Home Novel Komedi/Romantik Komedi ILHAMKHALIDA
BAB 19

ILHAM, KHALIDA (BAB 19)
Semua orang suruh aku tinggalkan Ilham. Keluarga aku dan keluarga Ilham sendiri. Hendak tunggu apa lagi?
“Awak boleh pergi ke mana saja yang awak suka, tetapi saya tak akan putuskan ikatan perkahwinan kita,” kata Ilham. Ayat ini saja yang ada. Lain dari itu mana ada.
“Oo, mentang-mentang semua kuasa ada pada seorang suami, jadi Encik Ilham ambil kesempatan kat saya?” soal Khalida terus duduk di atas katil. Tak kan aku nak keluar rumah dengan masih memegang status isteri orang. Isteri Ilham. Itu namanya aku isteri yang derhaka dan tidak taat kepada suami. Seteruk-teruk aku, aku masih tahu hukum hakam sebagai seorang isteri.
“Keluar saja dari rumah nie, saya boleh ambil perintah mahkamah supaya awak kembali taat kepada saya. Nak?” pancing Ilham lagi. Khalida membuka tudungnya lalu melontarkan ke atas sofa di dalam bilik mereka.
“Banyak cantik muka Encik Ilham!” marah Khalida. Kalau sungguh Khalida pergi memang aku buat macam itu pun. Khalida ini dia tak mahu keluar dari rumah ini sebagai isteri aku, sebab dia tahu berdosa. Itu yang sanggup tinggal di rumah aku sampai setahun lebih.

Membiarkan Ilham membebel, Khalida buat-buat tidak dengar. Buka suara tv kuat-kuat, tanda protes. Akhirnya Ilham yang terlena.

Seawal pagi ketika baru sampai di pejabat, Rifky sedang menunggu di biliknya.
“Awal Encik Rifky hari ini, “ tegur Khalida sambil tersenyum.
“Kenapa saya call awak tak dapat? Mesej pun tak balas!” soal Rifky sambil duduk di atas kerusi di hadapan Khalida.
“Handset rosak, tak boleh nak on!” tipu Khalida.
“Rosak ke atau dah dibuang oleh Ilham sebab cemburu kan saya?” soal Rifky membuat Khalida tergigit bibir sendiri. Pandai kau serkap jarang yer, mengena pulak tu.
“Tak ada lah!”
“Cemburu tu tanda sayang, bagus lah kalau Ilham dah pandai cemburu!” Aku pun cemburu juga tetapi perlu menghormati kau, sebab kau masih isteri orang, Lida.
“Yer ker?”
“Ha, ah!”
“tukar topik lah, Encik Rifky. Tak best topik nie!” dalih Khalida sambil mengambil diarinya. Hendak lihat jadual hari ini. Ada mesyuarat dengan Datuk Ibrahim pukul 11.00 pagi nanti.
“Petang nanti, habis waktu ofis, saya nak bawa awak ke rumah mama saya, mama saya nak minta tolong awak ubah suai hiasan dalaman rumah kita orang, boleh?” soal Rifky. Petang nanti memang free pun.
“Boleh, tetapi boleh saya bawa Emma sekali?”soal Khalida. Aku isteri, perlu jaga nama suami, walaupun hati ditusuk duri yang tajam.
“Nak bawak Ilham pun boleh, Khalida!”kata Rifky sambil mengenyitkan mata ke arah Khalida.

Ha ha ha.. bawa Ilham, boleh lah kau lawan tumbuk dengan Ilham sekejap lagi.

Sepuluh minit Rifky pergi, Ilham pula muncul dengan menolak daun pintu biliknya dengan kasar dan mengunci pintu bilik Khalida. Apa lagi?
“Susah sangat ke awak nak ikut kemahuan saya?” soal Ilham. Teng, seperti ada sesuatu mengetuk kepala Khalida.
“Apa?”
“Jalankan tugas awak sebagai isteri..,”
Dia yang tak benarkan. Aku patut lah sebab dia yang tak suka. Tak sudi!
“Apa ni? Main paksa-paksa pula!”
“Awak tu isteri saya!”
“Bila saya jadi isteri Encik Ilham?” datang ke sini nak marah-marah orang pula. Yang aku tahu tadi, dia kena marah dengan mama dan neneknya. Itu yang buat aku tak tunggu dia. Lagipun selama ini pernah ke aku tunggu dia?
“Awak memang sengaja yer!”
“Encik Ilham, sekarang waktu pejabat, nak bergaduh dengan saya tentang hal peribadi ini, elok kat rumah!” balas Khalida.
“Sama saja!”
“Saya nak jumpa Datuk Razali sekarang!” kata Khalida. Lama bercuti, jadi dia sepatutnya berjumpa dengan Datuk Roslan, majikannya itu.
“Saya tak benarkan!”

Khalida duduk. Dia stress kat aku pulak pagi ini. Aku ini dah tak pandai nak pujuk memujuk.
‘Kena panggil Zura datang pujuk ni,” kata Khalida mahu menelefon Zura di hujung sana. Ilham bangun dan menarik telefon Khalida dan menghempasnya. Mujur telefon pejabat. Kalau lingkup pun bukan masalah aku. Ha, baru seru Zura dah datang.

Mata merah menyala!
“Buah hati dah datang tu!” kata Khalida. Kali ini baru boleh keluar bilik. Biar lah dia orang selesai masalah dia orang.
“Ini kau punya pasal!” tengking Zura. Aku nak jawab hari ini, semalam saja aku bersabar.
“Ini antara awak dengan Ilham, bukan dengan saya. Ilham tak ada masalah dengan saya. Hati Ilham pun tak ada dekat saya, jadi kalau Ilham menolak awak, tak ada kena mengena dengan saya!” jujur jawapan itu. Jawapan yang membuatkan Ilham tersenggih mendengarnya. Aku pun kalah lawan bahas dengan dia. Kalau dengan kau, kacang saja lah.
“Awak nak rampas Ilham dari saya!”
“Rampas apa, macam ini lah, kalau awak nak, hidup bermadu dengan saya, senang. Sebab Ilham ni dia tengah fikir sama ada nak lepaskan saya atau tak?” luah khalida. Aku pun geram dengan dia, geram dengan Ilham yang mainkan perasaan aku dan Zura.

Ilham mengigit bibirnya, andai sampai berdarah pun bibir Ilham tu aku tak kisah. Dia ingat dia saja ada perasaan geram tu. Aku pun ada ler. Khalida menjeling Ilham dan sengaja membeliakkan biji matanya. Dia ingat nikah kahwin, cerai berai perkara mudah kut.

Aku kalau boleh macam nak panjat atas kerusi ini dan luku kepala Ilham, sebab Ilham ini tinggi dari aku. Nak jangkau tak boleh.
“Saya nak suruh Ilham ceraikan awak!” berontak Zura. Mengada-ngada. Letih aku dengan perangai Zura ini. Itu pun Ilham berkenan separuh mati.
“Kau memang tak faham ayat aku, aku rasa!” balas Khalida.
“Dah lah tu, Zura. Jodoh kita tak ada. Lagipun saya tak berharap awak boleh hidup bermadu dengan Khalida, sebab hari-hari awak kena buli dengan Khalida,” balas Ilham sambil tersenggih.

Tentang ini aku kena bincang elok-elok dengan Ilham. Ilham yang mula berpaling tadah. Ilham yang bukan lagi lelaki yang setia pada cintanya yang satu.

Jangan lah Ilham harap yang bukan-bukan kat aku pula. Huwaaa.. aku tak nak hidup dengan Ilham.
“Kau mesti sihir kan Ilham, Lida. Aku sumpah kau tak akan bahagia dengan Ilham sampai bila-bila!” sumpah Zura. Ha, dah masuk bab sumpah menyumpah nie. Histeria sungguh budak Zura nie.
“Puan Lida, bos nak jumpa!” beritahu Sherry, PA Datuk Razali. Khalida menolak Zura yang menghadang pintu keluar.
“Encik Ilham sekali, bos panggil!” sambung Sherry lagi.

Tinggal lah Zura keseorangan di dalam bilik Khalida.

Previous: BAB 18
Next: BAB 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.