Home Buku Fantasi The New King
Bab 70

Mimpi yang Hilang


Di sebuah tempat dalam dunia mimpi, ada banyak rumah yang besar dan mewah di sana. Tetapi tempat itu tiada orang satupun. Rumah-rumah di sana ada yang telah retak, hancur dan ada sisa-sisa dinding terapung di udara. Suasana nya kelam. Gelana yang membuka matanya dari mimpi melihat itu semua. Dia berada di depan sebuah pintu yang tertutup.


Gelana : kat mana ni?


Kerana banyak persoalan bermain di minda, Gelana cuba membuka pintu itu. Dia berubah menjadi sosok budak kecil. Kemudian dia melihat ada seorang budak lelaki di dalam bilik itu.


Gelana : ya! Ini mimpi aku.. aku dah ingat....


Kembali di tempat dunia mimpi dalam mimpi ..

Badar tersedar di suatu tempat yang agak kelam gelap. Langitnya berbintang biru tua. Ada seseorang yang duduk di tahta yang tinggi itu. Lelaki itu sedang tidur dengan pipi nya di tangan kiri lalu terjaga kerana merasakan sesuatu aura yang lain.


Malek : siapa kau?!! Berani kau ganggu tidur aku..!!


Raja Malek melihat lelaki itu dengan tatapan tajam. Namun tidak marah.


Badar : Bunyamin Badar.


Badar tersenyum.


Malek : keluar!! Jangan masuk sini.. mimpi kau sudah ada dunia.. ini dunia aku.

Badar : tapi aku ada permintaan..

Malek : apa dia?

Badar : restu raja. Itu saja..


Seketika Raja Malek teringat tentang Badar. Dia ialah orang yang mengganggu para raja!


Malek : ohh kau! Aku ingat sekarang.. kau lah orang yang mengganggu kerja Raja, yang cuba untuk menguasai kami Raja-raja benua. Jangan harap!


Malek terus melompat meluru ke arah Badar dengan tumbukan keras. Badar mengelak. Namun Malek terus menyerang Badar dengan tangan dan kaki nya. Dia bertarung dengan Badar.


Badar hanya mengelak dan menahan serangan dari Malek.


Badar : hahaha.. ternyata kau budak rupanya..


Raja Malek bertubuh pendek. Umur nya sekitar 18 tahun. Sebaya dengan Badar. Mendengar itu, Raja Malek menjadi marah.


Malek : diam kau.

Badar : nampak nya kau tak handal dalam pertarungan dengan tangan kosong..

Malek : aku kata diam!!!


Kelompok Badarien pula sedang berada di kafe manis bersama dengan Farin.


Crisa : apa agak nya yang terjadi di sana?

Ozen : mungkin pertarungan terbesar yang pernah terjadi.

Farin : mungkin tidak ... Badar aku tengok tak menunjukkan emosi untuk mengalahkan Raja tu.

Zafar : tapi dia orang yang kuat. Sejak dari pertama kali saya kenal dia. Memang di akui kekuatan nya bukan main-main sebab Core badar adalah...

Crisa : Zafar!

Tama : Zafar!

Man : kau lupa ke?

Farin : haa kenapa?

Zafar : oh maaf..

Farin : apa core dia?

Zafar : errrr core dia tatapan mata ..

Farin : haaah? Core apa benda tu? Boleh ke dia kalahkan orang dengan Core tu? Raja apa tu?

Ozen : dia boleh kalahkan orang dengan tatapan matanya. Setiap kali dia berkedip dan buka mata semula . Orang itu akan pengsan terus.

Tama : ya betul.

Zafar : nasib baik kau tolong.. hahaha..


Bisik Zafar kepada Ozen. Core Badar harus di sembunyikan dari orang lain.


Crisa : dah 30 minit Badar pergi..

Farin : dalam dunia mimpi tak ada masa. Macamana kau boleh tau?

Crisa : hmm dalam otak saya pakcik.

Man : adakah saya ada di otak awak?

Crisa : tak ada. Awal-awal lagi aku dah buang.  Hahaha.. 


Di dunia mimpi dalam mimpi itu masih berlanjutan pertarungan mereka.


Badar : lemah! Macam mana kau boleh jadi raja benua ni...?

Malek : berani kau cakap macam tu..


Malek mengangkat tangannya. Tiba-tiba muncul batu besar yang tajam di atas tangannya.. dia melemparkan batu itu dengan kuat ke arah Badar.


Badar : wah!


Badar menghindari serangan itu 


Badar : hebat!


Malek meletakkan tangan nya di permukaan. Permukaan itu terus menjadi ais hingga membekukan kaki Badar.


Badar : alamak! Aku terperangkap!


Malek menendang Badar dengan kuat sehingga dia terlempar tanpa batas. Malek membuat dua bulatan yang menghubungkan dua ruang. Dengan itu Badar terus terlempar.


Badar : bila nak berhenti daaaa?


Badar terus memegang bulatan itu dan di berhenti terlempar.


Badar : hebat juga Core kau.


Malek menyerang Badar dengan parang besar.


Malek : ini parang gajah!


Dia terus menghayun kan parang itu. Badar pula mengelak serangan itu dengan pantas. Dia melompat-lompat untuk menghindari dari terkena serangan itu.


Malek : tak guna. Lembut betul badan kau!!

Badar : biasa lah. Senang nak bergerak ..

Malek : baiklah kalau macam tu.. aku guna senapang gajah.


Malek pun mengeluarkan senapang gajah lalu menembak Badar.


Malek : lawan lah aku tak guna! Jangan elak je.

Badar : sudah aku katakan.. aku cuma nak restu raja.

Malek : hahaha jangan harap dapat.

Badar : Diamond Shield!


Badar mencipta perisai dari berlian di hadapan nya lalu duduk bersila.


Malek : tak guna..  Hammer Big!


Raja Malek memunculkan tukul yang besar. Dia mengetuk perisai berlian itu dengan kuat.


Malek : ohhh.. kau main-main dengan aku ya...

Badar : aku cuma nak restu raja.. bagi atau macam ni.


*Peraturan Restu raja - Untuk mendapatkan restu raja ada dua cara. Iaitu hapuskan Raja atau bertarung sehingga Raja itu memberikan restunya. Dalam kes kali ini, Badar menggunakan cara kedua.


Malek : kau benar-benar ingin jadi Raja? Hahaha.. rasakan Core Raja mimpi aku.


Malek berdiri di depan Badar. Dia menghilangkan perisai berlian itu hanya dengan tangan nya. Badar terpegun. Malek pula tersenyum.


Badar : aik? Macamana?

Malek : macam ni lah.


Kata Malek sambil tunjuk atas. Badar sekali lagi terpegun melihat atas. Ternyata ada meteor besar yang akan menghempap nya... 


Malek : aku rehat dulu.


Malek terus duduk di tahta nya yang tinggi sambil melihat Badar. Badar terus menumbuk meteor itu dengan kuat.


Badar : punch exploition!!!


Tumbukan itu membuatkan meteor meletup berkecai. Malek hanya tinggal menggerakkan tangan nya sambil duduk. Muncul besi tajam dari bawah tempat Badar berdiri. Badar mengelak. Tetapi terlalu banyak!


Badar : lava asid!!


Dia mengeluarkan lava berapi yang mampu mencairkan besi.


Malek : wah! Hebat juga...


Malek menggerakkan tangan nya lagi. Muncul tangan-tangan yang memukul Badar..


Badar : aaarggg!


Badar kesakitan kerana dia tidak tahu tangan mana yang akan memukulnya. Banyak tangan di situ. Badar apa lagi, dia terus berlari tempat lain. Lebih dalam dan jauh dari Raja Malek. 


Badar : fuh selamat. Hebat juga Core dia.. macam mana aku boleh kalahkan dia?


Zanjiil : kau tak akan menang dengan cara itu.


Mata Badar membesar. Dia terpana melihat dirinya.


Badar : siapa kau?!

Zanjiil : aku adalah kau yang dulu.

Badar : macam mana kau ada kat sini?

Zanjiil : kau dalam mimpi.. apa lagi yang kau harapkan?

Badar : tapi.. aku bukan kau..


Badar menyusun langkah seperti orang mahu bertarung.


Zanjiil : apa kau buat?

Badar : aku dengar kau orang yang menjengkelkan..

Zanjiil : tapi aku ...


Zanjiil terus menyerang Badar. Mereka bertarung antara satu sama lain.. Zanjiil berhenti.


Zanjiil : hahaha.. hebat juga. Diri aku di masa sekarang..

Badar : kenapa kau hebat begini? Padahal kau penakut...

Zanjiil : tak kan lah aku takut dengan kau..


Tiba-tiba datang beratus-ratus Golem batu di sekitar itu.


Zanjiil : alamak! Ini semua sebab Raja Mimpi!

Badar : lawan lah.. apa lagi..


Mereka melihat semua golem di sana. Golem itu menumbuk Badar. Badar melompat dan memberi serangan tatapan mata.


Badar : Tatapan mata!


Golem itu tidak pengsan.


Zanjiil : teknik itu hanya mampu berguna pada makhluk hidup..

Badar : Pedang Raja.


Dia memunculkan pedang raja yang megah itu. Pedang raja boleh membelah apa saja.


Zanjiil : tumbukan api!


Zanjiil menggunakan kan tumbukan api.


Zanjiil : Core All of us.. kita mampu menggunakan semua teknik dan jenis core. Hehe..

Badar : panahan petir!


Badar menyerang semua golem dengan panahan petir.


Badar : selesai...

Zanjiil : kena cepat kalahkan dia.

Badar : apa impian kau?


Zanjiil terdiam...


Zanjiil : kenapa kau tanya soalan macam ni di saat-saat begini?!


Bersambung



Previous: Bab 69
Next: Info#7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy