Home Buku Fantasi The New King
Bab 64

Ingatan Kembali


Hotel Lana milik Facla telahpun hancur berkecai.. akhirnya semua orang dapat keluar dari situ. Bukan sahaja kelompok Badarien yang ada di situ. Masih ada beberapa orang yang terperangkap di situ dan bertahan hidup...


Orang 1 : kita dah selamat!!

O 2 : yaa.. kita boleh balik ..

O 7 : ramai juga yang terperangkap dengan sini...


Ya,ramai. Ada yang cedera dan ada yang hanya luka ringan. 


O 4 : kamu ke yang mengalahkan Facla?

Badar : pengikut aku yang kalah kan dia.

O 10 : terima kasih selamatkan kami!

O 5 : kawan-kawan kami banyak yang cedera...

Badar : tak jauh dari sini ada kampung sutera.. pergi lah ke sana melalui hutan itu.

O 13 : woo kami tak nak pergi ke sana. Tempat sana banyak penunggu nya..

Badar : jangan risau. Pergi saja. Jika ada yang mengganggu kamu. Sebut saja Bunyamin Badar kuat-kuat.

O 12 : betul ke?

Badar : mereka kenal dengan aku. Tetapi kami cuma boleh guna kan sekali saja. Jika kamu keluar dari hutan itu dan berkeinginan nak masuk balik.. nama itu tak akan dapat di gunakan lagi...

O 2 : baiklah kami faham. Yang masih boleh berjalan, mari kita bawa kawan-kawan kita yang cedera menuju ke kampung sutera.


Mereka semua pun mula bergerak meninggalkan tempat itu.


Crisa : bijak juga kau..

Badar : hah? Kenapa?

Crisa : kau takut mereka kembali berbuat jahat di dalam hutan itu. Sebab tu kau cakap boleh digunakan 'sekali' ..

Badar : hahaha... Baiklah. Semua dah ingat?

Heigo : ya aku ingat..

Ozen : dah..

Gelana : ya dah.

Delima : terima kasih sebab bagi Puding.. hahaha ..


Tama terus menundukkan tubuhnya.


Tama : maafkan aku Badar!! Bunuh lah aku. Aku buat jahat dekat kau.

Badar : woo.. tak de kerja aku nak bunuh kau. Lagipun kau kan hilang ingatan..

Tama : aku hampir-hampir nak tebas kau. Nah ambil pedang ni. Tebaslan aku pula!!!

Zafar : cis! Melebih-lebih pula dia ni.


"Hahahahaha"


Mereka semua ketawa melihat Tama.


Badar : macamana dengan kamu berlima?

Fad : aku baru ingat.. aku tak ada anak perempuan!!

Fifi : ya . Pak cik bukan ayah saya.

Juli : Betul tu. Fifi anak aku..


Melopong mereka semua.


Badar : hahaha..

Dew : haish. Aku tetap sama.. aku gerak dulu.


Dew terus pergi meninggal kawasan itu. Nampaknya dia agak tergesa-gesa. Apakah dia sedang berada dalam misi?


Werza : aaargghgh!!!

Gelana : kenapa kau?

Werza : rupa-rupanya aku perempuan!!

Man : apa ?!!

Badar : biar betul kau. Kau tahu tak dah berapa banyak aku sentuh kau?! Batal batal batal!!

Werza : aku tak ingat. Dalam ingatan aku, aku seorang lelaki.. kejap.. abang aku.. aku pernah berpura-pura jadi abang aku. Aku ada kembar!

Zafar : mak ai. Pelik nya kau..

Ozen : sabar. Masih banyak lagi benda pelik yang akan kau jumpa Zafar...

Crisa : hahaha.. yang ni kelakae.

Gelana : tu lah. Kecik sangat.

Werza : apa maksud kau?!!

Gelana : eh tak ada apa...


Fad kelihatan sedih dengan situasi nya sekarang...


Fad : aku berharap ada anak perempuan. Aku duda.

Juli : duda?

Fifi : yeah!! Ayah baru!!

Juli : ehh belum apa-apa lagi.. 


Mereka memutuskan untuk membina haluan masing-masing bersama. Fad, Juli dan Fifi ingin menjadi sebuah keluarga yang sederhana di sebuah kawasan. Mereka pun pergi berlalu dari situ...


Tama : kau pula? Tak nak pergi?

Werza : hah? Errrr....

Delima : kenapa tu?

Werza : saya dari kota Bluetal... Tapi jauh.. saya takut pergi seorang diri. Boleh tak kamu semua hantarkan saya ke sana?

Badar : boleh.. kita dah ada penunjuk arah kota Bluetal!

Crisa : bagus lah.. tapi kami lambat lagi.. sebab kami perlu dapatkan restu raja..

Man : betul juga... Eh Crisa.. rasa macam dah lama tak jumpa. Rindu aku tak ?

Crisa : kau gila ke apa?

Man : hahaha..


Heigo mendatangi Man dan berbisik pada nya...


Heigo : bertabahlah nak.. cinta itu bukan mudah..

Man : eh kau..

Heigo : hehehe..

Badar : Crisa, mana arah tuju kita lepas ni?




Crisa : kita sekarang ada di sini. Dekat dengan negeri Khayalan.. ada kota besar dekat sini .. kota tidur..

Tama : Raja benua ada dekat mana?

Crisa : tak tahu. Raja benua Bawasa agak tertutup orangnya.. jadi kita tak tahu apa-apa maklumat...

Ozen : macamana kalau kita dah pergi ke negeri Khayalan dengan negeri Darpa ni, tapi tak ada raja benua? Tahu-tahu dia duduk di desa kecil? Gunung?

Man : boleh jadi tu..

Zafar : agak susah nak menentukan arah. Sebab bentuk benua ini bulat..

Tama : ya.. masa kita di benua ulala, kita hanya perlu berjalan terus..

Heigo : tak kan nak patah balik nanti?

Badar : biasa Raja benua tinggal di kota. Jadi kita dah boleh kurangkan senarai kita .. antara kota tidur dengan kota batu.. 

Gelana : betul juga...

Badar : tapi tak menutup kemungkinan kita terpaksa patah balik kalau-kalau Raja benua nak hidup berasingan dengan rakyatnya.

Werza : jadi apa yang perlu kita buat sekarang?

Badar : sekarang ni masih malam. Kita berkhemah dulu dekat sini.. esok kita akan bergerak ke kota tidur..

Zafar : apa aku saja ke yang melupakan sesuatu?


Semua diam.


Badar : Kuda aku!!!


Badar pun pergi mencari kudanya. Bangsal kuda itu juga hancur kerana kekalahan Facla. Tetapi kudanya baik-baik saja.


Badar : heigo ! Cari rumput.. kuda aku nak makan.

Heigo : biasa Tama?

Badar : Tama sakit.. kau lah pula. Ajak Man atau Ozen.


Mereka mencari barang-barang yang tertimbus oleh runtuhan hotel tersebut.


Gelana : nasib baik ada beg aku.


Sedangkan yang lain mula membuat khemah dan unggun api.


Werza : wah rupa-rupanya Badar ni berjiwa pemimpin... Beza betul dengan dia sebelum ni.

Gelana : itu dia yang sebelum ni.. Badar dengan Zanjiil itu orang yang sama tapi memiliki sifat yang berbeza.

Crisa : ya . Kalau nak ceritakan.. panjang kisahnya dah tak masuk dek akal.


Selepas itu, Gelana mula memasak makanan demgan apa yang ada..


Gelana : nasib makanan dengan bahan-bahan makanan ni tak hancur..

Delima : betul tu.


Ketika makan, Badar pun mulakan mesyuarat antara pengikut nya.. bermula dari Man yang tidak kehilangan ingatan... Kemudian pembicaraan berubah kepada Badar.


Man : aku mampu membuat teknik baru yang sebelum ni aku tak dapat nak fikirkan.

Ozen : betul tu. Aku juga.

Zafar : mungkin sebab Core Badar.. All of us..

Badar : ya..

Crisa : kenapa kau boleh membatu masa kami tinggalkan kau?

Badar : sebab pengikut aku salah satu tunjang utama dalam Core aku. Semua nya untuk kita. Jadi aku dapat menyalurkan tenaga Core dan aku juga boleh menjadi kuat kerana pengikut aku.

Zafar : tapi masa kali pertama kita bertemu, kau tunjuk kan aku aura yang besar..

Badar : yaa.. Core aku All of us.. jadi semuanya ada kaitan dengan emosi aku. Bila aku di tinggalkan, aku pun jadi sedih.. dan bila aku sedih.. aku jadi hampa dan membatu dengan sendiri nya. Ibarat cahaya matahari yang tenggelam. Kamu semua lah cahaya itu...

Heigo : terharu aku dengar.

Crisa : ohh jadi apa-apa pun ada kaitan?

Badar : ya.. kalau kamu semua berkhianat, aku cuma perlu memutuskan benang cahaya itu. Agar aku tidak terpengaruh dengan aura yang jahat. Sebab itu lah aku memerlukan kamu semua.. yang terpilih untuk bersama dengan aku... Tanpa rakyat, aku bukan seorang Raja. Itu lah makna sebenar core "All of us"


Badar menjelaskan bahawa dirinya juga seorang manusia biasa walaupun memiliki Core yang kuat dan jarang ditemui oleh orang lain. Core ini juga memainkan peranan emosi dalam diri Badar... Apa sahaja bentuk kenangan, emosi, minda dan perasaan mampu memperkuat Corenya dan juga melemahkan nya.  Selain itu dia boleh menyalurkan tenaga Core untuk memperkuatkan Core pengikutnya yang telah mengikat perjanjian benang cahaya dengan nya. Badar selama ini sentiasa berhati-hati menggunakan Core nya agar tidak mencederakan orang lain dan terpengaruh dengan aura negatif.. pun begitu, Core nya tetap yang paling kuat kerana mampu buat apa sahaja yang di inginkan oleh Badar... Sekurang-kurangnya, Badar sudah terlatih menggunakan Core All of us nya yang sebelum ini tidak diguna oleh Zanjiil. Jika Badar tanpa pengikut pun tetap yang paling kuat cuma bezanya untuk menjadi Raja baru, dia harus mempunyai pengikut. Jadi itu boleh mempengaruhi. Berbalik kepada impian Badar.. menjadi raja baru... Malang sekali, Dia Raja buangan. Jadi mahu tidak mahu, dia perlu kan pengikut yang mengakuinya sebagai raja dan menjadi Rakyat.


Badar : faham ?


Mereka semua mengangguk kepala tanda faham.


Crisa : agak rumit Core kau..

Zafar : tapi Core yang kuat.. mungkin kalau Badar tak jadi raja.. dia boleh menjadi wira yang paling kuat di semua benua.

Man : haaa jadi aku selamat lah dengan kau.

Badar : jangan merasa tenang dulu. aku tidak selalu ada untuk menyelamatkan kamu semua dalam waktu yang sama...

Werza : wah pembicaraan yang berat...

Zafar : harap kau jangan bagi tahu sesiapa lah...

Werza : baiklah!


Mereka semua terus makan dan bersiap untuk tidur....


Bersambung....



Previous: Bab 63
Next: Bab 65

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy