Pagi-pagi sudah bangun,
semangat nak balik kampung sebenarnya. Nak balik jumpa mak dan nenek, dia
seperti selalu, kalau balik ke kampung, dia akan maklumkan kepada adik-adiknya.
Tetapi tidak tahu lah sama ada adik-adiknya akan balik ke kampung atau tidak
kerana selepas dia berkahwin semula dengan Ilham, adik-adik ada yang tidak
berpuas hati terutamanya Ayien.
“Aik, mana abang hamid?”
soal Khalida. Sekejap lagi dia nak drive
sendiri kereta ini sebaik saja bertolak dari rumah. Masalahnya sekarang yang
ada di sebelahnya ada lah Ilham.
“Abang Hamid tu suami Lida
atau abang yang suami Lida nih?” soal Ilham balik. Geramnya aku dengan jawapan
itu.
“Abang nak ke mana?”
“Balik kampung!”
“Bukan abang tak nak ke
balik kampung saya?” bukan semalam Ilham cakap dia tak nak balik ke kampung ke?
Pagi ini nak balik lah pulak.
“Memang tak nak balik tapi
abang buat semua ini untuk Lida!” balas Ilham sambil mengenyitkan matanya. Macam
mana ini? Rosak lah rancangan aku.
“Abang tak usah risau, Lida
boleh jaga diri Lida. Abang urus lah hal syarikat,” bantah Khalida.
“Lida tak suka abang?”
“Lida mana suka abang,
abang pun tak suka Lida kan?”
“Jadi, Lida tak suka abang
balik kampung?”
“Tak suka!” Laa, jangan lah
balik. Orang nak buat kejutan kat mak lah.
Ilham meneruskan perjalanan
tidak mempedulikan langsung dengan rungutan Khalida. Malah sepanjang jalan
Khalida membebel kepadanya, Ilham diam saja. Celoteh dari Khalida menemani
Ilham sepanjang perjalanan sehingga sampai ke rumah Khalida. Tak mengangguk
mata ilham sebab Khalida asyik bercakap tak berhenti.
“Abang bawa balik burung
murai kut!” usik Ilham. Khalida menumbuk lengan kanan Ilham dengan kuat.
Mak dan nenek sambut
kepulangan khalida bersama Ilham. Adik-adiknya turut pulang. Ayien yang marah
kepadanya pun turut ada di sini. Ilham
mendukung Khalida dan meletakkan Khalida di atas sofa. Selepas itu Ilham mengangkut beg pakaian dan
kerusi roda kepunyaan Khalida.
“Kau kalau jumpa aku mesti
menangis, aku okey lah!” kata Khalida sebaik saja Emma datang ke sebelahannya.
Dia teman yang amat baik. Mata Khalida
meliar mencari wajah suaminya. Kali pertama untuk Ilham, tentu dia kekok berada
di kalangan kami. Rupanya Ilham sedang berbual dengan Ariff di hujung sana.
Ariff memang boleh menerima Ilham. Dia orang tak ada masalah.
“Kesian kat kau, tak boleh
ada anak macam aku!” kata Emma sambil menunjukkan ke arah perutnya. Khalida
tersenggih. Ke situ pulak dia.
“Tahniah, tahniah. Mak dah
nak dapat cucu!” usik Khalida sambil merangkul bahu Emma. Mak hanya tersenyum.
“Tapi kau tu...,”
“Laaa, jangan macam nie,
cuba berfikiran positif untuk aku!” kata Khalida sambil menepuk bahu Emma.
Makan malam kali ini sunyi
sepi sikit. Mungkin ada yang segan dengan kehadiran Ilham. Emma dan Ariff saja
yang rajin melayan Ilham, yang lain macam tak sudi saja. Khalida tahu, dia orang makan hati dengan
sikap Ilham melayannya dulu. Marah sungguh dia orang.
“Abang okey tak ni?” soal
Khalida. Bilik ini bilik Khalida dulu. Katil bujang saja lah. Jadi katil
sempit. Ilham jangan disuruh tidur bawah, memang dia tak nak. Jadi kena kongsi
bantal dan katil. Tidur pula rapat-rapat.
“Okey? Kenapa?”
“Adik-adik Lida tu marah
kat abang sebab, abang ada jawapan sendiri kan?” Hampir-hampir nak kena
penumbuk dengan Ayien dulu. Itu lah siapa suruh buat perangaii huduh. Perangai
buruk, sekarang orang semua tak suka!
“Eleh, bukan masalah lah.
Abang nak Lida saja, bukan adik-adik Lida!”jawab Ilham.
“Adik-adik Lida rapat
dengan Lida. Jadi abang kena rapat juga dengan dia orang, kena jadi abang
sulong dia orang juga!” marah Khalida sambil menepis tangan Ilham yang mahu
merangkulnya. Kalau aku tempat adik-adik
aku mengantung harapan, tak kan yang menjadi suami aku boleh lepas tangan.
Boleh tengok saja. Berat sama di pikul, ringan sama di jinjing.
“Tak nak lah.. adik-adik
Lida tanggungjawab Lida, abang tak nak!” keras suara Ilham. Dia nie memang
susah nak bertolak ansur. Dari dulu lagi.
“Abang, nak buang adik-adik
Lida? Nak buang keluarga Lida?” keras juga suara Khalida. Nasib lah, aku bukan
perempuan yang baik pun, yang taat pada cakap suami, bukan aku tu.
“Kahwin dengan orang
kampung macam Lida, memang susah. Tambah lagi susah sebab asyik fikirkan mak
dan adik-adik Lida saja!” ujar Ilham. Macam nak cubit saja mulut dia yang celupar
itu, tapi Khalida diam saja.
Ilham memandang wajah comel
Khalida yang sedang memejamkan mata. Hati semakin sayang. Tambah jatuh cinta
kepada Khalida berganda-ganda. Aku nak uji dia malam ini. Betul ke dia tak boleh
jalan, sebab aku tengok dia macam boleh jalan. Dia nak tipu aku kut.
Tangan Ilham merayap di
atas baju Khalida. Sengaja sebenarnya sebab dia tahu Khalida akan
mempertahankan haknya. Dia cuba membuka butang baju Khalida, terus lututnya
ditendang oleh Khalida dengan kuat sekali.
“Ooo, tipu abang selama
ini,” kata Ilham sambil ketawa besar. Kaki tu dah boleh bergerak.
“Apa?”
“Beritahu keadaan sebenar,
kalau tidak abang kacau Lida malam ini,”
kata Ilham memberi amaran.
“Boleh kalau abang nak
tetapi dengan syarat abang kena menangi hati mak dan adik-adik Lida dulu. Asalkan
mak bahagia dan restu perkahwinan kita, adik-adik dapat terima abang, Lida
terima abang sepenuhnya!” kata Khalida sambil bangun dari katil dan berjalan
perlahan-lahan. Kaki ini mana boleh berjalan sepenuhnya lagi. Tetapi Insha
ALLAH, sedikit masa lagi dia boleh berjalan seperti dulu.
“Ini lah syarat tu?”
“ya cik abang sayang. Abang dah lukakan perasaan semua orang dalam
rumah nie, jadi kalau abang dah tawan hati Lida, abang kena tawan hati keluarga
Lida juga. Lida tak nak dia orang bermasam muka dengan kita, dengan anak-anak
kita nanti,” beritahu Khalida. Rambutnya yang panjang dibuat sanggul.
“Kalau abang tak berjaya
macam mana?” soal Ilham. Aku bukannya menantu pilihan berbeza dengan Khalida
yang menjadi menantu kesayangan papa. Lama dia berbual dengan Ariff tadi, dan
Ariff telah menceritakan tentang kemarahan ahli keluarganya apabila Lida
kembali ke pangkuan Ilham. Marah berbenar mereka dengan tindakan Khalida
kali ini.
“Tak mengapa lah, kalau
abang gagal dan Lida nak tinggal di sini, abang tak paksa, lagi pun Lida bukan
sayang abang pun!” kata Ilham. Merajuk pula.
“Bila Lida cakap Lida
sayang abang, tak pernah kan?” kata Khalida sambil menghampiri Ilham yang
sedang duduk di atas katil dan asyik memandangnya.
Aku tak pernah cakap pun
sayang ke, cinta ke , suka ke kat dia. Dia saja yang cakap semua itu kat aku.
“Lida boleh hidup dengan
abang tanpa cinta?”
“Boleh. Dulu atuk paksa
Lida kahwin dengan abang, Lida terima, bila kita berpisah, Lida tak boleh
jalan, abang yang nak kahwin dengan Lida kan?” soal Khalida nak tergelak sangat
tengok muka Ilham sekarang. Masam mencuka. Mustahil aku tak sayang dia. Sayang
sangat!
“Dalam hati Lida tak ada
perasaan sayang kat abang, walaupun sekelumit?” soal Ilham, kecil hati dengan
pengakuan Khalida. Khalida mengelengkan kepalanya.
“Lida kejam!” tuduh Ilham.
Khalida ketawa berdekah-dekah. Aku pula dituduhnya kejam.
“Dah, Lida nak tidur!” kata
Khalida. Ilham membelakangkan Khalida.
Marah sangat nampaknya.
“Abang!”
“Apa?”
“Abang jangan cakap kat
sesiapa pun, Lida dah boleh jalan!” kata Khalida. Ilham tidak menjawab. Orang nak buat kejutan kat mak. Kejutan apa
dua orang dah tahu.
“Abang!” panggil Khalida
lagi. Tetapi Ilham tidak menyahut.
“Abang tak usah bimbang,
walaupun Lida tak sayang abang, tak suka abang, tak cinta abang, tetapi Lida
sanggup hidup dengan abang seumur hidup Lida ni!” sengaja hendak menyakit hati
Ilham. Pun Ilham tidak menjawab.
Khalida mengalah. Malas nak
pujuk.
“Lida, abang tak kisah
sangat dengan kasih sayang Lida tu, yang penting...”
“Apa?”
“Dua tahun lebih abang
tunggu nie...”
“Tak payah cakap, Lida dah faham.
“Itu lagi penting dari
kasih sayang Lida yang murah tu. Satu lagi lahirkan anak untuk abang, selesai
cerita. Kalau tak ada anak siapa nak warisi harta abang nanti,” balas balik
kata-kata Khalida tadi. Ilham tersenggih apabila melihat muka Khalida merah
padam menahan perasaan debar di hatinya.
“Ingat kasih sayang abang
tu mahal sangat ke?”
“Mahal lah,”
“Tak percaya...,”
“Lida nie pelik, dia
sakitkan hati kita, tak mengapa, tapi kalau kita sakitkan hati dia, macam nak
telan abang hidup-hidup saja!”
“Mana ada?”
“kasih sayang tu orang tak
cakap pun tak mengapa, tak luah pun tak apa, orang boleh rasa, boleh faham,
pantang abang tak ada asyik cari abang tu kenapa? Kejap, kejap cari abang, nak
bermanja-manja, tu kenapa semua tu? Tak sayang konon..,”
Ha.. ha.. ha.. tunggu tak
sayang kalau dia rela berkorban sampai macam ini sekali. Aku buta ke apa ke,
kalau tak jatuh cinta dengan dia. Tentu aku yang bodoh kan kalau tak jatuh hati
kat dia? Betul tak?