Udang disebalik Batu
Tengah malam itu, para tukang masak dihebohkan dengan suatu kejadian di mana masakan untuk pesta makan telah di racuni. Ada seseorang yang cuba untuk menggagalkan pesta makan bersama rakyat.
Setiap chef di beri tugas secara berkumpulan. Ada kumpulan A, B dan seterusnya. Kebetulan Badar dan pengikutnya berada di situ selepas sesi urut badan dan berbekam untuk menolong para chef sedikit sebanyak.
Zafar : kenapa ni?
Tanya Zafar kepada salah satu chef yang lalu.
Chef 87 : makanan yang di masak itu di racun!
Terpana lah kelompok Badar.
Badar : wah.. aku boleh tunjukkan kehebatan aku dalam penyiasatan. hahaha ketawa jahat!
Chef 55 : oh kau polis ke? Cepat tangkap pelakunya.
Orang-orang yang berada di situ terus percaya akan Badar. Padahal dia hanya bergurau.
Ozen : betul ke kau..?
Badar : aku gurau je. Dia orang percaya pula.
Kelompok Badarien pun menepuk dahi mereka.
Crisa : bergurau tak bertepat...
Para chef itu mendekati Badar seolah-olah menunggu tindakan.
Chef 32 : apa yang kita kena buat sekarang?
Chef 12 : apakah kita harus melaporkan kepada Raja Badik?
Chef 1 : jangan! Itu akan membuat marah sang raja.
Badar : betul. Mungkin dia sedang beradu sekarang ...
Man : kita kena cari siapa orang tu...
Badar : tunggu.. buat masa ni. Kamu teruskan memasak... Makanan yang kena racun tadi.. buang je.. ganti yang baru...
Perintah Badar kepada para chef. Mereka tidak banyak tanya dan langsung buat seperti yang di suruh.
Zafar : siapa yang buat benda ni semua?
Badar : entah lah. Kita kena cari orang yang paling dekat dengan makanan tadi tu.
Werza : betul.. kita berpecah dan tanya seorang demi seorang.
Heigo : aku setuju.
Mereka pun berpecah dan menemukan 4 orang yang mungkin bertanggungjawab atas kejadian tadi. Sekarang waktu 4.40 pagi.
Shaky : kenapa aku kena panggil?
Chef 1 : ya bagi kami penjelasan!
Chef 44 : huh.. mesti main tuduh je ni.
Chef 66 : tadi dia kata , dia penyiasat.
Badar melihat wajah mereka dan menyebut nama mereka satu persatu..
Badar : Shaky, Ray, Mai dan Nam ... Kamu berempat di syaki ada kena mengena dengan kejadian tadi .
Ray : kenapa? A..pa yang buat kami di syaki?
Zafar : sebab kamu semua berada dekat dengan makanan itu. Crisa, jelaskan.
Crisa pun datang...
Crisa : makanan yang di racun itu adalah masakan yang bernama ikan tuna gergasi masak masam manis lemon.
Badar : wah pelik nama nya.
Nam : tapi sedap..
Badar : nanti nak rasa...
Zafar : sekarang bukan cerita sedap atau tidak. Crisa, sambung..
Crisa : yang masak masakan tadi itu ialah Ray.. namun kamu bertiga juga ada datang untuk mengambil bahan-bahan masakan di kawasan itu.
Ray : ohh sebab tu la..
Mai : tak kan sebab tu je?
Shaky : haish.. aku nak masak tau.. memang lah kena lalu situ. Kalau tak , macam mana nak siap ayam masak merah kau tu.
Badar : ye. Jangan letak racun tahu..
Shaky : apa? Cara kau cakap macam aku yang buat!
Shaky cuba untuk menyerang Badar namun dia tahan oleh Ray dan Nam ..
Nam : sabar..
Zafar : jadi macam mana sekarang? Ada di antara kamu mahu mengaku?
Shaky : tak!
Mai : sama la.
Ray : saya tak buat. Setiap tahun saya datang.. untuk apa racun makanan.
Nam : ya kami tukang masak. Bukan pembunuh.
Zafar : tentu kamu semua .....
Belum habis cakap, Badar melepaskan mereka.
Badar : ya lah. Pergi sambung masak.
Zafar : eh kenapa?
Badar : bukan mereka.
Keempat Para chef itu beransur pergi.
Kelompok Badar pula pergi tidur dan menunggu hari esok.
Badar bangun paling awal antara mereka... Dia pergi ke tempat memasak itu. Masih ada orang yang bekerja..
Badar : eh kau.. sini jap,..
Chef 2 : kenapa?
Badar : kenapa tak siap lagi?
Chef 2 : oh.. tu lah ada orang pergi buat laporan dekat Raja Badik. Jadi Raja Badik tunda pesta makan nya sampai malam.
Badar : apa?!!
Badar terus berlari menemui Raja Badik yang sedang berada di tahta nya.
Badik : oh Badar, sahabat ku. Ada apa ni?
Badar : kau tahu kan aku nak cepat. Kenapa kau tunda sampai malam?
Badik : kau tak dengar cerita ke? Malam tadi makanan kita di racun. Sebab tu aku tunda.
Badar : tapi Chef kau ada 100 orang. Lagipun orang kota ni tak sampai 10 ribu penduduk..
Badik : tak apa lah.. bagi chef tu rehat. Kenapa kau macam marah?
Badar : bukan marah... Tapi tindakan kau buat aku tahu siapa yang letak racun dalam masakan...
Pandangan Badik terus fokus ke Badar.
Badik : kau tahu siapa?
Badar : engkaulah orang nya..
Badik : aku? Hahaha mengarut lah. Aku tidur lah semalam..
Badar : tidur ? Kau menyamar jadi salah satu chef yang ada dekat situ. Kan?
Badik : tak ada bukti...
Badar : hmm maafkan aku sahabat ku.. aku kena berangkat pagi ini.. selamat tinggal dan terima kasih atas semuanya.
Badar terus meluru pergi. Dia membangun kan pengikut nya untuk bersiap-siap... Tetapi, bilik mereka bergerak ke arah lain. Paniklah mereka semua.... Setelah itu, bilik itu berhenti.
Tama : hati-hati...
Tama yang berada dekat dengan pintu terus membuka pintu itu. Ternyata mereka semua berada di bilik tahta Raja Badik.
Badik : Badar. Aku minta maaf. Ada sebab aku buat ini semua.
Badar : .......
Zafar : kenapa Badar ?
Badar : kau fikir lah sendiri.
Badik : baiklah. Aku mengaku.. aku yang letak racun tu. Tapi aku tak ada niat untuk membunuh sesiapa...
Kelompok Badarien bergerak keluar dari bilik itu. Mereka menghiraukan Badik.
Badik : Raja Benua!
Barulah Badar tertarik.. dan memandang Badik.
Badar : ............
Badik : dia suruh aku untuk halang kau.. aku cuma nak selamatkan rakyat aku saja. Lagi pun aku tak ada Core Raja.. tak kan dapat mengalahkan kau..
Badar : .... Baiklah. Aku faham kau terpaksa.
Ozen : Badar.. jangan cepat percaya..
Badik : ...... Maafkan aku...
Badar : aku faham.. tapi kau jangan takut. Kita berdua sudah menjalinkan perikatan kerjasama.
Badar memaafkan Raja Badik. Dia memahami perasaan nya kepada rakyat kota batu itu.
Badik : Malam ini kita akan pesta makan!!
Badar : yeah!!
Tama, Zafar dan Ozen masih berjaga-jaga dengan sebarang perangkap yang lain... Mereka sendiri tidak sedar bahawa ini juga perangkap tadi nya. Raja Benua memang memiliki kuasa untuk memerintah Raja Kecil seperti Badik..
Pun begitu, pesta makan di adakan pada waktu malam. Semua nya di sambut gembira dan riuh rendah pada malam itu. Badar juga dapat makanan yang di mahukan. Kali pertama dia rasa masakan selain Gelana.
Badar : sedap!
Shaky : tengok lah siapa masak.
Badar : sebelum ni Gelana yang buatkan makanan ni.
Shaky : aku lagi hebat lah. Sebab aku dari kecil memasak.
Shaky pergi dari situ. Delima datang.
Delima : kita nak tidur sini lagi ke malam ni.
Badar : ya. Esok kita berangkat. Jadi malam ni. Kita nikmati sepuas-puasnya!!!
Badar menjerit tak tentu hala. Dia berlari ke banyak meja untuk makan.
Badik : Badar!! Sini!!!
Badar : oiii!!
Badar pergi ke meja Badik.
Badar : sedap betul puding ni.
Badik : hahaha. Sedap lagi kek ni.
Badar : alamak, ada kek ke? Mana kau dapat ?
Badik : tuuu...
Badar terus pergi mengambil kek... Sedangkan pengikut nya yang lain diam di satu tempat.
Zafar : haish.. memalukan ...
Man : tu lah. Nama je raja.. macam budak-budak....
Heigo : terima saja lah.. huhuhu ..
O.k 400 : Eh man? Kau ada kt sini. Jom makan daging tu!!
Man : jom!!
Man terus pergi.
Tama : cih, dia pun sama ....
Ozen : tu la..
Crisa : kita macam orang asing pula kat sini...
Pesta itu berlangsung dengan agak lama. Dengan di iringi bunga api, nyanyian dan tarian pelik dari orang-orang kota. Bukan itu saja, Badar ikut menari..
Setelah selesai pesta itu... Ada ramai yang tidak balik pulang ke rumah. Ada yang tidur di situ walaupun sejuk. Alasan nya, menghormati pesta makan yang indah malam itu.
Badik : kau tengok tu Badar, ramai yang tak nak balik..
Badar : tu lah. Dia orang siap buat unggun api .
Badik : kau mesti dah terbiasa tidur dekat dengan unggun api.
Badar : ya betul...
Badik : esok kau akan berangkat... Malam ni memang indah dan meriah dengan kehadiran kelompok Badarien..
Badar : oh terima kasih.. hahaha..
Seperti yang dikatakan Badar, pagi itu mereka terus berangkat menuju ke pantai di negeri Rawi semula. Kerana situ tempat perlabuhan kapal yang besar dan ramai. Raja Badik sebak melihat mereka pergi. Orang-orang kota melambaikan tangan ke arah kelompok Badarien...
Orang kota : datang lagi ya!!
O.k 400 : man datang lagi tahu!!
Man : yaaaa.. selamat tinggal semua.
Badar : terima kasih atas sambutan yang baik ni!!!
Maka bermula pengembaraan baru mereka disalah satu benua iaitu, Benua Oasis. Tempat yang paling mereka ingin tuju adalah Kota Bluetal! Tetapi mereka harus mencari kapal. Untuk itu, Badar mencari Raja Muda Muliadi Shahbar.
Bersambung.....