Home Buku Fantasi The New King
Bab 22
Nrun


Pak Maon mencadangkan Badar dan Zafar untuk bertemu dengan Mak Nrun untuk mengetahui kisah sebenarnya. Nrun, orang yang memiliki Core Type Raja tidak ingin menjadi Raja di suatu tempat. Itu membuatkan mereka berdua memikirkan nya. Bukan itu sahaja, kenapa Nrun terlihat kejam masih menjadi persoalannya. Mengikut dari cerita Pak Maon, Nrun memang kejam. Dia hanya ikut suka bila masa dia akan membunuh dan mencederakan orang.


Badar dan Zafar keluar dari kedai buku Pak Maon..


Pak Maon : nanti lepas selesai, kita jumpa di kaki gunung ..

Badar : ya..

Zafar : dah malam hari ni...


Kemudian mereka pergi mencari rumah Mak Nrun. Zafar siap membeli kain untuk menutupi wajah mereka berdua.. ketika sedang sibuk mencari, mereka bertemu dengan Nrun dari kejauhan mata memandang. Mereka sempat bersembunyi di tepi kedai. Ada seorang pak cik tua meminta kepada Nrun agar kembalikan anaknya seperti sedia kala. Kerana siang tadi Nrun telah mengubah gadis itu menjadi berlian dan beri kepada penduduk desa itu. Pak cik tua itu hanya membawa kepala anaknya yang telah diubah menjadi berlian.


Pak cik : Nrun! Tolong lah kembalikan anak pak cik seperti sedia kala.

Nrun : hah? Apa dah jadi ni pak cik?


Zafar dan Badar melihat mereka berdua dari jauh dan dengar percakapan mereka kerana di situ bergema suara mereka.


Zafar : baik rupanya Nrun ni.. dia tanya sebab nak tolong pak cik tu..


Kata Zafar dengan perlahan kepada Badar.


Pak cik : kamu jadi kan anak pakcik berlian siang tadi, lepas tu bagi kat orang badan dia. Sekarang ni orang-orang desa dah potong badan anak pakcik ni. Pak cik sempat bawa kepala dia je. Tolong kembali kan anak pakcik nakkk...

Nrun : ohh jangan risau. Saya akan tolong..


Nrun menyentuh kepala anak perempuan pak cik itu dan seketika kepala itu menjadi seperti sedia kala. Tetapi...


Pak cik : tidak!!! Anakku!!


Gadis itu sudah pun mati kerana badan nya sudah di potong-potong oleh penduduk desa. Kepala itu mengeluarkan darah dari lehernya. Pak cik itu terus pengsan kerana terkejut ya amat.


Nrun : apa lah. Padahal kita dah tolong.. tak terima kasih pun..


Orang-orang yang melihat itu hanya diam sambil terpana. Semua orang tidak dapat berbuat apa-apa. Badar dan zafar tercengang melihat kekejaman di depan mata mereka...


Zafar : kita ... Kena cari mak Nrun. Mungkin mak dia boleh tolong..


Badar pun pergi tanpa berkata-kata.. Setelah lama mencari, mereka menemui rumah Mak Nrun di dalam Gunung kiri. Rumah itu besar dan terlihat permandangan dari dua sisi. Iaitu permandangan luar gunung dan dalam gunung... Mereka di jemput masuk kerana mak Nrun mengira mereka kawan sekerja Nrun.


Zafar pun menjelaskan tentang diri mereka. Namun Mak Nrun tidak menunjukkan reaksi apa-apa..


Mak Nrun : jadi apa tujuan kamu datang ke sini?

Badar : kenapa Nrun ada Core Raja? Sini tak ada raja..

Zafar : Badar, Core raja bukan hanya keturunan raja tapi yang berstatus bangsawan... Mungkin mak Nrun ni keturunan bangsawan.

Mak Nrun : tidak... Mak cik bukan keturunan bangsawan mahupun raja.

Zafar : hah? Habis tu...

Mak Nrun : mak cik berasal dari Kota Jati Setiga. Bukan dari desa bahtera.

Zafar : apa kaitan nya?

Badar : kejap Zafar, bagi mak cik ni cerita dulu.


........................................................................


Mak Nrun berasal dari kota Jati Setiga, negeri Giluran. Negeri itu bersebelahan dengan negeri Hainc. Badar tidak melalui negeri itu kerana dia hanya berjalan terus dan tidak tahu membaca peta. Mak Nrun mencerita kan ketika masa mudanya, dia adalah gadis cantik yang menjadi rebutan ramai orang.


Zafar : sekarang pun masih cantik apa ..

Badar : syuhh diam.. sedar sikit umur kau tu..


Kerana kecantikannya itulah yang membuatkan Raja dari kota Jati Setiga itu menaruh perasaan terhadapnya. Namun Raja itu sudah pun memiliki isteri, malah ada anak-anak yang dalam fasa membesar. Semakin lama memendam rasa, raja itu sudah tidak dapat menahan perasaan nya lalu cuba memikat gadis muda itu dalam diam. Hari demi hari, segala ajakan nya gagal namun baginda cuba dan terus cuba. Sehingga lah gadis itu benar-benar menyukai Raja itu.


Mereka pun berkahwin dalam diam kerana tidak ingin merosakkan reputasi Raja yang sekarang. Dengan kata lain, gadia itu menjadi perempuan simpanan Raja itu. Hasil dari hubungan mereka, lahirlah seorang anak lelaki yang bernama Nrun. Nrun di lahirkan dengan fizik yang lemah lembut. Dia menyukai sesuatu yang cantik dan indah seperti permata. Sedangkan anak-anak lelaki seusia nya meminati permainan perang, bola dan gusti. Kerana itu dia selalu di buli oleh kawan-kawan nya di sekitar perumahan mereka. Setiap kali di buli, Nrun mendatangi mak nya untuk mengadu.


Nrun : dia orang pukul Nrun mak!

Mak Nrun : syuhh jangan nangis.. tak pa. Mak kan ada. Mak selalu sayang Nrun apa ada nya..

Nrun : betul ke?

Mak Nrun : ya..


Akibat sering di buli... Nrun berubah menjadi peribadi yang kasar malah berani mencedera kan orang. Ketika bermain, Nrun dengan sengaja membaling batu dengan kuat kepala orang lain. Itu membuatkan kepala mereka berdarah..


Budak 1 : apa kau buat ni Nrun?

Nrun : aduh tak sengaja lah..

Budak 2 : aku bagitau mak kau nanti.

Nrun : haa bagitau lah.. mak aku sayang aku, mak aku tak akan marah punya..


Budak-budak di situ terus mendatangi rumah Nrun dan mengadu kepada emak Nrun itu.


Mak Nrun : Nrun!! Sini!!


Nrun memandang mereka dengan tatapan tajam.. dan masuk terus ke rumah.


Mak Nrun : kenapa kamu buat orang macam tu?

Nrun : mak marah? Mak kata mak sayang Nrun?


Nrun menangis .. mak nya yang tak sanggup melihat itu memeluk Nrun untuk menenangkan hati nya.


Mak Nrun : tak ada lah. Mak tak marah. Mak kan sayang Nrun.. buat lah apa kamu nak buat. Mak pasti sokong kamu...

Nrun : Nrun pun sayang Mak juga..


Mak Nrun fikirkan dengan bercakap begitu, Nrun akan sedar itu satu kesalahan dan menjadi budak yang baik. Kini Nrun sudah remaja, setiap kali di buli  dia pasti membalas semula perbuatan orang itu dengan lebih teruk.


Budak 6 : kau patahkan kaki aku tak guna!!

Nrun : haahhh nak lagi ?


Nrun memijak kaki budak itu. Budak itu hanya menjerit-jerit kesakitan.

Kejadian itu di reda kan oleh beberapa orang dewasa yang melihat pergaduhan tersebut. Lantas Nrun di salah kan..


Mak Nrun : kenapa ni?

Orang kota : anak kau ni dah cederakan budak lain.. jangan terlalu sayangkan anak. Nanti menyiksa diri..

Mak Nrun : Nrun betul ke?

Nrun : dia orang mula dulu mak..

Orang kota 2 : kalau bukan sebab dia anak Raja...


Pemuda itu di tampar oleh Mak Nrun.


Orang kita 2 : maafkan saya..


Mereka terus berlalu pergi.


Nrun : mak kenapa?

Mak Nrun : tak ada apa. Jom makan..


Di meja makan, Nrun masih tertanya-tanya apa maksud orang tadi...


Nrun : mak, mana ayah?

Mak Nrun : hahhh... Err... Dia dah meninggal dunia...

Nrun : ohhh.. nasib ada mak jaga Nrun.. kan.. sebab tu Nrun sayang mak.

Mak Nrun : mak pun sayang Nrun. Haa makan lah...


Terlalu biasa dengan sayang, berakibat buruk. Tidak di didik mana benar mana salah. Hanya membenarkan rasa sayang di benak hatinya. Nrun kali ini mencuri emas di sebuah kedai, namun tertangkap oleh penduduk kota...


O. K 42 : mak Nrun! Anak kau ni dah pandai curi emas!

Mak Nrun : betul ke Nrun ?

Nrun : nak beli hadiah mahak untuk mak...

Mak Nrun : ohh sampai macam tu sekali ya kami Nrun.. dah dah. Masuk..

O. K 20 : aik macam tu je?

Nrun : dah tu dah la. Kau nak apa? Mak aku sayang aku.

O. K 20 : kurang ajar budak ni.. kalau tak di sebabkan dia anak raja kota ini, kami pasti halau dia keluar dari kota ini...

Mak Nrun : berhenti!!! Diam!! Jangan cakap lagi...


Teriakan mak nrun itu membuatkan orang kota tadi menjauhi mereka. Mak Nrun dan Nrun masuk ke dalam rumah.


Nrun : mak, betul ke ayah raja kota ni..

Mak Nrun : ya.. mak tak boleh sorok lagi.. ya kamu anak raja. Sebab itu kamu berhak mendapatkan hak tertinggi dari kerajaan ini.

Nrun : wah nak jumpa ayah lah. Mana tahu ayah pun sayang Nrun.

Mak Nrun : jangan! Ayah kamu tak sayang Nrun.. dia dah lama tak datang sini.. mak dah berapa kali pergi ke istana untuk suruh jenguk Nrun.. tapi apa yang mak dapat?!!

Nrun : kenapa mak?

Mak Nrun : mak di halau sebab ayah kamu kata mak pengemis gila! Apa-apa pun kamu jangan jumpa dengan ayah kamu. Faham?

Nrun : faham mak..


Tetapi Nrun tidak menepati janji itu. Dia datang ke istana itu dengan berpakaian bersih dan segak. Dia menyamar menjadi Raja dari desa Bahtera. Raja pun membenarkan Nrun menghadap ..


Raja : tegap sungguh badan kamu. Apa kamu baru di tabalkan jadi raja?

Nrun : ya.. ayahanda saya telahpun mati ..

Raja : ohh begitu...

Nrun : ini semua isteri dan anak kamu ke?

Raja : ya.. kenapa? Kamu berminat dengan anak perempuan beta?

Nrun : oh tidak. Saya tak boleh berkahwin dengan anak kamu.

Raja : kenapa pula?

Nrun : sebab anak perempuan kamu, kakak tiri saya.. sedang kan kamu ayah saya..


Raja tersentak mendengar itu..


Raja : Nrun?!!

Nrun : ya.. saya lah anak ayaj yang di campakkan dari keluarga ini.. ayah sayang Nrun tak?

Raja : apa kau buat kat sini. Pergi jangan datang sini...

Permaisuri : siapa budak ni kanda?

Raja : entah,anak orang gila!! Pergi!! Pengawal!!! Buang dia ke luar istana..


Nrun rasa terhina mendengar itu. Ayah yang dia sangkakan menyayanginya telah menghina dia dan emaknya. Timbul kemarahan yang tak dapat di tahan lagi... Nrun menjerit tak tentu arah. Dari sini lah, Nrun kali pertama mendapatkan Core Raja nya.. dia menukarkan anak perempuan Raja menjadi emas.


Nrun : haa? Hehe menarik..

Raja : apa kau buat dengan anak aku?


Nrun pun mengubah tubuhnya menjadi emas.


Nrun : a-yah.. Nrun ni? Sekarang Nrun dah jadi emas. Sepatutnya Nrun menjadi anak emas kerajaan ini.

Raja : kembalikan anak aku!!!


Raja menyerang Nrun namun sebaik saja dia menyentuh Nrun, Raja pun menjadi emas. Permaisuri itu pula dia tukarkan menjadi timah yang mudah cair bila terkena panas.


Nrun : hahahaha rasa kan. Padan muka kau semua!!!


Satu warga kota memusuhi Nrun kerana kejadian itu. Selalu terjadi pergaduhan dan rusuhan di sana. Nrun yang merasakan emak nya tidak selamat di kota itu pergi berpindah di desa bahtera.


Di Desa Bahtera, Nrun menyarankan kepada petinggi desa untuk menjalankan sistem perbudakan..  Pak maon tidak setuju terus meletakkan jawatannya dengan harapan mereka tidak akan melakukan nya. Tetapi lain pula yang jadi, bila ketua desa yang sekarang mengambil alih menjadi serakah...

Kini Nrun hidup terlalu bebas melakukan apa saja kerana tidak ada yang berani mendekati nya. Emaknya juga tidak dapat melakukan apa-apa kerana sudah terlalu sayang dan Nrun menganggap sayang itu sesuatu yang bermakna bagi dirinya.


Nrun tetap melindungi emak nya dan pada masa yang sama dia menjadi kejam dengan penduduk desa Bahtera.


Badar : jadi itu lah yang berlaku. Atas sebab yang biasa itu?

Mak Nrun : walaupun biasa tapi bermakna bagi Nrun. Mak cik sudah tak dapat nak tegur apa-apa sebab Nrun selalu ungkit tentang sayang bila mak cik tegur. Kamu nak mak cik cakap tak ke?! Sedangkan ayahnya yang cakap begitu hancur kerajaan Jati setiga itu di buatnya!!


Mak Nrun menangis teresak esak kerana menyesali perbuatannya mendidik Nrun dengan cara itu.


Mak Nrun : baik kamu pergi dari sini sebelum Nrun balik.

Zafar : baiklah.. kami minta diri dulu..


Mereka pun berlalu dan berjalan menuju ke kaki bukit. Mereka berdua tidak berkata apa-apa setelah mengetahui kisah Nrun itu...


Sementara itu, di suatu tempat tahanan perbudakan, Tamandi heret masuk ke dalam sel.


Polis : masuk cepat!

Heigo : Tama!


Polis itu mengunci sel tahanan dan pergi dari situ.


Heigo : macam mana kau boleh ke sini?

Tama : tak ada orang bagitau aku budak tu ada Core Raja.

Heigo : Nrun ke? Aku dah agak! Aku tiba-tiba kena tangkap tadi. Dia orang cakap nak jual aku. Gelana dengan Delima tak tahu lah kat mana ..

Tama : mereka pun kena tangkap..

Heigo : apa?!! Habis macamana ni ? Badar mana? Kenapa dia tak toling kita?

Tama : diam lah. Tunggu je.. 


Tama terus duduk dan pejam kan matanya. Ternyata ada seorang lagi yang menjadi tahanan di sel itu.


Heigo : Tama, dia cakap nama dia ozen.

Tama : hah?!!


Bersambung.....



Previous: Bab 21
Next: Bab 23

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy