Home Buku Fantasi The New King
Bab 28
Di Hujung Nafas


Zafar sudah tidak bernafas setelah di kalahkan oleh Nrun. Padahal Zafar hanya ingin menyelamatkan Mak Nrun. Sedangkan Kaja mendengar jeritan tangisan orang-orang di bawah sana, cuba untuk membuat emosi Badar melemah.


Kaja : haaa dengar tu? Aku dah cakap...


"Zafar!!!!"


Badar dengar itu semua teriak kan itu. Namun dia harus fokus kepada Kaja. Dia juga merasa risau. Apa benar Zafar mati?


Badar : pengikut yang aku pilih tak akan mudah mati ...

Kaja : terima lah kenyataan nya. Ini bukan fantasi .. pergi lah tengok. Aku benarkan.. hahaha..


Badar tidak mahu merasakan penyesalan. Dia memilih untuk tetap di situ....


...................................


Langit-langit menjadi gelap, kota-kota di bakar oleh seseorang yang merajai kekuatan di situ... Seorang lelaki yang berbadan besar dalam separuh baya  datang membawa Zafar yang masih kecil. Zafar berumur di sekitar 3 tahun. Lelaki itu menggendong Zafar dan membawa nya ke tepi laut..


Ayah Zafar : bawa lari anak beta.. sembunyi kan di mana-mana..


Beberapa orang di situ pengikut kepada lelaki itu.


Perempuan 1 : macamana dengan tuanku?

Ayah Zafar : beta kena lawan musuh itu..

Lelaki 1 : kenapa jadi macam ni? Padahal negeri kita tak pernah perang.

Ayah Zafar : sistem kita lemah wahai pengikut ku.. larilah dari sini. Kamu semua masih muda. Hidup lah di benua lain.


Zafar menangis kerana melihat keadaan ayahnya.. di pandangan mata Zafar, wajah ayahnya itu tidak kelihatan.. ingatannya agak-agak samar tentang wajah ayahnya...


Ayah Zafar : zafar, kamu anak yang baik. Suatu hari kamu mungkin akan jadi Raja. Jadilah Raja yang kuat!!


Lelaki itu terus pergi meninggalkan mereka dan anaknya.


Ayah Zafar : cepat pergi.. beta nak selamatkan Raja Reinland!!


Pengikut-pengikut baginda terus naik kapal dan berlayar untuk lari dari situ...


.....................................................


Tubuh Zafar bercahaya dengan cahaya berwarna hijau. Zafar bangun!


Crisa : Zafar ?

Gelana : Zafar MASIH HIDUP!!!


Badar yang mendengar terikan itu lalu tersenyum teruja.


Badar : kan aku dah cakap!

Kaja : tak mungkin! Orang mati tak boleh hidup balik...


Badar menjadi semangat untuk melawan Kaja.. sedangkan di sini lain...


Ozen : rambutnya berubah gaya?

Man : ya betul tu.

Delima: Zafar, macamana kau boleh hidup balik..?


Zafar menunjukkan tangan kanan nya dan memandang tajam tepat pada Nrun.


Zafar : Second Chance!

Nrun : tak mungkin..


Zafar terus menyerang tubuh Nrun..


Nrun : argghh..


Nrun terlempar !


Nrun : mana mungkin.. macam mana tumbukan dia terasa sakit pula ni?


Zafar dengan pantas terus berada di depan Nrun..


Nrun : tipu semua ni... Ini hanya mimpi!!! Kau tak akan menang melawan Core Raja..


Nrun mengamuk!


Nrun : All metal!!


Semua unsur logam keluar dari tanah dan menyerang Zafar. Zafar terlempar  jauh tetapi .


Zafar : Second Chance!!


Tiba-tiba dia berada di depan Nrun. Nrun terkejut. Zafar menumbuk dagu Nrun ke atas . Dia diterbangkan ke udara..


Nrun : argghh.. mana mungkin!! Apa dia buat tadi...


Crisa yang melihatnya mula memikirkan kembali sesuatu di Maze Book ..


Crisa : aku dah cakap, Core Zafar bukan semata-mata Chance.. core dia sebenarnya.. MASA!

Gelana : ahh tak penting. Yang penting kita sokong Zafar biar menang!! Hahaha..

Delima : Zafar! Zafar!

Heigo : hebatlah Zafar!! Kalah kan dia!


Zafar melompat ke udara dan menendang perut Nrun hingga dia jatuh ke tanah.


Nrun  : tak mungkin...

Zafar : first chance!!


Dia menumbuk Nrun bertubi-tubi terhingga terkapar di tanah itu..


Raza : yeah dia dah nazak..

Dirn : nak mati..


Nrun akhirnya kalah dengan kekuatan Core Chance Zafar... Nrun yang sedang nazak itu...


Nrun : Makkk ..


Mak nrun terus datang ke arah Nrun. Dia meletakkan kepala Nrun di ribanya. Mak nya menangis sayu melihat Nrun.


Mak Nrun : Nrun!! Maafkan mak nrun jadi begini..

Nrun : jadi apa yang Nrun buat itu semua salah?

Mak Nrun : ya Nrun.. salah..


Mak Nrun menangis teresak esak...😭


Nrun : mak marah ?

Mak Nrun : mak marah Nrun.  Tapi mak tak nak kamu tinggalkan mak..

Nrun : tapi mak tetap sayang Nrun kan?

Mak Nrun : ya Nrun! Apa pun kamu jadi mak tetap sayang ...

Nrun : Nrun pun sayang Mak...


Nrun menghembuskan nafasnya di pangkuan ibu nya yang amat menyayangi nya.. ibunya memeluk Nrun dengan erat selagi hangat nya masih terasa....


Zafar kemudian pengsan tatkala itu juga.. heigo menarik nya masuk ke dalam Cover Rush..


Man : hei makin banyak pula orang masuk..

Ozen : tinggal Badar je lagi..


Mereka semua memandang lubang atas di dinding gunung kiri itu..


Gelana : Zafar menang!!!


Suaranya yang lantang itu di dengari Badar ...


Badar : hehehe.. sekarang tinggal kau...

Kaja : tak mungkin Nrun kalah. Dia Core Raja..

Badar : macam kau cakap tadi.. mungkin core raja itu lemah!


Badar mengangkat tangan nya ke atas.


Badar : aku saja nak main-main tadi..


Keluar bebola besar seperti matahari di tangan Badar..


Kaja : kau raja apa haa? Kenapa terlalu banyak jenis Core kau ada..

Badar : Raja Damai... Terima ni!! Big Sun Rising!!!


Dia melemparkan bebola matahari yang besar itu ke arah Kaja... Matahari itu bergerak terlalu laju sehingga dia tidak dapat mengelak serangan itu. Apa yang mampu dia buat sekarang hanya menahan serangan itu..


Kaja : Blood Wall!!!!


Dia membuat dinding darah dengan tebal dan menggunakan semua darah yang di ada.. tetapi darah itu terserap ke dalam matahari itu sehinggakan dinding keras itu pecah!!


Kaja : tidakkk !! Aku akan balas dendam!!!


Sebaik saja dia mengatakan itu, matahari itu menyerap tubuh Kaja ke dalamnya. Tubuh kaja terbakar dan kering hingga menjadi debu dalam sekelip mata...


Badar : fuh bahaya juga serangan ni...


Badar menutup tangannya supaya Corenya tidak aktif lagi. Matahari itu hilang dengan sekejap.. dia bergerak ke dinding yang berlubang itu..


Gelana : eh itu Badar!!

Delima : kenapa dia berpeluh..


Badar terus melompat ke arah mereka semua..


Heigo : kenapa kau berpeluh?

Badar : terik sangat matahari ni . Fuhh panas. Dah jom siap - siap.. kita pergi dari sini..

Crisa : dah kalah ke?

Raza : ya mana kaja?


Badar tersenyum...


Badar : mestilah... Kau lupa ke kau cakap dengan siapa? Hahaha..


Mereka semua terpana... Lalu bersorak riang!


"Yeayyy kita menang"..


Di tempat perlindungan...


Fia : pak maon! Kita menang!! Kaja dah di kalahkan...

Pak Maon : apa ? Betul ke?

Vax : tak percaya pergi lah tengok...


Mereka semua nya bersorak kegirangan.


Raza : lepas ni kita boleh jadikan desa ini seperti sedia kala. Macam dulu-dulu....

Heigo : kami dah nak bergerak dari sini dah...

Dirn : hah? Tak akan tak nak makan-makan dulu ke?


Mereka memandang Badar..


Badar : tak ingin aku makan di sini...


Hari kemudian mendung, lalu turunlah hujan dengan lebatnya.. membersihkan semua darah-darah yang berteraburan di sana sini..

Mayat bergelimpangan...


Sego : apa kita nak buat dengan mayat ini?

Raza : kita kebumikan macam biasa. Tapi di luar desa bahtera. Mereka tak layak di kebumikan di desa suci ini... Tempat pertama manusia selepas banjir besar dulu ..

Dirn : betul juga...

Fia : eh pak maon? Kenapa datang sini?

Pak Maon : pak cik pun nak tolong -tolong kamu semua...

Raza : hmm mana mereka semua tu?

Pak Maon : mereka semua ada di rumah pak cik... Tengah berehat sambil merawat luka-luka mereka....


Badar dan pengikutnya berada di rumah Pak maon di gunung kiri. Seperti yang kita tahu, gunung kanan hanya tempat jualan dan dagangan..


Delima : Tama dengan Zafar ni cedera teruk..

Heigo : tu lah.. Badar kau ada luka tak ?


Mereka memeriksa Badar..


Heigo : tak ada luka langsung . Ini kenapa baju putih kau ni merah?

Badar : yang ni darah.. sungguh kekuatan yang bahaya .. Dark Core Blood..

Crisa : ya.. betul tu 

Badar : tak sangka kau boleh tahu core orang hanya dengan melihat..

Gelana : kau nak aku pergi kedai tak?


Gelana pergi membeli barang-barang keperluan dalam perjalanan nanti. Dia juga membeli baju baru untuk mereka semua. Badar suka memakai baju biasa yang berwarna putih dan di tutupi selendang putih di bahunya...


Bersambung......



Previous: Bab 27
Next: Bab 29

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy