

Belakang badan anaknya ditepuk dengan lembut. Puan Salmah tidak menyalahkan anaknya kerana pasti ada alasan kukuh, mengapa Ammar Najjah bertindak begini.

“Ammar, dengar apa mak nak cakap ni.” Ditarik lembut tangan anaknya mendekati kerusi di meja makan. Setelah duduk, muka si anak dipandang dengan penuh sifat keibuan.

“Ammar, mak bersyukur. Anak mak, mengaku silap. Mak tahu, Yana budak baik. Mak sengaja buat macam ni sebab mak nak dengar daripada mulut Ammar. Hati mak tak tenang, Ammar banyak diam. Tak pernah jelaskan apa yang jadi. Ammar, betul sayangkan Yana?”

Ammar Najjah mengangguk. 

“Ammar, perkara dah jadi. Tak boleh undur dah. Mak pun buntu sebab korang muda lagi. Mak dan ayah, akan cuba sedaya upaya bantu Ammar dengan Yana selagi kami hidup. Janji dengan mak, Ammar akan bahagiakan Yana?” Kuat tangan anaknya digenggam. 

Perlahan-lahan mula menerima kehadiran Dayana. Tanpa anaknya tahu, telah beberapa kali dia mengintip menantu secara rahsia di rumah Puan Kalsom. Dia juga banyak merisik tentang perangai Dayana daripada sumber-sumber yang dipercayai. Semakin cuba disiasat semakin hatinya terpaut dengan personaliti Dayana. 

“Dah, pergi tengok Yana. Pujuk elok-elok. Ajak dia makan.”

“Terima kasih, mak.” Ammar Najjah memeluk emak erat-erat. 


Previous: 20
Next: 20.2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.