Ayien dah tahu siapa punya kerja. Malah dah dapat tangkap
pun orang jahat itu. Orang yang
mengupahnya pun dah tahu siapa orangnya. Kali ini Ilham tak lepaskan orang yang
mahu melanggarnya. Biar masuk penjara
kali ini. Anak mak ngahnya yang punya
kerja. Anak dengan mak sama jahat.
“Kau tak okey lagi ke, Ilham?” soal Datuk Razali.
“Kenapa?” soal Ilham kembali. Khalida masih memasak di
dapur. Mengandung pun rajin memasak juga
isteri kesayangannya itu.
“Nak suruh kau masuk ofis lah. Orang lain pun ada isteri
mengandung juga, Ilham. Tapi tak lah macam kau. Kerja pun kau malas sekarang!”
rungut Datuk Razali. Aku ini kalau boleh nak serahkan urusan syarikat kepada
kau saja, biar kau uruskan. Umur macam aku, rehat di rumah, pergi masjid,
mengaji al quran di rumah. Bukan teruk-teruk datang buat kerja.
“Mana malas, saya nie masih okey lagi, masih
muntah-muntah!” beritahu Ilham. Memang muntah tetapi sekali sekala saja. Pening
pun dah hilang. Tetapi kasih sayangnya kepada Khalida mengikat kakinya untuk
pulang ke sana.
“Teruk sungguh kau ni,”
“Ha ha ha... papa kan mak ada, mak tu boleh beri semangat
kat papa untuk pergi buat kerja!”
“Kau jangan mainkan papa, ilham!” balas Datuk Razali.
Nak balik macam
mana, Khalida ini tengah bawa perut. Mengalahkan orang mengandung anak kembar.
Hendak bangun pun kena tolong angkatkan, nak jalan pun kena pegang tangan. Ini
baru tujuh, hendak masuk lapan. Perutnya dah besar ke hadapan. Di tambah badan
Khalida yang berselera makan. Berisi dan tembam saja sekarang.
“Isteri abang ke siapa ni?” usik Ilham. Muka tembam
sangat!
“Oo dah jadi macam ini tak sudi kat Lida lah nie,” balas Khalida sambil muncungkan bibirnya.
“Baru mengandung anak seorang, badan Lida dah jadi macam
ini. Abang nak angkat Lida pun dah tak mampu,” usik Ilham lagi sambil merangkul
Khalida yang duduk di sebelahnya. Dibiarkan Khalida menyandar di sisinya.
“Itu lah, Lida sanggup biarkan badan Lida tak cantik
sebab abang. Selepas ini tak boleh lah pakai baju yang saiz kecil-kecil lagi,”
kata Khalida sambil menepuk badan Ilham.
“Hairan tak? Kalau seorang tak kan perut Lida besar macam
nie,” sambung Ilham lagi.
“Lida nak scan abang tak nak..,” Ilham letakkan telinganya di atas perut
Khalida. Si kecil sedang bergerak di
dalam perut Khalida dan ingin bermanja di telinga papanya.
“Tak payah scan, biar suspen!” balas Ilham, tetapi
telinga masih melekap di atas perut Khalida.
Khalida biarkan saja. Apabila Ilham memandangnya, Khalida
tersenyum.
“Kenapa?”
“Tak sangka..,”
“Tak sangka apa pula?”
“Abang tak ingat ke, abang pernah cakap apa kat Lida dulu
dalam bilik ini,” soal Khalida.
Ilham turut tersenyum.
“Awak tak layak jadi isteri saya, saya tak akan sentuh
awak, sebab saya tak pernah ada apa-apa perasaan pun kat awak, dan saya tak
akan jatuh cinta kat awak sampai bila-bila,” ulang Khalida. Dalam bilik ini lah
Ilham lafazkan semua itu sebelum dia pergi meninggalkan Khalida. Ilham mengambil kedua belah tangan Khalida
lalu mencium tangan isterinya.
“Maafkan abang sebab kata-kata itu telah melukakan hati
Lida. Lida adalah isteri abang di dunia dan akhirat, dan abang ikhlas mencintai,
Lida. Lida adalah nyawa abang!” ucap Ilham Ikhlas. Khalida terharu
mendengarnya. Sebak juga dengan pengakuan itu.
“Rugi abang tinggalkan Lida...,”
“Ha ha ha, kenapa dah tak sabar nak rasa malam pertama
ke?” usik Ilham sambil menguis hidung Khalida.
“Abang jangan merapu dengan Lida, boleh?” kata Khalida.
Dia menarik laci meja kecil di sebelahnya, diambil sepucuk surat tulisan
tangan Ku Ibrahim. Surat ditujukan kepada Khalida tetapi tertera nama Ilham di
dalam surat tersebut.
“Bacalah!” suruh Khalida sambil menghulurkan kepada
Ilham. Ilham mengambil dan membuka sampul surat lalu membacanya satu-persatu.
Assalamualaikum,
Ilham Khalida, maafkan atuk kerana memaksa ilham berkahwin dengan Khalida,
walaupun atuk tahu kalian berdua tidak menyintai antara satu sama lain. Tetapi
atuk tetap berkeras supaya Ilham dan Lida bersatu juga.
Bukan kerana atuk sayangkan Lida dan Ilham tetapi perkahwinan ini adalah
untuk menyatukan kedua buah keluarga yang telah lama renggang dan
bermusuhan. Atuk perlu satukan Ilham dan
Lida dan mengharapkan keajaiban boleh berlaku dalam keluarga atuk dan
keluarga Lida. Hasrat atuk, dengan
penyatuan kalian, boleh menyatukan semula mak Lida dengan papa kamu. Atuk
bersalah kerana memisahkan cinta suci mereka berdua dulu. Lelaki boleh kahwin
dua kan, jadi tak salah kalau papa kamu mengambil buah hatinya itu semula.
Ilham, Lida itu memang jodoh Ilham sebab itu demi untuk menyelamat jodoh
ini, atuk buat syarat gila itu, supaya anak Ilham dan Lida boleh mengikat kasih
kalian berdua untuk saling jatuh cinta dan saling menyayangi. Betul tak
tindakan atuk ini, bila Lida mengandung, tentu Ilham dah tak sanggup nak
tinggalkan Lida andainya Ilham tak cinta lida pun dan Lida juga mesti tak
sanggup tinggalkan Ilham demi zuriat kalian berdua kan, Atuk nak kalian bahagia
sampai ke syurga.
Tetapi atuk yakin, dewi cinta akan memberikan cinta kepada hati Ilham untuk
menyintai Khalida sebab Khalida itu, perempuan yang baik untuk Ilham.
Ilham, zura bukan perempuan yang baik, Ilham tak tahu ke, selepas atuk
aturkan pertunangan Ilham dengan Lida, Zura datang serang atuk dan maki atuk di
ofis? Perempuan yang baik adalah perempuan yang menghormati orang yang lebih
tua. Tengok lah Lida, walaupun Ilham tak suka dia, tetapi dia sanggup berkorban
untuk atuk dan Ilham.
Tentang syarikat itu, Lida boleh tolong kamu, Ilham. Lida seorang perempuan
yang bijak. Dan dia juga boleh lahirkan anak-anak yang baik untuk kamu, jangan
jadi seperti atuk dan nenek, anak-anak kami semuanya tidak berjenis, kecuali
papa kamu saja. Papa kamu memang anak yang taat kepada orang tuanya. Khalida
datangnya dari keturunan orang baik-baik dana tegas. Dia juga ada pengetahuan
agama, dan anak-anak kamu nanti akan mendapat didikan agama yang sepenuhnya
dari ibu mereka nanti.
Ilham khalida,
Andainya sewaktu Ilham membaca surat ini, Ilham masih tidak menyintai
Khalida, paksa lah diri itu dan jangan sesekali tinggalkan Lida sebab Ilham
akan kehilangan sebutir mutiara yang begitu bernilai sekali. Paksa diri Ilham
untuk menyayangi Khalida.
Tetapi atuk berharap sangat kalian berdua, sudah bersatu hati kala ini, dan
sudah pun mempunyai cahaya mata kesayangan kalian berdua.
Ikhlas dari atukmu
Ku Ibrahim Ku Ayob.
Ilham melipat surat itu dan memberikan semula kepada
Khalida. Khalida terus menyimpannya.
“Bila Lida dapat surat ini?” tanya Ilham. Besar sungguh
harapan atuknya terhadap mereka berdua rupanya.
“Selepas papa dan mak berkahwin, peguam atuk datang jumpa
Lida dan berikan surat ini kat Lida tetapi Lida tak tunjuk kat abang,” beritahu Khalida.
“Alhamdulillah, semua dah tertunai sekarang. Mak dan papa
dan berkahwin, kita pun dah bahagia,” ucap Ilham. Khalida mengangguk.
“Cuma Lida nak minta maaf kat abang, sebab Lida bukanlah
baik sangat seperti yang atuk gambarkan tu,” ucap Khalida. Aku memang ada
banyak kelemahan pun.
“Betul tu, abang kenal sangat perangai Lida!” tetapi di
dalam hati Ilham dia mengakui juga kata-kata atuknya itu.
“abang nak mintak maaf juga sebab dulu abang dah
cakap-cakap macam-macam kat Lida, abang tahu abang dah banyak melukakan hati
Lida, ucap Ilham membuatkan air mata Khalida menitis tanpa disedari. Ilham
kaget, kerana Khalida menangis tiba-tiba saja.
“Sayang, kenapa ni?” tanya Ilham, sudah gelabah.
Tanpa dia aku tak akan ada di sini lagi. Kerana darah dia
lah aku masih bernyawa lagi, kerana pengorbanan dia menjaga aku selama setahun
lebih lah, aku boleh berjalan semula, andainya dia tiada, bagaimana dengan aku
agaknya?
Hutang emas boleh ku bayar
Hutang budi ku bawa sampai mati..,
Aku bukan saja berhutang kasih dengannya, tetapi turut
berhutang budi dan nyawa.
“Cakap lah, kenapa menangis?” soal Ilham lagi.
“Sebab abang dah banyak melukakan hati Lida,” tipu
Khalida. Tidak mahu beritahu hal yang sebenarnya kepada Ilham.
“Abang dah mintak maaf kat Lida kan?” kata Ilham,
tersentuh hatinya apabila mengenangkan sikapnya melayan Khalida dulu.
“Lida masih tak boleh maafkan abang ke? Lida benci abang
ke? “ soal Ilham bertubi-tubi. Cemas sangat!
Khalida bungkam. Hati Ilham semakin resah.
“Cakaplah kenapa diam?” soal Ilham. Khalida kesat air
matanya.
“Lida sayang abang!” kata Khalida sambil tersenyum.
“Sayang pun menangis ke?” tanya Ilham. Khalida
mengangguk.
Ilham tersenyum!