Home Buku Fantasi The New King
Bab 72

Mengenang Dia


"Terasa mimpi yang telah lama menghilang"


Ana mengikat rambutnya di depan cermin. Ketika itu dia melihat Malek yang sedang baring di katil nya. Teringat dia akan kejadian itu, dimana Malek menghilang. Rupa-rupanya dia menyorok di loteng rumah itu dan tertidur di dalam nya. Seharian suntuk para pembantu mencari Malek yang hilang kerana takut di marahi oleh Puan Muna.


Malek kelihatan sedang menguap. Ana terus menuju ke katil Malek dan duduk manis di bahagian kosong. Katil Malek agak besar untuk usianya. Maklum lah, orang bangsawan.


Ana : apa kata kita baca buku?

Malek : buku? Hah malas lah..

Ana : awak pandai baca tak?

Malek : eeerrr ...


Malek seolah-olah cuba mengelabui Ana.


Malek : nak tidurlah.

Ana : tak reti baca lah tu.

Malek : ya memang. Siapa nak ajar saya?

Ana : habis awak asyik tidur je.. bila nak belajar?

Malek : hehehe...

Ana : saya boleh ajar awak.

Malek : bagus. Ajar saya dalam mimpi.

Ana : tak nak lah..

Malek : jangan risau.. seronok lah dunia mimpi. Macam-macam kita boleh dapat... Lagi pun tempat kat sana lagi besar dari bilik ni.

Ana : hmmm ye lah. Tapi tak bahaya kan?

Malek : tak .. awak ikut je saya.


Akhirnya Ana pun bersetuju..


Ana : macamana cara nya?

Malek : senang.. tidur. 


Malek tersenyum lebar kemudian terus tidur. Ana tidur di sudut hujung katil kerana Malek orang nya kecil dan kaki nya tak sampai hingga hujung. Mereka berdua pun tertidur...


Ana : eh saya kat mana ni? Hello!!


Suara bergema di ruangan kosong itu. Ana sudah berada di dunia mimpi. Tempat nya masih kelihatan kosong dan tak berpenghujung.. Suasana di sana berwarna merah jambu dengan warna pelangi di sebalik warna itu. Ibarat air yang memantulkan apa bila terkena cahaya.


Ana : Malek?

Malek : yoo!


Ana terkejut. Tiba-tiba Malek berada di belakang nya.


Ana : awak pergi mana?

Malek : menyorok.

Ana : kenapa kosong je ni?

Malek : kalau macam tu, Awak hias lah.

Ana : Hias?

Malek : ya, awak boleh hias ikut suka awak.

Ana : hmm .. kalau saya nak suasana hutan.


Ruang kosong tadi terus menjadi sebuah hutan dan ada tanah lapang di tengah-tengah nya, tempat mereka berdiri.


Malek : wah bagus imaginasi awak.


Malek menepuk tangan nya. Ana pula kagum melihat itu semua. Dia melihat sekeliling hutan.


Ana : cantik lah tempat ni...

Malek : ehem.. apa lagi awak nak?

Ana : apa ya? Haa kita kan nak belajar tadi.. jadi kita perlukan pondok belajar.


Muncul sebuah pondok yang ada papan hitam nya dan meja belajar untuk Malek.


Malek : haish.. ingat lupa tadi..


Mereka pun terus belajar. Ana menulis setiap huruf di papan hitam itu.


Ana : ok .. mula-mula.. ni apa? Dia macam segi tiga tapi tak ada garis kat bawah.. garis nya pindah di tengah.. huruf apa ni?

Malek : ohh kalau macam tu ni segitiga kangkang..

Ana : bukan!!

Malek : eh salah eh?

Ana : ini A . Huruf A!

Malek : mak ai. Garang nya..

Ana : oh sorry. Huruf apa tadi murid-murid?

Malek : Huruf A, Cikgu.


Ana berpindah pada huruf seterusnya.


Ana : ok ni huruf nampak macam kaca mata, tapi menegak.. huruf apa ni?

Malek : ni huruf kacamata jatuh ke tanah...

Ana : bukaaann.. ni B.. haish.. B betul lah awak ni..

Malek : ohh B, ku sangka kan jatuh..

Ana : ni pula. Dia macam cacing tapi dia terhenti bengkok macam ni..

Malek : oh cacing tu sesat kot. Sebab tu berhenti..

Ana : boleh gila saya ajar awak ni.. awak memang benar-benar tak kenal huruf langsung ya..

Malek : kan dah cakap tadi...

Ana : tak apa. Saya sebut awak ikut ya.


Kali ini, Ana mengajar Malek dengan betul sehingga lah malek tahu semua huruf itu. Setelah beberapa hari belajar, Malek pun pandai membaca.


Pembantu : Tuan muda, ini ada air susu. Minum lah.

Malek : terima kasih..

Pembantu : dah lewat malam ni tuan.. tidurlah.

Malek : haa ya.. nak habiskan baca buku cerita ni.. rupa-rupanya katak tu sebenarnya manusia ya.

Pembantu : hahaha.  Kalau betul, saya pun nak cium katak tu.. jadi isteri Raja..

Malek : perasan nya..


Datang lah Puan Muna ke bilik Malek. 


Muna : ohh tak tidur lagi ya. Tidur cepat!!


Puan Muna mengambil rotan lalu memukul Malek secara tiba-tiba..

Sebenarnya bukan secara tiba-tiba, beberapa hari lepas Malek tertidur siang bersama Ana.. itu membuatkan seluruh penduduk kota kecil itu tertidur. Ana di marahi oleh Puan muna sehinggakan terkoyak sedikit baju nya... Malek juga di tampar berkali-kali kerana menyebabkan kerugian besar hari itu. Setelah itu...


Ana : awak menangis...?


Ana mengusap airmata Malek.


Malek : kenapa bunda selalu marah saya? Padahal saya tak bersalah.

Ana : itulah nasib... Nasib saya kat dunia ni lagi teruk di bandingkan awak. Kami di usia muda harus bekerja. Berhempas-pulas hanya untuk setadah air dan secuit nasi.

Malek : maafkan saya.. 


Malek mengusap airmata nya sendiri dengan bajunya.


Ana : kita di perlakukan tidak setara di dunia ini. Yang lemah di tindas, yang kuat di junjung .. dapat ke kita hidup bersama-sama di dunia ini.

Malek : Ana.. saya janji dengan awak. Bila besar nanti saya akan kahwin dengan awak dan buat dunia lebih baik dari sekarang ni.

Ana : hahaha.. jangan mengarutlah.. saya ni tua dari awak tahu...

Malek : haaa awak ketawa... Hahaha.. Awak lah satu-satunya kawan saya dan .....

Ana : dan apa?

Malek : satu-satunya orang yang saya sayang...

Ana : sudah lah. Tak larat saya nak ketawa nanti.


Setelah hampir enam bulan mereka berkawan, mereka menjadi lebih rapat. Mereka saling bersama-sama dalam apa jua masalah di rumah agam itu. Walaupun hanya di rumah, hubungan mereka sudah terikat seperti satu keluarga. 


Tiga bulan kemudian, perubahan besar iaitu Puan Muna juga menjadi baik dengan Malek dan suami nya. Puan Muna menjadi peramah dan tidak marah-marah orang sesuka hati. Pekerja nya juga suka dengan keperibadian Puan Muna yang sekarang. Orang-orang di kota mula bersahabat dengan Malek. Dia bermain-main dengan budak-budak di kota itu bersama Ana. Orang kota juga selalu memberi layanan baik kepada Malek. Semua nya telah berubah.......


Sehingga lah pada suatu hari, Malek tercium bau busuk yang menusuk hidung nya. Bau itu membuatkan Malek tersentak bangun.


Malek : Ana ?!!


Tiada jawapan....


Malek : Ana?!!


Malek membuka matanya yang sedang mengantuk... Dia melihat di sekeliling nya. Banyak debu berterbangan.


Malek : pembantu ni tak bersihkan ke bilik aku ni?


Malek pun keluar dari bilik nya.. dia mencari seseorang...


Malek : Bunda!!! Ayah!!!


Dia menjerit-jerit memanggil orang tua nya namun tiada jawapan... Malek pun menuju ke ruangan makan. Alangkah terkejutnya dia melihat ada dua tengkorak yang masih ada kulit tergeletak di situ.


Malek : busuknya..


Pada mulanya, Malek tidak sedar akan itu tetapi setelah melihat baju dua tengkorak itu lalu mendekati....


Malek : eh kejap, ini baju Bunda..


Malek tersedar sesuatu. Dia terus berlari keluar rumah pergi ke pusat bandar... Dia tersentak melihat permandangan haru yang ada di depan matanya!!!


Semua orang tergeletak di tanah seolah-olah tidur dan tak bangun-bangun. Ada yang sudah menjadi tengkorak akibat panas matahari...


Malek : apa yang dah jadi ni ? Berapa lama aku tidur? Jangan-jangan... Ana cuma bayangan ciptaan aku. Ana! Dia bukan manusia nyata. Dia cuma mimpi!!


Malek tidak berpuas hati.. dia cuba berfikiran positif.. mana mungkin ini terjadi setelah semuanya berakhir dengan bahagia... Dia mencari-cari Ana...


Malek : apa yang aku dah buat? Aku tidur selama 6 bulan ni? Berapa lama aku tidur? Aku tak ingat... Apa dah jadi... Ana mana Ana.. ya aku kena masuk dalam dunia mimpi...


Malangnya... Malek telah tidur selama berbulan-bulan. Orang-orang semuanya mati kelaparan ketika tidur. Hanya Malek sahaja yang hidup. 


Malek cuba untuk tidur semula tetapi akibat dari tidur lama nya, dia jadi susah untuk tidur... Maka, hilang lah Ana tanpa jejak dan tidak pernah bertemu lagi.....


Bersambung.... 



Previous: Bab 71
Next: Bab 73

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy
© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham