Home Buku Fantasi The New King
Bab 62

Semua


Mereka berjaya mengalah kan Patung merah dari tingkat 1 hingga 4. Kini hanya tinggal patung merah terakhir yang berada di tingkat 5. 

Namun hari sudah pun siang maka dari itu patung merah tidak akan keluar memburu mangsa. Patung merah hanya bergerak pada malam hari. Apa yang boleh mereka lakukan sekarang adalah mencari makanan. Werza ditugaskan untuk mencari makanan kerana dia mampu berpindah tempat dalam waktu yang singkat dengan Core Dimensi nya itu. 

Zanjiil dan Man  akan menemani Werza.


Tama : kau tak boleh ikut.

Zanjiil : eh kenapa pula?

Fad : jangan risau. Waktu siang selamat asalkan tidak sesat di lorong-lorong yang bergerak dengan sendirinya.

Werza : baiklah. Kita bergerak sekarang.


Mereka bertiga pun tembus terus ke dapur dengan Core milik Werza. Di sana terdapat peti sejuk yang menyimpan makanan.


Zanjiil : eh ada puding?

Man : ya aku tau. Yang kau suka sangat kenapa?

Zanjiil : aku suka puding..

Man : bukan kau suka daging ke?

Zanjiil : hahhh ?

Werza : shushh.. jangan kuat sangat cakap tu.


Werza berbisik-bisik...


Werza : masih ada orang lain dekat hotel ni... Mungkin saja dia musuh..

Man : baiklah...

Werza : ambil cepat. Letak je apa yang muat dalam kantung tu.


Zanjiil sebaliknya dia memakan puding di situ dengan tenangnya.


Man : woi.. kau buat apa?

Werza : ahh abaikan. Kita gerak sekarang...


Werza sangat berjaga-jaga dengan keadaan... Dia terus membuka pintu dimensi ke ruangan pusat hotel itu. Mereka pun masuk..


Delima : dia orang dah balik..

Werza : kami dapat ayam dan ikan.

Man : aku ambil roti..


Mereka semua memandang Zanjiil yang sedang makan puding dengan santai.


Zanjiil : manisnyaaaa....

Tama : aku dah agak ..

Werza : cukup ni untuk kita semua. Kita cuma perlukan api.


Tama pun mengeluarkan dua pedang nya.


Werza : kenapa ni? Ada musuh ke?

Man : eh tak.. dia nak buat api.

Werza : oh ye tak ya la. Jimat masa.


Zanjiil memakan puding itu dengan perlahan sambil menikmati nya. Delima melihat itu terliur...


Delima : minta sikit boleh?

Zanjiil : tak boleh...


Delima kecewa. Zanjiil terus memakan dengan cepat.. dia makan sehingga tinggal sedikit di dalam cawan puding itu.


Zanjiil : nah..

Delima : ermm?


Dia memberi kan sisa puding yang tinggal sedikit kepada Delima. Delima terus mengambil cawan itu dan makan.


Delima : terima kasih..


Katanya sambil tersenyum.. Setelah Tama menghidupkan api, mereka pun membakar ayam dan ikan..


Gelana : bawa sini roti tu. Aku tahu cara nak panaskan nya.

Heigo : ya betul. Dia pandai bab-bab masak ni.

Werza : wah hebat lah.

Fifi : kakak memang terbaiklah. Saya yang masih muda ni pun tak tahu cara menanak nasi.

Juli : lain kali belajar. Gelana kan?

Gelana : ya?

Juli : tak nak kahwin ? Orang lelaki biasa cari perempuan pandai masak ni..

Gelana : ehh? Errrr... Saya belum fikir sampai ke situ...


Wajah gelana menjadi merah kerana malu...


Fifi : tengok muka kak Gelana.. hahaha..


Ketika mereka sedang membakar ayam dan ikan itu...


Ozen : mana Zafar?

Tama : entah lah..

Crisa : Man pun hilang.. mana dia orang?

Fad : Werza pun tak ada ni..

Ozen : Zanjiil mana? Dia pun tak ada..

Dew : haa biarlah. Mungkin mereka cari rempah ratus untuk ayam dan ikan ni..

Tama : hmm ya ...

Crisa : Juli, kita sekarang ada di benua Bawasa kan?

Juli : yaa.. kenapa?

Crisa : jauh juga aku sampai ke sini berjalan..

Ozen : sama lah. Aku juga merasa hairan.

Heigo : kita semua rasa hairan.. yang penting sekarang kita kena keluar dari sini.

Crisa : betul.. ingatan kita akan kembali...


Mereka yang hilang tadi kembali..


Ozen : kau pergi mana Zafar ?

Zafar : cari kayu yang boleh bakar. Nah..

Gelana : bagus juga.

Zanjiil : ini rempah.. biar ada rasa ayam ni..

Man : aku dapat botol air minuman. Nah ambil seorang satu.

Heigo : baguslah kau Man .. kebetulan aku haus ni..

Werza : ha .. haha. Haha..

Tama : kenapa Werza?

Werza : tak ada apa.. he he he..


Jawab Werza dengan nada yang tersangkut-sangkut. Dia memandang Zanjiil dan Zafar...


Gelana : ok siap...

Man : yeay makan..

Gelana : ehh belum.. ayam dan ikan belum siap.. ini baru roti.


Setelah lama menunggu, akhirnya dapat lah mereka makan.


Tama : haish.. lama lagi tunggu malam..

Man : rehat lah dulu...

Fifi : sedap nya ayam ni..!!

Juli : yaa. Tak sangka .. kau benar-benar berbakat...

Gelana : hahah.. biasa je tu..

Zanjiil : betul tu.. aku suka makan ayam masak merah tu. Fuh sedap.

Fad : wah betul ke? Sedap tu.. tak sabar aku nak balik. Boleh suruh isteri aku masak.

Ozen : kau ada isteri?

Fad : laaa aku kan ada anak. Ni haa fifi..

Ozen : aku ingatkan isteri kau meninggal ke apa,..

Fad : tak ada lah..


Mereka terus makan makanan yang ada di situ. Kemudian berehat melelapkan mata. Malam pun datang.. hotel itu mengalami gegaran yang kuat sehingga membangun kan mereka semua.


Dew : bangun semua... Kita terlajak tidur dah ni...

Man : apa?

Ozen : biar betul... Kita terlajak lah!!

Heigo : bangun woi!!

Crisa : tak sangka kita tidur selama ini.

Zafar : ya.. kita berjaga terlalu lama.

Gelana : kenapa hotel ni bergegar ni?

Dew : tak tahu.

Fad : Fifi, dekat lah dengan Ayah..

Fifi : baik ayah..

Zafar : Werza... Buka pintu dimensi kau ke tingkat 5.

Werza : baiklah..


Werza pun menepuk dinding dan terbuka lah satu ruangan menuju ke tingkat 5.


Zafar : semua masuk!!

Man : eh kenapa semua?

Zafar : tempat ni dah tak selamat. Kita semua kena pergi ke tingkat 5.

Tama : ya ini yang terakhir...


Mereka semua pun menuju ke tingkat 5 melalui pintu dimensi Werza.

Selepas mereka sudah sampai ke tingkat 5. Gegaran itu berhenti.


Dew : jangan jauh-jauh.. nanti kita berpecah..


Mereka semua memandang setiap sudut lorong-lorong di tingkat 5 itu.


Heigo : kat depan tu ada tempat yang luas.

Zafar : baiklah. Gerak ke sana!!


Semuanya bergerak ke sana..


Tama : hati-hati dengan patung merah.

Man : ya kita tak tahu patung merah jenis macamana yang akan kita lawan...

Facla : jenis raksasa!!!


Mereka semua terperanjat melihat Facla,pengurus hotel itu..


Zafar : kau!! Kembalikan ingatan kami!

Crisa : ya kembali kan!!

Fad : keluarkan kami dari sini...

Facla : tenang semua... Kamu semua akan selamat 

Gelana : hah betul ke ?

Delima : hihihi ingatkan musuh tadi.

Facla : selamat di kebumikan...

Tama : Cis! Water Smooth!!


Tama terus menyerang Facla tetapi dinding hotel itu bergerak menyerang Tama sehingga dia terlempar di dinding lain..


Zafar : apa?

Ozen : dia boleh kawal hotel ni.

Crisa : jangan-jangan hotel ni adalah Core dia.

Facla : syabas! Kamu tahu Core aku.. hanya Raja benua Bawasa saja yang faham tentang core aku. Dia lah orang yang mengakui kekuatan aku.. sedangkan yang lain memandang rendah dengan aku.

Ozen : engkau guna Core kau untuk bunuh orang ..

Facla : hahaha.. nasihat yang bagus bagi seseorang yang pernah membunuh orang.


Ozen  terdiam ...


Facla : Core aku Hotel, Strong type.. aku boleh memanipulasi ingatan orang yang masuk ke dalam hotel aku. Dan aku menggerakkan semua benda yang ada dalam hotel itu.


Zafar : First Chance!


Zafar pun menyerang Facla...


Man : Single Shield!


Man menyelimuti pelindung pada Zafar. Pun begitu, dia terlempar setelah di serang balas oleh Facla.


Facla : tak ada guna nya. Kekuatan kamu semua terbatas kerana hilang ingatan.

Zafar : Second Chance!


Masa kembali semula di waktu Zafar hendak menyerang Facla.


Facla : apa?

Zafar : hahaa..


Zafar terus menumbuk Facla sehingga terpelanting jauh. Zafar pun mengejar nya.


Zafar: Second Chance!


Masa kembali di saat Facla hendak terpelanting! Zafar berada di belakang Facla.


Facla : macamana kau?..


Zafar terus menendang tubuh Facla sehingga terlempar kuat di dinding.


Facla : aaargggg!! Tak guna.. Hotelion!!


Batu-batu dan dinding di hotel itu menyatu pada tubuh Facla... Dia berubah menjadi patung merah dengan tubuh singa merah yang besar!!


Gelana : apakah ?!!

Heigo : besar betul ni..

Tama : ahhh biar aku! Fire smash!!


Baru sahaja mahu menyerang, Tama di cakar oleh singa merah itu.. Dew terus membaling pisau peledak nya ke arah singa merah itu. Tama cedera.


Ozen : Focus air!!


Ozen memanah patung merah itu dengan pantas.. namun tiada apa yang berlaku.


Juli : lari!!!

Fad : sembunyi kan diri!!


Semua orang terus berlari menyembunyikan diri mereka. Singa merah itu menjadi buas. Hanya yang tinggal Zafar, Man, Ozen dan Dew.


Heigo : sini ada bilik!!

Zanjiil : Fad tolong aku! Papah Tama ni ..


Bersambung....



Previous: Bab 61
Next: Bab 63

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy