Home Buku Fantasi The New King
Bab 63

Singa Merah


Kerana terlalu marah dengan perbuatan kelompok Badarien di situ, Facla terus menunjukkan dirinya untuk mengalahkan mereka semua. Sudah tentu ianya perintah dari Raja Benua Bawasa. Facla memiliki Core Hotel di mana dia mampu membuat hotel dan boleh di gerakkan sesuai keinginan nya. Dia juga boleh menciptakan benda di dalam hotel tersebut. Pun begitu, Corenya ada kekuatan tersembunyi di mana sesiapa yang memasuki hotel itu, seseorang akan hilang ingatan dalam tempoh 24 jam.


Misterinya, Man tidak terkena dengan Core Facla itu. Dia mengingati semuanya. Untuk memulakan cerita ini, kita undur di waktu Man, Werza, Zafar dan Zanjiil hilang di dalam Ruangan pusat hotel itu. Ketika itu Zanjiil mengajak Werza, Man dan Zafar ke suatu tempat yang sunyi. Mereka pun pergi ke satu bilik hotel yang kosong.


Man dan Werza merasa hairan dengan kelakuan Zanjiil. Zanjiil duduk di katil...


Badar : kau dah ingat belum Zafar?

Zafar : cis..


Zafae tersengih-sengih memandang Badar.


Man : apa maksud nya ni?

Badar : bagus Man. Kau sangat penting dan saling menjaga. Aku kagum.

Werza : err apa yang si Zanjiil ni cakap?

Zafar : bukan Zanjiil tapi Badar.


Terkejut Man mendengar itu.


Man : sejak bila kau berdua dah ingat?!

Badar : hahaha.. aku dah bagi 'clue' tadi.

Man : hah?

Zafar : ayam masak merah tu lah.. itu pun tak tahu.


Man lantas memahami nya.


Man : ohh tapi macamana?

Badar : aku tak tahu lah bila aku ingat. Masa aku tengah makan puding tiba-tiba Delima minta makanan aku. Tu yang aku ingat..

Werza : sangat tak faham penjelasan kau.

Badar : hahaha.. aku sendiri pun tak tahu nak jelaskan macamana? Dia datang sendiri.

Zafar : betul tu. Aku ingat masa Badar cakap ayam masak merah.. tiba-tiba aku sedar yang kita semua adalah pengikut Badar.

Man : ohh macam tu..


Man cuba berandaian..


Man : mungkin masa kita kalah kan patung merah tu, sedikit sebanyak ingatan kita kembali.

Badar : tak juga. Sebab bila aku cakap pasal ayam masak merah, hanya Zafar je yang faham.

Zafar : betul tu. Aku rasa ini kerana Core Raja yang kami berdua ada.

Werza : logik juga tu..


Man membuka peti ais di dalam bilik tersebut dan mengambil botol air di dalamnya.


Man : nah minum.


Mereka semua minum.


Badar : fuh haus betul. Inilah sebab nya aku kurang makan makanan sejuk. Tekak aku jadi kering..

Zafar : hahaha.. ada ada je kau..

Badar : tapi yang hairan tu.. macamana kau boleh tak hilang ingatan?

Man : mungkin sebab Core aku pelindung? Shield ? 

Zafar : mungkin lah. Hebat juga Core kau.

Badar : oh ye la. Selesai saja semua ni.. kita akan bermesyuarat...

Zafar : ya. Aku setuju..

Man : jadi macamana ? Kau nak teruskan berpura-pura menjadi Zanjiil ke apa?

Badar : tak juga. Tapi aku tak cakap lah aku Badar. Biar diorang sendiri tahu ..

Werza : baiklah. Dah habis kan? Jom kita makan...

Zafar : nanti dulu. Ada eloknya kita bawa sesuatu. Kalau tak mereka hairan kita tak ada...

Badar : betul juga.. punca semua ni terjadi sebab Facla.. kalau aku dapat, aku jentik hidung dia..


Badar merasa geram akan Facla..


Badar : kan aku dah cakap. Jangan.. kau orang lah nak sangat.

Man : ya lah. Kami salah..


Kemudian mereka kembali ke ruangan pusat hotel itu. Kita kembali ketika Facla menyatukan diri nya dengan dinding hotel itu dan berubah menjadi patung merah dengan bentuk singa yang besar. Yang lain semuanya sudah melarikan diri di sebuah bilik. Yang tinggal hanya Zafae, Ozen, Man dan Dew. Tama pula cedera kerana di cakar oleh singa merah itu. Badar memapah Tama untuk mencari perlindungan.


Badar : Fad! Tolong aku papah Tama ni...

Fad : baiklah.. 


Selepas masuk ke bilik itu, Badar pun keluar.


Fad : kau nak pergi mana?

Badar : aku nak tolong...

Heigo : tolong tengok lah tu.


Badar abaikan Heigo dah terus pergi ke tempat itu.


Zafar : Tak guna... Patung singa ni besar.. tiap kali aku dah hancurkan di menyatu semula!

Ozen : Eye Storm!!


Ozen menggunakan teknik baru yang membuat angin berpusar dengan ganas. Serangan itu berhasil menghancurkan tubuh sebelah kiri Singa merah itu.


Ozen : Zafar serang!!


Zafar pun menumbuk pecahan dari singa merah itu dengan kuat. Facla terlempar keluar dari patung singa itu.


Dew : ambil ni!!


Dew membaling pisau peledak di tubuh singa yang tersisa itu agar Facla tidak dapat menyatu dengan patung merah.  Tetapi Facla dengan mudah nya membina perisai di dada dan kedua tangannya dengan batu-batu merah yang terdapat di hotel itu.


Facla : jangan ingat kau boleh kalah kan aku!!

Man : Single Shield!


Man pun melapiskan pelindung nya di tubuh mereka. Badar datang di situ.


Zafar : berhenti Badar.. kau tu Raja!

Badar : tapi terlalu lama.. aku boleh kalahkan penggunaan Core Strong Type tak lebih dari 1 minit.

Zafar : jangan!!! Kau Raja. Raja kena lawan bila pengikutnya tak kuasa nak melawan lagi. Raja itu penyelamat!


Badar pun duduk di bangku yang ada di situ sambil menonton mereka semua.


Dew : tak guna Zanjiil...

Man : dia Raja kami. Kami kena bertarung dengan maruah Raja kami!


Zafar pun menyerang Facla. Baru sahaja mendekati Facla, dia di serang balas. Facla dengan tangan besar nya mencekik leher Zafar dan menghempas kan Zafar ke lantai.


Dew : Zafar!


Dew membaling pisau peledak nya namun di tepis dengan tangan sebelah kiri Facla. Ozen juga cuba menyerang..


Ozen : tornado point!!


Facla terus membuat dinding tebal di depan nya. Serangan itu tak memberikan kesan! Zafar hampir kehilangan nafas. Badar mahu menyelamatkan Zafar tetapi...


Zafar : ja-ngan ma-suk... Campur..


Ujarnya dengan suara yang hampir hilang...


Facla : kau sangat bahaya. Sebab tu kau harus di singkirkan dulu..


Facla pun mencekik Zafar dengan lebih kuat lagi.


Tama : Water Smooth!!


Terputuslah tangan Facla yang mencekik Zafar. Zafar menarik nafas dalam. Facla meraung-raung kesakitan!!!


Facla : aaaargghhh!!!

Tama : sekarang!


Tama yang cedera menyuruh Zafar menghabiskan Facla.


Zafar : First Chance!!


Itulah tumbukan terakhir yang terkuat dimana hanya boleh di gunakan sekali sahaja!! Zafar pun terus menumbuk Facla dengan kuat dan pantas sehingga lebur lah tubuh Facla itu.


Zafar bernafas dengan lelah. Tama menahan sakit. Mereka berdua rebah.


Badar : yeah selesai!!


Terjadi gempa yang kuat. Hotel itu mula retak dan roboh satu persatu.


Dew : Werza!!!!

Werza : ya aku kat sini...

Man : mana mereka..

Crisa : ada!


Mereka semua di bawa satu tempat yang sama...


Man : guna kau punya Core Werza..

Werza : tak boleh. Aku tak dapat cari jalan keluar dari sini.

Heigo : ah sudah. Kita akan mati tertimbus dengan sini.

Badar : Man.. Core kau..

Man : oh ya. Cover rush!!


Hotel itu pun roboh semuanya setelah Facla di kalahkan oleh Zafar... Beberapa orang pengsan kerana terkejut... Setelah 30 minit...


Badar : semua dah ingat?


Bersambung.....



Previous: Bab 62
Next: Bab 64

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy