Pengikut Pertama
Malam itu di dalam bilik bacaan, Raja Tadaka menemui satu buku berwarna merah dengan gambar bintang kuning di depan nya. Ternyata itu adalah buku menunaikan hajat dengan sekelip mata. Tetapi harus ada sesuatu yang perlu di korbankan untuk membuatkan mantra itu berhasil. Raja Tadaka pun pergi ke bilik rahsia yang terdapat di dalam bilik bacaan itu. Dia mengikuti semua syarat-syarat yang perlu di dalam buku itu.
Raja Tadaka : jika ini saja penyelesaian nya, aku kena buat!
Kata Raja Tadaka dengan tertatih-tatih. Kerana panas. Dia membuka baju nya. Kelihatan tubuhnya lembab di saluti peluh yang mengalir. Setelah itu, dia berjaya membuat mantra itu berhasil dan meraung kesakitan. Apa yang di korban Raja Tadaka adalah rohnya. Dia tidak tahu yang tubuhnya akan di gunakan oleh Jin.
Xon : tahniah manusia. Aku akan mengabulkan permintaan mu.
Raja Tadaka : eggh siapa kau?
Xon : aku yang akan menggunakan tubuh kau untuk berkuasa atas kerajaan Tempil.
Raja Tadaka : apa? Tidak!! Jangan!
Xon : sudah terlambat manusia. Semuanya sudah terlaksanakan.
Hanya dengan satu malam, sungai mengalir deras semula, tumbuhan menjadi lebat dan hujan renyai membasahi bumi tempil.
.......................................................
Bommmm!!!!!
Orang kota : apa tu?
O. K 2 : bunyi ledakan?
Pertarungan masih berlanjutan sehingga Zafar mencerita kan semuanya kepada Badar.
Wada : ayahanda.....
Mata Wada berkaca. Hampir menangis.
Wada : tidak ada orang yang tahu pengorbanan ayahanda.
Badar : hmm jadi aku perlu memisahkan jin tu ya.
Zafar : silakan.
Badar membuat tarian yang pelik.
Zafar : apa benda dia buat ni?
Dia menari sambil menyanyi.
Badar : jin jin inai, Mak ipong rajawali, jin jin inai
Mak ipong rajawali ~~~
Mereka sedar yang itu bukan mantra.
Zafar : eh bukan, bukan. Itu lagu.
Badar : eh bukan eh?
Badar terus meluri ke arah Xon dan terus menyerang. Xon terkena serangan itu lalu terlempar di tanah.
Xon : tak guna kau!! Sial!! Sini kau.
Xon dengan pantas menyerang balik Badar namun badar menendang Xon ke atas.
Xon : arrrrghhg!
Badar melompat tinggi hingga paras Xon dan menendang Xon ke bawah.
Badar : Rasa kan!!
Xon terhampar ke tanah.
Xon : ergghh! Macam-mana kau...?
Badar : macam tu lah. Sekarang kau nak keluar ke tak nak?
Xon : aku tak akan...
Badar menapakkan kaki nya ke atas tubuh Xon.
Wada : Ayahanda!!
Zafar : sabar, dia bukan ayahanda kamu lagi. Itu orang lain.
Xon mencengkam kuat kaki Badar. Badar menendangnya hingga terlempar jauh dari dia.
Xon : aku kena bagi tahu dengan jin yang lain. Ini tidak boleh jadi...
Xon yang sudah kelelahan itu memutuskan untuk memberi tanda amaran ghaib kepada jin-jin yang lain. Tanda amaran itu hanya boleh di rasai oleh bangsa jin walausejauh manapun mereka berada.
Zafar : orang ini, aura raja nya sangat terasa, dahulu ada seorang yang boleh membunuh jin dengan tangan kosong. Sedang kan kita zaman sekarang takut dengan makhluk ini.
Wada : saya yakin dia akan menjadi Raja baru. Cuma dia perlukan pengikut.
Zafar mendengar kata itu lalu berfikir..
"Kau nak jadi pengikut aku tak?"
....................
Xon bangun dan mengeluarkan aura merah di tangannya. Dia menumbuk tanah lalu cahaya merah itu terus terlihat di langit.
Badar : cis!
Badar mengeluarkan pedang nya yang entah mana muncul terus menebar tubuh Raja Tadaka yang didiami Xon.
Cahaya itu pun hilang. Walaupun hanya seketika, langit-langit menjadi gelap. Semua jin sedar ada amaran!
Wada : ayahanda!!!!!!
Raja Tadaka terdampar di tanah. Dia rasa lemah.
Raja Tadaka : wada?
Raja Tadaka melihat Wada berlari ke arah nya. Wada mendekati Raja Tadaka.
Wada : ayahanda!!
Wada menangis melihat ayahandanya itu. Zafar juga mendekati ayahanda nya itu.
Raja Tadaka : Zafar, Wada? Apa yang berlaku?
Zafar : syukurlah semua nya sudah selesai.
Wada menangis sambil memeluk ayahnya itu. Zafar pula tersenyum gembira.
..................................
Setelah itu, Raja Tadaka beransur pulih sedikit demi sedikit. Badar di jemput untuk ke meja makan istana. Untuk memulihkan tenaga. Raja Tadaka sudah bebas dari pengaruh jin. Namun, keadaan juga berubah menjadi seperti sedia kala. Sungai jadi cetek dan tumbuhan mula menguning. Raja Tadaka mencerita kan sebab dia melakukan itu walaupun sebenarnya mereka sudah tahu.
Badar : Jujur!
Mereka terdiam tatkala Badar menyampuk.
Badar : satu-satunya cara untuk memulihkan kerajaan ini adalah jujur dengan Rakyat. Walaupun kita seorang Raja, kita tak boleh melakukan semuanya sendiri.
Wada : ceh, mengaku-ngaku raja pulak dia ni.
Zafar : acah-acah pula.
Raja Tadaka : apa yang di katakan nya benar adanya...
Badar : rakyatlah yang akan memulih kerajaan ini bersama raja. Sebab tanpa rakyat, apa tujuan kewujudan Raja?
.............................
Raja Tadaka memerintah semua rakyatnya untuk berkumpul. Baginda menjelaskan tentang kota dan kerajaan ini di ambang kematian.
O. K 19 : kami akan berusaha untuk memulihkan kerajan tempil ini!!
O. K 10 : ya!!! Ini tempat tanah air kita!!
O. K 1 : aku akan masak yang sedap-sedap untuk orang kota ini. Hehehe.
Orang-orang kota bersorak menyambut cadangan Raja Tadaka untuk memulihkan kerajaan tempil ini. Memang banyak benda yang akan di laku kan, tetapi mereka tak akan berputus asa begitu saja setelah sekian lama menetap di kota ini. Tetapi sebelum itu, mereka mengadakan pesta makan untuk meraikan hero mereka Badar yang telah menyelamatkan Raja Tadaka dari Jin yang kejam.
..........................
Badar : daging!!! Buah!!! Tembikai .. harus tembikai ... Sejuk dan berair.. huuuhuuuuu...
Zafar menjeling melihat badar.
Badar : apa tengok? Ni semua aku punya. Syuh, syuh...
Wada : ya makan lah.. nanti abang nak teruskan perjalanan.
Raja Tadaka : eh betul ke?
Wada : ya, abang ni nak jadi Raja Baru.
Raja Tadaka : kamu ada memilih sesiapa ke yang dari kerajaan beta?
Badar menunjukkan ke arah Zafar. Raja Tadaka dan Wada terpana.
Badar : dia pun masih muda. Masih boleh mengharungi dunia.
Zafar ialah anak angkat Raja Tadaka. Dia memiliki Core First Chance, Jenis atau Type .. jadi jenis Core yang di miliki oleh Zafar adalah Strong Type. Core Zafar mampu memberikan kekuatan yang luar biasa sambil menggunakan first chance nya. Dimana dia hanya boleh menggunakannya untuk sekali jika dia mengeluarkan secara penuh. Biasanya Zafar menggunakan nya secara berkala agar dapat menjimatkan lagi Core First Chance itu. Lagipun musuh-musuh yang dia hadapi sebelum ini hanya orang biasa yang tidak memiliki Core. Zafar berumur 17 tahun, tua setahun dari Badar. Namun dia pendek dari Badar. 😆..
Badar memilihnya bukan kerana kekuatan nya saja, tetapi kerana daya berfikirnya yang tajam dan bagus dalam memberikan pandangan. Bagi Badar, itu bagus untuk seorang raja jika ingin menentukan sesuatu dan dia harus menanyakan pendapat seseorang yang lebih arif. Zafar juga dikatakan akan menggantikan posisi Raja Tadaka setelah kematian nya. Walaupun bukan Core raja, namun memiliki Core jenis Strong type pun sudah cukup memadai.
Mendengar jawapan dari Badar... Zafar menunduk kan kepala nya.
Zafar : izinkan saya mengembara!! Saya ingin menjadi orang yang berpandangan luas! Saya nak hidup sebagai orang yang sudah mengembara hingga hujung dunia !!
Raja Tadaka terdiam.. mungkin hanya Zafar lah yang menjadi harapan besar untuk memimpin kerajaan Tempil.
Raja Tadaka : nampak nya beta kena cari orang lain. Jadi, Wada, cepatlah besar dan pilihlah orang yang sesuai jadi Raja Muda tempil ya..
Zafar : Tuanku!
Zafar terharu mendengar itu. Akhirnya, dia boleh.... Impian dia selama ini, ingin mengembara ke seluruh dunia termakbul!
Bersambung.......