Home Buku Fantasi The New King
Bab 82
Halangan

Setelah beberapa hari mereka mengalami kesukaran dari awal mencari kapal hingga sekarang, mereka sudah berada di tengah-tengah laut menuju ke benua Oasis. Sayangnya, kapal yang mereka naik kali ini adalah kapal yang berlandaskan angin semata-mata. Tiada alat atau teknologi yang menggerakkan kapal itu dengan sendiri.


Kenapa boleh jadi begitu? Ini kerana orang dari negeri rawi memegang erat dengan prinsip pelayaran dimana mereka tidak dianggap sebagai pelaut yang hebat jika mengharapkan teknologi yang ada di zaman itu. Para pelaut di negeri Rawi lebih gemar menggunakan kaedah lama iaitu menggunakan arah angin dan buruj. Bintang-bintang yang akan menunjukkan arah mereka berlayar.


Apa boleh buat? Pergerakan mereka menjadi lambat walaupun hati sudah terlalu teruja untuk merasai kehidupan baru di benua yang lain. Kapal itu di penuhi dengan satu kapten, satu penolong kanan dan 20 orang awak kapal. 20 awak kapal pula bekerja sebagai pendayung, pembersihan dan ada beberapa yang harus memasak.


Lagipun kapal yang mereka naik sekarang tidak di kenakan bayaran kerana pertolongan Raja Muda Muliadi Shahbar.


Heigo : aiiii dah sampai ke belum?

Crisa : belum...

Werza : lama lagi la.. kita dah 3 hari berlayar atas kapal ni...

Man : kau orang sedap lah. Ada ribut terus masuk ke dalam. Kami para lelaki ni...kena tolong mereka juga.

Ozen : yaaa.. penat dayung kapal rupanya..


Mereka semua melihat Badar yang basah lencun....


Badar : aku buang air yang masuk dalam kapal. Tapi air tu masuk balik.. hahahaha... Kalau masuk kena orang lain tak apa. Kena aku juga..

Werza : hahaha kesian..

Delima : kita kena beradab dengan orang yang tumpangkan kita. Kan?

Badar : ye betul...


Datang lah seorang kapten kapal memberitahu peringatan.


Tama : mesti ada benda nak jadi ni.

Man : ni tak lain tak bukan......

Ozen : ribut lagi...


Semua awak kapal itu berkumpul...


Kapten : malam ini laut bergelora dengan sangat kuat... Jadi bersiap sedia lah!

20 awak kapal : aye kapt!!


Mereka pun beredar dan membuat kerja masing-masing..


Tama : macamana mereka tahu ada laut bergelora?

Crisa : ini semua ilmu berlayar. Mereka dapat tahu dari pergerakan angin dan awan..

Zafar : hebat crisa. Untung bawa Crisa. Banyak yang kita tahu.

Crisa : hehehe biasa lah.

Man : tengok lah siapa yang jaga...

Crisa : jangan perasan!

Man : ehhh...

Zafar : jadi kita tak perlu tukar pakaian .. kita akan terus basah sampai esok pagi ..

Ozen : betul tu...


Malam itu, sepertimana yang dikatakan kapten kapal, benar ada nya laut bergelora. Keadaan ketika itu sangat gelap. Terombang-ambing kapal yang mereka naiki. Ombak besar datang ke arah mereka. Tama terus mengeluarkan pedang nya untuk cuba memotong ombak itu.


Tama : Angin di bawah bayu!!!


Dia menggunakan teknik dua pedang Angin tetapi tidak berhasil. Seperti ada yang menangkis serangan itu.


Badar : nanti dulu. Tengok betul-betul..


Mereka semua berhenti sejenak dan fokus melihat apa yang sebenarnya ada di depan mereka.


Awak kapal 2 : itu... Ada tangan!!!

A. K 5 : ada gergasi!!! Gergasi laut!!!


Penolong kapal terus keluar dari tempat nya dan melihat suasana itu...


Zyara : aku tak percaya apa yang aku lihat! Abang!!!

Kapten : pusingkan kapal!!! Elak!!


Semua orang terus bergerak ke tempat pendayung. Dengan air laut yang tak tentu arah, mengganas mereka cuba untuk mengubah laluan.


Zafar : ini betul-betul nama nya pengembaraan!!! Ini sama seperti dalam buku cerita yang aku baca masa kecil dulu!!!


Zafar menjadi teruja melihat kejadian itu...


Tangan yang besar itu menghempas ke dalam air laut dan menyebabkan kapal meluncur dengan laju. Mereka kini telah jauh dari entiti yang tidak diketahui tahap bahaya nya. seketika air laut menjadi tenang kembali.


Badar : mana dia?

Tama : dah hilang..

Zafar : haish.. baru nak tengok.

Man : fuh bahaya. Kalau kapal kita hancur tadi.. lemas kita ni..


Datang penolong kanan kapten yang terdengar perbualan mereka.


Zyara : jangan risau. Kayu kapal ini dari pokok yang kuat. Tidak akan mudah hancur. Kami bangsa pelaut tak akan mudah dikalahkan hanya dengan ombak besar.

Ozen : sombong nya..

Zyara : ops bukan sombong. Tapi kenyataan.

Crisa : apa yang dia cakap tu betul. Kayu ini sangat mampat pembuatan nya.

Badar : wah, kau memang pelaut yang hebat.


Puji Badar kepada Zyara sambil menepuk-nepuk dada Zyara. Dush!! Wajah Badar di tumbuk oleh Zyara.

Mereka yang melihat itu terus terpana.


Tama : apa kau buat?!

Delima : haa kenapa?

Zyara : kau tanya la dekat dia!


Badar terlentang di lantai kapal itu menyapu wajahnya yang kesakitan.


Crisa : kenapa Badar ?

Badar : pe-rempu-an!


Terkejut lah mereka mendengar itu. Zyara tidak kelihatan seperti seorang perempuan. Dia memakai topi kulit yang menyembunyikan rambut nya.


Heigo : tak guna Badar, kau sentuh bahagian penting dia.. ramai-ramai pijak dia!!


Maka ramailah orang yang cemburu pijak Badar..


Badar : aduh! Maaf! Tak sengaja..

Man : kenapa bukan aku yang sentuh tadi.. tidak. Nah ambil kau..!


Tiba-tiba lautan menjadi tenang dan sepi. Air lautnya juga tidak bergelora.

Ada sesuatu nak cuba naik dari dalam laut. Ada benda itu betul-betul berada di bawah kapal mereka.  Air laut terus  terpancur bersamaan dengan kapal itu.


Kapten : pegang kuat-kuat semua!


Zyara yang tidak sempat berpaut dengan apa-apa benda terus tercampak dari kapal.


Kapten : Zyara!!!

Zyara : abang!!!!


Badar yang melihat itu terus melompat ke arah Zyara yang mahu jatuh ke dalam laut..


Badar : akhirnya... Tiba masanya untuk aku jatuh cinta...


Tangan nya cuba merangkul tangan Zyara. Mereka berdua jatuh ke dalam air. Zyara pula tenggelam lebih cepat dari Badar. Badar cuba berenang ke arah Zyara yang tenggelam. Zyara mengalami kejang di kaki nya yang membuatkan dia tak dapat berenang. Apatah lagi setelah tercampak dari ketinggian paras air laut tadi.


Ketika Badar berenang, ada sepasang mata besar yang memandang mereka berdua dari sisi kanan. Badar yang terkejut terus tertelan air laut dan menyebabkan dia sukar untuk bernafas.


Sementara itu, kapal yang terlempar tadi telah jauh dari tempat Badar dan Zyara kerana di alihkan dengan ombak laut yang kencang.


Kapten : Zyara... 

Tama : patah balik .. selamat kan mereka..

Kapten : itu tempat bahaya. Lagenda gergasi laut itu wujud.

Zafar : kalau wujud kenapa sebelum ni tak pernah dengar pun dari orang-orang kota?

Kapten : itu sebab... Biasa nya kami memiliki laluan tersendiri. Begitu juga pelaut yang lain. Memang semua nya sudah di tetap kan laluan nya. Tapi... Entah kenapa, gergasi laut itu mengganggu laluan yang selamat itu.

Crisa : ini bermakna, kamu tak pernah mengikuti laluan lain selain situ?

Kapten : ya..

Ozen : pelik.. kalau laluan itu laluan yang selamat.. bukan ke kita tak mengganggu tempat dia?

Kapten : benar. Ada satu berita lama. Yang ada pulau batu di tengah-tengah laut. Tiada siapa yang lalu dekat situ 

Man : eh? Macamana kau tau kalau tak ada orang lalu?

Werza : itulah. Aku juga hairan.

Kapten : zaman  dunia ini terisi dengan air sepenuh nya.. ada seorang pelaut yang berani menjelajahi lautan.. dia lah yang menemui pulau itu. Untung nya dia pulang dengan selamat ..

Werza : jadi kita kena pergi ke sana lah ni?

Crisa : ya, kemungkinan besar mereka ada di sana.

Delima : tapi macamana pula kalau mereka tenggelam dalam laut tu?

Kapten : jangan risau, kita akan lalu kat tempat tadi semula.


Mereka semua bersetuju...


Kapten : siapkan semua senjata yang kita ada!!!


Perintah kapten kepada Awak kapalnya itu. Maka mereka semua bergegas menyiapkan meriam, penembak dan bom untuk menyerang dan menyelamat kan Badar dan Zyara..


Delima : kesian Badar. Dah la kena tumbuk dengan dia. Lepas tu dia selamatkan pula orang tu.

Man : biasa lah dia.. aku dah faham sangat.

Zafar : baiklah. Aku tahu semua orang penat. Tak dapat rehat yang cukup. Tapi untuk sampai ke benua Oasis, kita memerlukan arahan dari Raja kita... jadi masa untuk selamatkan Badar!!!!


"Yeahhhhh"


Bersambung 



Previous: Bab 81
Next: Bab 83

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy
© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham