Home Buku Fantasi The New King
Bab 47
Kisah Zakaria



Kelompok Badarien akhir nya dapat bertemu dengan orang dari Reinland... Reinland yang hilang 300 tahun dahulu ada kisah tersembunyi yang akan di ceritakan oleh Zakaria.. Mereka sekarang berada di rumah kecil Zakaria dan berlaku lah percakapan yang dalam antara mereka. Nama sebenar ayah Badar juga terungkap dan tentang sebab penyerangan di Reinland juga terungkap!


Zakaria : ... Hampir semua orang di Reinland memiliki Core!


Mereka terpana mengetahui itu. Itu lah Reinland, Benua yang di berkahi !


Badar : apakah hanya sebab itu?

Zafar : ya, kerana cemburu?

Zakaria : itulah yang dapat aku fikirkan . Kalau bukan, apa lagi? Malam itu......


........................................................................


Pada malam penyerangan itu, negeri yang di perintah oleh Zakaria juga di serang habis-habisan oleh orang-orang dari benua lain. Bukan itu saja, setiap serangan itu di pimpin oleh Raja benua yang lain. Zakaria ialah Raja kecil di negeri nya. Dia sedang menunggang kuda untuk ke pusat pemerintahan Raja Benua Reinland!


O. Kota 1 : Raja Zakaria!! Apa dah jadi? Kenapa?

Zakaria : pergi!! Selamat kan diri kamu semua!! Kita di serang!!


Zakaria ketika itu hanya mampu menyuruh orang kuat nya untuk menyelamatkan penduduk. Tujuan utama dia adalah menyelamatkan Raja Benua Reinland yang pernah menjadi menteri di kerajaan Raja Benua. Semenjak dia memiliki Core Raja, dia di utuskan ke sebuah negeri untuk menjadi Raja Kecil berdekatan dengan negeri pemerintahan Raja Benua ketika itu.


Zakaria : Umar! Jangan mati!! 


Itulah jeritan kecil di hati nya ketika menunggang kuda menuju ke istana. Sesampainya dia di sana, negeri itu sudah pun di serang. Api bertebaran di mana-mana dan hancur kota yang di jaga oleh Raja Benua Reinland ketika itu. Dia telah tiba di sisi lain istana. Banyak askar-askar di raja telah tumbang di bunuh oleh Raja Benua yang lain.. baru sahaja dia mahu melangkah, kaki nya di pegang...


O.k : se-lamat - kan... Ra-ja..


Orang itu tak berdaya untuk berkata-kata lalu mati.


Zakaria : kejam nya!


Dia pun berlari ke pintu rahsia istana itu. Pintu istana itu menghubung kan jalan ke bilik Raja... Dia pun naik ke atas hingga sampai ke bilik istana. Alangkah hiba rasa hati nya, Raja Benua itu sudah terkapar di lantai dengan nafas yang tersangkut-sangkut dan berat. Istana sudah terbakar hingga ke situ. Zakaria terus merangkul kepala Raja benua itu...


Zakaria : Umar! Bukan kah kau kuat?!

Umar : aku tak mampu melawan mereka semua... A-ku kalah.. to-long lah wahai pengikut ku yang setia..


Raja benua itu menarik nafas berat...


Umar : Selamatkan anak aku! Dia mungkin boleh membalas apa yang ... Mereka lakukan suatu hari nanti..


Yusyak masuk ke dalam bilik itu.


Yusyak : Umar! Jangan mati umar ...


Dia melutut di sisi Raja benua itu..


Umar : selamat kan anak ku..

Yusyak : tidak! Aku akan selamatkan kau dulu .

Umar : yusyak! Berhenti.. ini perintah Raja!


Umar terus menerus meminta untuk menyelamatkan anak nya agar anak nya itu dapat membalas semula apa yang mereka lakukan terhadap Reinland! Sehingga Umar pun menghembuskan nafasnya terakhir.


Yusyak : Umar!!! Umarrrr dah mati!!

Zakaria : berhenti.. cari Zanjiil ! Sekarang...


Yusyak menangis terus di pangkuan Raja benua itu...


Zakaria : Yusyakkk !!! Kau dengar tak?!! Kau orang yang bijak! Aku tahu kau dapat menyusun rancangan!


Yusyak berhenti menangis dan memandang tepat ke arah Zakaria. Matanya penuh dengan kemarahan!


Yusyak : kita cari dia...


Mereka pun mencari Bunyamin Zanjiil dalam suasana yang terbakar itu. Istana juga mula roboh sedikit demi sedikit...


"Zanjiil!!!"

"Bunyamin Zanjiil"


Masih mencari keberadaan Zanjiil di serata tempat istana itu. Namun tidak di temui. Kemudian, mereka menemui nya berada di ruangan rahsia dan dalam ketakutan...


Zanjiil : berani mereka menyerang kita setelah apa yang kita berikan! Kita berbaik hati tapi ini yang kita dapat...

Yusyak : sudah lah! Mari kita lari dari sini!

Zanjiil : ahhhh aku akan bunuh mereka satu persatu. Aku akan siksa mereka perlahan-lahan. Aku akan dengar setiap jeritan mereka! Sama seperti aku mendengar jeritan orang kota ini yang kesakitan!


Zanjiil benar-benar marah dan berdendam dengan Raja Benua yang lain itu.. terlihat dari mata nya...


Yusyak : diam! Kalau kau buat dari tadi itu lebih berguna!


Zanjiil tersedar! Dia yang bersalah. Padahal dia memiliki Core Raja yang tidak terbatas iaitu 'All of us'. Namun dia terlalu takut menghadapi Raja-raja benua itu.. Zanjiil ketika itu masih berumur 23 tahun..


Zakaria : Yusyak! Apa yang kau cakap ni? Selamatkan dia!


Yusyak tidak menyukai keperibadian Bunyamin Zanjiil kerana dia sebenarnya seorang penakut. Dia mungkin cemerlang dalam pelajaran dan mahir menggunakan pedang tetapi jika berhadapan dengan musuh sebenar, Zanjiil hanya mampu bersembunyi!

Mereka terus membawa Zanjil menuju ke tempat lain.. Benua Reinland pada malam itu, hancur dan terbakar habis oleh api yang marak.. Mereka berada di dalam perahu kecil dan hanya melihat Benua Reinland dari kejauhan. Itulah kali terakhir mereka melihat Reinland, benua yang mistik..


Akhirnya, mereka tiba di sebuah hutan tebal yang menjadi tempat pari-pari tinggal. Yusyak bersendirian membawa pergi Zanjiil ke satu tempat yang lain iaitu di benua Ulala..


........................................................................


Setelah menghabiskan cerita itu, Zakaria sudah siap dengan di hujani dengan pelbagai soalan. Semua orang di sana melopong mendengar itu... Namun, terjadi sesuatu....


Badar : jadi aku keturunan dari Si Zanjiil ni?


Zakaria hanya mendiam kan diri..


Man : tak guna!! Kau rupanya Raja Buangan!! Badar! Aku berhenti jadi pengikut kau!

Zafar : kenapa ni?

Crisa : Raja buangan adalah orang yang telah di campakkan dan tiada rakyat lain yang akan menyokong mereka...

Gelana : betul tu .. itu bermakna.. raja buangan tak dapat menjadi Raja jika tak ada rakyat.

Heigo : kau badar! Kenapa kau tak cakap kau tu raja buangan!! Tak guna! Bodoh!


Man terus pergi keluar dari rumah itu dan diikuti oleh Heigo, Gelana, Delima, Crisa, dan Ozen yang terakhir..


Ozen : aku tak nak dengar lagi fasal benda mengarut ni lagi...


Mereka semua berlalu pergi meninggakan Badar.. Yang tinggal hanyalah Zafar dan Tama..


Tama : apa yang terjadi?

Zafar : a-ku tak faham...

Badar : Raja buangan tak ada apa-apa nya jika tiada rakyat... Raja yang telah gagal menyelamatkan semua orang di Reinland.. hanya beberapa orang sahaja yang masih hidup..

Zakaria : ya...

Zafar : jadi itulah raja buangan..

Badar : jika kau nak tinggalkan aku, pergi lah..

Zafar : aku tak salahkan kau. Lagi pun kau baru tahu..

Tama : ya betul tu.

Zafar : aku juga dari Reinland..

Zakaria : apa ? Macamana kau tahu?

Zafar : entahlah, ada ingatan yang samar-samar dalam kepala aku ni..

Zakaria : ohh mungkin betul ..

Tama : aku tak akan meninggalkan kau.

Zafar : tak sangka sampai Crisa pun pergi.. dia terlalu penting untuk tinggal kan kita.

Zakaria : kenapa tak kejar?

Badar : buat apa? Mereka tetap tak mahu....


Walaupun yang lain telahpun meninggal kan Badar, namun percakapan ini masih belum selesai..


Zafar : kalau kau hidup 300 tahun dulu.. macamana kau boleh hidup lagi?

Zakaria : ohh Yusyak ada Core awet muda. Setiap tahun dia akan datang ke sini untuk membuat kami muda..

Tama : kenapa macam tu?

Zakaria : bagi Yusyak, dendam nya masih terpahat di ingatan. Dia merasa masih ada misi sehingga hari kebangkitan Raja baru tiba..


.........masih ada lagi...


Zakaria : tapi bagi aku, zaman aku sudah berakhir.  Biarlah orang zaman sekarang yang menentukan nasib hidup mereka. Tidak semua raja-raja benua yang dulu hidup hingga sekarang...

Zafar : betul juga..

Zakaria : bagus kau dapat restu raja.. Zanjiil dulu tidak berani untuk mendapatkan restu Raja... Sebab itu , ayahnya sudah tua tetapi dia masih belum menjadi Raja...


Badar masih terdiam di situ... Mungkin dia sedih apabila pengikut nya yang dia anggap kawan pergi meninggalkan nya..


Zafar : Badar.. lupa kan lah.. kita cari yang lain.

Badar : sama saja. Raja buangan. Ingat tak?

Tama : aku bersumpah akan ikut kau sampai bila-bila..

Zakaria : kelakuan kau mengingatkan aku masa muda dulu .


Zakaria tersenyum...


Badar keluar dari rumah itu dan duduk di atas batu di tengah tanah lapang itu.


Zafar : apa kau buat?

Badar : bertapa...


Bersambung.........



Previous: Bab 46
Next: Bab 48

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy