Rundingan
Delirin, Nurin dan Kairin datang untuk membantu kelompok Badarien yang kesulitan. Mereka bertiga memakai jubah dengan penutup kepala agar tidak dikenali. Tetapi pembicaraan ini terlalu sensitif untuk di bahas tempat terbuka. Jadi Badar menyarankan untuk ke rumah besar yang mereka sewa tempoh hari.
Ruangan yang luas tempat mereka selalu berkumpul menjadi tempat untuk perbincangan. Kairin kelihatan nya orang yang pemalu. Dia tidak melihat wajah-wajah orang di hadapan.
Delima : akhirnya ada orang macam saya!
Heigo : cih, dia malu. Kau tu malu-malu kucing. Malu tapi mahu.
Ozen : biasa lah tu.
Heigo : ....!!
Delirin : aku nak....
Badar : syuhh... Air belum siap terhidang..
Delirin : tak apa, kami..
Badar : cuaca sejuk kan. Jadi apa salah nya minum teh hangat. Kan abang?
Tama : cis, soal adik aku tak restu. Cari orang lain laaa..
Badar : ehem.. sabar ya abang Tama. Adik nak berbincang...
Nurin : memang macam ni ke Raja kau ni..
Delima : hahaha.. ya.
Badar : kenapa? Adinda tertawan dengan pesona ku?
Delima : air dah siap..
Delima pun menghidangkan air minuman kepada mereka semua.
Badar : jemput minum.
Delirin : aku datang bukan untuk ini. Aku nak tahu kenapa dengan rundingan tadi? Maksud aku untuk apa?
Badar : sudah tentu untuk menghentikan peperangan yang dah lama terjadi ni.
Delirin : ohh kenapa sampai kau harus turun tangan? Kau tak ada kena mengena dengan negeri ini.
Badar : semasa aku memutuskan untuk menjadi Raja, aku sudah bertekad untuk mengembara semua benua dan membantu orang di setiap kota yang aku pergi. Aku akan jadi raja suatu hari...
Nurin : Raja apa?
Badar : Raja kebebasan....
Mereka semua terpegun akan kata-kata Badar. Dari lirikan mata Badar benar-benar maksudkan perkataan nya.
Delirin : kalau begitu.. kita harus bekerjasama.
Heigo : itu lah sebaik nya.
Badar : haaa.. entahlah. Penasihat aku tengah berunding dengan Raja kerajaan Daye.
Delirin : apa?! Biar betul?
Ozen : betul.
Delirin : penasihat kau macamana? Kacak tak orang nya?
Mereka mengerutkan dahi kerana merasa aneh.
Nurin : apa abang ni?
Tama : eeeee...
Delirin : ada satu rahsia yang abang sembunyikan selama bertahun-tahun...
Kairin : rah-sia.. aaa pa tu.?
Badar : perlahan nya cakap.. cakap kuat sikit.
Kairin : rahsia apa tuu?
Tama : ya, jangan-jangan fasal kau selamatkan aku? Itu semua orang dah tahu.. aku dah cerita tadi.
Ozen : senyap je. Kenapa pipi kau jadi merah ni?
Nurin : cakaplah abang.
Delirin : sebenarnya abang dah lama bercinta dengan puteri Raja Darul. Hehehe..
Mereka semua menepuk dahi.
Badar : ingat apa lah... Hahaha..
Tama : hahaha hati ada taman.. whahawahah..
Delirin : ini rahsia kita.
Nurin : siapa nama dia?
Delirin : oh nama nya secantik orang nya. Seputih salju. Salju saja cemburu akan kulit nya.. Dahlia.
Delirin berpujangga sambil membayangkan gadis pilihan nya itu. Berambut pendek cecah bahu, pandai bela diri dan kuat. Orang nya juga tidak kurus dan juga tidak berisi. Tinggi lampai sama seperti delirin.
Badar : ini petanda baik. Sekutu kita bertambah. Heigo, ambilkan tinefon.
Kerajaan Daye
Man, Crisa dan Werza masih menunggu Zafar yang sudah lama pergi di sebuah gerai makan. Seorang tentera juga ada di situ yang bernama Qan.
Qan : haaa kenyangnya.. aku pergi dulu ya.
Crisa : nanti! Kau tentera Raja ke?
Qan : ya. Aku ni kapten tentera. Aku akan naik pangkat laksamana kalau menang nanti. Doakan aku!
Qan terus pergi meninggalkan mereka bertiga dengan tergesa-gesa. Mungkin dia terlambat untuk ke suatu tempat.
Crisa : tak sempat aku nak minta tolong. Cis...
Tinefon berbunyi.
Werza : eh siapa bawa tinefon ni?
Man : aku bawa. Rasanya dalam kelompok kita cuma aku seorang yang ada tinefon ni.
Werza : angkat lah.
Man pun angkat panggilan itu.
Badar : test test. Siapa di sana? Saya di sini.
Man : suara Badar. Badar! Kau ke tu?
Badar : tak payah jerit-jerit lah! Sakit telinga aku.
Man : oh maaf. Ada apa? Mana kau dapat tinefon tu?
Badar : kat rumah ni ada satu. Ohh pergi tak ajak aku ya.
Man : Zafar ajak..hehehe.. ada apa?
Badar menceritakan semuanya kepada Man dan di dengari oleh Crisa juga Werza.
Crisa : oh jadi nama raja tu Darul ? Ada anak nama Dahlia?
Werza : kita dapat sekutu yang menguntungkan.
Crisa : tak sangka cerita itu kisah benar.
Man : aku mati-mati ingat ada orang nama Bahlol dan Dungu. Hahaha.
Badar : Zafar mana?
Werza : dia pergi jumpa seseorang tadi.. tapi tak balik lagi.
Badar : pergi cari dia! Aku dapat rasakan dia tengah dalam masalah.
Man : baiklah. Kami pergi sekarang.
Crisa : terima kasih atas informasi nya.
Badar : kalau kau ada informasi bagitahu aku.
Panggilan di tutup. Mereka bertiga terus berganjak mencari Zafar.
Qan yang berjalan ke kem latihan memegang perutnya yang kekenyangan.
Qan : kenyang perut aku.
Diszzzzz!!!
Qan : bunyi apa tu?!
Qan berlari ke arah bunyi dentuman itu. Dia melihat seseorang sedang bertarung dengan Laksamana Dayendra.
Qan : laksamana! Apa dah jadi?
Dayendra : tak tahu. Orang ni tiba-tiba nak jumpa dengan Raja.
Zafar : aku nak berunding. Kau yang serang aku.
Dayendra : kau tak menjawab soalan aku. Siapa kau?
Dayendra menggunakan Core nya untuk membuat lembing ais besar. Dia membaling lembing itu ke arah Zafar.
Zafar : First Chance!
Zafar terus menumbuk ais itu dengan kecepatan masa yang di lajukan dengan teknik First Chance.
Qan : laksamana!! Orang tu kuat. Biarkan patik saja yang lawan!
Dayendra : jangan ganggu pahlawan yang gagah bertarung.
Zafar : kau ni.. memang lah!!! Second-ch...
Crisa : Zafar!!!!
Zafar : Crisa ? Apa kau buat kat sini.
Dayendra menggunakan peluang itu untuk menyerang Zafar.
Dayendra : lembing ais.
Dia memukul wajah Zafar dengan lembung itu. Zafar terpelanting akan serangan itu.
Man : zafar!!
Werza : berhenti!!
Qan : kau orang yang tadi.
Dayendra : kau kenal mereka ni?
Qan : dia orang teman semeja makan patik tadi.
Dayendra : ikat mereka dan bawa mereka ke balai istana untuk menghadap Raja!
Akhirnya, Zafar dan mereka bertiga di ikat oleh tentera Daye di bawa ke istana. Ketika sedang berjalan untuk di bawa ke balai istana.....
Man : dia orang tak tahu ke kita boleh hancurkan tali ni.
Zafar : diam je. Dia tak tahu. Lagi pun aku tak sangka kita dapat jumpa Raja Daye dengan cara ini.
Crisa : tadi kau cakap nak jumpa Rioma?
Zafar : ......... Saja je.
Zafar memberikan alasan yang sederhana. Crisa mula curiga akan Zafar. Kelakuan nya menjadi aneh semenjak bertemu dengan Farurin.
Sesampai nya di sana, mereka di buat kagum dengan hiasan balai istana itu. Sungguh indah bercahaya terang walaupun tiada matahari.
Darul : ini ke?
Dayendra : ya ayahanda. Mereka bukan orang sini. Kemungkinan mereka penyusup dari kerajaan Rin.
Crisa : bukan. Kami pengembara yang mengikuti bakal Raja Baru.
Darul : Raja Baru? Ada raja baru ke? Sudah lama beta tidak mendengar khabar berita dari luar.
Crisa : kami ada bukti nya. Lepaskan saya dan saya akan buktikan.
Darul : pengawal, beta izinkan.
Pengawal itu membuka ikatan Crisa. Crisa mengeluarkan kertas keras yang sentuh dan di gerakkan mengguna jari.
Darul : wah apa ni?
Crisa : ini teknologi. Yang ni model berita.
Crisa menyeluk saku Man untuk mengambil Tinefon.
Crisa : ini teknologi model komunikasi. Tuanku boleh memanggil sesiapa pun di dunia ini.
Darul : wah menarik ya. Siapa cipta teknologi ni?
Crisa : dengar khabar orang yang membuat teknologi ini dari kota Bluetal. Saya teringin nak pergi sana.
Darul : kenapa kamu tidak terus pergi ke sana?
Crisa : kerana kami pengembara. Lagipun, Raja kami tidak sengaja terlibat dengan masalah dua kerajaan ini.
Darul : boleh beta tahu siapa nama Raja kamu?
Crisa : Badar. Nama dia Bunyamin Badar.
Tersentak Raja Darul mendengar itu.
Darul : bunyamin ? Maksud kamu? Bunyamin keturunan dari Reinland itu?
Zafar : macam mana tuanku tahu?
Raja Darul meletakkan tangan di wajah nya. Seolah-olah merasa kekesalan di wajahnya.
Darul : lepaskan mereka semua.
Dayendra : tapi..
Darul : Dayendra!
Raja Darul bangun dan bergerak dari situ.
Darul : bawa mereka semua ke bilik mesyuarat beta.
Di bilik itu terdapat meja panjang yang memenuhi ruangan tersebut. Ada gambar lukisan besar di dinding bilik.
Darul : duduk lah.
Dayendra : Qan, kau jaga kat luar. Nampaknya ini perbincangan penting.
Raja darul pun memulakan pembicaraan nya.
Darul : hmm Bunyamin Rinda.
Mereka berempat terkejut mendengar nama penuh Rinda. Sewaktu dalam perjalanan, Crisa sempat menceritakan maklumat dari Badar kepada Zafar.
Zafar : Rinda itu seorang Bunyamin? Macamana? Bunyamin yang saya kenal cuma satu.
Darul : yaa.. mungkin ini agak mengejutkan. Bunyamin adalah nama keluarga dan keturunan. 300 tahun dahulu, keturunan Bunyamin yang masih hidup ada dua orang. Iaitu, Bunyamin Umar dan Bunyamin Nuh.
Crisa : Nuh? Itu orang yang membuka desa Bahtera!
Werza : orang tu juga yang berkawan dengan gergasi laut kan?!
Man : ya betul. Wah benar-benar mengejutkan.
Darul : Bunyamin Umar memiliki anak bernama Bunyamin Zanjiil. Sedangkan Bunyamin Nuh pula seorang yang masih bujang. Dia suka mengembara di lautan. Ketika penyerangan besar-besaran di Reinland dahulu, dia tiada di sana kerana sedang berlayar.
Zafar : jadi tuanku nak cakap yang keturunan Bunyamin di teruskan oleh Bunyamin Nuh?
Darul : ya. Mereka, keturunan Bunyamin dari Nuh berpecah di beberapa kawasan dan tidak mahu berkumpul. Sebab itu ada beberapa keturunan dari Bunyamin masih hidup sehingga sekarang. dan salah satunya ialah Rinda!
Mereka berempat terpegun dan terpana mendengar itu. Tidak tahu harus berkata apa.
Zafar : tuanku lepaskan kami sebab kami pengikut Bunyamin?
Darul : ya. Sebab Rinda. Dia sahabat beta.
Zafar : tetapi kenapa tuanku masih berperang sehingga sekarang?!
Darul : beta berperang kerana ingin menghentikan perang, sebaliknya Bahrin mahu pertumpahan darah dan menguasai empayar Daye yang aman damai ini.
Zafar : apa? Saya datang nak berunding. Tapi rupa-rupanya tuanku bukan ingin berperang sebab lain..
Zafar memegang kepala nya kerana pening.
Darul : hhahaha itu baru sedikit dari tanggungjawab Raja. Pernah kah kamu ambil tahu berat beban Raja kamu tanggung? Dia berpura-pura seperti tiada apa, dalam hati siapa yang tahu..
Zafar tersentuh akan kata-kata itu lalu memikirkan Badar. Namun egonya masih cuba untuk meragukan itu.
Crisa : saya fikir tuanku masih berebut kan Rinda.
Darul : huh ... beta sudah lama menerima kenyataan nya. Beta sudah terima pasangan Rinda itu Rioma. Selagi dia tak menyakitkan hati Rinda, beta baik-baik saja.
Sekali lagi mereka berempat di buat terkejut dengan maklumat itu!!!!
Bersambung......