Home Buku Fantasi The New King
Bab 34
Kota Malam


Kelompok Badarien berjalan terus dari hari ke hari tanpa henti. Kadang -kadang mereka berhenti hanya untuk berehat sebentar dan terus meneruskan perjalanan. Mereka tidak berkhemah di mana-mana pun tempat. Hanya berehat sebentar di tepi jalan kemudian terus melakukan perjalanan panjang.


Ozen : dah malam ni. Apa kata kita tidur dulu.

Man : betul tu. Kaki aku dah macam nak longgar... Tak ada rehat yang sempurna.

Gelana : ceh macam perempuan lah kau.

Man : kau tu perempuan!

Heigo : Tama, pergi cakap kat Badar tu ..

Tama : aku cuma ikut cakap Raja. Kalau dia suruh jalan, kita jalan je.

Heigo : kalau dia suruh bunuh diri macamana ?

Tama : Raja yang baik tak akan suruh begitu. 

Crisa : betul tu. Tapi aku dah penat.. inilah perjalanan panjang yang tak rehat lama macam hari tu..


Zafar menoleh ke belakang dan menyedari keluhan itu...


Zafar : Badar, dia orang dah penat tu. Kita berehat lah dulu..

Badar : kita dah sampai..

Ozen : hah?! Mana?!

Delima : ada papan tanda lah. Ya betul! Ini kota malam...

Ozen : memanglah, sekarang kan memang malam..

Man : tapi mana kotanya? Berkabus je ni?

Crisa : ya lah. Mana kota malam ni?

Badar : kamu semua tak perasan lagi ke?


Ternyata ada lubang besar di situ. Berbentuk lingkaran bulat. Dalam lubang itu penuh dengan kabut yang tebal.


Gelana : ada lubang lah! Nasib baik kita berhenti. Kalau tak nanti jatuh...

Delima : hushh dalam nya...

Zafar : ya tapi mana kota nya?

Crisa : kejap, jangan cakap.. kota nya ada kat dalam lubang besar ni?!

Tama : woi ada tangga lah kat sini..

Badar : kita kena turun ke bawah.


Badar pun turun dari kudanya.


Badar : Tama pergi tebas rumput sebanyak yang boleh... Man ikut Tama .

Tama : baik tuanku..

Man : haaa aku pula kena ikut.. heigo, jom.

Ozen : eh tak apa. Biar aku saja..

Heigo : kau ok ke Ozen ? Badan kau mengigil semacam?

Ozen : eh ok.. tak ada apa lah.

Tama : padahal takut tu...


Tama dan Ozen pun pergi mencari rumput untuk di beri makan kuda Badar. Kuda itu akan di tinggalkan di situ.

Setelah itu, mereka semua menuruni anak tangga itu menuju ke bawah dan menembusi kabut itu.


Zafar : hati-hati. Kabus ni tak nampak.

Ozen : huuu sejuk nya tempat ni..

Tama : ya.. sebab ni kota hantu. Hihihihi.. hantu..

Ozen : jangan menakutkan aku tak guna!!

Badar : hihihihi.. hantu pocong lah..

Ozen: mana?! Lari!


Mereka tertawa besar melihat Ozen.


Ozen : woi!! Aku tolak seekor seekor kang!

Man : tolong lah.. kalau kami mati, kami akan menghantui hidup kau selamanya.. hehehehe.. heeehehe.. Ozen~~~.. hehehe..


Ozen menutup telinganya dan teruskan berjalan. Mereka tak berhenti mengusik Ozen.


Crisa : dah jangan kacau dia. Kesian dia.. hahaha..

Man : kalau kau dah suruh.. aku ikutkan saja.. kan crisa.. ?

Crisa : benda kau ni...


Lubang itu agak dalam namun mereka terus menuju ke bawah. Sesampainya di sana, terlihatlah sebuah kota yang suram dan gelap. Hanya beberapa lampu masih menyala.


Badar : cantik juga..

Ozen : mana cantik.. tempat hantu ni..

Badar : sabar.. nanti kita menyapa mereka..

Ozen : hahhh?!


Mereka pun terus berjalan mencari seseorang tetapi di situ suasana nya senyap sunyi.


Gelana : hei banyak rumah kosong lah sini..

Man : betul ke?

Heigo : yaa banyak rumah kosong seperti telah di tinggalkan..

Ozen : itu maknanya..... Rumah berhantuuuuu ..

Zafar : mengarut lah kau ni.. hahaha..

Badar : heehe.. kita tidur dalam rumah ni lah..


Mereka semua berada di sisi kanan lubang itu. Kerana tangga yang mereka turuni itu pun menuju ke sisi kanan..


Badar : esok kita bangun . Kita terus ke tengah kota..


Uniknya rumah-rumah di situ semua berada di jarak yang berbeza. Ada rumah yang halaman nya luas dan ada yang di bukit-bukit kecil. Apapun itu, rumah di situ ada jarak antara rumah yang lain. Rumah yang Badar tempati itu adalah rumah dua tingkat.


Zafar : barang kat rumah ni masih elok lagi lah.

Ozen : haa tengok, sampaikan debu debu pun takut tinggal sini..

Tama : ahh tidur saja lah.. mengantuk dah ni...

Man : ye betul.

Badar : yang perempuan pergi tidur dalam bilik.


Para lelaki tidur di ruang tamu sementara perempuan tidur di bilik tingkat 1.


Gelana : wah besarnya bilik ni..


Crisa cuba membuka lampu.


Crisa : eh masih boleh guna..

Delima : hmm boleh guna lah..patut ke kita bagitahu mereka?

Gelana: tak payahlah... Dia orang pun dah tidur. 

Delima : betul juga.

Crisa : bilik ni masih cantik.. tersusun je. Apa dah jadi dengan tempat ni sebenarnya?


Sementara itu, di ruang tamu, Ozen tidur berhampiran dengan dinding.. dia tak dapat melelapkan matanya.. tiba-tiba...


"Tok .. Tok.. Tokk"..


Ada bunyi ketukan yang dibuat dengan perlahan.. ozen cuba untuk mengejutkan mereka tetapi mereka semua sudah tidur mati ..


Sekali lagi bunyi ketukan.. dan pintu pun di buka perlahan..


Ozen : pergilah hantu. Jangan kacau aku..


Ozen membuka matanya dengan perlahan.. dia melihat satu lembaga hitam di depan pintu yang sudah terbuka itu. Ozen terus memejamkan matanya...dia memaksa diri nya tidur.. Di bilik pula, Gelana, Delima dan Crisa sedang tidur namun terdengar bunyi pintu terbuka dari arah dapur .... Gelana terjaga.  


Gelana : eh bangun.. ada sesuatu kat dapur...

Crisa : haaaa... Ya ada apa?

Gelana : ada bunyi lah kat dapur ..

Delima : tidurlah. Esok nak pergi kota..


Terdengar bunyi seperti orang sedang mencuci pinggan.


Delima : ahh! Bunyi apa tu?


Delima tersentak bangun..


Delima : siapa pula yang basuh pinggan malam-malam buta macam ni?

Gelana : itu lah..

Crisa : mungkin Man lah tu. Dia orang lapar nak makan..

Delima : ya ke?


Gelana cuba memberanikan diri untuk keluar dari bilik itu. Dia membuka pintu perlahan-lahan dan menoleh ke arah para lelaki.. Semuanya sedang tidur pulas!

Gelana terus menutup pintu dan melompat ke katil..


Gelana : semua tengah tidur lah..

Delima : memang betul lah cakap ozen.. tidur tidur .

Crisa : aku memang mengantuk dah...


Mereka bertiga pun terus tidur.. beberapa jam kemudian.... Man pula membuka mata . Kerana terdengar suara yang sedang bersenandung sambil bernyanyi di luar rumah itu..


"Tidurlah wahai permaisuri hati, ku harap kau lena dalam tidurmu..."


Man : siapa pula yang nyanyi waktu malam ni?

Heigo : aduhh...

Man : kau dengar tak?

Heigo : dengar.. tapi dah senyap pula... Sambung je lah tidur... Mak aku cakap kalau dengar bunyi bukan-bukan jangan tegur...

Man : betul jugak.. dah jom tidur..


Selepas itu, setelah beberapa jam kemudian.. Badar membukakan matanya dan merenggangkan tubuhnya..


Badar : yahhh!!


Teriakan itu membuatkan semua orang di situ terkejut dan terjaga.


Ozen : Badar!! Tak guna.. terkejut aku..

Badar : apa?

Zafar : rasa macam dah lama kita tidur.. tapi tak siang-siang jugak..

Heigo : tu lah.. masih malam...


"Dah bangun~~"


Ozen : hantu!!!


Semua orang memeluk Ozen...


Ozen : cis! Korang pun penakut juga!!

Badar : siapa yang cakap tu? Tama! Kau ke?

Tama : bu bu bukan.. orang lain tu..


Pintu di ruang tamu terbuka dengan perlahan-lahan.. terlihat sosok tubuh yang membuka pintu itu....


"Aaaaarggggghhh!!!!"


Bersambung.... 



Previous: Bab 33
Next: Bab 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy