Home Buku Fantasi The New King
Bab 36
Jalan-Jalan



Badar ingin bertemu dengan Raja Benua yang mungkin berada di tengah kota di iringi oleh Zafar dan Tama. Sambil berjalan menuju ke pusat kota, Badar sesekali berjalan ke arah bukit-bukit kecil. Dia memandang langit yang gelap itu..


Badar : mak ai, gelapnya langit.. eh ni kan kabus.

Zafar : ya, sekarang kat luar mungkin tengah panas.


Kemudian, dia melihat permandangan kota..


Badar : cantik juga ya. Banyak lampu yang cerah...


Di kota itu penuh dengan cahaya lampu yang menerangi kegelapan malam. Orang-orang di sana hampir kesemua nya kelihatan berwarna putih pucat.


Tama : macam mayat dah aku tengok..

Zafar : tu lah. Nasib baik tak ada Ozen..


Setelah lama berjalan, mereka menemukan satu tempat yang besar. Boleh dikatakan itu istana.


Tama : secara jujurnya, tema seram tu dapat lah..


Istana itu tidaklah indah melain kan banyak batu-batu dan lumut di sekeliling istana itu. Istana itu memiliki pagar dan di jaga oleh 2 orang pengawal keselamatan..


Badar : izinkan aku masuk.

Pengawal : kau siapa?

Badar : Raja Baru. Aku datang nak dapatkan restu Raja Benua.

Pengawal : tak boleh. Di sini tiada raja yang seperti itu..

Badar : aku datang dengan cara yang baik.


Badar mengeluarkan aura nya yang tidak kelihatan namun dapat di rasai oleh orang-orang di sekitarnya. Jika aura itu terlalu kuat ianya boleh membuat kan orang yang lemah fikirannya jatuh pengsan.


Pengawal 1 : baiklah. Biar kami tanya dulu..


Pengawal itu menelefon seseorang untuk membenarkan mereka masuk.


Tama : apa tu?

Pengawal 2 : oh itu telefon. Kau tak tau?

Tama : tak. Kau buat ke?

Pengawal 2 : tak lah. Itu buatan salah satu ilmuan dari Kota Bluetal..

Badar : Bluetal?


Telefon itu tidak seperti telefon secara umumnya yang kita tahu. Telefon itu berbentuk tin biasa tetapi dari situ dapat menyalurkan gelombang bunyi ke tin yang lain.


Pengawal : Tuan-tuan boleh masuk. Raja sedang menunggu...


Pintu gerbang pun terbuka. Mereka bertiga melangkah masuk menuju ke dalam istana. Lorong menuju ke sana agak gelap kerana menggunakan obor api. Sesampainya mereka di Balai penghadapan itu, mereka di sambut oleh Raja itu ...


Raja Fasah : yahhh!! Lama beta tak menerima tetamu dari luar kota.


Mereka bertiga tidak memberikan tunduk hormat kepada Raja itu.


Pengawal 4 : woi, berikan tunduk hormat !

Badar : kenapa? Aku sendiri Raja..

Zafar : Bakal Raja!! Tunduk je la sikit.


Mereka pun menundukkan kepala sedikit..


Raja Fasah : ada apa gerangan kamu mahu bertemu beta?

Badar : aku nak dapatkan restu.

Raja Fasah : restu? Apa tu? Kek ke? Jangan-jangan kamu mahu emas beta?

Zafar : bukan. Dia hanya mahukan restu..

Raja Fasah : hmm maafkan beta.. neta tak tahu apa yang kamu maksudkan.. dah pergi keluar dari sini dan jangan buat kacau!


Mereka bertiga pun keluar dengan tatapan kosong.


Badar : Raja apa ni?

Zafar : tu lah .. pelik pula tu..

Tama : kurus kering je raja tu..

Badar : nampak nya kita perlukan Crisa..


Mereka pun mencari Crisa kerana tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi. Tetapi di saat pencarian itu, ada dua orang yang menghalangi mereka.


Badar : kau siapa?

Dayuda : ikut kami...


Walaupun kebingungan, mereka tetap mengikut dua lelaki misteri itu... Lelaki itu membawa mereka ke bukit yang kosong berpandangan istana.


Badar : siapa kau?

Dayuda : jangan takut. Kami orang baik.

Zafar : kami cuma tak percaya kan orang dengan terlalu cepat..

Dayuda : baik lah, aku Dayuda dan ini Agim. Kami orang istana.

Tama : jadi kau orang istana yang di arahkan untuk menghabisi kami semua?! Hah!

Agim : sabar. Dengarkan dulu.. memang kami orang istana tapi bukan di bawah pemerintahan Raja yang kamu baru jumpa tadi.

Badar : mengarut, mana mungkin ada dua raja dalam satu kerajaan.

Dayuda : benar. Raja yang kamu temui tadi bernama Raja Fasah. Beliau cuma raja pengganti.


Mereka terkejut...


Zafar : apa jadi dengan Raja betul?

Dayuda : inilah yang kami mahu ceritakan. Tapi kawan kamu ni mengacukan pedang ke kami,..

Badar : Tama, berhenti.


Tama pun memasukan semula pedangnya..


Badar : duduklah. Tapi tak sedap pula dengar cerita kalau tak ada air.

Zafar : pergi beli Tama.

Tama : aduh..


Tama pun terus pergi..


Zafar : semenjak dia tahu kau keturunan Raja, terus jadi penurut dia.. hahaha..

Badar : ya tapi jangan ambil kesempatan atas dia... Jangan di rosak kan kepercayaan dan kesetiaan orang!

Dayuda : apa benar kamu Raja?

Badar : belum jadi Raja.. aku sekarang tengah mengumpul 20 orang pengikut dan mencari Reinland...

Agim : Benua yang hilang itu? 

Zafar : yaa.. jadi apa tujuan kau berdua menemui kami?


Tama kemudian datang dengan tergesa-gesa. Dia membawakan satu balang besar di tengah-tengah mereka.


Badar : mak ai.. terus dengan balang kau bawa.

Tama : peniaga tu tak ada duit kecil. Baiklah sambung cerita..

Agim : kenapa di kota malam ada Raja pengganti? Itu sebab Raja benua yang sebenar ingin turun tahta.

Badar : apa ? Kenapa?

Agim : atas sebab-sebab tertentu. baginda ingin turun tahta namun Raja-raja benua yang lain tidak bersetuju dengan penurunan tahta.

Dayuda : ya benar sekali.. itu membuatkan Raja sebenar melepaskan tahtanya dan memberi tugasnya kepada Raja pengganti.

Zafar : apa yang membuatkan Raja itu sanggup melepaskan Tahta nya itu?

Dayuda : Cinta ....


Mereka berkerut mendengar alasan itu.


Agim : aku faham. Memang ianya hak yang kecil tetapi besar buat Raja kami.

Dayuda : Raja Benua yang sebenar.. sebelum ini adalah raja yang ganas. Negeri yang makmur dan aman pun boleh dihancurkan nya dengan satu satu malam saja.

Agim : seorang diri tanpa bantuan askar istana.

Zafar : seorang diri!!!!? 

Badar : bermakna Raja benua bukan calang-calang orang..

Agim : ya betul tu. Semuanya berubah setelah Raja menemui cinta hatinya..

Zafar : berubah yang macam mana?

Dayuda : berubah menjadi keperibadian yang lembut hatinya, berperikemanusiaan dan baik.

Tama : macam mana dengan sifat Raja benua yang lain?

Agim : itu kami tak tahu.. tetapi rata-rata memiliki sifat yang di takuti oleh rakyat.

Badar : apa jadi dengan Raja tu sekarang?

Dayuda : sudah tentu dia sempat berkahwin dan hidup bersama dengan wanita yang dia cintai...

Zafar : apa maksud kau sempat?


Mereka terdiam sejenak mencari ayat yang sesuai untuk di ceritakan.


Dayuda : isterinya telahpun meninggal dunia setahun yang lalu.


Mata mereka bertiga membesar mendengar berita itu.


Badar : habis tu , apa yang jadi dengan Raja Benua tu? Apa kah dia masih bersedih atau mengamuk?

Agim : tidak... Baginda masih dalam keadaan biasa.. dia tetap ingin meneruskan janji hidup nya kepada arwah isterinya.

Dayuda : iaitu menjadi orang yang baik dan disukai orang.

Badar : mana aku boleh cari dia? Siapa nama dia?

Dayuda : kamu semua baru sahaja keluar dari rumah dia tadi...

Badar : Mr. Ragaman?!!!!

Zafar : dia raja benua?!


Bersambung.....



Previous: Bab 35
Next: Bab 37

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy